Kehadapan Puteraku semoga kamu sedang gagah bergelut dengan semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai jambatan menuju kehidupan abadi.
Anakanda
Terimakasih menjadikan bonda sebagai sahabat rapatmu,dan terimakasih memberi peluang kepada bonda menyuntik dos semangat dan motivasi pada jiwa anakanda sebagai senjata untuk menghadapi gelombang dan liku perjalananmu.
Sesungguhnya anakku,dimana juga perjalanan kehidupan akan mengundang kepada cabaran dan ujian,ianya bukan untuk menghentikan perjalananmu tapi menambah tenaga untuk perjalanan yang lebih perkasa.InsyaAllah.
Ibu mana yang tidak merasakan kesakitan dan keperitan yang di alami oleh zuriat yang di lahirkan dengan bersusah payah,tapi sebagai seorang ibu yang cinta kepada anaknya kerana Allah,Bonda tetap yakin bahawa pencipta kesakitan itu adalah atas kerja-kerja Allah,tidak lain tidak bukan untuk menambah ketahanan jiwa Anakanda.
Siapa juga tidak akan mahu kesakitan dan keperitan itu menimpa diri,tetapi apabila telah menimpa dan jatuh ke batang hidung kita,kena lah hadapi dengan redho dan penuh kesabaran. Jadikan Allah sebagai tempat merujuk.
Anakanda,jangan salahkan mereka yang yang menyakitimu,pembalasan baik buruk hanyalah Khalik yang berhak. Hak makhluk ialah membena kekuatan dan pertahanan.Pasti ada sebab musabab mereka berperilaku begitu,samada dari dalam diri dia atau berpunca dari anakanda sendiri kerana bonda tidak mendengar dari kedua pihak dia.
Ikutilah saja kisah Tarek el-Tayyib Mohamed Ben Bouazizi yang mengorbankan dirinya hingga menyuntik semangan rakyat
Alangkah berbahagianya Kabsyah bintu Rafi’ bin Muawiyah (Ummu Saad) yang di doakan oleh RAsulullah SAW
"Ya Allah, singkirkan kesedihan hati mereka, ringankanlah musibah mereka dan berilah pengganti yang baik bagi orang-orang yang mereka tinggalkan”. Setelah ketiga-tiga puteranya sahid di medan juang.
Semoga bertemu lagi di lain ketika,sekian untuk kali ini. Semoga dangan ketibaan warkah ini dapat menyuntikkan inspirasi dalam kehidupan mu.
Bonda menyangi mu kerana Allah.
Salam. Cantik bunyi dan nada warkah ini. Semoga anakenda Makbonda berjiwa waja dan tercapai cita-citanya dan cita-cita ayah bonda. Cerita Emak di kampung sebelum entry ini pun mencuit kerinduan saya pada Emak saya yang kini tiada disamping. Dia pun cermat orangnya. Jaga Emak baik-baik. Tidak ada spare parts.
BalasPadamSalam kembali Puan,
BalasPadamKadangkala Bondanya juga hampir tewas bila dengar anakandanya kesakitan,dengan cara mambaca cerita insan lain dan menulis begini jiwa dapat digagahkan.Kehidupan dunia adalah persinggahan.
Ya,Terimakasih atas pesanan. Emak tiada galang gantinya.