DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 18 November 2017

PELAJARAN 20.0 Sifah dan Mausuf (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)dari fb Ustaz Halim Bede

20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf?

Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya. Isim yang diterangkan kualitinya oleh Sifah itu dipanggil Mausuf* (Yang disifatkan).
Ungkapan (frasa) 'Sifah dan Mausuf' juga dipanggil Murrokab Tausifi*.
20.2 Berikan beberapa contoh 'Murokkab Tausifi' atau frasa 'Sifah wa Mausuf'.
1. (بَيْتٌ   وَاسِعٌ) = "Sebuah rumah yang luas"
2. (السَّيَّارَةُ   الْجَدِيْدَةُ) = "Kereta baru itu"
3. (وَلَدٌ   صَالِحٌ) = "Seorang anak lelaki yang baik"
Pada contoh-contoh di atas (بَيْتٌ   ،  السَّيَّارَةُ   ، وَلَدٌ) adalah Mausuf. Manakala (وَاسِعٌ   ،  الْجَدِيْدَةُ    ،   صَالِحٌ) adalah Sifah.
20.3 Sifah menuruti Mausuf. Apakah ciri-ciri yang mesti diikuti oleh Sifah terhadap Mausuf?
Empat ciri yang mesti diikuti ialah :
1. Nakirah / Makrifah.
Jika Mausuf Nakirah, Sifah pun mesti Nakirah juga. Begitulah sebaliknya.
Contoh : (طَالِبٌ   جَدِيْدٌ) dan (الطَّالِبُ   الْجَدِيْدُ)
2. Muzakkar / Muannats.
Jika Mausuf Muzakkar, Sifah pun mesti Muzakkar juga. Begitulah sebaliknya.
Contoh : (طَالِبٌ   جَدِيْدٌ) dan (طَالِبَةٌ  جَدِيْدَةٌ).
3. I'rabnya (rafa'/ nasab / jarr)
Contoh1 : (رَأَيْتُ  الطَّالِبَ  الْجَدِيْدَ) = "Saya telah melihat pelajar baru itu".
Contoh2 : (أَكَلْتُ مَعَ   الطَّالِبِ   الْجَدِيْدِ) = "Saya telah makan bersama pelajar baru itu".
4. Bilangan (Mufrad/ Mutsanna / Jama')
Contoh : (طُلَّابٌ   جُدُدٌ)  = "Pelajar-pelajar baru" - Kita akan bincang dengan lebih lanjut lagi mengenai bilangan dalam bab-bab akan datang. InsyaAllah.
20.4 Bolehkan Mausuf mempunyai lebih daripada satu Sifah?
Ya Boleh. Sifahnya boleh berturutan selepas Mausuf.
Contoh : (الطَّالِبَةُ  الْجَدِيْدَةُ الْجَمِيْلَةُ  اسْمُهَا  زَيْنَبُ) = "Pelajar perempuan yang baru yang cantik itu namanya Zainab".
Contoh daripada Al-Quran : (هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ)
20.5 Bolehkah Isim yang menjadi Mudhof mempunyai Sifah?
Ya boleh. Sifah kepada Mudhof tersebut hendaklah datang setelah 'Mudhof Ilaih' kerana Mudhof dan 'Mudhof Ilaih' mesti bersebelahan, tidak boleh ada sebarang perkataan lain di antara keduanya.
Contoh :  (طَالِبُ الْمَدْرَسَةِ الْجَدِيْدُ) = "Pelajar baru sekolah itu".
Perhatian : Istilah "Sifah dan Mausuf" juga dikenali dengan nama "Na'at dan Man'ut"*.
Latihan :
20.0(a) Ayat-ayat berikut mungkin terdapat beberapa kesalahan yang nyata. Perbetulkan dan kemudian terjemahkan :
1. هَذَا السَيَّارَةُ جَدِيْدٍ   لِلتَّاجِرِ
2. طَبَخَ  مَرْيَمٌ  طَعَامٌ  لَزِيْزٌ
3. ذَلِكَ  الْفَتَاةُ  صغِيْرٌ  أُخْتِ  حَامِدٌ
4. تِلْكَ امْرَأَةٌ   أُمُّ   وَلَدٌ  الطَّوِيْلَةُ
5. ذَهَبْتَ   أَحْمَدَ   إِلَى   الْمُسْتَشْفَى  لِـزِيَارَةُ  زَمِيْلُهُ   مَريْضٌ

No automatic alt text available.


20.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :

1. Rumah kamu yang baru itu besar.
2. Muhammad telah pergi ke masjid baru itu dengan basikal barunya.
3. Masjid baru itu di depan sekolah baru itu.
4. Jururawat (P) yang rajin itu telah pulang dari hospitalnya.
5. Kucing itu telah memakan roti sedap itu.

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.No automatic alt text available.
#NotaBahasaArab
*Sifah (الصِّفَةُ)
*Mausuf (الْمَوْصُوْفُ)
*Murrokab Tausifi (الْمُرَكَّبُ التَّوْصِيْفِيُّ)
*Na'at dan Man'ut (النَّعْتُ  وَالْمَنْعُوْتُ)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular