DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 9 Julai 2011

kari kambing vs kari landak.

Kalau saya ditanya mana sedap kari landak dengan kari kambing,tentu saya tak boleh jawab sebab saya tidak pernah meresa daging landak. Mana sedap spegeti dengan me rebus,saya kata mesti me rebus sebab lidah saya sudah biasa dengan mee rebus, spegheti menu baru dalam hidup saya.

Seorang yang saya tidak kenali telah menghantar email kepada saya

Mak bonda,saya pembaca senyap blog makbonda,dari pengamatan saya makbonda boleh merungkai persoalan saya. Saya seorang pelajar. Saya keliru antara dua pilihan untuk saya terima lamarannya.
A saya sayang,dia telah bekerja dan menjanjikan masa depan yang cerah pada kehidupan saya,keluarga saya juga suka padanya kerana dia pandai begaul dengan mereka. B saya cinta,tapi masih belajar,dia menepati ciri-ciri idaman hati saya,tapi dia belum bekerja,belum menjanjikan bagaimana masa depan saya,sebab sekarang bukan mudah mencari kerja.Keluarga saya tidak berapa berkenan sebab dia tidak pandai bergaul dengan orang.Boleh tak makbonda tolong saya membuat pilihan

(Sama ada satu pertanyaan jujur atau sekadar ingin menguji,tiak tahulah Makbonda hendak membuat hipotesis.Makbonda cuba juga untuk melayan,semoga ianya bermunafaat untuk dikongsikan)

re:Nak,kamu mahu jawapan jujur atau jawapan yang memuaskan hati?

re;Apa beza yang jujur dan memuaskan hati?

re;Kalau jujur mungkin manyakitkan,kalau memuaskan hati mungkin tidak menghasilkan penyelesaian.

re:Susahla nak faham

re:Susah ya. atau mungkin juga kamu silap oranglah untuk tempat bertanya,Sebab makbonda tidak akan dapat menjawab dengan adil


re:maksud Makbonda

re: pertama ilmu makbonda senipis kulit bawang merah.
kedua pengalaman makbonda juga hanya ibarat separuh buah epal.
ketiga makbonda tidak pernah menikmati perbezaan cinta dan sayang.

re:ok lah saya mahu jawapan jujur.

re:Sejak dahulu Makbonda tidak mahu jatuh cinta kepada manusia,sebab kalau cintanya sudah mendalam makbonda takut jika dia pergi kita akan jatuh,sebab manusia itu lemah.Lagi satu Makbonda jahiluntuk membezakan antara cinta dan sayang .


re:habis makbonda tidak cinta kepada suami.?

re:bagi makbonda cinta itu nafsu,itu sebab orang sanggup membujur lalu melintang patah ,menghalalkan cara sebab mengejar dan mempertahankan cinta.Makbonda sayang suami selagi dia meletakkan Allah di jemalanya.

re:Habis macammana makbonda boleh terima dia sebagai suami,sedangkan sebelum itu tiada cinta.Makbonda kahwin paksa ke?

re: Ada pihak yang mengesyurkan kepada kami.Sebenarnya dari majlis ilmu dan pengajian yang saya ikuti telah tersenarai dalam diri kareteria seorang suami idaman. Dia mesti labih berilmu,sebab nanti akan mendidik anak dan isteri.Suka perjuagan menegak Islam dan kerja bermunafaat bukan aktiviti sia-sia dan lagha. Boleh menjadi pemimpin sebab nanti akan memimpin keluarga,menyelamatkan keluarga di dunia dan akhirat.   Bergaul dengan orang-orang berilmu dan suka majlis ilmu.Kemudian tidak henti-henti minta pada Allah. Bila ada beberapa lamaran tentulah memilih yang ada dalam senarai setelah meminta petunjuk,walau tidak selengkap sebagaimana yang tersenarai,kerana manusia itu tidak dilahirkan sempurna.

re:Wow,Makbonda memperjudikan pilihan,tanpa mengenali sepenuh hati boleh makbonda terima dia,Hidup bersama tanpa mengenalinya.

re:Janganlah samakan dengan judi,judi itu terkutuk,tapi keyakinan. bahawa pilihan Allah itu benar,jia tidak menepati kareteria yang kita mahu,adalah kebaikan disebaliknya.Tidak mengapa tidak mengenalinya tapi kita sama-sama kenal Allah,secara tidak langsung kami mengenali antara satu sama lain,dan beriringan meningkatkan lagi keintiman,mengikut tali Allah. Saling melengkapkan antara satu sama lain.Biasanya walau sekenal manapun sebelum menempuh perkahwinan tidak sama apabila sudah benar-benar menempuh hidup bersama.

re:Habis bagaimana dengan jawapan saya?

re:Mana diantaranya yang ada agama?

re:Dua-dua bukan ustaz Makbonda,alah ustaz pun ada kalanya teruk. Kawan saya kawin dengan ustaz tapi kena  kontrol teruk,itu tak boleh,ini tak boleh tapi senang-senang makan duit ister.Tolong kerja rumah tak mahu,tapi nak kena layan macam raja.Suruh isteri taat tapi dia tak layan isteri aik-baik.

re:Ustaz itu gelaran orang yang mengajar ilmu Islam. Tidakpun di suruh kita pilih ustaz tapi pilih yang soleh.Lebih baik orang biasa tapi bercita-cita dan berusaha mahu mengupgredkan ilmu dari pada orang tinggi ilmu tapi ego dengan ilmunya,tidak mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan.

re:Tapi nampak jugalah dia solat.

re:Solat itu tiang agama,tapi tidak cukup hanya dengan solat sahaja,perlu dinding,tangga,bumbung siling dan sebagainya.Sejak budak lagi telah bersolat tapi sehingga tua tidak berubah mutu solatnya dengan ketika budak dahulu,macamana nak duduk berlindung. Antara keduanya kamu ajaklah mendekat dengan Allah, tengok siapa yang berjalan terkehadapan,itulah pilihan kamu.Walaubagaimanapun minta petunjuk Allah dahulu.

re:Entahlah Makbonda,saya sendiri bukan baik sangat, segan pulak nak pilih orang baik-baik.

re:Macamnilah,sudah Makbonda kata tadi ilmu makbondapun senipis kulis bawang,carilah insan yang berilmu tebal contohna di sini sini atau sini. Makbonda pun seusia ini masih saling lengkap melengkapi antara sumai dan isteri. Masing-masing saling tegur menegur. Ada kala yang keselahan yang suami tegur akan berbalik pula kepadanya dan makbonda pula yang membetulkannya. Bahtera yang kami seang layari adakalnya tenang ada adakalanya terumbang ambing,adakalnya tersasar dari haluan.Jadi sama-sama la kami bekerjakeras menjaga kemudinya dan menyesuaikan layar dari arus angin.


re: Ok thank Makbonda sudi melayan saya.



re: Yang baik itu dtangnya dari Allah,yang kurang baik tu adalah dari kelemahan saya. Maaf jika tidak dapat memenuhi persoalan.

re:Ok saya akan kunjungi link yang Makbonda syorkan.



8 ulasan:

  1. Assalamualaikum MakBonda..

    Kari kambing sedap..
    kalau landak, lagi sedap buat masak kicap campur bawang besar banyak2.. manis sgt..
    dua-dua tiny penah makan.. hihihi..

    mee rebus tiny suka..
    spageti pun tiny suka..
    lidah tiny boleh terima kedua-duanya..
    Alhamdulillah.. hihihi..

    Ya benar seperti yg makbonda kata..
    Ayat makbonda itu mengingatkan tiny kepada seorang mufti di sebuah negeri ketika majlis penyampaian watikah menyambung tugas sebagai Mufti.

    Sultan : Beta mahu bertanya pendapat kamu tentang pemerintahan beta di negeri ini. Apakah cukup berlandaskan Islam?

    SS Mufti : Tuanku mahukan jawapan yang telinga Tuanku ingin dengar atau jawapan jujur dari patik?.

    Sultan : Apa bezanya?

    SS Mufti : Jawapan yang telinga Tuanku ingin dengar akan patik khabarkan yang baik-baik yang menurut kehendak hati Tuanku. Tetapi jika jawapan jujur patik, pasti akanmembuatkan Tuanku murka atau mungkin tidak mahu memandang patik lagi.

    Sultan : hempphh (berdengus). Beta sambung tempoh kamu (titah si Sultan tanpa bertanya lanjut akan jawapannya!!).

    ....

    Tiny juga pernah berhadapan dgn situasi sedemikian.

    A- Mengharapkan si A dgn sgt2 ttp diam kerana tidak mahu melanggar agama, adat dan budaya.
    B- Datang si B yg tidak memenuhi ciri2 idaman..

    3 kali Istikharah dilakukan!.
    Jawapan istikharah menjadi pilihan jitu.. meskipun bukan dgn yg hati inginkan, ttp hikmahnya sgt dirasai tika ini.. Alhamdulillah.

    .. dan sering berkata kepada diri.. Allah telah menunjukkan jawapan, jadinya, aku lalui dgn penuh tawaduk. ALLAH TIDAK PERNAH TERSALAH BERI!. PEMBERIANNYA BERSEBAB DAN BERMUSABAB... AKU YAKIN ITU!!.. (hanya manusia yg sering tertipu dgn pujuk rayu syaitan yg laknat!!).



    Benar MakBonda...
    Manusia sering terkeliru..
    Antara keperluan dan kehendak.
    Antara Iman dan Nafsu.

    Kan?!.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalamwarohmatullah.

    Tiny,

    Tu sebab Pengalaman makbonda hanya separuh buah epal. Kalau begitu makbonda akan cari kari landak agar pratus pengalaman bertambah, :)

    Ada orang yang rela disakiti kerana cinta.Tapi jarang kan,sebab itu orang sebegitu adalah istimewa,kalaulah dia pergunakan cinta itu untuk penciptanya,dialah orang yang paling bahagia.

    Memang,tiada manusia dilahirkan sempurna,Sebab itu kena selalu mencari pelengkapnya.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Mak Bonda,

    Lamer betul x ziarah Mak Bonda. Mak Bonda sihat?

    Kalau saya kambing suker bakar, landak suker masak pedas...hehehehe

    Saya x pandai nak ulas panjang mcm kakak saya diatas nun...

    Bagi diri saya mak bonda, setiap manusia mempunyai perasaan chinta...mungkin cara penyampaian nya berbeda.

    Sejak zaman sekolah, saya cuba didik hati ini, apabila perasaan tu dtg, saya fikirkan saudara2 perempuan saya...x kira lah kakak ker, mak menakan ker, sepupu ker...

    So saya decide kalu dah ader rezeki Allah nak bagi suruh kawen....baru la saya berani nak bercinta...hehee

    Kalau x ader pun saya redha...

    BalasPadam
  4. Salam makbonda,
    Tak pernah tau ada kari landak. saya ingat makbonda masak daging landak tadi. hehe..

    mungkin ditakdirkan makbonda dpt email dr adik itu. yg susahnya, dia mencari soal cinta. memanglah kalu saya sekalipun, yg ada adik2 perempuan yg semua dah anak dara, akan nasihatkan dia... belajar fokus sayang. jgn semak-semakkan fikiran dgn cinta. sbb brcinta ni umpama ribut yg skejap datang dan pergi.
    Kamu susah nak cipta kecemerlgn dlm ribut begitu. dunia cinta itu dah sukar memilih, dunia rumahtangga lagi mncabar.. adikku. Saya dah mmbebel di sini pula, maaf makbonda.. :)

    BalasPadam
  5. Maaf MakBonda.. mencelah sedikit.. (kerana teruja dgn kehadiran salah satu butiran permata jiwa saya di sini.. hihihi..)

    Ya, itulah dia adik saya..
    yg sering memikirkan kakak-kakaknya..

    .. antara sebab dia taknak berkawan dgn perempuan adalah kerana kebimbangannya yang tinggi - takut jika dia "terpermainkan perasaan perempuan, natijahnya akan terkena kpd kakak2nya yang mendapat balasan drpd perbuatannya!". huhuhu...

    ... dan MakBonda.... budak lelaki itu sudahpun bekerja dan telah memasuki angka 3 umurnya... bukan budak sekolah lagi!!! huhuhu

    - tolong nasihatkan budak lelaki yg sungguh naif itu makbonda.. (sebagaimana makbonda telah berjaya menasihati si "kakak"nya itu agar 'jgn terlalu meletak standard yg tinggi kepada bakal adik ipar'... thee hee heee')..

    hihihihi...

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalamwarohmatullah

    amirhisham,

    Alhamdulillah makbonda baik-baik sahaja.Ya betul kata kamu,cara penyampaian yang berbeza.

    Sebenarnya Makbonda sendiri masih keliru antara suka,cinta,sayang, pada suami. Tapi yang pastinya bila dia sedang berpemergian jauh,rindu sangat nak jumpa. Bila dia balik lewat bimbangnya rasa dihati. Bila membuatkan dia marah kesalnya tidak terkira.Bila dia memberikan sesuatu walau kecil amatlah besarnya hati. Bila dia sedang sakit atau menanggung kesukaran rasa mahu sahaja meminta beban itu diberikan pada kita.Bila dia memuji, berbunganya hati tidak terperi.Bila ada orang mengaibkan dia rasa mahu sahaja tampil dihadapan menjadi perisai.Bila dia tersasar cepat-cepat kita betulkan.Pendek kata sngatlah tinggi kesyukuran sebab Allah turunkan dia menjadi pelengkap hidup.

    Bagi kamu janganlah berhenti berdoa agar Allah turunkan insan yang menjadi pelengkap kepada kamu,jika sudah nampak tandanya teruskanlah langkah untuk mengamalkan perkara sunnah itu.

    BalasPadam
  7. Salam kembali indah.

    Daging landak,makbonda pernah dengar sahaja tapi belum pernah jumpa.

    Perasaan suka pada seaorang yang berlainan jantina katanya adalah fitrah,bermula sejak diawal usia mumayyis lagi. Cuma ada yang bernasib baik diketahuhui oleh sebelah pihak ada yang tidak.ada yang terbawa hingga dewasa lalu tiba seusia yang layak untuk melamar.
    Pada adik-adik atau anak-anak kita boleh memandu mereka jangan terperangkap dengan dunia percintaan sehingga menganggu proses pembelajaran juga dibimbangi tewas dengan nafsu jahat lalu tersasar.

    Itulah yang sering Makbonda perkatakan pada anak-anak dan meminta pada Allah agar mereka terselamat dari ujian -ujian tersebut.

    BalasPadam
  8. Tiny,

    Ulasan kamu muncul semasa Makbonda sedang membalas ulasan dari dia.

    Hmm.....dalam kata dia tidak pandai macam kakak dia...jenuh juga menschroll mause ke bawah.

    Itu menandakan sikap tanggungjawab dia pada insan yang disayangnya adalah tinggi. Dan itu adalah satu anugerah,sebab tidak ramai orang yang ada nilai seperti itu.

    Mungkin juga ini petanda atau bebunga yang dia telah terbuka hati atau mendapat hidayah untuk ke arah itu tak Tiny?:))

    BalasPadam

Catatan Popular