DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Sabtu, 28 September 2013

BERSYUKUR SAAT DIUJI

Untuk Hari lahir saya tahun ini salah seorang anak saya menghadiahkan buku ini.


Bersyukur Saat Diuji

Saya menunggu kesempatan untuk menghadhamnya.Akhirnya gilirannya tiba semasa saya berpergian ke Bangi .Atas memenuhi jemputan walimah anak kawan suami semasa bersekolah menengah dulu. Isterinya pula pensyarah anak saya di IPG Bangi. Selama ini saya hanya menyelak-nyelak dengan melompat-lompat sementara menunggu giliran untuk buku buku lain.

Sepanjang jalan saya bacakan untuk suami saya  bagi mengubati dari wabak mengantuknya yang semakin menjadi-jadi dengan peningkatan usianya.Diselangi dengan ulasan-ulasan apabila terkena dengan diri. Atas keasyikan menikmati isi buku tersebut telah beberapa kali kami tersilap jalan. Sepatutnya untuk turun  dari Lebuhraya Utara selatan kami perlu turun di skve menuju ke Bangi tapi tersilap menuju ke Datuk Panglima Garang,akibatnya kami terpaksa meneruskan sehingga ke tol Datok Panglima Garang dan patah kembali,memakan masa dan kuantiti minyak juga. Begitu juga semasa perjalanan balik. sekali lagi kami terpilih jalan ke Datok Panglima garang. Oleh kerana itu perjalan bali ke Sabak Bernam kami meneruskan juga perjalanan melalui jalan Banting Kelang yang penuh dengan lampu Isyarat itu.Walaubagaimana pun kami hadapi dengan penuh redho,hikmahnya bertambah masa untuk mencerna.Dapat juga melalui jalan tersebut yag telah sekian lama kami tidak melaluinya.

Dalam perkiraan sepatutnya kami akan sampai di Kuala Selangor jam 4 petang,sebab Suami saya ada slot dalam program Menggilap Potensi Pelajar PMR sekolahnya di satu resort disitu.Slotnya ialah membawa pelajar-pelajar berjalan mendaki Bukit Malawati,saya mahu tumpang sekaki untuk menguji ketahanan tenaga seusia ini ,rupa-rupanya pukul 7 petang baru sampai. Walaubagaimanapun berkesempatan memimpin mereka untuk waktu maghrib sehingga Isya'. Dalam sessi tersebut antara yang suami saya tanyakan kepada anak-anak seusia 15tahun ini ialah

 "Siapa disini yang pernah berjaya solat lima waktu sehari semalam"
Dalam kumpulan 30 orang pelajar lelaki tiada seorangpun yang mengangkat tangan,dipihak perempuan pula dalam 30 orang itu lebih separuh yang mengangkat tangan.

Sekolah suami saya itu sekolah luar bandar tetapi bukanlah terlalu pendalaman pun.Saya terfikir bagaimana pula agaknya situasi yang dibandar?. Namun apabila membaca pengalaman Prof Kamil Ibarahim dalam buku yang kami baru hadam,rupa-rupanya fenomena ini sangat sejagat,di Madinah juga apabila ditanya berapa orang yang solat Subuh,hanya beberapa peratus sahaja yang mengaku. Kita harus salahkan diri kita seandainya terjadi kepada keluarga kita.

Berbalik kepada isi buku diatas. BERSYUKUR SAAT DIUJI. Hasil karya yang sangat menyentuh hati. Prof Kamil Ibrahim mengongsikan pengalaman hidupnya dari jiwanya,jadi pembaca menerima terus kejiwa juga.Gaya tulisan yang santai dan mudah difahami,memang sesuai dengan situasi pembaca moden yang malas berfikir seperti saya.

Kita sering menyangka bahawa dinamakan ujian itu ialah ketika kita dalam kesusahan,kejatuhan atau dalam keadaan berdukacita. Kia akan berkata bahawa itu adalah ujian yang paling besar lalu berkeluh kesah dan mencari ketenangan dengan berbagai-bagai kaedah. Yang bernasib baik akan mendekatkan diri kepada Allah.Rupa-rupanya sangkaan itu salah. Sebenarnya ujian semasa dalam keselesaan  lebih besar dan bahaya berbanding ujian semasa kesusahan.

Semakin mewah,atau terkenal semakin besar ujian.Saya tidak pernah kaya,tinggi pangkat atau terkenal,jadi saya tidak tahu bagaimana perasaan orang yang sampai ketahap itu. Namun sesekali saya menarima banyak sedikit duit, kekhusyukan solat saya goyah. Bila sesekali kesana kemari ada orang kenal kita hati kecil saya berbisik "Oh ramai juga orang kenal aku ye" atau sesekali orang berterimakasih pada kita atas pertolongan yang sedikit timbul bisikan "Oh baik juga saya ni ye" . Namun asalnya saya tidak menganggap itu sebagai ujian. Ya Saya akan hairan pada diri sendiri. Setelah mencerna Karya Professor ini barulah saya yakin bahawa ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan,kesewahan dan kemasyhoran. . Semakin tinggi kedudukan kita semakin jauh dengan Allah. Ungkapan Syukur hanya di lidah sahaja.

Sebenarnya bila kita ditimpa ujian kesusahan,kejatuhan atau kedukacitaan maka bersyukurlah.Itu adalah satu anugerah untuk membawa kita peluang bertaubat. Sebaliknya bila sedang di dipuncak keselesaan,harus diingat itulah sebanarnya ujian yang maha besar.

"Segala nikmat yang ada kepada kamu maka adalah dari Allah, kemudiaan apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada NYAlah kamu menerima pertolongan. (An Nah 16:53)


2 ulasan:

  1. Salam mesra makbonda,
    Rasanya dah baca buku ni. Ingat2 lupa...
    Tetapi benar, hati kita mudah berkata-kata. Tidak mngapalah, asalkan tidak trkeluar shg mnyakiti hati org . Saya jg tidak trlepas dr hal begini, sbb itu kena selalu bersihkan hati, hum.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali indah.

      Ya mari kita sentiasa mencuci hati.

      Padam

Catatan Popular