DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 8 Februari 2011

Mencari Idola.


Mengapa harus di peduli kawan yang tidak baik,nanti hati akan sakit lalu berparut dengan kebencian.

Kita peduli pada insan yang baik disekeliling kita,letakan tingkahlaku kebaikan mereka di hati agar segala kebaiikan akan tersimpul di jiwa dan menerbitkan rasa kasih sayang.

Mari kita lihat tingkahlaku baik , insan-insan sekeliling makbonda yang makbonda kutip untuk dijadikan sandaran.Dan semua situasi adalah benar-benar berlaku.

1.Dia ibu,menghantar anak teruna ke asarama selepas menghabiskan cuti akhir tahun.Keadaan dom amatlah bertongganglangang kesan dari tingkahlaku pelajar SPM yang pulang lewat. Dia telah mengambil alih tugas pekerja pembersihan asrama,menyapu segala ruangan dari siling yang bersawang hinggalah dalam setiap locker,demi keselesaan putranya dan rakan se dom. Lalu Makbonda syorkan agar meneruskan kebaikannya dan niatkan demi Allah Taala.

2.Dia saudara yang baik.Salah seorang saudara maranya meminjam vannya,tiba di satu tempat yang 3 jam perjalanan,vannya berasap kehabisan air. Dengan meminjam kenderaan Makbonda dia ke tempat tersebut untuk mengambil balik penumpang,dan vannya tinggal di bengkel untuk di tukar enjin.Makbonda menumpang keiklasannya.

3.Dia ahli masyarakat.Dalam sesuatu majlis atau aktiviti,tangannya begitu ringan, menyebabkan Makbonda malu nak duduk bersembang-sembang tanpa kerja ditangan. Bukankan Makbonda menumpang sama kebaikannya.

4.Dia guru. Bila ditugaskan menghantar anak murid keluar sekoalh,dia tidak sibuk menuntut apa-apa dari pihak sekolah,malah sudah pasti akan di belanja anak muridnya makan dan munum di kedai. Menyebabkan guru lain malu-malu nak buat tuntutan.

5.Dia guru,telah bersara. Sampai saat bersara commitment pada tugasnya tidak pernah surut,bila pada hari itu dia termakan masa masuk kelas,walau disebabkan tugas lain,dia akan tolak wang gajinya untuk sebarang tujuan kebajikan. Apakah tergamak guru lain sering mencuri masa dalam tugasnya?.

6.Dia pejuang kemanusiaan,juga seorang isteri dan ibu, kesana kemari berjuang bersama keluarga, kadangkala kehabisan belanja untuk diri sendiri, memperjuangkan martabat ummah. Di laman sosialnya diletakkan nombor akaun untuk memberi peluang rakan maya berkongsi bersama. Takkan peluang begitu mahu dilepaskan dengan sis-sia?.

7.Dia seorang abang,yang tidak begitu tinggi pendapatannya, Dia menyara adik-adik hingga semua dapat berdiri sendiri.Tidak ada dana utuk simpanan diri sendiri.rupa-rupanya, dananya Allah SWT yang menyimpannya.Dia tidak jatuh miskinpun dengan tindakannya.

8.Dia ibu,yang telah menundukan 9 nafsunya,membesarkan anak-anak atas amanah Penciptanya. Di hujung usia tidak pernah ada sebarang ungkitan dijiwanya.Tidakkah ibu-ibu yang dilahirkannya mencontohi apa yang dilakukannya?.

9.Dia kakak,yang patuh pada ibu bapa,sering menjadi rujukan adik-adik dalam segala hal.
Dia cucu,menyumpani datuk dan nenak,bila cuti sering menawarkan diri ada datuk dan nenak untuk berkhidmat menjadi pemandu,menghantar kemana sahaja kemahuan meraka.Ibunya sentiasa berdoa agar dia bertemu jodoh dengan insan yang soleh,yang dapat memelihara dan menyelamatkan dia didunia dan akhirat.

10.Dia isteri,berilmu,surirumah,sering ditinggalkan suami atas kerja da'i,lalu mengongksikan ilmu di dunia maya,tiada batas dan sempadan,dikanali atau tidak, tanpa apa-apa kepentingan hanya semata-mata mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Mereka-mereka yang baik diatas hanyalah sekelumit dari jutaan insan,yang sekarang sedang melintasi di memori.Semoga saat ini dan seterusnya kehidupan kita sentiasa di paparkan dengan perbuatan kebajikan, agar tanpa kita sedari langkah kita tidak tersasar ke simpang yang satu lagi. Semoga disaat kita di panggil kembali kita sedang berada dalam krahmatan,keberkatan dan keredhoaan Ilahi.

Lalu mari kita luangkan masa untuk berjalan ke sini








4 ulasan:

  1. salam makbonda,
    bagusnya dikelilingi pelbagai idola. aura yang baik, menarik teman-teman yg baik. Saya akan berusaha, Insya Allah..

    BalasPadam
  2. hendak sentiasa dikelilingi kawan yang baik.. juga sentiasa ingin menjadi kawan yang baik..
    InsyaAllah...

    kata bijak pandai, kawan kita mencerminkan siapa kita..

    .. dan makbonda juga adalah seorang idola.. dalam senarai kawan yang sangat baik..

    terima kasih makbonda..

    BalasPadam
  3. Salam kembali indah.

    Baik lawannya buruk. Jelaskan indah? Tidak perlu keliru. Allah Maha tahu gerak hati hambaNYA.

    BalasPadam
  4. Ya KAKTINY,

    Bila kita sering berada di sekeliling bunga-bunga yang semerbak wangi,diri kita juga serasa wangikan? Bila melihat mekaran bunga,wajah tidak dipaksa untuk senyum. Kawan-kawan yang baik umpama bunga mekar yang harum.wangi dan indah.

    Sama-sama kita menikmati keindahan kurniaanNYA.

    BalasPadam

Catatan Popular