DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 9 Februari 2011

Kain Batik Sarung VS Kain Batik Lepas?

Kain batik sarung sumber



Kain batik lepas sumber


Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apalagi jika sesuatu itu ialah benda idaman. Begitulah berbunganya hati anak gadis Makbonda bila Embah wedoknya(nenek) memberikan dia sehelai kain batik.Tidak lah sampai dia bermonolog "Alaaah buat apalah bagi kain batik,kita bukan biasa pakaipun"

"Mak,embah bagi kita kain batik,bestnya"Sambil membalik-balikan kain ditangannya "Alamak embah bagi kain betik lepaslah,camanani"

Dalam hati berkata lah Makbonda
"Apa pulak mimpinya emak bagi kain batik lepas kat cucunya. Kalau kat maknya bermaknalah sikit. "
"Betullah ni kain batik,mana pulak kain batik lepas."
"Ni ha belum jahit,mak tolong jahitkan boleh?"
Bila makbonda tengok rupanya kain batik yang belum berjahit.
"Manalah kain batik lepas,ni kain batik sarung"
"Owh lain ke.?"
"Hmmm
Di sekolah kehidupan ,dia belum diajar. Rasa-rasa nak saja telephone pensyarahnya suruh bagi assignment kat dia mengenai hal batik.
"Cuba goggle,cari batik lepas,lepas tu cari batik sarung,lepas tu cerita kat emak"

Kerdilnya diri sebagai seorang makbonda mendidik anaknya,sudah masuk alam dewasa pun tak tahu beza batik sarung dengan batik lepas.Terlepas pandang nak ajar menjahit,kain batik sarungpun mak yang jahit. dulu seusia itu makbonda telah pandai membuat baju kurung, sembat pulak tu,sebab masa tunggu SPM tinggal dengan Embah(nenek) di Batu pahat. Embah ajar cara pakai kain batik,tidak terlerai walau tidak memakai tali pinggang. Kemas tapi mudah bergerak. Kain untuk baju kurung pula dia tidak mahu yang berzip, kena pandai susun ropol kain.

Situasai kehidupan menyebabkan lebih banyak kemahiran hidup yang kita kuasai.Anak-anak yang hidup di zamannya,banyak alternatif lain yang menggantikan kebisaan masa lalu.

Tidak mengapalah anakanda, tak segusar manapun hati bonda bila kamu tiadak kenal kain katik,tidaklah segundah gulananya bila kamu tidak pandai mandi junub,atau tiada persediaan menjawab soalan-soalan bila ketikanya kamu telah dipanggil pulang nanti.



2 ulasan:

  1. Apabila kemahiran hidup anak2 muda sekarang banyak 'di hujung jari', (dengan satu 'klik 'saja, dh boleh buat belian 'online'!) - makanya seni yang menggunakan jemari mula terabai, dilupakan dan tidak diendahkan..

    huhuhu... akui, diri tiny tergolong dalam golongan pemudi yg tidak tahu menyimpul kain batik! (tapi, tetap menggunakannya ketika mandi.. buat style ikat kain sembahyang, simpul dua kali kt depan!! sungguh tak pandai, kan!...) :(

    BalasPadam
  2. KAKTINY,Nasib baik masih menggunakan untuk mandi :)

    Biarlah orang budaya yang memeperjuangkan seni jemari.Perjuangan kita ialah untuk kehidupan yang lebih abadi.

    BalasPadam

Catatan Popular