DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 10 November 2017

PELAJARAN 15.0 Muannats Sama'i (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)dari fb ust Halim Bede



15.1 Ulangan. Apakah tiga tanda-tanda Isim Muannats yang utama?
Ta Marbutah ( ة ), Alif Maqsurah ( ى ), Alif Mamdudah ( اء ).
15.2 Selain itu, apakah lagi tanda-tanda Muannats?
Perkataan yang maknanya sememangnya merujuk kepada perempuan walaupun tanpa tanda-tanda Muannats seperti : ibu (أُمٌّ), Maryam (مَرْيَمُ), Zainab (زَيْنَبُ), orang yang mengandung (حَامِلٌ) dan lain-lain.

Selain daripada di atas, terdapat perkataan-perkataan lain yang diterima sebagai Muannats berdasarkan kepada penggunaan turun-temurun. Ianya dipanggil Muannats Sama'i* . Ini termasuklah :

1. Anggota-anggota badan yang berpasangan : mata (عَيْنٌ), kaki (رِجْلٌ), telinga (أُذُنٌ) dan lain-lain.
2. Kebanyakan nama-nama tempat, negara dan kaum : Makkah (مَكَّةُ), Mesir (مِصْرُ), Quraisy (قُرَيْـشٌ) dan lain-lain.
3. Lain-lain : bumi (أَرْضٌ), matahari (شَمْسٌ), angin (رِيْحٌ), cawan (كَأْسٌ), api (نَارٌ), arak (خَمْرٌ), perang (حَرْبٌ) dan lain-lain.
4. Semua huruf-huruf abjad Arab adalah Muannats.
15.3 Adakah terdapat Isim yang dari segi penggunaannya boleh dua-dua Muzakkar dan Muannats?
Ya. Terdapat beberapa Isim yang digunakan untuk kedua-dua Muzakkar dan Muannats, seperti :
Negeri (بَلَدٌ), pasar (سُوْقٌ), ruh (رُوْحٌ), jiwa(نَفْسٌ), keadaan (حَالٌ), jalan (طَرِيْقٌ), jari (إِصْبَعٌ) dan lain-lain.
15.4 Apakah makna perkataan ini : ( مَعَ ) ?
Makna ( مَعَ ) ialah "bersama".
Contoh : (مَعَ الرَّسُوْلِ) = "bersama rasul itu"
15.5 Apakah kesannya perkataan yang datang selepas (مَعَ) ?
Sama kesannya seperti Huruf Jarr. Yakni perkataan yang datang selepasnya menjadi Majrur.
Jika perkataan itu Mu'rab hujungnya jadi berharakat kasrah (baris di bawah). Jika Ghoir Munsorif, hujungnya berharakat fathah (baris di atas).
Latihan :
15.0(a) Ayat-ayat berikut mungkin mengandungi beberapa kesalahan. Perbetulkan dan lengkapkan barisnya. Kemudian terjemahkan :
1. إسم خديحة. أنا طالب جديدة
2.  أكل مريم  مع أمها
3. ركبت الرجل الجمله الى المسجد
4. هل أخذ الكتابه معها
5. ضرب الشمس هذه الرجل
15.0(b) Perkataan-perkataan berikut terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahkan maknanya kemudian tandakan (L) jika ia Muzakkar atau (P) jika ia Muannats.
1. أَقْصَى
2. الْقَمَرُ
3. نَهْرٌ
4. النَّجْمُ
5. الْجَبَلُ
6. بِئْرٌ
7. طَاغُوْتٌ
8. خُبْزٌ
9. سَبِيْلٌ
10. سَحَابٌ
#NotaBahasaArab
*Muannats Sama'i (الْمُؤَنَّثُ السَّمَاعِيُّ)


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Latihan 15.0(a) Ayat-ayat berikut mungkin mengandungi beberapa kesalahan. Perbetulkan dan lengkapkan barisnya. Kemudian terjemahkan 



No automatic alt text available.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular