DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 3 November 2017

PELAJARAN 12.0 Katanafi, Katasoal dll. (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)darj fb ustaz Halim Bede

12.1 Yang manakah jawapannya yang betul  لَكَ ــــــــ   ( قَلَمٌ  /   قَلَمًا ) ) ?
Mesti yang berstatus SUBJEK yakni (قَلَمٌ) kerana setiap ayat perlu ada subjeknya.

Tidak boleh yang berstatus OBJEK (قَلَمًا) kerana Objek memerlukan Fi'il sedangkan di dalam ayat itu tiada Fi'il.
Gabungan (لَكَ) bukanlah Subjek. Itu adalah 'Jarr dan Majrur', dimana (ل) ialah Huruf Jarr dan (كَ) adalah Dhomir Muttasil yang menjadi Isim Majrur. Walaupun Majrur, (كَ) tidak boleh berharakat Kasrah kerana ia adalah jenis Isim Mabni (yang tetap tidak boleh berubah harakatnya - tidak fleksibel).
(Kita akan belajar mengenai Isim Mabni pada bab-bab akan datang.)
12.2 Bagaimanakah cara menyoal "Adakah kamu memiliki sebatang pen"?
Gunakan Katasoal* ( أَ ). Yakni (أَلَكَ قَلَمٌ). Ataupun gunakan Katasoal ( هَلْ ). Yakni (هَلْ لَكَ قَلَمٌ).
12.3 Bagaimana menegatifkan ayat (لَكَ قَلَمٌ) agar memberi makna "Kamu tidak memiliki sebatang pen"?
Dengan menggunakan Katanafi* 'Ma'(مَا). Yakni (مَا لَكَ قَلَمٌ).
Perhatian : Katanafi (مَا) boleh digunakan untuk menegatifkan ayat yang bermula dengan Fi'il Madhi atau juga 'Jarr dan Majrur'.
Contoh lain : (مَا فِيْهِ شَيْئٌ) secara literalnya bermakna "tiada padanya sesuatu" yang secara ringkasnya bermaksud "tiada" atau "tidak ada". Dalam percakapan orang-orang Arab sekarang kita selalu dengar mereka sebut (مَافِيْش). Itu sebenarnya adalah singkatan kepada (مَا فِيْهِ شَيْئٌ).
12.4 Apakah bezanya Katasoal (أَ) dan (هَلْ)?
Tidak ada bezanya. Kedua-duanya untuk soalan "adakah" yang memerlukan jawapan "ya" atau "tidak". Kedua-duanya boleh bertukar tempat dalam semua keadaan melainkan (هَلْ) tidak boleh digunakan untuk bertanyakan ayat negatif.
Misalnya ( هَلْ مَا لَكَ قَلَمٌ) adalah salah penggunaannya. Sebetulnya ( أَمَا لَكَ قَلَمٌ ).
Katasoal (هَلْ) lebih banyak digunakan di dalam pertuturan dan tulisan di zaman moden ini, sedangkan (أَ) lebih banyak digunakan di dalam Al-Qur'an walaupun (هَلْ) juga ada direkodkan di dalam Al-Qur'an.
12.5 Bagaimanakah cara menyoal sesuatu dengan katasoal "apa", misalnya "Apa ini?"
Dengan menggunakan Katasoal 'Ma'(مَا). Contohya (مَا هَذَا) = "Apa ini?". (مَا ذَلِكَ) = "Apa itu?"
12.6 Bagaimanakah kita nak membezakan Katasoal (مَا) dan Katanafi (مَا)?
Secara mudahnya Katanafi 'Ma' yang kita telah pelajari ianya datang sebelum Fi'il Madhi atau 'Jar wa Majrur' untuk menegatifkannya.*
Katasoal 'Ma' (مَا) digunakan untuk soalan "apa" pada Isim yang tidak berakal.
Contoh : (مَا  هَذَا) = "Apa ini?"
Katasoal 'Man' (مَنْ) digunakan untuk soalan "siapa" pada Isim berakal.
Contoh : (مَنْ  هَذَا) = "Siapa ini?"
Katasoal 'Ma-dza' (مَاذَا) pula digunakan untuk soalan "apa" pada ayat yang bermula dengan Fi'il atau Huruf Jarr.
Contoh1 : (مَاذَا كَتَبْتَ) = "Apa (yang) kamu (1L) telah tulis?"
Contoh2 : (مَاذَا عَلَى الْمَكْتَبِ) = "Apa di atas meja?"
Contoh3 : (مَاذَا فِي الْحَقِيْبَةِ) = "Apa di dalam beg itu?"
(*Namun, ada beberapa pengecualian tertentu kerana Huruf 'Ma' ada beberapa makna lain yang kita akan pelajari di peringkat pertengahan nanti).
Latihan :

12.0(a) Terjemahkan :
1. هَلِ  السَّيَّارَةُ    لِلْمُدَرِّسِ  
2. هَلْ كَتَبَتِ الْكِتَابَ
3. أَخَذْتُ   السَّيْفَ  مِنَ الرَّجُلِ
4. أَكَتَبْتِ  الْكِتَبَ
5. مَا عَلَى الْمَكْتَبِ كِتَابٌ

12.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
1. Adakah kereta ini milik gurumu?
2. Apa (yang) dia (1P) telah tulis di dalam buku itu?
3. Adakah kamu (1L) telah mengambil pedang itu dari lelaki itu?
4. Adakah ini beg kamu?
5. Apa di atas buku itu?
6. Siapa di dalam rumah itu?


Sekian... (bersambung)
#NotaBahasaArab
*Katasoal (أَدَوَاتُ الِاسْتِفْهَامِ)
*Katanafi (ُالْحُرُوْفُ النَّافِيَة)




No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular