DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 18 Disember 2013

TEGANG

sumber google imeges


Emak megadu,salah seorang anak saudaranya datang berkunjung. Dia meminta jasa baik Emak untuk menjadi orang tengah antaranya dengan jirannya juga ipar duainya.Telah beberapa tahun  perhubungan mereka tegang,sehingga peringkat tidak bertegur sapa dalam tempuh yang agak lama.Hanya dengan satu punca ianya berlarutan lama,ada sahaja perkara baharu yang menyumbang kepada lamanya tempoh persengketaan.

 Perbezaan antara semasa dua pihak yang sedang didalam perhubungan baik dan sebaliknya ialah:- Semasa dalam keadaan baik, apa jua yang diperkatakan atau yang dilakukan atau segala tindak tanduk pihak satu lagi adalah tidak mendatangkan apa-apa kesan. Bagaimana pula bila dalam keadaan yang sebaliknya. semua tindak tanduk,kata-kata dan apa juga yang dilakukan pihak yang lagi satu adalah menyakitkan.Orang ketawa pun dirasa seperti mengejak.Tekan minyak kenderaan kuat-kuat pun dirasa memperli.Pendek kata segala-galanya menyakitkan.

Begitulah keadaannya kedua-dua pihak anak saudara Emak itu. Sebelum ini hanya pihak yang satu lagi yang selalu mengadu pada Emak,Emak hanya mampu menasihatkan agar berusahalah berbaik-baik,mungkin ada sebab pihak di sana menjadi begitu. Emak duduk jauh,tidak mampu menolong semuanya tambahan lagi dengan tangggungjawab emak membantu bapak yang uzur. Sekarang pihak yang satu lagi datang,menceritakan sebelah pihaknya. Dia bermohon sangat agar emak menjadi orang tengah dalam ketegangan ini.

Saya tahu Emak agak tertekan dan terganggu. Walaupun mungkin ada buah fikiran tetapi emak agar kurang keyakinan,lalu Emak meluahkan pada saya.Ibu bapa mereka telah pulang ke Rohmatullah,dan mereka juga bukan kanak-kanak lagi tetapi telah mula memasuki usia emas,usia persaraan jka mereka berkerja. Tentu tidak sama kaedahnya dengan usia kanak-kanak.Semasa mereka kecil Emak yang menjaga mereke ketika itu Emak belum kawin lagi. Bila mereka bergaduh emak akan leraikan biasanya yang menyebabkan sebelah pihak menangis itulah yang akan dikenakan tindakan.

Saya nyatakan pada Emak bahawa itu adalah satu petanda bahawa mereka telah penat dengan situasi tersebut. Entah berapa kali sehari semalam mereka memohon petunjuk dalam solat. Itulah ketikanya petunjuk itu datang. Kerjanya tentu lebih mudah. Cuma mereka belum mampu untuk merendahkan taraf keegoannya untuk bertemu sendiri dan saling berlapang dada.Padahal sepatutnya perkara itu begitu mudah. Kuatkan hati  jumpa sahaja bertentang mata dan mulakan kemaafan dari diri sendiri,

"Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang sering memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."
sabda Rasulullah. [riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi]

Degan cara begini orang lain tidak tahu jadi tanpa terbuka aib masing-masing.Namun mereka belum tiba ke tahap itu.

Saya hanya memberi pendapat sahaja pada Emak.Dalam situasi ini tidak perlu kita mencari punca ketegangan tapi fikirkan perkara yang selepas ini. Kenangkan keseronokan semasa berbaik-baik dahulu. Kenangkan perkara  kebaikan yang pernah pihak sebelah sana beri. Satu ketika dahulu mereka boleh berkongsi kereta untuk menghadiri kenduri saudara mara. Bila mengadakan majlis setiap orang saling menyingsing lengan,menghulur bantuan. Alangkah indahnya situasi itu.

Si adik perlu hormati kakak,dan kakak juga patut menyayangi si adik. Setiap mereka pasti ada kelebihan,kagumilah kelebihan pihak satu lagi.  Hayatilah bacaan setiap solat masing-masing. Dari bacaan iftitah lagi,hidup dan matiku kerana Allah,jadi apa perlunya sibuk menilai kesalahan orang lain.

Jadikan umpatan serta fitnah dari orang lain sebagai saham akhirat. Semestinya sakit hati,tapi jadikan sebagai kifarah dosa kita mungkin kita juga pernah melakukan pada orang lain tanpa kita sedari.
 Paling tidak beringatlah kalau mahu anak kita menjadi anak soleh yang mendoakan ibu bapanya maka kita juga perlu menjadi anak soleh yang mendoakan ibu bapa. Menjadikah anak yang soleh jika sesama saudara bersengketa dan bermusuhan. Apakah yang dirasa oleh roh kedua ibu bapa?.

Saya juga mengajak Emak doakan untuk mereka,terutama nanti apabila masanya tiba untuk emak dibawa kepada mereka.Saya juga mendoakan Emak agar diberi kekuatan dan hikmah semasa berhadapan dengan mereka.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(A-li'Imraan 3:134)

Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
(An-Nisaa' 4:149

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur 24:22

Jumaat, 13 Disember 2013

WARGA PERIHATIN

Masa saya zaman kanak-kanak dahulu saya sering mengikuti suasana orang kampung mendirikan rumah. Bila ada penduduk kampung mahu menbangunkan sebuah rumah,seluruh pelusuk kampung akan hadhir dan sama-sama mendirikan rangka rumah.Sebelum itu jiran terdekat datang untuk menolong menyusun tiang,memahat lubang-lubang tiang untuk dipasang gelegar.Menyusun kekuda,alat tiang yang kadang diperbuat dari batu atau keratan batang pokok yang ditarah berbentuk koboid.Tuan rumah menyediakan makanan seadanya. Bila hari yang ditentukan tiba,ada setengahnya meletak tarikh-tarikh tertentu atas nasihat orang tua-tua atau yang alim dengan ilmu agama. Maka berhimpunlah mereka meninggalkan kerja-kerja harian,bercuti dari menebas,bersawah,mengambil upah sebarang kerja.Semua tertumpu pada  gotong royong atau lebih dikenali sebagai ro'an.

Itu dahulu sekarang sudah tidak ada aktiviti demikian,Semua kerja membina rumah diserahkan pada kontraktor. Jiran tetangga tidak tahu menahu, Kalau pun ada yang mahu menggunakan kaedah seperti zaman dahlu,tiada siapa yang dapat hadhir.Masing-masing tidak dapat menyediakan ruang untuk itu. Atas berbagai alasan,samada urusa dengan majikan atau urusan mengejar masa,sebab setiap masa itu adalah pendapatan masuk.

Beberapa minggu yang lepas saya mengikuti Misi Bantuan kemaknusiaan Warga Perihatin membantu ibu tunggal dan warga emas. Sebahagian rumah mereka telah ditimpa sepohon pokk durian tua. Kejadian telah berlalu beberapa hari tapi tiada pihak pun yang membantu.Apa sangatlah kudrat warga emas suami isteri dan cucunya ibutunggal muda bersama dua anak kecil untuk mengatasi musibah yang berlaku. Beberapa hari rumahnya dalam keadaan melompong,tidak dapat melindungi penghuninya dari hujan dan kedinginana angin. Sudah tidak ada zaman gotong royong lagi,semua menunggu peruntukan dari pihak-pihak tertentu. Kalau dahulu bila berlaku satu musibah seperti ini akan berduyun-duyunlah orang kampung bergotong royong membantu namun tidak pada ketika ini.

Sememangnya sebelumnya tidak berapa mengenali satu sama lain,sekadar di dunia maya sahaja. Namun setibanya dilokasi masing-masing seperti telah kenal rapat. Tidaklah seperti kekok bergaul walaupun baru sekali bersua mata.  Kami suami isteri turut serta adalah untuk mengongsikan kasih dengan WP. Mereka adalah satu keluarga yang besar yang bukan dirapatkan melalui DNA sebaliknya adalah berakarkan kasih sayang Allah yang tunggak utamanya Al Quran dan Sunnah.Sebaik sahaja selesai acara Muqaddimah dan salam perkenalan,tanpa berkali-kali arahan sebagaimana yang saya alami di sekolah bersama anak-anak murid saya, anggota WP terus memainkan peranan masing masing,pendek kata Yang capek menghalau ayam, yang buta meniup tepung, yang kurap menyiang buluh dan yang pekak membakar meriam, namun dikalangan mereka tidak adalah yang capek,buta, kurap juga pekak Sebaliknya ada lelaki dan wanita dewasa,remaja juga kanak-kanak. Semuanya arif dengan tugas masing-masing. Biarlah gambar berbicara.











Sedangkan dalam satu keluarga yang sama darah daging adakalanya sukar untuk disatukan.Namun di Warga Perihatin ini anggotanya adalah dari berbagai darah keturunan dan juga latarbelakang,namun boleh bersatu atas kasih sayang Allah. Itulah antara yang saya pelejari dari keluarga besar WP ini. Antara yang mahu saya korek rahsia ikatan mereka.



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. "19:96  


Isnin, 28 Oktober 2013

OH IBU




Saya sangat tersentuh bila mengikuti satu pengogsian dari FB warga perihatin. Luahan dari seorang yang bernama Rozie Em. Beliau menghantar luahan pengalaman kehidupan yang pernah beliau lalui sebagai anak yang ibunya bekerja. Dari perkongsian tersebut ramai pengomen yang memandangnya secara posistif tidak kurang juga yang negetif. Ada yang secara emosi menuduh penulis sebagai menderhaka kepada ibu,membuka aib dan sebagainya.

Ini komen admin FB tersebut.

DrMas Mohd Dua"RAMAI dari kita yang mengulas menggunakan emosi berbanding akal dan iman. Rozie ini tidak mendedahkan diri dan identiti ibunya. Beliau sekadar kongsikan kesan trauma seorang anak terhadap tekanan pengasuhnya. Terlalu banyak kita dengar kisah anak yang teraniaya didalam jagaan pengasuh. Ada yang terbiar seharian tidak berbasuh beraknya, ada yang dibiarkan kelaparan, malah ada yang parah luka dan maut juga. Ambil perkongsian anak ini untuk menyedarkan kita naluri seorang anak. Jangan kita kata beliau menderhaka, tidak berterima kasih kepada sang ibu dan sebagainya. Tiada siapa kenal dia dan identiti ibunya, jadi yang berguna kepada kita ialah BELAJAR MENGENAL KESAN TRAUMA JIWA ANAK KITA. Jangan jadi ibu bapa yang tiada perasaan dan timbang tara. Kemudian sama-sama kita cari jalan bagaimana untuk mengelakkannya dari berlaku terhadap anak kita pula. Kalaupun terpaksa tumpang pada pengasuh, pilihlah yang amanah dan ikhlas. Jangan asal boleh sahaja."

Setiap orang ada bahagian yang Allah tetapkan dalam kehidupan. Ada orang begitu mudah kehidupannya juga sebaliknya. Isunya ialah dilema ibu bekerja. Ada orang mudah urusan meninggalkan anak semasa bekerja,mendapat pengasuh yang baik,yang dapat mendidik anak kita dengan lebih baik berbanding dengan kita. Bagi yang bernasib baik tidak menghadapi masalah berutunglah mereka,tapi yang sebaliknya,kesana kemari mencari pembantu untuk menjaga anak,ada yang dihantar ketempat lain seperti contoh diatas atau mencari orang untuk datang kerumah. Ngeri mendengar bermacam-macam cerita,ada yang dikongsi dalam youtube.MasyaAllah,zuriat kita yag kita belai bagai menatang minyak yang penuh,naymuk mengigitpun kita marah,rupa-rupanya menjadi alat melempias emosi pembantu rumah yang mendapat habuan dari % pendapatan kita.

Ada orang bernasib baik kerana suami menggalakan untuk menjadi surirumah walaupun berpendidikan tinggi.Walaupun ramai yang mencemuh "Belajar tinggi-tinggi tapi tak nak guna untuk berkhidmat pada masyarakat".Masyarakat itu datangnya dari mana?,bukankah dari individu juga. Kalau individu sihat sihatlah masarakat. Orang belajar tinggi mestilah mempunyai IQ dan EQ yang tinggi.Dengan kelebihan tersebut dapatlah melahirkan anak-anak yang sihat rohani dan jasmani,maka menyumbanglah kepada kemaslahatan masyarakat.

Walaupun saya Ibu yang bekerja,saya menghargai ibu yang surirumah sepenuhnya.Saya adalah tergolong didalam yang bernasib baik dalam masaalah penjagaan anak-anak.semasa bersekolah rendah saya bawa semua anak-anak ke sekolah yang sama. Semasa kecil ada Makcik sebelah rumah yang datang menjaga anak-anak dan balik sebaik sahaja saya pulang kerumah.Beliau menjaga seperti cucu sendiri,dimarah kalau salah,dipujuk kalau merajuk. Sesekali makcik tersebut bercuti nenek mereka di sebelah rumah akan menggantikannya.Walaubagaimanapun kerisauan saya tinggi semasa anak tidak sihat,saya bimbang akan menyusahkan penjaganya,biarlah anak menagis atau merengek ditangan kita dari ditangan orang lain. Saya meninggalkan susu sendiri di dalam botol,kerja itu bukan mudah,seawal pagi kena bangun sebelum bayi menyusu,kalau tidak perahan tidak banyak.Kena menjaga makanan untuk memastikan susu dalam keadaan maksima,mengelakan makanan yang menyebabkan kurang susu seperti makanan manis. Disekolah juga saya akan memerah susu dua tiga kali.anak anak menyusu sehinggalah saya mengandung seterusnya sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun.

Dari cerita diatas para ibu yang bekerja patut bermuhasabah diri,disamping kelihatan anak-anak macam seperti biasa sahaja rupa-rupanya memendam rasa kerinduan kehangatan kasih sayang ibu. Sedangkan ibunya ingat anak-anak sudah cukup dengan kebendaan yang dibekalkan. Nasib baik  penulis diatas menjadikan trauma yang dialaminya kepada iktibar untuk membuat yang lebih baik.Bukan menjadi dendam yang memudaratkan.

Saya pernah bermalam dirumah seoran ipar,yang setiap hari bertolak dari rumah jam 7pagi,pulang jam 7malam.Beliau menghatar anak ke rumah adiknya pagi dalam perjalanan ke tempat kerja dan mengambil dalam perjalanan balik. tiba dirumah terus mandi,solat,dan membuat kerja dapur. anak telah dimandikan oleh yang mengasuhnya,sementara ibunya menyiapkan kerja dapur anak bermain bersendirian dan tertidur. Setiap hari itu yang berlaku,dia mengakui kadang beberapa hari mereka tidak dapat bersama.Masyaallah    sebak kalbu saya. Saya syorkan kepadanya sekurang-kurangnya luangkan masa peluk dia sekejap sebelum tidur.ataupun gunakan hujung minggu sepenuhnya.

“Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3]


Abdullah bin Abbas Ra. Menyampaikan bahwa Rasulullah saw. Berkata , “ Sayangi-lah anak-anak-mu dan berilah mereka pendidikkan yang pantas “. ( HR. Ibnu Majah )
 

  “ Tekunilah anak-anak-mu dan perbaikilah kesopanan mereka.” (HR.Ibnu Majah) ( tekun dalam hal pendidikan moral , akhlaq , Etika sopan santun dll ) ,

“ Tidak ada pemberian yang paling utama dari seorang ayah kepada anak-nya , selain ( pemberian ) berupa kesopanan yang baik . “ ( HR. Tirmidzi ) ,

Seorang datang kepada Nabi Saw. Dan bertanya : “ Ya Rasulullah , apa hak anak-ku ini ? , Nabi Saw. menjawab , “ memberinya nama yang baik , mendidik adab yang baik ( budi pekerti yang baik ) , dan memberikan kedudukan yang baik (dalam hatimu) (HR. Aththusi ) ,

 Rasululloh SAW. bersabda , “ Diantara hak anak atas orang tua adalah memperbaiki adabnya dan mem - berinya nama yang baik.” ( Al Hadits )

  Abu Qulabah menyatakan bahwa Rasulullah pernah bersabda , “ Siapakah yang paling pantas menjadi orang yang diberi pahala ( oleh Allah SWT. ) daripada orang-orang yang mengeluarkan hartanya untuk anak-anaknya agar mereka selamat dari pada kemungkinan mengemis/meminta-minta dan menjadi makmur" ( HR.Tirmidzi )
 

Rabu, 16 Oktober 2013

QURBAN

Alhamdulillah,Yang telah memberi kesempatan untuk saya merasai situasi Idul Adha tahun ini. Namun entah bangaimana tahap kesyukuran,Hanya allah yang menilai. Astaghfirullahuladhim.

Indahnya musim ummah berebut-rebut mencari  keredaan.Disana-sini menunaikan ibadah Qurban,dengan berbagai-bagai kaedah. ada yang di Masjid dan suaru,ada yang dihalaman  rumah,tidak kurang juga yang keluar negara melalui badan-badan NGO. Secara individu saya lebih gemar berqurban ke negara-negara yang dhaif dari segi keperluan makanan. Dari cerita mereka yang pergi mereka berjumpa dengan daging setahun sekali. Sekarang mudah sahaja untuk prosesnya. Semudah klik di keyboard melalui Maybank2u,boleh ekses mana-mana NGO yang berkenan untuk menguruskannya.Tidak perlu diwawarkan merata-rata.

Dulu-dulu di masjid-masjid kadang-kadang ada satu badan yang menghantar lembu-lembu untuk di Qurbankan,saya yang cetek ilmu ini tertanya-tanya sendiri,kalau dilihat tujuan ber Qurban ialah untuk mendekatkan diri sesaorang itu kepada Allah SWT,dan di niatkan untuk individu yang mengeluarkan belanja berQurban,dan individu itulah yang mendapat ganjarannya. Siapa yang mengeluarkan belanja untuk Qurban,dialah yang dapat ganjarannya. Tapi kalau satu badan tertentu,termasuk kerajaan negeri misalnya,pada siapa mahu diniatkannya?. Sekadar rakyat dapat merasai agehan daging,tapi siapa individu yang mengeluarkannya? rupa-rupanya pertanyaan hati saya terjawab juga bila kebelakangan ini nampaknya kerajaan Negeri Selangor telah ditegur oleh orang yang berilmu. Lembu-lembu yang dihantar ke masjid dijadikan infak untuk masjid atau surau,lalau masjid atau surau-surau ini membuka pada penduduk untuk berkongsi membiayai lembu tersebut dan bayarannya masuk ke tabung surau atau masjid. Sekurangn-kurang membuka peluang kepada pendudk yang berhajat untuk berqurban tetapi kurang berkemampuan.

Saya teroja juga melihat aktiviti berqurban di masjid-masjid lain,berbagai kaedah. Idul Adha tahun ini adik-adik lelaki saya masing-masing tidak dapat ber Idul Adha di kampung bersama ibubapa saya,masing-masing telah punya tanggungjawab di surau atau masjid qariah sendiri.Ada yang menjadi penyembelih ataupn sekadar bahagian melapah sahaja. Saya ucapkan tahniah pada Emak,kerana telah dapat mewakafkan anak-anaknya untuk masyarakat serta ummah.Emak tidak perlu bersedih atau merungut tanpa kehadiran adik-adik lelaki saya,sebab mereka punya tugas di qariah masing-masing. Insyaallah azam saya,selagi anak-anak berada dalam kerja-kerja Allah saya redha dipinggirkan.  Kena hayati konsep berQurban. Allah bukan mahu lembu,atau pisau tajam atau darah dan daging lembu,tapi yang Allah mahu ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa kita.


Dengan adanya kemudahan maya ini adik-adik masing-masing menghantar gambar aktiviti mereka,Seronok melihat mereka memakai t shirt seragam. Dikampug saya belum ada budaya begini.





Inilah adik saya yang dulunya saya gendung dengan kain semasa usia saya 10tahun,kini mewakafkan dirinya dalam kerja-kerja Allah. Saya sangat tersentuh disini.Ya Allah kurniakanlah aku anak-anak lelaki yang seperti ini.





Ada juga yang memakai sistem kopon seperti ini

 


Seorang kawan bercerita,beliau menjadi sukarelawan masjid untuk mengedarkan kopun kerumah-rumah untuk menuntut daging Qurban. Seorang makcik meminta kupon lebih,kerana mahu daging lebih,untuk dibuat kenduri arwah anaknya,bila permintaannya ditolak dia kata dia kenal rapat dengan imam dan bilal masjid,Kalu minta pada imam gerenti dapat. Macam-macam rupanya cerita manusia . Buat masa ini di kawasan saya belum lagi penggunanannya,mungkin masyarakat disini yang saling mengenal antara satu sama lain belum memerlukan sistem Kopun sebegini.


“ Berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu (jiwa raga ) kejalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui” ( al-Taubah: 41).

Sabtu, 28 September 2013

BERSYUKUR SAAT DIUJI

Untuk Hari lahir saya tahun ini salah seorang anak saya menghadiahkan buku ini.


Bersyukur Saat Diuji

Saya menunggu kesempatan untuk menghadhamnya.Akhirnya gilirannya tiba semasa saya berpergian ke Bangi .Atas memenuhi jemputan walimah anak kawan suami semasa bersekolah menengah dulu. Isterinya pula pensyarah anak saya di IPG Bangi. Selama ini saya hanya menyelak-nyelak dengan melompat-lompat sementara menunggu giliran untuk buku buku lain.

Sepanjang jalan saya bacakan untuk suami saya  bagi mengubati dari wabak mengantuknya yang semakin menjadi-jadi dengan peningkatan usianya.Diselangi dengan ulasan-ulasan apabila terkena dengan diri. Atas keasyikan menikmati isi buku tersebut telah beberapa kali kami tersilap jalan. Sepatutnya untuk turun  dari Lebuhraya Utara selatan kami perlu turun di skve menuju ke Bangi tapi tersilap menuju ke Datuk Panglima Garang,akibatnya kami terpaksa meneruskan sehingga ke tol Datok Panglima Garang dan patah kembali,memakan masa dan kuantiti minyak juga. Begitu juga semasa perjalanan balik. sekali lagi kami terpilih jalan ke Datok Panglima garang. Oleh kerana itu perjalan bali ke Sabak Bernam kami meneruskan juga perjalanan melalui jalan Banting Kelang yang penuh dengan lampu Isyarat itu.Walaubagaimana pun kami hadapi dengan penuh redho,hikmahnya bertambah masa untuk mencerna.Dapat juga melalui jalan tersebut yag telah sekian lama kami tidak melaluinya.

Dalam perkiraan sepatutnya kami akan sampai di Kuala Selangor jam 4 petang,sebab Suami saya ada slot dalam program Menggilap Potensi Pelajar PMR sekolahnya di satu resort disitu.Slotnya ialah membawa pelajar-pelajar berjalan mendaki Bukit Malawati,saya mahu tumpang sekaki untuk menguji ketahanan tenaga seusia ini ,rupa-rupanya pukul 7 petang baru sampai. Walaubagaimanapun berkesempatan memimpin mereka untuk waktu maghrib sehingga Isya'. Dalam sessi tersebut antara yang suami saya tanyakan kepada anak-anak seusia 15tahun ini ialah

 "Siapa disini yang pernah berjaya solat lima waktu sehari semalam"
Dalam kumpulan 30 orang pelajar lelaki tiada seorangpun yang mengangkat tangan,dipihak perempuan pula dalam 30 orang itu lebih separuh yang mengangkat tangan.

Sekolah suami saya itu sekolah luar bandar tetapi bukanlah terlalu pendalaman pun.Saya terfikir bagaimana pula agaknya situasi yang dibandar?. Namun apabila membaca pengalaman Prof Kamil Ibarahim dalam buku yang kami baru hadam,rupa-rupanya fenomena ini sangat sejagat,di Madinah juga apabila ditanya berapa orang yang solat Subuh,hanya beberapa peratus sahaja yang mengaku. Kita harus salahkan diri kita seandainya terjadi kepada keluarga kita.

Berbalik kepada isi buku diatas. BERSYUKUR SAAT DIUJI. Hasil karya yang sangat menyentuh hati. Prof Kamil Ibrahim mengongsikan pengalaman hidupnya dari jiwanya,jadi pembaca menerima terus kejiwa juga.Gaya tulisan yang santai dan mudah difahami,memang sesuai dengan situasi pembaca moden yang malas berfikir seperti saya.

Kita sering menyangka bahawa dinamakan ujian itu ialah ketika kita dalam kesusahan,kejatuhan atau dalam keadaan berdukacita. Kia akan berkata bahawa itu adalah ujian yang paling besar lalu berkeluh kesah dan mencari ketenangan dengan berbagai-bagai kaedah. Yang bernasib baik akan mendekatkan diri kepada Allah.Rupa-rupanya sangkaan itu salah. Sebenarnya ujian semasa dalam keselesaan  lebih besar dan bahaya berbanding ujian semasa kesusahan.

Semakin mewah,atau terkenal semakin besar ujian.Saya tidak pernah kaya,tinggi pangkat atau terkenal,jadi saya tidak tahu bagaimana perasaan orang yang sampai ketahap itu. Namun sesekali saya menarima banyak sedikit duit, kekhusyukan solat saya goyah. Bila sesekali kesana kemari ada orang kenal kita hati kecil saya berbisik "Oh ramai juga orang kenal aku ye" atau sesekali orang berterimakasih pada kita atas pertolongan yang sedikit timbul bisikan "Oh baik juga saya ni ye" . Namun asalnya saya tidak menganggap itu sebagai ujian. Ya Saya akan hairan pada diri sendiri. Setelah mencerna Karya Professor ini barulah saya yakin bahawa ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan,kesewahan dan kemasyhoran. . Semakin tinggi kedudukan kita semakin jauh dengan Allah. Ungkapan Syukur hanya di lidah sahaja.

Sebenarnya bila kita ditimpa ujian kesusahan,kejatuhan atau kedukacitaan maka bersyukurlah.Itu adalah satu anugerah untuk membawa kita peluang bertaubat. Sebaliknya bila sedang di dipuncak keselesaan,harus diingat itulah sebanarnya ujian yang maha besar.

"Segala nikmat yang ada kepada kamu maka adalah dari Allah, kemudiaan apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada NYAlah kamu menerima pertolongan. (An Nah 16:53)


Selasa, 17 September 2013

Cerita orang.

Anak Tok Bain, Si Chom ada boy friend(bf). Kawan satu maktab perguruan.Mereka tinggal di kampung berlainan tetapi dari daerah yang sama.Oleh kerana bf ada motorsikal besar,seringlah Si Chom di boncengnya kesana kemari.Perkara tersebut cukup membimbangkan Tok Bain dan isteri.Suatu hari seorang penduduk kampung yang Tok Bain  hormati telah meyuarakan hasrat hati ingan berbesan dengannya.Melihat pada latar belakang mereka memang sesuai sangatlah untuk diterima sahaja hasrat itu, namu begitu Tok Ban menyedari yang anak gadisnya telah ada pilihan hati.Serbasalah juga dibuatnya. Suatu hari Tok Bain meminta anaknya membawa bfnya datang kerumah untuk bersemuka.

Di hadapan si Chom Tok Bain menjual soalan pada bf nya
"Kamu dah usung si Chom ni ke sana kemari,aku nak tanya betulke kamu nak kawin dengan dia,kalau nak kawin cepat datang meminang"
"Belum Pak cik,saya baru mula kerja saya belum bersedia,masa ni kawan-kawan dulu" Jawab bf Chom. Chom terperanjat,tidak sangka itu jawapan bf yang dicinta separuh mati itu.Dia masuk
kedalam bilik dan meninggalkan bf bersama bapanya. Mulai hari itu dia membuang bf itu dari dalam hatinya,walaupun bukan senag sebenarnya.

Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu. Sekarang kisah saya pula.

Hari itu saya bertugas menjadi penjaga satu peperiksaan,bersama 3 orang guru lelaki  yang berlainan  sekolah.Ada masa kami berpeluang berbual samada semasa kami membantu ketua membungkus skrip peperiksaan untuk di poskan pada ketua pemeriksa atau semasa makan, Salah seorang guru lelaki muda yang sama-sama menjaga dewan peperiksaan itu telah bertanya kepada saya.

"Oh kakak rupanya orang kampung Bunga Cina ya.Cikgu kenal tak dengan Tok Bain yang anaknya namanya Chom?"
"Apa tak kenalnya,dah satu kampung"
"Chomnya dah kahwin kan Kak?"
"Ya dah kahwin,dah beranak dua. Sebalum tu dah ada boyfreind,tiba-tiba kahwin dengan orag lain pulak,katanya bf tu bila ditanya bersedia tak kawin dengan Chom,jawapannya belu,baru kawan-kawan je"
"Kakak kenal ke bf tu"
"Tak,tapi pernahlah dengar cerita,bila bf Chom belum bersedia  untuk melamar Chom,com jadi frust,lalu menerima sapa sahaja yang melamarnya,Alhamdulillah suaminy  baik"

"Kak,kakak tahu tak bahawa bfnya itu adalah saya"
Saya yang sedang meneguk air tersedak mendengar kenyataannya itu.

"Kak jangan percaya cerita tu kakSebenarnya memang saya belum bersedia pada waktu itu,ialah baru habis belajar,belum kerja.Jadi saya balik dulu dan bekerjalah ikut bapak,parta time cari duit lebih,ke kebun kelapa sawit ,masa tu tak ada hendset,Camana saya nak hubunginya,Tup tup dia menerima lamaran orang lain. Ya Allah kak,frustnya saya,lepastu saya dan tak karuan,muka pun tak dijaga,penuh misai dan jambang,Setahun saya macamtu kak,Hilang semangat nak hidup.Lepas tu ada orang kenalkan dengan isteri saya sekarang,Sikit-sikit pulihlah semangat saya.Walau macamana pun ingat lagi kak,ialah cinta pertama katakan. Baru-baru ni jumpa dia kat The Store,Anaknya dah dua,comel-comel pulak tu. Saya membayangkan itu anak-anak saya, huhuhu"

Lancarnya di bercerita.

"Apa yang menyebabka kamu suka kat dia?"
"Dia tu menghiburkan kak,suka rcerita kemudian gelak,itu yang seronok tu,Hilang segala masalah kalau bersma dia"
"Habis isteri yang sekarang ni?"
"Dia series,tegas,garang"
"Tak ada kelebihan apa-apa?"
"Ada,dia jimat,pandai simpan duit,perabut rumah semua dia yang beli,nak renovate dapur pun dia keluarkan belanja.Lagi satu cekap kerja rumah,anak-anak kecik pun dia sempat gosokan baju saya,sampai t shirtpun di gosok.Baju saya ni kalau saya gosok cincai je,tapi dia gosok memang power. Saya menyematni pun dia yang buat.ikutkan saya ni asalnya selekeh kak.Dia tak suka kotor-kotor,selagi rumah tek kemas tak tidur"

"Dah perfect macam ni pun masih ingatkan yang lama"

"Cinta pertama kak,mana boleh lupa,saya tak boleh lupa ketawa dia,joke dia,menghiburkan"

"Itu bukan cinta namanya,tapi nafsu. Agak-agaklah,kalau isteri kamu tu asyik ketawa,joke-joke sahaja,tapi tak reti buat kerja rumah,semua belanja rumah kamu yang kena keluar,kamu gosok baju sendiri,silap-silap kamu kena gosok baju dia,macamana ya? Cukup ke dengan duduk terkekeh-kekah tak ada kerja lain,biar rumah sepah,seronok sampai bila ya?"
Saya tembak dia bertalu-talu.Dia terkedu,senyum macam tak senyum,tapi baut buat senyum.

"Ahak,tak best juga ya!"

"Dah tu,buat apa dikenang yang bukan hak kita,Dah Allah bagi kita yang istimewa,hargailah. Masing-masing Allah dah bagi kehidupan sendiri. Dia suka ketawa belum tentu membahagiakan sepanjang hidup.Suaminya nampak matang dan berduit.Dia tak perlu keluarkan belanja rumah,kalau dengan kamu belum tentu kamu dapat lakukan kan.Yang kamu ni selekeh asalnya,isteri kamu jaga kamu sampai menyemat macam sekarang. Ok lah tu kan"

"Ya Allah ,akak ni boleh tahanlah serang saya,tak pernah saya kena serang macam ni"
"Tak apalah kenang-kenagan dari saya,lepas ni kita dah tak jumpa kan"


Tahun ini,dia pula datang bertugas  menjaga periksa di sekolah saya.

"Kak,betullah yang kakak cakap dulu,saya dah hilangkan dia dalam ingatan saya"

Maka saya teringat kembali kesahnya yang saya telahpun melupakannya .

"Itulah,Allah Maha pandai,DIA dah susun makhluknya ni, Kita dihilangkan sesuatu dalam hidup nak ganti dengan yang lebih baik. Kena redha lah apa-apa yang diberi kat kita."

"Betullah kak,terima kasih."


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .” (QS. An Nur : 26)


Ahad, 15 September 2013

Indahnya bersangka baik.

 
Kesah salah seorang ibu mertua kawan saya.Sebelumnya tinggal di rumah kampung bersama anak lelaki bungsunya yang sekejap ada sekejap tiada.Mana tidaknya,anak itu perlu bekerja dan beraktiviti diluar kerja..Sering beliau tinggal bersaorangan,sesekali pergi surau atau masjid yang beberapa km jaraknya,tentunya bila anak bungsunya ada bersama. Satu masa beliau menginap dirumah salah seorang anaknya di perumahan rumah pangsa.Di kawasan tersebut terdapat surau yang agak aktif.Akhirnya beliau terus mau menetap di situ,.Rezeki Allah,Ada sebuah rumah mahu dijual,dikeluarkan wang simpanannya untuk membeli salah satu rumah di kawasan itu.Menetaplah ibu yang selema ini tinggal di kampung menjadi warga rumah pangsa,beliau menemui zon selesa;

"Di sini aku bebas  pergi bali surau,tak perlu kawan. Hujan,panas ribut boleh pergi sendiri.Kalau tak ada sapa nak balik pun aku tak kesah,jiran sebelah menyebelah ramai."

Oleh kerana saya ini jenis yang seperti orang buta mengenal gajah,yang dikiranya gajah itu seperti tali sebab hanya memegang ekor gajah,saya telah membuat presepsi bahawa rumah pangsa ini adalah satu kawasan yang menyesakkan,orangnya terlalu bermacam-macam.Orang sebelah menyebelah pun tidak mengenali,entah dari mana-mana.Masuk sahaja tangga utama telah menyedut aroma sampah sarap. Jadi itulah rumah pangsa bagi saya.Beberapa rumah pangsa yang saya kunjungi begitulah sifatnya. Daripada presepsi saya itu bagaimanalah boleh ibu mertua kawan saya itu telah memilih kawasan seperti itu sebagai mengisi hjung usianya.

Sehinggalah baru-baru ini,kami telah mendapat undangan walimah salah seorang sepupu kepada suami saya. Setiap hariraya raya pasti beliau datang ke rumah,hanya kami yang tidak pernah berkunjung balas ke rumahnya.Memenuhi undangan jemputannya itulah yang akan kami jadikan sebab untuk mengunjunginya. Majlisnya hari Ahad,Demi Alah kami memang tidak dapat pergi pada tarikh itu,atas perkara yang lebih utama.Jadi kami datang petang Sabtu. Lokasinya di PPR Lembah pantai.

Sebanarnya kami pernah sampai ke situ lebih 10 tahun yang lalu,ketika itu kawasannya dipenuhi rumah setinggan. Bila saya goggle map,rupa-rupanya sudah bertukar dengan kawasan rumah pangsa.

Oleh sebab kami bertolak selepas Zuhur,dengan entah berapa kali berpusing-pusing di lebuhraya mencari lokasi didalam hujan lebat pula,akhirnya kami tiba menjelang senja.Maklumlah tempat yang sudah berapa lami tak dijejaki,apa lagi dengan penambahan penmbangunan yang begitu drastik,terpinga-pingalah pakcik dan makcik dari kampung ini.

Setibanya kelihatan khemah telah didirikan. Beberapa penduduk kawasan itu sedang bersama-sama membangunkannya. Tuan rumah begitu gembira dengan kehadhiran kami,mereka ingat kami akan bermalam disitu. Beberapa homestay telah ditempah untuk saudara mara. kaum perempuan pula sebok dengan bung telur dan bungkusan berkat. Mesranya hubungan mereka seperti orang kampung saya.Semua kerja-kerja di lakukan secara rewang di bahagian belakang surau yang terletak di tingkat bawah.Tuan rumah tinggal di tingkat 9 dari 14 tingkat.Sebelum pulang kami bermagrib di surau. Dari celah langsir kelihatan ada 4 shaf jemaah lelaki. Dibahagian perempuan pula lebih 10 orang.

"Ramai ye kak yang berjemaah kat sini"Saya beramah mesra dengan jemaah disebelah saya.
"Memang ramai,kalau puasa lagi,penuh tempat ni"Jawab kakak yang saya rasa seusia 60han itu.

Kalaulah begitu situasinya patut jugalah emak mertua kawan saya itu kerasan tinggal di kawasan sebegitu. Barulah sibuta seperti saya ini tercelik sedikit,tidak lah semua rumah pangsa itu sesak,individulistik,berbau dan sebagainya.

Selasa, 3 September 2013

BERBARIS

latihan baris-berbaris..
sumber goggle



Di Facebook rata-rata orang cerita mengenai kenaikan harga minyak. Makbonda sekadar membaca sahaja status dan komen orang.  Tanpa like tanpa komen.

Dalam ketika itu sangat rasa bersalah pada suami. Petang tadi beliau mengajak  ke pekan mengisi minyak yang tinggal dua takok. Makbonda enggan sebab seharian tadi keluar rumah,hampir senja baru balik. Kini diajak keluar lagi untuk isi minyak.Sudahlah bila semakin malam gigi semakin berdenyut-denyut.

Makonda kata

"Jangan dengar sangat lah khabar-khabar angin,Tak ada lah nak naik harga minyak,takkan sampai hati nak bebankan rakyat"

Tiba-tiba  diumumkan realitinya.  Maka pergilah Tuan suami keluar juga mengisi minyak tanpa mengAjak si isteri menemani setelah menyedari si isteri sedang berjuang menahan sakit gigi.

Makbonda ditinggal dengan rasa bersalah,sambil mendoakan semoga beliau diberi kemudahan.

Dalam pada itu si anak bujang sedang  berbaris di kaunter KLIA untuk berlepas ke Cina dan terus ke Amsterdam kerana kapalnya sedang menunggu di Roterrdam,si ayah pula berbaris distesyen minyak memenuhkan bekalan untuk beberapa hari.

Ya Allah permudahkanlah urusan mereka. Janganlah engkau persulitkan.Ameen



kejadian extreme,minyak naik darahpun naik,menunggu berjam bila tiba giliran minyak habis. Nauzubillah


Isnin, 12 Ogos 2013

KAMI VII

(Ini cerita hari akhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya. )


Sudah lama dia tidak mendekati saya. Mendekati saya??? ya,mendekati saya.Penting sangatkah saya tunggu orang mendekati?. Tidaklah begitu,sebab dia yang perlukan saya maka dia mencari saya. Saya tidak perlu mendekatinya untuk menawarkan perkhidmatan. Ya sejak sumainya mencalonkan diri dalam PRU13 dan menang,dia seperti menjauh dari saya.Mungkin dia menyedari bahawa kami berlainan warna perjuangan. Bertemu pun biasa-biasa,bertegur sapa,bersalaman dan mencelah perbualan,tidak lebih dari itu. Saya dengan kerja saya dia juga,dan saling menyedikan diri untuk membantu.Saya pun lihat dia seperti bahagia,sebok mengiringi suaminya berkempen,menemani samasa hari pencalonan dan melawat pusat mengundi. Saya mengikuti perkembangannya melalui foto-foto yang termuat di laman sosial. Secocok benar nampaknya,menjadi isteri YB. Tidak kelihatan pula terpapar wajah madunya. Saya syak salah seorang anaknyalah yang menjadi admin laman sosial tersebut.

Hari ini tidak disangka kami terperangkap di dalam perpustakaan.Asalnya menyentuh tentang beban kerja,saya beritahunya yang saya menyimpan cita-cita untuk bersara awal. Sebaik sahaja suami bersara awal tahun hadapan Insyaallah saya akan memercepatkan persaraan juga yang sepatutnya 4 tahun lagi.

"Apa kata suami Makbonda?" Tanyanya.

"Diapun yang mengesyorkan,nak tunggu apa lagi,nak bagi peluang guru-guru muda mengisi jawatan,kami nak mencari masa hadapan yang lebih abadi" Jawab saya.

"Alhamdulillah,untungnya Makbonda bersuami begitu,kalau dah bersarapun ada aktiviti bersama,jelesnya saya,diri saya ni tak tahulah,sepi,kosong........"

Terus dia menyebutkan satu parsatu  perkara baru. 

Dia kecewa kerana suaminya menunjulkan isteri keduanya dalam majlis-majlis meraikan kemenagannya. Tidak seperti YB lain yang hanya membawa isteri pertama dalam majlis rasmi. Dan seribu cerita lain.

Saya tidak boleh komen apa-apa  melainkan mendengar dan menunjukan reaksi simpati.

Lalu saya membuka handphone dan membuka WhatsApps,melihatkan padanya apa yang anak saya kirim. (Anak saya merengek meminta diberikan keizinan untuk menghadhir majlis kawan usrahnya di Terengganu.Saya tidaklah menghalang tapi serahkan padanya untuk memikirkan sendiri kaedahnya. Raya ke empat,semua orang masih sebok dengan aktiviti.Anak  kedua saya ini memang suka merengek bila mahu mendapatkan sesuatu,dari kecil hingga dewasa.Namun dia tidak akan merajuk jika tidak dapat ditunaikan kalau betul kaedah kita memujuknya.)

Dia mengamati terus. Saya minta dia amati nama pengantin lelaki.


" Allahuakbar.......Biar betul" dia menunjukan reaksi tidak percaya.

"Memanglah betul, Isterinya sendiri yang melamarkan. Hadiah pada suami tercinta. Dia rasa sangat bertuah bersuamikan Ustaz. Tidak pernah rasa kekurangan layanan,dari semua sudut,sama ada dari segi emosi,meterial,apa lagi tarbiah. Beliau sendiri yang melamarkan" .

Dia diam.

"Kalau macamtu taklah jadi kontravesi, Tidak  ada unsur menipu,dan bersembunyi sembunyi." Dengan perlahan dia bersuara.

Sebenarnya saya juga bersetuju denga apa yang dia sebutkan. Biasanya berlaku penentangan dari pihak isteri pertama terus menerus hingga ke hujung nyawa adalah atas kelemahan pihak suami juga dalam menjalankan kaedah.

Tahniah Ustazah Noraslina Jusin. semoga Allah menganugerahkan payung emas di Syorga





إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (QS. An Nahl: 90)


Bolehnya melakukan poligami dalam Islam berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta’ala:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (QS. An Nisaa: 3)

Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Idul Fitri.



Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar  Walillahilham......Gembira menjelang Syawal,sebak meninggalkan Ramadhan. Adakah akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini lagi? Makbonda rasa Ramadhan kali ini cukup tenang.......Semoga amalan diterima Allah.  Tahun ini Makbonda tidak langsung membuat kuih,smuanya oder dengan kawan-kawan. Alhamdulillah suami yang menggalakan. Beliau mahu kami tumpukan sepenuhnya dengan amalan pengisian Ramadhan. Sampai bila masih mengamalkan adat puasa,yang sepatutnya ia adalah ibadat. Bila anak-anak balik yang masing-masing mahu buat kuih raya,terpulang pada mereka,padahal kuih yang telah di order  mencukupi,tetapi masing masing mahu mencuba skill. Terpulang lah,ini masa mereka. Saya pernah merasainya dahulu.


Sungguhpun tidak membuat kuih raya makbonda  gunakan untuk berkreativiti membuat benner 


Untuk Masjid kampung

Untuk Wall FB Suami

Untuk FB sendiri
Untuk FB sekolah


Untuk JKKK kampung yang di pasang di simpang jalan masuk ke rumah ,Sesiapa yang datang kerumah Makbonda akan disambut oleh benner yang di gantung di simpang jalan

Untuk Masjid,digantung di perkarang masjid.
Imeg masjid diatas Makbonda Copy dari  myMasjid  yang di bena oleh adik Makbonda


Di bawah adalah Wall FB suami,


Untuk Makbonda ini dia.

Untuk  pengunjung Blog ini diucapkan Salam Idul Fitri,maaf zahir dan batin. Semoga amal kita diterima Allah.

Sabtu, 27 Julai 2013

Perlumbaan.

"Bayangkan jika kerajaa Malaysia telah menetapkan bahawa pada bulan Oktober semua kakaitangan kerajaan akan diberi gaji berganda jika membuat kerja tambahan,ataupun pada ketika itu harga pisang dan kelapa sawit akan dinaikan berganda-ganda. Kit percaya semua kakaitangan kerajaan akan menunggu-nunggu bulan itu,bila tiba mereka akan rajin membuat kerja-kerja tambahan.Begitu juga dengan pekebun. Berusaha menaikan keluarannya dengan berbagai cara,seperti membersihkan kebun,membaja dan sebagainya agar pada bulan itu keluaran lebih dari bulan lain. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan"

Begitulah antara bait-bait isi tazkirah Ustaz yang diundang di masjid sempena mencari Lailatul Qadar malam tadi.

Kalaulah kita dapat menghayati kebesaran bulan Ramadhan seperti bulan Oktober macam yang kita bayangkan tadi,saya rasa keadaan kita menjalani Ramadhan tidak seperti apa yang berlaku sekarang. sepatutnya semua umat Islam rindu dengan bulan Ramadhan,berlumba-lumba melipat gandakan ibadat,semakin menghampiri hujung Ramadahan semakin sedih,kerana bulan rahmat ini akan ditinggalkan,namun apa yang terjadi? Lihat, semakin hujung Ramadhan shaf -shaf terawikh semakin memindik. Ke mana ye,ke tempat membeli buah,sebok membuat kuih dan berbagai persiapan hariraya. Dari saya kecik sampai setua ini,begitulah situasinya masyarakat sekeliling kita. sebab telah terdidik dari kecil.

"Kita berpuasa sebab nak raya,tak puasa tak boleh raya"

Saya pernah memjuk seorang nenek yang sedang menangis,seperti dalam post saya disini

Begitulah jika berpuasa dijadikan sebagai adat.  Berpuasa itu sebagai beban sebab nak bergembira dihari raya. Sebab itu segala persediaan hari raya yang walaupun sangat diberat diadakan juga,dikuatkan juga. Entah sehingga bila . Sejauh mana pula gembiranya bila hari raya menjelang. Dengan wujudnya menu kegemaran itulah kegembiraan,? Masih tidak juga gembira kerena ada keluarga yang tidak bersama. Hati masih berbuku marah.

Bila menjelang malam akhir Ramadhan, anak-anak balik berkumpul,penuh halaman rumah. apakah pengisiannya? sepatutnya sebaik selepas maghrib digunakan untuk bertakbir bertahmid,namun kita semua sebok dengan masak memasak higgu ke subuh hari,semata-mata untuk mengisi ruangan perut yang punya isipadu yang tetap itu. Itulah  kita. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan sebelum-sebelumnya.

m4 ramadhan



Selasa, 23 Julai 2013

MEMILIH

Saya pun dulu begitu,sama seperti anak saya,apa-apa tentang peribadi akan cerita pada Emak. Anak perempuan memang begitu,berbeza dengan anak lelaki.Jarang yang mahu bercerita hal peribadi terutama tentang memilih pasangan.

Dalam dia sedang dilema untuk memilih semua diceritakan,dan saya akan memberi sedikit sebanyak pandangan. Yang paling utama ialah dengan beristikharah. Bukan sahaja dia tetapi saya juga. Selalu saya mengingatkan mereka bahawa apa yang kita suka belum tentu Allah suka. Ada juga yang kita tidak suka tetapi itu adalah yang Alah tentukan. Kalau diberinya juga apa yang kita tidak mahu,adalah anugerah yang lebih besar akan DIA berikan akhirnya nanti. Kalau di fahami maksud doa dalam istiharah tentu kita akan redho dengan apa yang berlaku.

Tiba tiba dia bercerita mengenai salah seorang rakan rapatnya semasa di U. Sebaik sahaja habis belajar terus berkahwin dengan pemuda pilihannya yang kata orang bagai pinang dibelah dua. Pasangan cantik dan tampan. Dipandang dari sudut fizikal,cukup pekejnya.Sesiapa yang memandang akan rasa cemburu. Di album FBnya penuh dengan foto-foto berbagai aksi,menunjukan keintiman dari semasa dari hari perkahwinan,berbulan madu,mengandung,bersalin dan melancong dengan babynya yang comel. Saya pasti sesiapa juga akan wujud rasa iri bila melayari. Iktibarnya, janganlah semua tingkahlaku kita dirakamkan di FB, di bimbangi ada yang irihati dan mendoakan perkara yang buruk-buruk sehingga sanggup menggunakan sihir. Simpan sahaja lah untuk diri sendiri.

"Dia rasa jodohnya mungkin berakhir"


"Astagfirullahhaladhim.....macamana boleh jadi macam tu,berapa hari sangat usianya"

Saya agak terperanjat. Baru beberapa hari, lantas terbayang akan foto-fotonya yang pernah saya lihat.Penuh dengan shoot-shoot yang mendebarkan siapa yang melihat.


"Bermasaalah dengan ibu mertuanya. Katanya mertuanya jenis suka cari salah orang dan agak mengongkong anak lelakinya. anak lelakinya pun jika hal ibunya sanggup berhabis,tipa bila hal barang keperluan anak diharapkan isterinya yang beli, mula-mula dulu bersabar je....dipendam.....lama-lama ada pertengkaran sikit...mulalah ungkit mengungkit...jatuh tangan suami  kat muka isteri......,sekarang ni dihantar isterinya ke kampung dan tak di peduli...kebetulan masa ni dia sambung belajar,tengah cuti sem."

Sebenarnya saya mengenali kawannya itu,telah beberapakali saya bersua dengannya. Memang cantik, saya tahu perkahwinannya mengecewakan ramai yang merebut cintanya. Orangnya peramah dan senang bergul dengannya. Namun saya tidak bergaul lama dengannya sehingga mengenali bagaimana emosinya . Jadi belumlah boleh saya membuat kesimpulan yang dianya itu jenis yang bagaimana.

Saya mengingatkan kepada anak saya bahawa itu satu contoh,cuba lihat contoh-contoh yang lain. Yang berbeza situasi. Jangan terlalu jauh membandingkan sehingga keadaan rumah tangga datuk nenek,sebab cabaran hidup mereka berbeza dengan situasi sekarang. Lihat sahaja pada keluarga pakcik dan makcik yang rata-rata muda-muda,dan cabarannya adalah cabaran zaman terkini. Lihat dan jadikan tauladan serta sempadan.

Kata orang yang tidak menggunakan sandaran iman, perkahwinan itu satu perjudian,tidak boleh diramal,dicuba baru tahu untung ke rugi. Tapi orang beriman tidak boleh kata begitu. Judi adalah haram. Bukan mencari untung rugi atau kemenangan individu,kemengannya adalah bersama. Perkahwinan adalah satu perlayaran. Sebelum dan semasa belayar penuh dengan kebergantungan kepada yang Al Malik,Al Muhaimin,Al Bari dan lain-lain dalam Asmaul Husna.

Bil kita pandang,cabaran di masih belum begitu jauh,baru setakat hal belanja baby yang beberapa hari hayatnya. Masaalah dengan ibu mertua,sebagai anak,muda dan kreatif perlu belajar dan cari jalan sebijaknya. Baru riak-riak  kecil,belum berjumpa ombak yang lebih besar,rugi kalau hanya hal yang sebegitu telah menamatkan bahtera. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kata pepatah. Namun saya menyedari,bila hati sudah kosong apa-apa pun sudah tidak bermakna. itulah puncanya.Bermakna apa-apa pun dari hati. Jadi jagalah hati jangan dikosongkan.Cinta,sayang rindu bukan hanya untuk individu,hendaklah disandarkan pada Pencipta.


Bila saya bercerita hal ini dengan suami,bahawa besar kemungkinan anak kami menjadikan perkara-perkara begitu menjadi salah satu fobianya untuk membuat keputusan.

Kata suami saya;

"Kita tak nampak bagaimana cara hidup mereka,setinggi mana amalannya,sejauhmana pegangan agamanya,ilmunya  terutama dalam rumahtangga. Bila kita dah usaha didik dia,dia sendiri dah bergaul dengan kawan-kawan yang berfikrah Agama,Insyaallah dia boleh buat keputusan."

Sebenarnya seusia inipun kami masih mancari penyesuaian dan kesamaan, Kalaulah dia tahu......






Khamis, 18 Julai 2013

PANGKAT PUASA



Alhamdulillah sejak kebelakangan ini cara berbuka saya telah berubah. Seusia 20an dahulu saya pernah bertanya kepada adik lelaki saya,yang lebih matang dan berilmu dari saya.

"Macamana ya dik,puasa kakak ni,awal-awal lagi dah terbayang menu berbuka,batal ke?"

"Orang berpuasa ni ada pangkatnya kak. Puasa umum adalah puasa yang hanya menahan perut (dan kemaluan dari memperturutkan syahwat.  
Imam Al-Ghazali berkata “Ramai orang yang berpuasa,namun ia tidak mendapatkan dari puasanya itu selain lapar dan dahaga kerana hakikat puasa itu itu adalah menahan nafsu.Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Boleh jadi orang tersebut memandang yang haram,mengumpat dan berbohong.Maka yang demikian itu membatalkan hakikat puasa”

Puasa khusus adalah tingkat puasa orang-orang soleh,yang selain menahan perut dan kemaluan juga menahan semua anggota badan dari berbagai dosa.

Puasa khususul-khusus adalah puasa hati dari berbagai keinginan yang rendah dan fikiran-fikiran yang tidak berfaedah,juga menjaga hati supaya mengingati Allah SWT secara total.Puasa ini dalah menjadi batal kerana fikiran selain Allah(fikiran tentang dunia). 


Seusia ini,adakah patut puasa saya masih pangkat puasa orang awam sahaja? Untuk memupuk jiwa ini memakan masa yang lama,setiap tahun berazam agar puasa kita lebih baik dari puasa sebelumnya. Dahulu waktu berbuka seperti waktu untuk bergembira,dapat menghadap berbagai-bagai kelazatan menu. Padahal berbuka adalah satu ibadat,mengapa pula diletakan kepada perkara makruh dan nauzubillah jatuh kepada berdosa pula bila bila berlebih-lebih menu menjadi keutamaan.

Masjid di tempat saya  membuat program iftar sejak 5 tahun yang lalu,Pada awalnya ianya adalah inisiatif suami saya dan beberapa orang jemaah lain. Pada ketika itu mereka tidak memegang apa-apa AJK masjid. Pihak Masjid seperti tidak berapa memberi sokongan.antaranya tidak membenarkan menggunakan peruntukan masjid. Mereka membawa bekal dari rumah.Beriftar bersama-sama dengan bekal masing-masing. Apabila Pentabiran masjid berubah,program iftar dimasjid mula dibudayakan. Tawaran dibuka kepada sesiapa yang mahu menaja,jika tiada tajaan pihak masjid akan mengeluarkan belanja. Awalnya henya beberapa orang sahaja yang melibatkan diri,Ramadhan demi Ramadhan sambutan yang turut serta berubah. Pihak masjid pun semakin kurang menaja.

Saya mula turut serta sejak Ramadhan yang lepas sebab saya tinggal seorang diri bila anak bungsu masuk asrama. Pada awalnya apabila suami saya mengajak , saya malu-malu untuk turut serta. Sebab bukan budaya di kampung ini. Sedangkan orang lelaki pun sukar untuk turut serta,lebih selesa beriftar dengan keluarga sendiri dirumah,apa lagi perempuan. Namun apabila saya terjun juga,Subhanallah mudahnya urusan hidup ini.  Saya boleh tinggal di masjid sehingga tamat terawikh. Berbanding dengan apabila dirumah berbagai urusan dunia yang akan menyebokan kita. Tidak perlu pening kepala memikirkan menu iftar,tidak perlu merungut atas kenaikan harga barang. Hanya ada 3 keluarga yang bersama saya,maksud saya yang muslimah,kaum muslimin tentulah ramai. Malangnya 3 keluarga ini adalah guru-guru dan ustazah. Pakcik-Makcik bersebelahan masjid yang memohon asnaf  zakat tidak sudi pula turut serta. Tentu sayang kan,kalau mereka turut sama bersama kami tentu kurang kos berbuka mereka,dan bolahlah keluar dari golongan asnaf.

“Alah nak buka kat masjid,nak makan tak selesa.Kena cepat-cepat nak mengulang-ulang malu. Macam malas nak masak,kedekut lah tu,nak makan free” Kata Kak Kiah yang tinggal dirumah bantuan zakat yang tidak berapa jauh dari masjid.  
“Kak Kiah,nak mengulang-ulang banyak mana isipadu ruangan perut Kak Kiah ni. Kami masak juga untuk sahur. Mana pula makan free, kami menaja beberapa kali iftar ni” Kata hati saya yang penuh mazmumah ini,namun saya simpan sahaja tanpa menyuarakan,itulah kemampuan saya.Saya tahu ianya telah mengurangkan pahala ibadah saya. Astaghfirullahalazim.
 


Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi

Catatan Popular