DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan

Rabu, 5 Jun 2013

GURU BESAR


Tertarik dengan satu iklan nescefe,dimana pekerja pejabat sedang berhepotisis mengenai boss baru,adakah dia bergaya,atau simpoi rupa-rupanya biasa-biasa sahaja.

Begitulah,bila boss bersara atau pindah,berdebar menunggu boss baru. Bagaimana orangnya,adakah kita dapat bekerja bersamanya.Sejak bekerja saya telah mengalami 10 orang guru besar termasuk yang terkini. Semasa mula-mula posting dahulu saya telah disambut oleh guru besar perempuan,yang masih bujang. Saya sering diangkutnya kesana-kemari. Dari jemputan sukan hingga membeli ikan. adakalanya diminta membungkus kiriman kuih muih untuk anak angkatnya yang study di UK.Suatu masa dia mahhu saya menunjukan tempat anaknya belajar didalam peta,jenuh dia mencari tapi tidak berjumpa,saya hanya ketawa di dalam hati sebab itu adalah peta New England.

Setiap guru besar ada kelebihan dan kekurangan,namun saya dapat bekerja bersama mereka. Tidak mustahil adakalanya bergelora dan ketikanya tenang. Yang saya paling tidak boleh bila boss jenis suka diampu. Alamat saya akan menjauhkan diri dan membuat kerja-kerja saya sendiri kerana Allah.

Terbaru,kami mendapat seorang Guru Besar yang sebelum ini bekerja di Jabatan Pelajaran Malaysia. Kata salah seorang dari kami,kita jangan terlalu awal menilai,tunggu masa edahnya lebih kurang 100hari. "Ye ke,ada edah-edah" Kata hati saya.Sahingga sekarang melebihi tempoh 100hari....dan saya belum terjumpa celanya.

Saya baru terjumpa seorang guru besar yang berucap dihadapan perhimpunan sering menekankan solat dan amalan membaca al Quran.Dalam Mesyuarat sering diingatkan guru-guru agar menghadapi pelajar dengan amal maaruf dan nahi mungkar.Pandang setiap pelajar adalah punca rezeki. Setiap apa yang beliau arah guru buat beliau akan buat dahulu,jadi tiada alasan untuk guru-guru ingkar. Contohnya setiap pagi beliau akan datang awal dan berdiri dipagar menyambut kehadiran pelajar.Kesannya guru-guru yang bertugas tidak rasa merungut  seperti dahulu untuk berdiri disiinya sama-sama menyambut kedatangan pelajar.

Pengalaman beliau semasa di Jabatan yang sering membuat lawatan ke sekolah-sekolah sering di kongsikan,dengan ayat "Mari kita buat begini dan begitu" bukan " Semua orang mesti buat begini dan begitu". Semua pekerja disantuni termasuk pekerja suwasta,layanannya sama sahaja. Saya pun hairan,semua pekerja positif menurut pandangannya.
Dari gambar sahaja boleh kita baca,bagaimana sikapnya teradap pelajar. 1 antara 10 orang yang saya baru jumpa.

Baru-baru ini beliau mengajak guru-guru membawa pelajar ke Pulau pangkor dalam Program Peningkatan UPSR di Luar Bilik Darjah. Sudahlah dibuatnya semasa cuti sekolah,guru-guru kena membawa pelajar menggunakan kenderaan masing-masing.Tidak dibenarkan membawa keluarga kerana dibimbangi tidak dapat menumpukan kepada pelajar. Guru dan pelajar dikenakan bayaran RM50,dengan penginapan satu malam di Coral Bay Resort.Guru tidur sekali dengan pelajar. Dua kali makan,sekali sarapan dan minum petang.Tiada guru yang merungut,hanya 3 orang yang tidak dapat turut serta atas alasan yang sangat munasabah. Tidak tahulah bagaimana beliau menyusun badget.Saya pun tak pasti entah berapa banyak yang dikeluarkan dari poketnya. Semoga beliau mendapat keredoan Allah.

Setiap guru menyumbang tenaga tanpa bayaran,beberapa orang guru pemeriksa kertas UPSR menyumbang tip-tip  menjawab,yang lain membimbing. Semuanya dilakukan dengan ikhlas.

Setiap individu menjalankan peranan masing-masing tanpa rasa terpaksa.


Siap dengan kejutan. Saya nampak Mata Didi berkilau-kilauan bila airmatanya membalikan cahaya lampu,ini adalah pertama kali harilahirnya disambut dan pertama kali membelah kek.
Tiada lagsung terdengar sebarang rungutan dari guru-guru. Malah mereka semua happy.


 Sebelum ini banyak juga idea dari kami untuk sesuatu aktiviti tapi sering terkubur begitu sahaja,tiba tiba idea-idea itu direalisasikan oleh beliau. Bila beginilah keadaannya setiap hati warga sekolah akan berasa bahagia melangkah ke tempat kerja setiap pagi.


Lapan ciri pemimpin yang baik yang digariskan oleh khatib menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:
1 Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah
2 Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk menanggung kerja dan amanah yang dipikul
3 Memiliki sifat taqwa dan berintegriti
4 Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi
5 Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya
6 Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti
7 Berakhlak dan berbudi. pekerti mulia
8 Menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong

Berapa patut kita bagi markah untuk guru besar saya sekarang?

Sekolah yang cemerlang dan berkesan kebiasaannya diterajui oleh Guru Besar yang cemerlang. Mereka ini berupaya untuk membimbing dan memandu seluruh warga sekolah ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.




Semasa menunggu di lobi Coral Bay,pelajar-pelajar terserempak dengan kumpulan usahawan tuppewere,dan sempat disantuni oleh mereka.Sukanya pelajar saya.

Selasa, 10 April 2012

Aduhai anak omak.

Sudah lama kami suami isteri mau berjumpanya.Walaupun dia bukan mahram dengan saya tapi saya pernah mendokong,memandikan dan menyuapkannya semasa dia belum mumayis dulu.
Berpegang kepada
"Barang siapa yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangan(kuasa),jika tidak mampu, maka ubahlah dengan menggunakan lidah(memberitahu), jika tidak mampu,maka ubahlah dengan hati(perasaan benci kepada maksiat) sesungguhnya(wujudnya perasaan benci maksiat) selemah-lemah iman.”.Saya rasa saya ada lidah itu.
Walaubagaimanapun  kena berpegang kepada  "Serulah mereka dengan cara yang penuh hikmah..."
Dan harus ingat;
 “Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.”


Ya,hati ibunya terguris kerana dia membina rumah ditanah isterinya.
"Alah kak,kalau kita ikut cakap orang semua tak jadi,dulu saya memang berazam nak duduk sama,tapi mak tak selesa tinggal dengan menantu,nampak macam tak boleh tinggal bersama,jadi sebelum terjadi apa-apa biarlah kami tinggal asing"
"Memang itulahlah yang sebaiknya,walaubagaimana kurang senangnya tindakan mak,dia tetap ibu kita.Sabanyak mana kita beribadah,belum tentu diterima kalau ibu tidak redha.Kalau pun tak sempat ziarah cukuplah dengan telefon dia,tanya khabar,terubatlah sikit jiwanya."
" Saya pun sebok kak,tengah meting,takkan nak telefon dia.Sekarang macam nilah ,Kakak jaga keluarga kakak sendiri saya jaga keluarga sendiri. Kita sebok jaga keluarga orang tapi tak nampak kepincangan keluarga sendiri. Kita jaga tepi kain sendiri-sendiri"
"Memanglah kamu jaga kelurga kamu,kami jaga keluarga kami, masing-masing jaga tepi kain sendiri-sendiri,tapi ada kalanya kain kita koyak dibelakang,kita tak nampak,jadi orang lain yang nampak tolonglah beritahu kita, Itu kalau kita mahu sama-sama selamat,tapi kalau kita tak mahu nafsi-nafsilah.Tak adalah bukti persaudaraan kita?Ada ketikanya kamipun salah,kamu tolonglah tegur."
Dia diam.
Dia tak perlu menyatakan apa-apa. Selepas dari peristiwa  itu dia terus baik kepada kami.Sudah cukup bukti yang dia menerima apa yang sampaikan.


Nabi SAW ditanya: Siapakah manusia yang paling hebat ujiannya? Nabi menjawab: Para nabi dan kemudian yang seumpama mereka, dan kemudian yang seumpama mereka. Seseorang akan diuji berdasarkan tahap agamanya, jika kuat agamanya maka besarlah ujiannya, dan jika lemah agamanya maka diringankan ujian. (Riwayat Tirmizi)


“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian tersebut) Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” [TMQ al-Ankabut (29): 3]



Isnin, 13 Februari 2012

KAMI V

Lanjutan dari sini, sini  , sini. dan  sini 

Sudah lama dia tidak mampir kebilik Makbonda,dan memang sudah lama kami tidak berbual berdua. Dengan kesibukan tugas akhir tahun,diselangi cuti panjang dan kesibukan persekolah awal tahun. Pertemuan sekadar pertemuan biasa,bertanya khabar dan perbualan berkisarkan tugas. Hari ini baru berkesampatan bersama lagi. Dia kini sudah punya bilik sendiri,jadi tidak perlu menumpang dhuha dibilik Makbonda.

Hari ini Makbonda yang mampir kebiliknya,dalam berbual-bual,tiba-tiba tangan makonda tersentuh satu jilid hasil fotokopi,setelah diamati ianya diimbas dari sebuah kitab yang sama ada dalam koleksi Makbonda. Ianya dapati buku itu dari koleksi kitab-kitab Bapak yang telah dipinta izin menghakmilik semasa punya anak dua dulu.Bapak dapat kitab ini dari satu kursus yang di hadhirinya,yang tidak pernah Makbonda temui di kedai buku.


Dari mana dia mendapat fotokopinya?

"Makbonda,kini Allah telah menganugerahkan kepada saya sesaorang yang menjadi tempat saya bersandar,sebelum ini saya suka kacau Mabonda walaupun kamu tidak dapat menghayati sakit saya,sebab semamangnya kamu tidak pernah mengidapnya.Juga adik saya yang belum kahwin, Semamangnya dia tidak pernah merasai hati seorang isteri dan tidak mahu kahwin sebab dia telah kehilangan payuudaranya diragut oleh kenser.  Saya telah temui seorang Makcik di masjid tempat saya selalu bermujahadah. Dia tidak pernah bersalin dan pernah menjadi isteri pertama yang tinggal serumah dengan isteri kedua yang punya anak,akhirnya dia disingkir oleh madunya. Di hujung usia dia dilamar oleh seorang duda yang punya anak-anak yang dewasa. Mentelnya seiring didera oleh insan disekekelilingnya. Sekarang dia telah mampu berhubung terus dengan Allah.Sebab itu dia sudah kebal dengan suhu dan iklim persekitarannya.Wajahnya begitu bening. Lama Makcik itu memerhatikan saya,sehingga suatu hari dia mendekati,dan kami menemui titik persahabatan.Dia beri salinan fotokopi ini sebagai teman. Kini graf ketenangan saya agak tinggi.Walaupun sebenarnya saya belum boleh menerima madu saya dalam hidup ini,namun saya sudah boleh bermandiri tanpa pergantungan sepenuhnya pada suami.Saya sudah boleh mendidik batin saya agar tidak  gersang walaupun ianya kering. Ubat yang dia berikan pada saya lebih pahit tapi saya telah dapat menikmatinya."

Alhamdulillah,Makbonda amat setuju. Sangat menyedari bahawa diri ini belum mampu menjadi dahan , hanya mampu menongkatnya sahaja dari rebah. Kini dia  telah bertemu dahan yang teguh.Betapa kedekutnya diri,walaupun kita punya koleksi kitab tersebut tapi tidak mampu mengongsikan padanya. Benarlah,kemampuan bersedekah itu bukan terletak pada bahan sedekah tapi kemampuan jiwa melepaskan bahan tersebut.

"Saya ada lah cerita kat Makcik itu,Satu masa, ketika saya meminta belanja dapur sebab anak-anak balik bercuti,sambil mencampakkan wang di merengus,
"Tahu tak ,banyak ni saya bagi kat sini,banyakni juga saya kena bagi kat sana,tengah bulan ni,tinggal ini saja yang saya ada"
Saya ambil dan serahkan balik duit tu sambil berkata
 "Tu lah bang,hanya orang yang mampu layak poligami" Rupa-rupanya mengundang kemarahannya,terus dia masuk kereta dan meninggalkan kami.
 Apa Makcik tu cakap pada saya
"Jangan kamu cakap macam tu,dah tau dia tak suka diungkit,jangan sekali-kali keluarkan perkataan menyakitinya,Insyaallah sebenarnya dia dah tahu silap dia,biarlah beri masa dia berfikir.Kita tak mahu disakiti jadi jangan sakiti orang lain,Allah murka nanti.Jauh kasih sayangnya."
Masyaallah,Makbonda,saya sangat terpukul,sebenarnya selalu juga saya menyakiti hatinya,sebab dia dah sakiti saya,saya mahu dia juga sakit seperti saya,rupanya perkara tu tak baik,menjauhkan kasih sayang Allah"

Allahuakbar,sekarang siapa yang ketinggalan?,pastinya Makbonda yang ini,siapa yang berguru? juga diri ini. Siapa yang lebih tinggi makamnya tentulah dia. Dia telah menghayati kasih sayang Allah. Bukan hanya dengan melafaskan tapi jauh di lubuk kalbunya.

Seorang sahabat bernama Zaid Alkhair bersusah-payah datang dari jauh bertanyakan kepada "Rasulullah,apakah tanda-tanda seseorang itu dikasihi Allah?." Rasulullah SAW menyoal kembali, "Apakah yang terlintas di fikiran saudara apabila bangun tidur dan apakah yang saudara ingat sepanjang masa?" Zaid menjawab, "Saya sentiasa memikirkan kebaikan, mengingati kebaikan, suka kepada orang yang melakukan kebaikan dan saya berusaha untuk melakukan kebaikan sepanjang hayat saya."
Rasulullah saw menjawab kembali, "Ya! Itulah tanda-tanda seperti orang yang dikasihi Allah. Sebaliknya apabila seseorang itu sentiasa ingat dan berfikir ke arah kejahatan dan kemungkaran serta sering melakukannya, maka itu menunjukkan orang seperti dibenci Allah."

Khamis, 14 Julai 2011

Sahabat

Dia baik.........ya sangat baik............kedua-duanya suami dan isteri. Sebut sahaja kawanyang mendapat musibah...............ringan sahaja bahunya menolong. Sebut sahaja rakan tiada membawa wang untuk membayar sesuatu.....................ringan sahaja dia mendahulukan. Sebut sahaja rakan yang tidak mampu pergi sesuatu tempat......................ringan sahaj dia menghantar. Sebut sahaja sesiapa ingain bertandang kerumahnya tidak mengira waktu........................ada sahaja sesuatu untuk dijamu.Sehingga mejadi tumpuan para pelajar yang belajar sambil bekerja,untuk memintanya membantu dalam menyiapkan tugasan belajarnya,dengan mebuat terjemahan samaada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya kerana itulah kepakarannya. Adakala dalam sampul tugasan disertakan note-note berwarna,ada kalanya bernilai tinggi tidak jarang juga kadang ada yang terlalu rendah berbanding ketebalan tugasan yang perlu di sempurnakan................biasalah manusia sering  mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Begitulah mereka berdua, seboleh mungkin yang boleh sehingga mengadakan yang tiada  demi memuaskan hati orang lain.


"Makbonda kagumlah dengan kamu berdua,baik betul"
"Makbonda,bila kita berbuat baik dengan orang,satu masa bila kita susah kita meintak tolong pula pada dia"Itulah perinsip hidupnya.


Satu kelemahan mereka. Mereka terlalu cair dalam kewangan,bisa saja mengalir kelubang-lubang atau ruangan kosong yang banyak dan dalam,hingga mereka sering terperangkap dalam arah aliran. Acapkali mereka alpa membezkan antara kehendak dan keperluan. Dengan mudah dia mengorek lubang baru untuk menutup lubang lama.....sewenang-wenangnya.


Kali ini mereka terperangkap betul, dalam lubang yang banyak dan dalam. Merata-rata dia merayu terutama pada kawan sahabat dan orang disekelilingnya yang pernah ditolongnya dahulu untuk menutup lubang-lubang yang banyak dan dalam itu. Semuanya tidak mampu. Lubang-lubangnya terlalu dalam. Bila dia tutup lubang sana di korek pula lubang sini, Sering berlaku bahan dari lubang baru tidak dapat menampung lubang lama atas sikap keterlaluannya dalam kecairan kewangan.......Sehingga dia jatuh kedunia keluh kesah dan hilang ketenteraman jiwa.


Makbonda sendiri memang tidak mampu membantunya menutup lubang yang dibenanya......terlalu besar dan dalam, kecuali makbonda sendiri membuat lubang baru......Masyaallah....memang makbonda tidak mampu...bimbang tidak tidak sempat mnimbusnya tiba-tiba hayat sudah sampai..........Astaghfirullahuladhim.....


Hanya yang mampu Makbonda cadangkan padanya berbuatlah baik pada manusia demi untuk Allah,dan jangan mengharapkan untuk orang itu membalasnya,tapi biar balasannya dari Allah  dan istiqamahlah dengan doa ini;




“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mudaripada keluh-kesah dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan daripada paksaan manusia.”




"Ooh kalau dah amalkan ini adalah orang nak tolong bayar hutang ya Makbonda,?"Tanya mereka penuh harap


"Tidaklah semestinya ada orang tolong bayar,tapi Insyaallah tersekat nafsu kita nak buat hutang baru.........dan Allah Taala ada lah maha pelindung.....Insyaallah doa dengan yakin.......adalah akan datang nanti penyelesaiannya.Dan kalau tidak keberatan jom amalkan solat Dhuha"


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

 Ya Allah…
            Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

            Ya Allah…
            Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

            Ya Allah…
            Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

            Ya Allah…
            Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

            Ya Allah…
            Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

            Ya Allah…
            Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi  hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

            Ya Allah…
            Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.
           
            Ya Allah…
            Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.




Sabtu, 9 Julai 2011

kari kambing vs kari landak.

Kalau saya ditanya mana sedap kari landak dengan kari kambing,tentu saya tak boleh jawab sebab saya tidak pernah meresa daging landak. Mana sedap spegeti dengan me rebus,saya kata mesti me rebus sebab lidah saya sudah biasa dengan mee rebus, spegheti menu baru dalam hidup saya.

Seorang yang saya tidak kenali telah menghantar email kepada saya

Mak bonda,saya pembaca senyap blog makbonda,dari pengamatan saya makbonda boleh merungkai persoalan saya. Saya seorang pelajar. Saya keliru antara dua pilihan untuk saya terima lamarannya.
A saya sayang,dia telah bekerja dan menjanjikan masa depan yang cerah pada kehidupan saya,keluarga saya juga suka padanya kerana dia pandai begaul dengan mereka. B saya cinta,tapi masih belajar,dia menepati ciri-ciri idaman hati saya,tapi dia belum bekerja,belum menjanjikan bagaimana masa depan saya,sebab sekarang bukan mudah mencari kerja.Keluarga saya tidak berapa berkenan sebab dia tidak pandai bergaul dengan orang.Boleh tak makbonda tolong saya membuat pilihan

(Sama ada satu pertanyaan jujur atau sekadar ingin menguji,tiak tahulah Makbonda hendak membuat hipotesis.Makbonda cuba juga untuk melayan,semoga ianya bermunafaat untuk dikongsikan)

re:Nak,kamu mahu jawapan jujur atau jawapan yang memuaskan hati?

re;Apa beza yang jujur dan memuaskan hati?

re;Kalau jujur mungkin manyakitkan,kalau memuaskan hati mungkin tidak menghasilkan penyelesaian.

re:Susahla nak faham

re:Susah ya. atau mungkin juga kamu silap oranglah untuk tempat bertanya,Sebab makbonda tidak akan dapat menjawab dengan adil


re:maksud Makbonda

re: pertama ilmu makbonda senipis kulit bawang merah.
kedua pengalaman makbonda juga hanya ibarat separuh buah epal.
ketiga makbonda tidak pernah menikmati perbezaan cinta dan sayang.

re:ok lah saya mahu jawapan jujur.

re:Sejak dahulu Makbonda tidak mahu jatuh cinta kepada manusia,sebab kalau cintanya sudah mendalam makbonda takut jika dia pergi kita akan jatuh,sebab manusia itu lemah.Lagi satu Makbonda jahiluntuk membezakan antara cinta dan sayang .


re:habis makbonda tidak cinta kepada suami.?

re:bagi makbonda cinta itu nafsu,itu sebab orang sanggup membujur lalu melintang patah ,menghalalkan cara sebab mengejar dan mempertahankan cinta.Makbonda sayang suami selagi dia meletakkan Allah di jemalanya.

re:Habis macammana makbonda boleh terima dia sebagai suami,sedangkan sebelum itu tiada cinta.Makbonda kahwin paksa ke?

re: Ada pihak yang mengesyurkan kepada kami.Sebenarnya dari majlis ilmu dan pengajian yang saya ikuti telah tersenarai dalam diri kareteria seorang suami idaman. Dia mesti labih berilmu,sebab nanti akan mendidik anak dan isteri.Suka perjuagan menegak Islam dan kerja bermunafaat bukan aktiviti sia-sia dan lagha. Boleh menjadi pemimpin sebab nanti akan memimpin keluarga,menyelamatkan keluarga di dunia dan akhirat.   Bergaul dengan orang-orang berilmu dan suka majlis ilmu.Kemudian tidak henti-henti minta pada Allah. Bila ada beberapa lamaran tentulah memilih yang ada dalam senarai setelah meminta petunjuk,walau tidak selengkap sebagaimana yang tersenarai,kerana manusia itu tidak dilahirkan sempurna.

re:Wow,Makbonda memperjudikan pilihan,tanpa mengenali sepenuh hati boleh makbonda terima dia,Hidup bersama tanpa mengenalinya.

re:Janganlah samakan dengan judi,judi itu terkutuk,tapi keyakinan. bahawa pilihan Allah itu benar,jia tidak menepati kareteria yang kita mahu,adalah kebaikan disebaliknya.Tidak mengapa tidak mengenalinya tapi kita sama-sama kenal Allah,secara tidak langsung kami mengenali antara satu sama lain,dan beriringan meningkatkan lagi keintiman,mengikut tali Allah. Saling melengkapkan antara satu sama lain.Biasanya walau sekenal manapun sebelum menempuh perkahwinan tidak sama apabila sudah benar-benar menempuh hidup bersama.

re:Habis bagaimana dengan jawapan saya?

re:Mana diantaranya yang ada agama?

re:Dua-dua bukan ustaz Makbonda,alah ustaz pun ada kalanya teruk. Kawan saya kawin dengan ustaz tapi kena  kontrol teruk,itu tak boleh,ini tak boleh tapi senang-senang makan duit ister.Tolong kerja rumah tak mahu,tapi nak kena layan macam raja.Suruh isteri taat tapi dia tak layan isteri aik-baik.

re:Ustaz itu gelaran orang yang mengajar ilmu Islam. Tidakpun di suruh kita pilih ustaz tapi pilih yang soleh.Lebih baik orang biasa tapi bercita-cita dan berusaha mahu mengupgredkan ilmu dari pada orang tinggi ilmu tapi ego dengan ilmunya,tidak mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan.

re:Tapi nampak jugalah dia solat.

re:Solat itu tiang agama,tapi tidak cukup hanya dengan solat sahaja,perlu dinding,tangga,bumbung siling dan sebagainya.Sejak budak lagi telah bersolat tapi sehingga tua tidak berubah mutu solatnya dengan ketika budak dahulu,macamana nak duduk berlindung. Antara keduanya kamu ajaklah mendekat dengan Allah, tengok siapa yang berjalan terkehadapan,itulah pilihan kamu.Walaubagaimanapun minta petunjuk Allah dahulu.

re:Entahlah Makbonda,saya sendiri bukan baik sangat, segan pulak nak pilih orang baik-baik.

re:Macamnilah,sudah Makbonda kata tadi ilmu makbondapun senipis kulis bawang,carilah insan yang berilmu tebal contohna di sini sini atau sini. Makbonda pun seusia ini masih saling lengkap melengkapi antara sumai dan isteri. Masing-masing saling tegur menegur. Ada kala yang keselahan yang suami tegur akan berbalik pula kepadanya dan makbonda pula yang membetulkannya. Bahtera yang kami seang layari adakalnya tenang ada adakalanya terumbang ambing,adakalnya tersasar dari haluan.Jadi sama-sama la kami bekerjakeras menjaga kemudinya dan menyesuaikan layar dari arus angin.


re: Ok thank Makbonda sudi melayan saya.



re: Yang baik itu dtangnya dari Allah,yang kurang baik tu adalah dari kelemahan saya. Maaf jika tidak dapat memenuhi persoalan.

re:Ok saya akan kunjungi link yang Makbonda syorkan.



Isnin, 18 April 2011

KAMI (III)

 
Makbonda mengenalinya sudah lama,tapi baru tahun ini dapat bersama kerana beliau di pindahkan disini. Keterampilannya beliau seorang yang tenang,mudah mesra,kaya dengan senyuman.. Bukan wanita yang suka meninggikan nada suara,atau merempan-rempan dengan emosi. Tidak juga bermegah-megah dengan apa yang dimilikinya jauh sekali menampilkan egoanya. Kalau tidak dia meluahkan rasa pasti tidak sesiapa menyangka yang dia sedang memikul dan melawan beban yang begitu beratnya. Bukan mudah bagi dia mencari wadah untuk mengongsikan keperitannya.

"Makbonda, free ke? ada masa tak untuk pinjamkan telinga ?"

"Sila,mudah-mudahan menjadi kesembuhan bukan sebaliknya."

"Mudah-mudahan. Apakah betul apa yang saya rasa?Saya sudah sangat terasa tersingkir. Tempoh hari saya melawat bapa mertua bersama anak teruna,Bapa mertua sangat gembira atas kedatangan saya,adakalanya matanya basah. Dia bertanya adakah saya telah diundang untuk kenduri Pakcik (adik kepada bapa mertua)kalau belum bapak undangkan. Saya menunggu suami mempelawa seprti kebiasaan dulu-dulu,tapi sehingga tiba saatnya  tidak ada sebarang pelawaan,saya tahu dia mahu membawa isteri baru dia. Sudah beberapa kali termasuk undangan perkahwinan dia tidak membawa saya padahal mereka adalah kawan-kawan saya juga. Dia sudah betul-betul mahu singkirkan saya.Berita terbaru Abang dia(abang ipar saya) akan khenduri walimah. Saya tak tahu apakah dia akan mengajak saya,kalau dia tak ajak pun saya kena datang sendiri bersama anak-anak,sebab hubungan kami baik. Tapi saya belum cukup kuat jika nanti disana akan terserampak dengan madu saya. Saya tahu kami akan diperhatikan untuk dibandingkan. Saya tak cukup kuat untuk terserempak dengannya.Adakah saya bersalah jika saya tidak hadhir,tapi saya akan hadhir sebelum tiba hari khenduri menghantar sumbangan. Makbonda,patutkah saya mengambil keputusan begitu.Saya betul-betul tidak kuat, tolonglah"

"Maanusia memanglah tidak kuat yang kuat Allah. Tapi kita boleh memohon dariNYA kekuatan."

"Itulah yang saya selalu pinta,disetiap waktu mustajab saya meminta,tapi masih belum dapat."

"Mana tahu kamu belum dapat,sebenarnya kamu dah dapat tapi kamu tak sedar"

"Maksudnya?"

"Tahu tak kamu kelebihan kamu?"Dia menggilngkan kepala

"Sebenarnya jika kamu tidak mededahkan cerita kamu,kami tak tahu yang disebalik ketenangan kamu itu tersimpan beban yang begitu berat.Maknana kamu kuat menyembunyikan gelodak jiwa kamu.Kamu boleh tersenyum.Kawan- kawan kamu disekolah lama memuji kamu,walaupun menerima ujian begitu tapi tetap tenang dan tidak menampakkan mendung pada raut muka. Sebenarnya kamu kuat.Tidak menjaja kesah kamu kesana kemari.Contohnya ada setengah sahabat yang sama ceritas dengan kamu,di depan halayak  mengumpat keji suaminya,dengan alasan untuk melapangkan kekusutan jiwanya,akibatnya tanpa disedari telah membuka hijab aibnya."

"Oh ye ke,saya tak perasan itu semua,sememangnya di tempat lama saya tak jumpa tempat yang layak ntuk saya pinjam telinganya.Saya tak mahu aib suami saya terbuka. Jadi pendapat makbonda bagaimana.?"

"Kalau kamu rasa masih ada silaturrahim dengan mereka,hadhir je lah,memenuhi undangan dan meraikan kegembiraan mereka menyambut keluarga baru. Tapi  bagitahulah suami dahulu. Kalaupun madu kamu tu ada kenapapun,kenapa kamu perlu singkirkan diri,seolah-olah kamu bersalah,. Semoga disaat itulah doa-doa kamu diterima, mazmumah  menjelma menggantikan mahmudah.Walaupun kamu kata belum bersedia tapi kalau Allah kata "Kun Fayakun", semua boleh terjadi. Apa nak di fikirkan pemerhati kamu,.Kalau kamu yakin kamu dipihak yang benar Insyaallah.  Pengadil yang maha Adil  itu Maha tahu. Kadangkala kita sangka diri kita yang benar tapi lain pula dari Penglihatan Allah. Kan saya cakap dulu,jangan asyik pandang helang yang sedang terbang di atas,takut nanti kita tersandung batu "

"Jadi saya hadhirlahye,Insyaallah saya bagi tahu dia"

"Sebenarnya kita,termasuk saya  masih belum yakin bahawa apa yang terjadi ni adalah aturan Allah,Kita anggap mereke yang  memberikan kesakitan kepada kita padahal Allah yang menurunkan. Kita lebih takut di singkirkan manusia tapi tidak takut disingkirlah Allah SWT. Kita belum yakin Dia lah yang mengatur smuanya demi untuk meningkatkan  maqam kita.,kenapa tidak turunkan kepada orang lain? Allah yang memilih kita,mana boleh pertikaikan pilihan Allah,Dia yang Maha Tahu,perkara semalam,sekarang dan dan yang akan datang.  Mahu tak kita kalau kita kehilangan sesuatu barang tapi ada pihak nak menggantikannya dengan yang lebih baik.? "

"Tentulah saya mahu.?"

"Kamu hanya kehilangan kasih sayang manusia yang lemeh,rapuh,miskin dan  segala-galanya tapi dapat kasih sayang dari Yang lebih Kaya.yang memberi segalanya kepada kita tiada tolok bandingannya,Kita datang dari dia dan akan kembali juga pada dia,bukankah itu matlamat hidup kita.?"

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal.Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (Surah an-Nahl ayat 96)

Ahad, 27 Februari 2011

KAMI (II)


Kesah mengenai perompak dan mangsa. Suatu hari Mangsa telah diugut oleh seorang perompak. Dipaksa si Mangsa menyerahkan wangnya. Mangsa di ikat dan ditunjukan sebilah pisau yang tajam. Pilihan pertama,Mangsa perlu menyerahkan sejumlah wangnya jika mahu terselamat dari mata pisau berkiklat yang bila-bula masa akan mencalar-jalarkan lapisan kulit Mangsa. Pilihan kedua,kuatkan jiwa,jangan serahkan wang tersebut, Jika diberikan seolah-olah menggalakan lagi perbuatannya.

Jika lah pilih pilihan pertama. Sekarang Perompak gembira tapi Mangsa berduka. Jarang sekali mangsa rompakan yang menghalalkan sahaja wang tersebut kepada perompak. Tapi jika dia mengikhlaskan,tiadalah menjadi kesalahan,itulah tanda insan yang dekat hatinya dengan Tuahannya. Adakah perompak itu akan dapat hidup dengan tenang dengan menggunakan wang yang dirompaknya? walaupun dia hidup senang lenang dan berpoya-poya adakah itu ketenangan baginya, dia tidak akan dapat lari dari di hantui ketakutan sehinggalah dia bertaubat dan berusaha mencari mangsa untuk menebus dosanya. Bagi si mangsa pula,samaada dia dapat meredokan atau tidak perbuatan perompak tersebut adalah haknya. Tapi jika si mangsa itu adalah seorang yang tawadhuk dan mahu Allah sentiasa membalas cintanya ,dapatlah perompak itu kemaafan.

Kalau memilih pilihan kedua.Tidak mengapa jika jiwa terkorban, mangsa tetap pertahankan haknya,tidak berdosa pun.Sekurang-kurangnya tidak memberi peluang perompak tersebut terus menerus makan harta rompakannya. Tambahan lagi wangnya masih dalam bank,dalam perjalanan ke bank,berbagai helah boleh kita fikirkan. Atau sekurang-kurangnya semasa pisau diangkat kita sempat menyebut nama Allah,disaat nyawa kita berpisah dari badan,maka kita mati dalam iman.InsyaAllah

Begitulah tamsilan cerita yang Makbonda berikan pada sahabat dalam KAMI bila sumainya mahu isteri pertamanya membayar layanan dan kasih sayang padanya dengan wang ringgit. Apabila suaminya telah rasa tersepit dalam budget bulananya setelah beristeri dua,maka dideranya mentel isteri pertama dengan mengabaikan nafkah batin pada si isteri pertama.

Dulu semamangnya Si isteri tidak pernah memegang kad ATMnya sendiri,tapi semenjak suaminya memilih untuk berpoligami,dimintanya kad tersebut untuk diurus sendiri. Suaminya itu adalah ketua cawangan kampung,sentiasa mengiringi YB YB kemana mana,merasmikan sukan,merasmikan Mesyuarat PIBG,Mesyarat cawangn dan sebagainya. Cara Jalan pun penuh segak dengan dada yang menegak. Memang berimejkan YB-YB yang poket penuh berisi,hingga ramai yang jatuh hati,rupa-rupanya guna kad isteri.

Lalu sahabt dalam KAMI itu pun keliru,pilihan mana harus dituju. Makbonda yang kekurangan ilmu tapi lebih bernafsu ini pun hanya membuka jalan,Yang paling utamanya adalah dalam doa Istikharah,tunggu Isyarat dari Ilahi.

Rabu, 23 Februari 2011

KAMI

Dia juga seperti Makbonda. Seorang wanita, seorang ibu kepada anak-anak yang remaja atau lebih,isteri dan seorang pendidik yang seusia makbonda.Setiap hari dia menumpang solat Dhuha di bilik Penyelaras Media Sekolah, itu ialah bilik Makbonda,alasannya di surau selalu bertembung dengan guru lelaki atau ustaz/ustazah menjalankan P&P di sana. Tidak mengapa,makbonda suka,bersyukur,semoga bilik ini mendapat kerahmatan dan dimunafaatkan.

Makbonda suka berkawan dengannya sebab kami sering berbincang mengenai akhir kehidupan abadi kami. Saling berbuat percambahan minda untuk membaiki diri sebagai bekalan hari akhir. Mungkin disebabkan kami seusia dan sama-sama mengalami proses penuaan . Perbezaan antara kami ialah Allah SWT lebih menyayanginya,kerana dia telah diuji dengan ujian yang berat bagi seorang wanita dan isteri. Suaminya telah bernikah lain dengan menggunakan sendikit pernikahan di seberang, beberapa bulan yang lalu. Sejak persitiwa pernikahan,rumah tangga yang dulu damai kini telah beriak-riak dan bergolak. Tambah menekan lagi dia terasa menerima deraan emosi dan mental. Suaminya masih pulang bila tiba giliran,tapi mendiamkan diri tanpa suara bila bersama.

Bagi diri Makbonda,ini juga adalah satu ujian. Sikap atau tindakan bagaimana perlu Makbonda lahirkan bagi membantunya memlih persimpangan. Diri masih miskin dengan ilmu,dan tinggi sifat mazmumahnya. Nafsu pula sering bertakhta di hati.Dalam dia bercerita kesahnya,dia sering meminta pandangan bagaimana dia mahu mengubat hatinya. Semoga setiap patah perkataan yang Makbonda zahirkan adalah yang datangnya dari akal bukanya dari nafsu amarah. Makbonda perlu menambah ilmu dari masa kesemasa bagi berhadapan dengannya. Semoga jalan yang dipilih olehnya adalah jalan yang di redhaiNya.Semoga diri ini sentiasa bersyukur dan menghargai apa jua yang yang dikurniakan Ilahi.

Ya Allah, Ya Malikul Mulk,bantulah aku.Jadilah aku seperti dahan hidup,yang kukuh,menjadi tempat bergantungan makhluk lain. Jauhilah aku,dari menjadi dahan mati,yang reput lalu jatuh bila digantungi,dan manjadi bahan api bila dibakar,lalu memusnahkan.Jauhilah Ya Allah. Ya Wahhab,Berilah aku kebijaksanaan,supaya setiap yang aku perkatakan adalah mengundang kesejahteraan. Ya Allah,Ya Ghaffur Ya Salam, jadikanlah apa yang aku hadapi ini menambah kematangan ku untuk aku muhasabah diri.

Catatan Popular