DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 23 Februari 2011

KAMI

Dia juga seperti Makbonda. Seorang wanita, seorang ibu kepada anak-anak yang remaja atau lebih,isteri dan seorang pendidik yang seusia makbonda.Setiap hari dia menumpang solat Dhuha di bilik Penyelaras Media Sekolah, itu ialah bilik Makbonda,alasannya di surau selalu bertembung dengan guru lelaki atau ustaz/ustazah menjalankan P&P di sana. Tidak mengapa,makbonda suka,bersyukur,semoga bilik ini mendapat kerahmatan dan dimunafaatkan.

Makbonda suka berkawan dengannya sebab kami sering berbincang mengenai akhir kehidupan abadi kami. Saling berbuat percambahan minda untuk membaiki diri sebagai bekalan hari akhir. Mungkin disebabkan kami seusia dan sama-sama mengalami proses penuaan . Perbezaan antara kami ialah Allah SWT lebih menyayanginya,kerana dia telah diuji dengan ujian yang berat bagi seorang wanita dan isteri. Suaminya telah bernikah lain dengan menggunakan sendikit pernikahan di seberang, beberapa bulan yang lalu. Sejak persitiwa pernikahan,rumah tangga yang dulu damai kini telah beriak-riak dan bergolak. Tambah menekan lagi dia terasa menerima deraan emosi dan mental. Suaminya masih pulang bila tiba giliran,tapi mendiamkan diri tanpa suara bila bersama.

Bagi diri Makbonda,ini juga adalah satu ujian. Sikap atau tindakan bagaimana perlu Makbonda lahirkan bagi membantunya memlih persimpangan. Diri masih miskin dengan ilmu,dan tinggi sifat mazmumahnya. Nafsu pula sering bertakhta di hati.Dalam dia bercerita kesahnya,dia sering meminta pandangan bagaimana dia mahu mengubat hatinya. Semoga setiap patah perkataan yang Makbonda zahirkan adalah yang datangnya dari akal bukanya dari nafsu amarah. Makbonda perlu menambah ilmu dari masa kesemasa bagi berhadapan dengannya. Semoga jalan yang dipilih olehnya adalah jalan yang di redhaiNya.Semoga diri ini sentiasa bersyukur dan menghargai apa jua yang yang dikurniakan Ilahi.

Ya Allah, Ya Malikul Mulk,bantulah aku.Jadilah aku seperti dahan hidup,yang kukuh,menjadi tempat bergantungan makhluk lain. Jauhilah aku,dari menjadi dahan mati,yang reput lalu jatuh bila digantungi,dan manjadi bahan api bila dibakar,lalu memusnahkan.Jauhilah Ya Allah. Ya Wahhab,Berilah aku kebijaksanaan,supaya setiap yang aku perkatakan adalah mengundang kesejahteraan. Ya Allah,Ya Ghaffur Ya Salam, jadikanlah apa yang aku hadapi ini menambah kematangan ku untuk aku muhasabah diri.

6 ulasan:

  1. Salam. Saya simpati dengan teman Makbonda. Saya ada catat dalam blog saya: BE A LOSER GRACEFULLY. Hanya satu pandangan. semoga menyejukkan hati buat seketika. Hanya Allah yang memberi ketenangan yang kekal.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum MakBonda.

    Semoga dalam rahmat dan redha Allah hendaknya.

    Poligami: Si suami memberi ruang dan jalan mudah utk si isteri memilih utk masuk dari mana2 pintu syurga Allah yang dikehendakinya..

    Seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W - "Isteri yang menjaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kemaluan dan TAAT pada suami, pilihlah mana-mana pintu syurga untuk dimasukinya.
    :)

    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?" (surah Al-Ankabut : ayat 1)

    .. maka beruntung benar mereka (isteri) itu kerana tahu benar dirinya dalam ujian Allah!.

    Sedangkan ramai para isteri lain yg tidak diuji sedemikian, terus lalai dan leka. Lupa dan alpa utk menjadi isteri solehah yg menyenangkan hati suami apabila memandang, menjaga lisan, menjaga maruah diri, serta menjaga harta suami ketika suami tiada di rumah. Yang digemar adalah membentak, (ada yg memaki, dan mengarah suami), merungut, mengumpat, mengata dan mencela kelemahan suami mereka.. (peringatan kpd diri yg juga sering tersasar!...)

    "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga....... (Surah At-Taubah : Ayat 111).

    - hebat mereka ini (isteri yang bermadu), kerana nikmat hartanya (suami) ditarik sedikit oleh Allah.. dan mereka berpeluang utk terus BERJIHAD (mempertahankan rumahtangga serta mentarbiyah suami utk melakukan keadilan) di jalan agama Allah..

    .. semoga Syurga Allah terus langsung tanpa hisab kepada mereka yang redha… ameen.

    .... sekadar menyampaikan juga sebagai peringatan dan renungan untuk diri sendiri.....

    BalasPadam
  3. Salam kembali Puan,saya sudah selongkar N3 yang dimaksudkan. Alhamdulillah satu pandangan yang sangat bermunafaat.Segala pandangan akan saya aplikasikan semasa sessi bersamanya nanti.Jazakillahikhairan kathira.

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam Kak Tiny.

    Alhamdulillah,situas yang sangat menyentuh hati.Dos yang kamu suntikan sangat membantu Makbonda,Insyaallah akan dirantaikan kepada nya.Semoga ianya menjadi pemankin untuk kesembuhannya.Semoga kita sentiasa dalam suasana ingat mengingati.

    BalasPadam
  5. Salam mak bonda,
    Mungkin kawan makbonda harapkan tempat bersandar. Solat sunat dhuha banyak membantu saya dulu, dan masih yakin khasiatnya. :)

    BalasPadam
  6. Salam kembali untuk indah.

    Itu sebab makbonda perlu cari kekuatan,agar menjadi tempat bersandar yang teguh. Bukan yang mudah roboh lalu menimpa dia dan menambah kusutnya keadaan.:(

    BalasPadam

Catatan Popular