DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 31 Disember 2012

Imam

sumber google image
Tersenyum sendiri bila saya baca wall seorang  kawan semasa di MPSI dahulu. Setelah 27tahun dengan haluan masing-masing akhir-akhir ni kami dapat bertemu semula lewat FB. Mereka menubuhkan group untuk batch kami. Kalau di asrama perempuan kami tahulah  seribu cerita pengelaman mengenai kami tapi di pihak lelaki baru sekarang mereka mendedahkan. Rata-rata pada ketka itu usia kami antara 18 hingga 22 tahun. Mungkin sejak kecil tidak terdedah dengan solat berjemaah, ataupun selama ini hanya menjadi makmum maka tiadalah pengalaman mereka menjadi imam. Sehinggalah memasuki maktab pergururan. Diwaktu itu gelombang dakwah sedang melanda MPSI,jadi sepanjang minggu orietasi  freshie dikehandaki solat berjemaah,dengan diimami dikalangan mereka secara bergilir-gilir. Kawan saya ini dianiaya oleh rakannya bila semasa solat Asar mereka menolakanya ketempat imam.Takut dimarah sinior beliau terus sahaja menjadi imam walapun itulah kali pertama dalam hidupnya. Sewaktu dia sedang membaca Fatehah dengan lantangnya terdengarlah suara terkekek-kekek dibelakang.Walaupun hilang khusuknya dia terus menghabiskan sehingga salam. Dari peristiwa itu b ertambahlah ilmunya bahawa solat Asar Imam tidak perlu membaca Fatehah dengan kuat. Mereka semua mengakui MPSI banyak mengajar mereka hidup beragama. Walaubagaimanapun itu adalah pengalaman dahulu, sekarang rata-rata kawan-kawan saya itu telah matang dalam kehidupan, walaupun sekali-kali mereka bergurau namun saya tahu hidup mereka dekat dengan Islam. Rata-rata sekarang telah memasuki 50an.

Beberapa kawan-kawan saya mengadu yang suaminya tidak mahu menjadi Imam,dahulu baru-baru kahwin mahu juga tapi lama kelamaan sentiasa mencari helah untuk mengelakan. Alasannya dia tidak  layak jadi imam. Malang sekali keluarganya.

Seingat saya sejak berumah tangga suami saya tidak pernah solat bersendirian.Bila kami bersama akan dipaksanya kami berjemaah. Dahulu masa anak-anak kecil lagi ada juga saya mencari helah dengan alasan anak tiada yang menjaga, dia memerahi saya bukankah Allah yang Maha Penjaga.Begitu juga bila kami berhenti dimana-mana masjid yang diluar waktu Jemaah,dia akan mencari sudut dimana kami boleh bermakmum.

Sewaktu kecil suami saya pernah tinggal bersama nenek tirinya bila datuknya menginggal dunia. Neneknya itu terlalu mengambil berat hal solat.Waktu itu usia dalam 7-10 tahun dan dia telah dikhatankan. Setiap kali solat neneknya akan memanggilnya untuk menjadi imam. Seterusnyalah sehingga dewasa,dia akan memastikan adik-adik dan ibunya bermakmum dengannya. Itulah antara kejayaan nenek tirinya mendidiknya.

Dari cerita suami saya itu saya jadikan sebagai iktibar. Jika kita ada anak lelaki,didiklah dia menjadi imam,agar mereka biasa menjadi imam untuk memimpin keluarganya nanti. Bila suami saya tiada bersama,saya akan jadikan anak-anak saya imam seawal usia mumayiznya.

"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ahad, 30 Disember 2012

Rawatan.

Sepanjang cuti sekolah ini saya beberapa kali berulangalik ke Teluk Intan. Ada  ketumbuhan di lengan anak remaja saya. sebesar 1.5cm.Semasa kecil dahulu saya ingat ianya adalah seperti tahi lalat sahaja,tetapi ianya membesar mengikut usianya, menjadikan kebimbangan dihati kami suami isteri,tambahan pula dia juga agak terganggu dengan kehadiran ketumbuhan itu.Justeru kamipun bertindak sebelum kesan yang lebih mudarat. Alhamdulillah ianya berjaya disingkirkan dengan sedikit pembedahan. Selepas peroses itu kami dikehendaki menghantarnya kembali untuk pemantauan selanjutnya.

Bekas ketumbuhan yang doktor serah pada kami,sebenarnya asalnya berwarna sama dengan kulit,tetapi telah beberapa hari ia menjadi keperangan.


Dalam salah satu peroses pengulangan kami membawa Emak dan Bapak sekali kerana Emak ada urusan tanah di Pejabat Tanah Teluk Intan.Oleh kerana urusan pertama tidak selesai maka
Emak dikehendaki datang sekali lagi.Jadi kami pergi berlima. Suami saya dan bapak di hadapan dan kami bertiga di tempat duduk belakang.

"Mak boleh tak pergi kali ni kita naik unser,naik myvi sempit lah,tak selesa"

Saya pun terkejut juga mendengar permintaanya itu. Kami suami isteri semamngnya tidak akan membiarkan anak-anak terlalu demand dengan kehidupan.Mereka diuji dengan keselesaan.Kami tidak mahu perkara ini terus bersemadi didalam sanubari mereka. Perkara ini perlu rawatan segera juga sebelum perkara lebih memudaratkan. Tujuan kami menggunakan myvi ialah untuk kemudahan bapak yang sangat uzur,bila menaiki unser beliau bersusah payang memanjat untuk naik ke tempat duduk.

"Sepatutnya Mak yang demand,ni kereta Mak,macamana boleh Mak redha.Embah lagilah,ini kereta anak dia,macamana boleh Embah tak komplen pun. Kita  hidup menumpang di duniani,jadi kena banyak bersyukur."

"Ya lah kita kan ada kereta yang besar,nanti kufur nikmat tau mak,naik kereta kecik je"Dia memberi alasan.

"Kita naik myvi untuk kemudahan Embah Lanag,Naik unser kesian Embah terpaksa memanjat,Emak rasa ok je duduk bertiga,boleh rapat-rapat lagi,kan lebih mesra,Ya lah awak tak rasa macamana kakak-kakak dulu naik kereta tak ada aircond lagi,Mak rasa bersyukur sangat rasa nikmat naik kenderaan yang ada,"

Nampaknya dia seperti akur.

Di pejabat tanah kami jumpa sepupu suami. Mereka tinggal di Puchong. Beliau berkahwin dengan anak orang kaya,setelah ayah mertuanya meninggal mereka medapat berekar-ekar tanah pusaka.Seusia 30an tahun beliau telah mempunyai 5 orang anak.Setiap tahun bersalin,setiap kali bersalin  ibu mertuanya akan menghadiahkan sepasang barang kemas untuk ibu dan anaknya,jadi beliau sentiasa bermotivasi untuk bersalin,itulah gambaran kekayaan ibu mertuanya. Sekarang anak-anaknya telah membesar,yang sulung sahaja baru selesai SPM.Saya tahu mereka punya kendaraan mpv tetapi kali ini hanya menaiki Proton sahaja dengan lima orang anak,bermakna 7 orang dalam satu kereta.

"Hai,kereta besar mana?"Tanya suami saya.

"Nak jimat cikgu,tak nak biasakan anak-anak hidup senang je,sekali-kali biar berhimpit,betul tak?"

Ekor mata saya mencuri pandang reaksi anak remaja saya.Saya dan suami mengambil kesempatan mengulas situasi tersebut.

"Maknanya bukan kita sahaja kan yang nak anak-anak belajar arti kesusahan" Suami saya mengiakan dengan menambah serba sedikit rempah ratus.

http://www.excelqhalif.com/wp-content/uploads/2012/10/infografik-4-tahap.jpg



Sabtu, 29 Disember 2012

Kasih yang tidak pernah luntur


 

"Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

Nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke me
laka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......


Cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni... di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....


Sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri... semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....


Pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.


- Kisah dari, Kee Perantau Simpang Tiga.


Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal!."

       Saya menjumpai status di atas di satu wall kepunyaan http://www.facebook.com/BercintaSelepasNikah . Sangat menyentuh kalbu saya. Bapak  saya juga pernah dalam situasi begini. Beliau pernah menghantar saya menaiki motorsikal dari rumah ke rumah bapa saudara saya di Felda Sungai Tengi. Besoknya bapa saudara itu menghantar saya ke Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau juga pernah menghantar adik saya dengan menaiki motorsikal dari rumah ke rumah Pak Cik saya di Batang Berjuntai(Sekarang Bistari Jaya) Besoknya Pakcik itu menghantar adik ke Lapangan Terbang subang untuk berlepas ke Leeds,UK.

 Banyak lagi cerita mengenai Bapak sebenarnya yang dialami oleh adik-beradik saya yang lain. Kalau dikalangan mereka mempunyai blog,tentu banyak sekali cerita yang boleh dikongsikan. Sekarang setengah anak-anak kami seperti tidak percaya atau tidak berapa mengambil indah bila kesah Embah mereka diceritakan. Mereka semua sedang diuji oleh zaman keselesaan. Mereka patut tahu bahawa kesenangan yang mereka kecapi sekarang adalah hasil perjuangan Embah mereka memberi peluang anak-anak bersekolah dengan tujuan mengubah perjalanan hidup keluar dari zaman kesukaran yang mereka lalui. Cucu-cucunya yang menikmati.

Saya pernah melihat situasi rakan seasrama saya yang memerahi bapanya kerana datang keasrama,kebetulan bapanya kakinya tempang,dan berjalan agak sukar. Seorang lagi memarahi bapanya kerana bapanya datang keasrama dengan membawa sekeranjang buah rambai untuk dijual kepada penghuni asrama. Dia malu dengan keterampilan bapanya itu. Entah jadi apa rakan itu sekarang,saya pun tidak pernah mendengar khabar berita mengenainya.

Alhamdulillah setakat ini adik beradik saya tetap tidak alpa dengan kedudukan mereka,cuma peluang sahaja adakalanya tidak menyebalahi untuk berhidmat sepenuhnya memandangkan tugas peribadi masing-masing. Saya sangat bersyukur Anak-anak saya berpeluang dapat membantu Bapak. Ketika mereka cuti diantara mereka perna menghantar bapak appointment ke kelinik,mengambil bekalan ubat,keluar membeli belah dan sebagainya. Saya pernah mengungkit bahawa perbelanjaan mereka membuat lesen memandu adalah berpunca dari susah payah Embah mereka. Saya nampak mereka gembira berbakti kepada Embah mereka. Alhamdulillah.
 

Selasa, 25 Disember 2012

25/26 Desember

Saya ingat lagi peristiwa 25 Desember 2004.Pada hari itu kami menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu  iatu anak Pak Uda  di taman Bahagia Batu Pahat.Kami datang awal pagi sebab mahu berkejar menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu suami  iaitu anak Makciknya di Kg Jiboi Baru Seremban. Selepas iatu kami berkejar ke Port Dickson. Saya dan adik-adik merancang untuk beramai-ramai menginap di sana. Salah seorang adik saya telah membuat tempahan tempat penginapan.

Paginya 26 hb Desember,Bapak,Emak dan anak cucu beramai-ramai beraktiviti di pantai Port Dickson yang landai dan indah. Adik bungsu saya sebok melayan anak-anak saudara berkayak bergilir-gilir. Satu ketika mereka berkayak jauh ke tengah laut. Saya pun hairan melihat situsai laut ketika itu,agak ganjil,seperti jauh turun kebawah. Melebihi paras surut. Ada juga rasa bimbang dengan keselamatan mereka sebab itulah pengalaman pertama mereka.Alhamdulillah tiada apa-apa kejadian berlaku.

sumber google
Setelah matahari menegak barulah kami naik ketempat penginapan untuk berkemas dan checkout. Salah seorang adik ipar saya yang tidak turun kepantai memberitahu bahawa beberapa jam yang lalu berlaku gegaran yang agak kuat.

Selepas checkout,saya membalik ke Melaka untuk menghantar anak sulung ke Matrikulasi Londang,Masjid Tanah,Melaka. Untuk pulang ke Sabak Bernam kami melalui jalan pesisiran pantai. Melalui Port Dickson,Lukut,Sepang seterusnya Kelang dan Sabak Bernam. Sampai Sekinchan hari telah gelap.Setelah berhenti di Masjid kami singgah di sebuah restoren di Sekinchan. Waktu itu Berita jam 8.30 sedang berlangsung. Baru lah kami tahu bahawa gegaran siang tadi adalah akibat kejadian gempa bawah laut yang melibatkan Tsunami di Acheh. Kami semua terkejut,saya perhatikan Bapak saya beristighfar,berrtahmid,bertasbih,beberkali-kali. Bayangkanlah kalau ianya berlaku di pesisiran pantai Barat Semenanjung Malaysia. Pasti kami terlibat sama. Setibanya dirumah Bapak terus bersujud syukur ,diikuti oleh kami.

sumber google


Selepas itu kami sentiasa mengikuti perkembangan di Acheh.untuk tempoh beberepa lama. Bila tiba 25 Desember pasti kejadian itu kembali lagi dalam ingatan.

Hari ini 25 Desember sekali lagi saya ke Seremban untuk melawat Makcik suami saya yang tinggal di Kg Jiboi Baru,yang kini sedang dirawad di wad 2C Hospital Tuanku Jaafar Seremban.




قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)(Copy paste dari sini)


Isnin, 24 Disember 2012

Musafir 7 (Cameron Highland.)


Sesungguhnya Cameron Highland ialah satu-satunya  lokasi yang beberbeza  dari lain. Dengan suhu purata di Cameron Highlands adalah di antara  18°C hingga 28°C pastinya memberi satu kelainan.
Bercuti  katanya  untuk melapangkan jiwa. Jadi semua orang mahu mencari tempat yang tenang, lapang,mententeramkan dan sebagainya.  Justeru CH lah yang menjadi pilihan. Jika semua berfikiran yang sama dengan memilih tempat yang sama,tidak lah menjadi tempat itu satu tempat yang tenteram lagi tempat itu.



Kalau asalnya CH tempat yang dingin,sunyi,udara keluar masuk dari dan ke paru-paru dengan lancar dan sehat sekali. Kini  bila 1 Malaysia semua berkunjung di sini,akibatnya pertambahan karbon dioksida mendadak.Kepulan awan nipis berbaur dengan kepulan gas dari eksos kenderaan. Suasana sunyi bertukar menjadi jeritan hon-hon yang marah kerana kesesakan.Maka   Jadilah  ia sebaliknya.
Tempat penginapan di CH seperti cendawan tumbuh. Tidak ada masaalah untuk mencari,tanpa perlu tempahan pun masih berpeluang.

Seingat saya telah 7 kali saya mendaki tempat itu. Pertama kali  tahun 1985 dengan menaiki bas lawatan PIBG SK Hutan Melintang. Pada waktu itu suhunya lebih sejuk berbanding sekarang. Kali Ke dua pada tahun 1996. Semasa bilangan anak 4 orang,tetapi kami tidak menginap. Kali ketiga pada tahun 2008 .menginap di sebuah apartment di Tanah Rata. Kali ke empat menghadiri kursus  di Rossa Pasadena. Masa ini saya memandu sendiri. Kali kelima untuk kursus lagi menginap ditempat yang sama.  Kali ke enam 2010 bersama keluarga dan menginap di sebuah home stay yang terletak disebuah kampung yang agak dalam di Berincang. Kali ini  saya menginap di  Crown Imperial Courts Brinchang .

 

 

 Setiap kali bah datang setiap kalilah pantai berubah,begitu juga di CH. Setiap kali datang pasti ada yang berubah. Dahulu di sebelah belakang Petronas Berincang terdapat satu kawasan yang tinggi dan menghijau. Datang lagi telah ditarah,datang lagi telah ada kerja-kerja membina kongkrit, seterusnya wujud rangka bangunan. Kali ini saya duduk di balkoni bangunan itu yang telah menjadi  Crown Imperiel Courts. 

 


 

 

Dengan berdiri di sini saya boleh melihat seluruh sekeliling pekan Berincang. Sesak nafas saya melihat jaluran jalan raya yang padat dengan berbagai-bagai kenderaan.Tambahan lagi dengan adanya pasar malam yang telah melebar luasnya berbanding dahulu.Pergerakan kami sangat terhad,setiap kali keluar pasti menempuh kesesakan.Satu demi satu bas berhenti menurunkan penumpang. Kalau biasanya jam 10 malam pekan Berincang seperti telah tidur tapi nampaknya 24jam masih ada kenderaan menjalar.

 

Semasa perjalanan untuk turun ke bawah,masih ramai lagi kenderaan yang mendaki. Mahu sahaja rasanya turun  dan memberi tahun mereka,sekiranya belum membuat deposit penginapan lebih elok batalkan sahaja dan tukar lokasi percutian di tempat lain pada masa ini.  Diatas sedang berlaku kesesakan. Dari ladang teh Bharat sehingga pekan Berincang kenderaan macet tidak bergerak. Tiada beza dengan KL atau Pinang.Mungkin situsai begini hanya berlaku antara 21-26 Desember sahaja,dimana ketika ini semua orang pakat ambil cuti tahunan untuk bersantai bersama keluarga.Seperti juga kami,sepatutnya memilih sahaja pada tarik lain tetapi tidak berjaya kerana ini sahajalah kesempatan anak-anak dapat berkumpul.

 

 

Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”

 

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali”
(Riwayat Tarmizi) 

Khamis, 20 Disember 2012

Musafir 6

Jambatan Muar




"Kita, rasa tak puaslah jalan-jalanmasa ke Johor hari tu"Luah hati anak bungsu saya.
"Tak puas?jaln sampai 5 hari tak puas?"
"Yalah bukan jalan-jalan pun,asyik pergi rumah orang je"

Kalau ikut peribadi asal saya memang saya ialah jenis yang tidak suka berjalan-jalan,saya jenis tidak suka keluar rumah.Semasa remaja boleh dikira dengan sebelah tangan bilangan saya kekedai dalam kampung.Begitu juga setelah berumah tangga.Selagi ada orang lain,kecuali dengan keadaan terdesak dan tiada sesiapa yang boleh membantu.

Menziarahi saudara mara pula hanyalah setakat adik beradik maka dan bapak sahaja. Bila telah berumah tangga,suami saya jenis yang sangat suka bersilaturahim,suka menziarahi saudara-sauda dekat dan jauh.Sikapnya itu telah membawa saya turut sama.Semasa anak-anak kecil dahulu,bila dikatakan berjalan ke satu-satu tempat,bukanlah hanya semata-mata  berjalan-jalan melawat tempat-tempat cantik tapi pasti akan menziarahi saudara-mara ditempat itu. Dari Johor,Kelantan,Perlis dan patah balik ke Sabak Bernam,ada sahaja kenalan yang di ziarahi.Dulu saya juga agak kurang senang dengana caranya,tapi tarbiah darinya lah yang telah mengubah presepsi saya.

Sekarang anak saya pula mempertikai.Oleh kerana saya  juga pernah merasai situasi begitu jadi mudahlah untuk saya selami jiwanya.

"Puas itu adalah datang dari nafsu,nafsu memanglah suka yang seronok-seronok je.Berjalan itu kan satu ibadah kalau kita niatkan kerana Allah. Sementara Abah masih ada,kita dapat ziarah saudara mara. Kalau dah tak ade entah dapat ke tidak . Kita dapat kenal saudaramara yang kita tak pernah atau jarang jumpa,dapat tengok kampung lain.Orang yang kita ziarah semua suka,jadi banyaknya pahala kita dapat. Semua perjalanan kita pergi rumah orang ajeke,langsung tak pergi tempat lain?"

"Adalah juga tapi tak banyak"

"Jadilah tu,mana boleh kita dapat semua apa yang kita mahu. Nanti rasa syukur kita jadi kurang."

Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (al-Hujurat: 10)

Ahad, 16 Disember 2012

Perjuangan.

 

Program Qimaullail pada hari itu dimulakan dengan Solat maghrib dan Tazkirah sementara menunggu waktu Isyak.Tetamu yang diundang dari KL dijangka akan tiba beberapa ketika sebelum Isya' kerana slot beliau adalah selepas Isya'. Sementara peserta sedang mengikuti program oleh ustazah yang ditugaskan beberapa AJK berkeliaran diluar dengan pelbagai urusan. Dalam kesibukan tersebut beberapa AJK telah terserempak dengan tetamu dari KL,mereka bersalaman dan merasakan tangan beliau sejuk dan kurang bercakap. Sekadar mempersilakan masuk sahaja lalau ditinggalkan tetamu dari KLtersebut kerana mereka ada tugas yang sangat pentnig dan menyambut tetamu adalah tugas anggota lain.

Beberapa ketika selepas itu kelihatan sebuah kereta masuk di perkarangan dan keluarlah tetamu dari KL bersama 2 orang temannya yag lain. Ada yang melontarkan soalan,  "Bukanlah puan telah tiba tadi mengapa  keluar lagi.?". Tatamu dari KL terpinga-pinga sambil berkeras mempertahankan bahawa mereka baru sampai dengan disokong oleh 2 orang temannya. Jadi siapakan yang bersalaman dengan mereka sejurus yang lalu?. Akibatnya jiwa mereka yang terlibat menjadi tidak setabil. Walaubagaimanapun perogram perlu diteruskan sambil menyimpan cerita ini dari pengetahuan peserta,bimbang satu demi satu peserta akan meninggalkan program ini. akhirnya program ini berakhir mengikut jadual dengan jayamya. Peserta pulang dengan berbekalkan kejernihan jiwa.

Beberapa minggu selepasnya penganjur program telah membuat keputusan untuk memenggil lagi peserta dengan membawa sorang pengamal perubatan dari Darul Syifa,. Untuk membersihkan peserta juga anggota penganjur dari perkara-perkara khurafat yang boleh menganggu perjuangan.

Antara pengisian dari pengamal perubatan yang dijemput ialah

1.Siapakah musuh Islam: iaitu Syaitan,Yahudi dan Nasrani serta orang-orang munafik. Memang tugas mereka memusuhi Islam.Untuk memusnahkan mereka adalah mustahil,jadi tugas kita adalah mengenalpasti siapa mereka mempertahankan diri dari tipu helah mereka.

2.Orang Islam diuji dengan kefakiran,kelaparan,kekurangan,kesakitan,kehilangan keluarga,bencana dan sebagainya. Semuanya adalah untuk meningkatkan Iman dengan semakin dekat dengan Allah.

3.Kelebihan ayat kursi. Disenaraikan dengan panjang lebar,tapi panduan membaca yang paling sempurna ialah cara membacanya adalah dengan tertil dan wakaf 9 kali mengikut tanda wakaf yang ada.Hendaklah diamalkan ayat Kursi pada setiap ketika terutama setiap selepas solat.

4.Sebelum memulakan perjalanan bacalah
بِسْم اللهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَى ءٌ فِى الارْضِ
وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ

 Selain memabaca  Ayat Kursi. Jika semasa membaca ada gangguan seperti membaca dengan teragak-agak atau tersasul-sasul,berhenti atau tangguhkan seketika perjelanan,mungkin itu petanda bahawa ada sebarang kejadian berlaku.

5.Apa dia santau.Sesiapa yang gemar makan diluar elakan dari memilih tempat duduk yang berhadapan atau di bawah kipas,kerana santau dihantar melalui angin.Sekarang santau sudah bergerak mengikut perkembangan teknologi,telah dihantar melaui sms,email juga Facebook.Jadi perhatikan anak-anak atau diri sendiri jika sesatu keadaan yang aneh kelihatan atau dirasakan,

6.Perbezaan anatara pengamal perubatan Islam dan bomoh. Pengamal Perubatan Islam semata-mata menggunakan ayat al Quran dan pergantukangan penuh pada Allah SWT. Bomoh menggunakan perantara Jin,perubatan melibatkan arang,asap,tulang dan sebagainya untuk menjamu jin.

7.Antara Qarin dan Saka: Saka adalah sejenis jin yang diturun dari nenek moyang yang didakwa melindungi keturunan namun kebanyakannya mempurakperandakan. Sesiapa yang merasakan dia ada saka boleh merujuk kepada pengamal Perubatan Islam untuk membuangnya.
 
Qarin pula di dalam Al Quran ditetangkan dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.Antaranya ialah

Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).
 Dalam hadith juga ada menerangkan  “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).

Orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat. Oleh itu sentiasalah berwaspada  dan berusaha untuk menundukan Qarin dari menguasai kita.


 (Sisipan cerita)

Kelihatan 3 orang pemuda OKU (lumpuh akibat serangan Israel) di Gaza sedang mengerjakan solat berjamaah di atas kerusi roda mereka. Senario seumpama ini berlaku secara meluas di kalangan penduduk wilayah kecil Gaza yang telah dikepung oleh Israel buat sekian lamanya.
Keli

Semoga kita dapat merasai sama kesungguhan untuk menyampaikan risalah ini sehingga ianya menjalar ke akar umbi masyarakat di negara kita sekurang-kurangnya.

Sumber gambar ini adalah dari FB sepupu saya. Pemuda yang berketayap putih itu adalah abangnya yang baru-baru ini menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 bersama team Aman Palestein. Turut sama adalah anaknya lelakinya yang berusia 20tahun. saya cemburu cemburu semangat jihad mereka .

Isnin, 10 Disember 2012

MAAFKAN KAMI GAZA & SYRIA

Sedih saya apabila masih ada orang dihadapan dan disebelah saya masih berkata;

"Buat apa kita sibuk memperdulikan orang-orang kat sana,yang penting kita jaga tempat kita jangan gaduh-gaduh macam kat sana,jaga keamanan negara kita,tak payah gaduh-gauduh yang penting nikmat yang kita ada ni jaga"

"Orang kat sana tu tak aman sebab ramai sangat pemberontak"

"Kita penat-penat boikot,orang lain tak boikot pun,sia-sia je"

"Orang palastein susah nak menang,sebab sering berbalah.Tidak bersatu,tidak mahir menyusun strateji,kita tak payah sibuk-sibuk peduli mereka,yang penting kita jaga iman kita masing-masing.Satu masa nanti yahudi akan musnah,Allah dah janji."

"Saya tak suka tengok gambar-gambar orang kat sana,tak sampai hati,nanti tak boleh tidur,tak lalu makan."

Saya sedih,bagaimana ada orang di sekeliling saya yang masih tidak ambil peduli dengan situasi saudara semuslim. Selagi mereka masih bergantung kepada berita yang di pegang oleh yahudi,selagi itulah pemikiran mereka masih didalam kotak pemikiran musuh Islam itu.

Berita yang sampai kepada kita banyak yang tidak tepat,semuanya mengikut kacamata barat. Saya sangat sedih,Rakyat Syria dizalimi,ditindas,dibunuh sesuka hatia.Perlukah mereka diam dan taat pada pemerinttah dan duduk diam sahaja,mereka perlu berjuang,menghentikan kekejaman pemimpin yang sedang rakus dengan kuasa.

Ahad, 2 Disember 2012

Memanjangkan Sedekah

Hari itu mengunjungi kakak ipar,menantunya baru balik dari kampungnya dikaki Gunung Besaut.Membawa berberkas-berkas buah rambutan yang berwarna merun. Puas kami menjamahnya. Alhamdulillah besarnya ganjaran pada  besan kakak ipar saya itu. dia menanam dan menginfakkan kepada ramai orang. Sambil makan-makan anak saudara saya itu bertanya

"Dirumah emak Makbonda dah bermula musim buah?"

"Belum,Insyaallah awal tahun hadapan,waktu musimcuti sekolah dah habis,semua anak-anak tidak dapat balik kampung,nampaknya rezeki kamilah yang tinggal dekat"Jawab saya.

"Adik-adik makbonda tak balik ke musim bila musim buah"

"Mereka balik tapi tak semestinya musim buah,mereka semua bukan jenis sentimentel sangat,nak makan buah tak perlu balik kampung,dekat tempat merekapun boleh beli"

"Ya lah,tak kecik hatike Emak Makbonda bila anak tak balik bila musim buah,tak payah balik pun boleh beli kat mana-mana,kan Dia seronok bila musim buah anak-anak makan sama-sama.Suatu masa nanti Makbonda akan dapat rasa macamana bila musim buah anak-anak tak balik,boleh beli kat mana-mana"
 
"Memanglah seronok,tapi kan faham anak-anak masing masing ada masalah,takkan nak menempoh lebuh raya berjam-jam semata-mata nak makan buah,mereka balik bila-bila masa,tak semestinya musim buah."

Walaupun rasa saya telah memebri jawapan yang logik, namun dalam jiwa saya tersentuh juga. Itu pendapat saya agaknya bagaimana  pula dengan Emak.Terkesan dengan kata-kata dia tadi,suatu masa nanti saya akan rasa.

Semasa saya mengunjungi emak,saya cuba congkel apa yang ada didalam hatinya tentang perkara ini,walaupun saya pernah mendapat jawapannya sebelum ini,namun saya mahu memastikan sekali lagi.

"Semua emak-emak bila ada makanan sedap mulalah teringat anak-anak,apa kamu tak rasa?Tapi ikut logiklah,yang dekat-dekat boleh lah dipanggil,yang jauh tak kan semata-mata nak makan sedap kena beli teket kapal terbang mahal-mahal,kena lalu lebuhraya,bayar tol,kena cuti kerja.Sedap mana sangatlah makanannyapun.Sebab nafsu kena mengorbankan diri,tak payahlah,tapi kalau dapat balik Syukur. Jadi emak ni tak bolehlah pentingkan diri"

Maha suci Allah,saya dilahirkan oleh seorang emak yang begini. Sentiasa bersangka baik kepada anak-anak. Tidaklah dengan memaki hamun dengan perkataan yang kesat bagai.Semoga Allah mewariskan kepada saya dan anak cucu saya seluruh kebaikannya.

Sememangnya bila durian gugur emak akan menalifon anak-anak.Bukan sahaja anak sendiri malah ana-anak saudara juga.Yang dekat emak akan jemput datang yang jauh sekadar beritahu sahaja. Sementara itu emak akan beri pada jiran tetangga,juga kepada pekerja Indonesia yang mengerjakan kelapa sawit.Sehingga pekerja-pekerja itu begitu rapat dengannya,dan memanggilnya dengan panggilan 'Emak' juga. Sesungguhnya itu adalah rezeki meraka. Selebihnya Emak juga akan mengopek durian dan rambutan tersebut lalu dimsukan kedalam bekas-bekas lalu disimpan di peti sejuk. Nanti bila bila anak cucu balik yang terlepas dari musim buah,bolehlah merasa. Sehingga salah seorang cucunya tidak akan memakan isi durian yang belum di feroskan.Dia sudah biasa makan durian yang Embah Wedoknya simpankan.



Bila kami balik mengunjungi emak tentu sekali penuh bonet kami dengan segala perkara yang ada,Setengah perkara tidak lah saya terima sebab saya sendiri tinggal di kampung,kecuali adik-adik yang tinggal di bandar. Semua yang saya bawa tidak juga saya makan sendiri,sebesar manalah kemampuan kami untuk menghabiskan semuanya, kami akan panjangkan sedekah Emak dan Bapak kepada jiran tetangga dan juga saudara mara berhampiran.Sebagaimana yang dilakukan oleh anak saudara saya di atas.

“ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat.” Hadis riwayat Muslim


Jumaat, 30 November 2012

Pembela.

Saya memang seperti pelanggan tetap pada kedai Elektrik Chop Hup Leong di pekan Sg Besar. Antara sebabnya semua barang elektrik ada dijual,dari keperluan dapur,bilik tidur,ruang tamu dan juga gejet komputer.  Taukehnya pula pandai melayan pelanggan. Sebab yang lain lokasi kedai tersebut di hadapan May Bank,jadi senang saya mahu mendapatkan talian hayat bila memerlukan. Apa yang saya perasan,layanan taukehnya berbeza antara sebelum kita konfum membeli dengan selepas melunaskan bayaran.Sebelumnya begitu ramah tamah dia melayan,sebaik sahaja bayaran bertukar tangan dan resit bayaran diterma mulalah dia macam menyombong sahaja.

Kali ini saya seperti macam rasa(maaf Bahasa Melayu tingginya ) sudah mahu berhijrah kekedai lain pula. Di kedai tersebut ada 3 orang pekerja wanita Indonesia. Dari dahulu sememangnya saya perhatikan.Nampak teruk tugas mereka. Mengangkat mesin basuh yang paling maksima kilogramnya,mengangkat TV yang paling besar ukurlilitnya dan berbagai-bagai lagi,belum lagi cara memberi arahan. Ala-ala Belanda  gitu.

Entah bagaimana kali ini saya seperti gatal mulut bertanya hal peribadi kepada mereka sementara barang elektrik yang saya beli sedang diuji. 

"Berapa tokeh bagi upah nya Dik"

"Seribu ringgit juga Mbak,agak lumayan,kalau kedai lain paling tinggi 700"

"suka kamu kerja di sini?"

"Suka nggak suka yang pasrah saja,asal upahnya  lumayan,tapi lo Mbak,susahnya mahu Solat,kadang curi-curi juga,tapinya nanti kalok dijumpa terus-terus memarahi,katanya apa lo bisa duit turun dari langit kalau solat.Susah Mbak,jadinya saya kena qada' bila malam"

" Bagus,kamu kena kuat,jaga Solat kamu,banyak doa,minta Allah bagi tokeh kamu lembut hati. Yang penting jangan gadaikan agama" Suami saya mencelah.

Hati saya begitu jengkel sekali. Saudara seagama dan serumpun saya diperlakukan begitu. Hati saya semakin kuat untuk berpaling tadah mencari alternatif lain. Dan kini saya akan menjaja cerita ini di medium yang saya miliki,saya akan racuni fikiran orang disekeliling saya agar melakukan seperti apa yang saya lakukan,sementara itu biarlah adik-adik itu terus bekerja demi membantu biaya keluarganya. Disamping saya meminta agar Allah Rabul Jalal terus memelihara akidah adik-adik tersebut dan taukehnya mendapat kesan dari kemurkaan.




“Barangsiapa yang membela kehormatan saudaranya tanpa sepengetahuannya, niscaya Allah akan menjaga dirinya dari api neraka pada hari kiamat kelak.” (HR. at-Tirmidzi



Ahad, 25 November 2012

Bala 2.

sumber goggle image


Pulang dari sekolah,sedang merehatkan diri,terdengar salam di luar rumah,rupa-rupanya Kak Yam jiran sebelah dengan seberkas kacang panjang di tangan. Begitulah Kak Yam walau dengan kepayahan berjalan akibat sakit kaki berjaya juga mengisi keksosongan tanah dengan pokok-pokok kacang panjangnya,tidak habis dimakan sendiri dikongsi pula dengan jiran tetangga dan saudara mara. Kak Yam ini ibu tunggal yang tinggal seorang dii dirumah,sakit kaki pula,tinggal dirumah anak-anak paling tahan seminggu,bukan layanan anak tidak bagus tapi teringat rumah.Anak-anak tidak dapat tinggal bersama atas tugas masig-masing,tetapi dia redho. Tidak perlu bersangka buruk pada mereka,nanti hati sendiri yang gelisah.

Maka bersembanglah kami barang beberapa ketika,walaupun berjiran jarang bertemu wajah,yalah atas kelemahan saya mengurus masa.

Kalau paginya keluh kesah kedengaran disebabkan mayat hidup tapi kali ini serangan Sang Monyet dan yang yang spesis dengannya. Dulu-dulu monyet agak takut denga manusia,tetapi kini sebaliknya. Sebenarnya sayapun merasainya sama kerana saya juga punya beberapa pokok kelapa dan pisang. Samada pisang telah dijangkiti penyakit atau didahului oleh Sang Monyet, sememang kami bersaing. Begitu juga dengan buah kelapa. Makluk ini datang bergilir antara spesis,dan kaedah mereka menyerang juga agak berbeza. Kalau spesis beruk, suka memulas kelapa termasuk yang masih muda lalu dijatuhkan ke bumi,sebab itu ia layak ditugaskan sebagai pemetik kelapa atas kemahirannya itu. 

sumber goggle image

Saya tidak berapa terkesan atas saingan itu sebab itu hanya hasil sampingan saya. Tidak ada pisang saya boleh beli bahan lain,tidak ada kelapa saya boleh beli santan di pasar. Tetapi bagaimana pula dengan tuan punya kebun disebelah rumah Kak Yam. Beliau tinggal jauh,hari itu dia datang melawat kebunnya.

Rungutannya;

"Bulan sebelum ini saya boleh dapat 2ribu dari hasil jualan kelapa,kali ini nak dapat 2 ratus pun susah,buah kelapa melambak bersepah ditanah dengan keadaan belum cukup tua"

Tuan tanah sebelah kebun Kak Yam itu menggunakan hasil jualan kelapa untuk membayar bil api,membeli gas,menyara sekolah anak-anak dan lain-lain lagi. Kesedihan yang dialaminya tentu sekali berbeza dengan kesedihan saya,kerana tanpa hasil kelapa saya masih boleh membiayai keluarga. Apakah layak tuan tanah memaki hamun makluk itu atau mendoakan kemusnahannya. Samada layak atau tidak sebenarnya telah berbakul-bakul makian yang terlontar. Mereka juga manusia yang punya nafsu amarah. Sekurang-kurangnya berdoa meminta dimusnahkan mahkluk tersebut.

Hari itu tuan tanah datang dengan membawa sebakul tombong kelapa atau dalam bahasa Jawa disebut kentos yang diisi dengan racun,untuk memerangkap haiwan-haiwan pemusnah tersebut. Beberapa hari haiwan tersebut tidak datang, Kemana? tidak dikenal pasti.

sumber goggle imag

 Sebenarnya pihak JKKK telah beberapa kali meminta jasa baik Perhilitan untuk memusnahkan haiwan tersebut,tapi bila pasukan mereka datang tidak dapat dikesan dimana mereka bersembunyi pada hal ada kesan yang mereka baru membuat projek ditempat itu. sama ada mereka punya deria yang kuat untuk menghidu bahaya atau sebab lain  hanya Allah Yang Maha Tahu.
sumber goggle image


Mahu dihapuskan haiwan-haiwan ini,tidakkah kasihan,mereka juga makhluk yang punya hak keatas setiap ciptaan Khaliknya. Sama juga dengan ada yang mempersoalkan;

"Apalah di Plastin dan Syria ni,asyik perang sahaja,tak boleh ke berbaik-baik macam negara kita,tak ada perang-perang"

Bukan soal perang-perang,rakyat Palastin melawan Yahudi laknatullah kerana mereka mahu memusnahkan Baitul Muqaddis. Rakyat Syria berjuang mahu menumbangkan rejim Basyer yang kejam menghapuskan orang-orang Sunni. Mereka berdoa sebab mereka teraniaya. Berbeza dengan kita yang tidak teraniaya,tidak terasa kesedihan mereka.Bagi yang tidak mengikuti isu mereka tiadalah terkesan dihati untuk menymbang sesuatu.

Begitu juga dengan kes tuan tanah diatas,Saya yang tidak berada disituasi mereka kurang lah kesedihan saya,tidak sampai hati saya untuk membunuh haiwan tersebut berbanding dengan tuan tanah sebelah rumah Kak Yam,yang berusaha mengisi kentos-kentos dengan racun. Bayangkan jika jeratnya mengena dan haiwan-haiwan tersebut mereput menjadi bangkai,smentara mikroorganisma mereputkan daging-daging,selama itulah penguni dipersekitaran menghidu aromayang meloyakan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Catatan Popular