Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Sebelum,semasa dan selepas Ramadhan.........
Menghampiri Ramadhan.Hujung minggu punyalah banyaknya jemputan kenduri. Sabtu tengahari,petang,malam,Ahad tengahari,petang dan malam. Masing-masing berebut-rebut mahu membuat amal jariah itu. Satu malam pula ada 3 kenduri serentak. Kenapa buat sekarang?
"Alah nak mengadap puasa nilah ,buatlah khenduri aruah"
"Sampai berebut-rebut hari,kenapa tak bulan Ramadhan sekali,kan lebih afdhal?"
"Bulan puasa susah,leceh nak buka puasa tempat lain,orang tak nak datang nanti."
"Bagi makan orang berpuasa lebih tinggi ganjarannya."
"????"
Maka akibat berebut hari sebelum tibanya Ramadhan,sudah hilang nikmat kendurinya,sesiapa yang mendapat giliran malam,hadirinnya sudah tidak lalu makan.Menu seistimewa manapun sudah hilang kenikmatan.
"Bukankah senang di bawa kat masjid sahaja,kongsi beberapa orang,"
"Alah,anak-anak ni ha nak kumpul.Nak rasa makan sama,"
"Kumpullah di masjid,kan lebih berkat,makmur masjid."
"Susahlah kat masjid,nanti orang perempuan ada yang uzur."
"Jadinya majlis itu bertajuk jamuan makan atau bertahlil."
"Berathlil sambil jamuanlah"
"Betullah ,yang di atas bertahlil keluarga rapat di bawah bersembang dan bermesra,maklumlah sudah lama tidak bertemu."
Bila tahlil di rumah,satu kampung dijemput,tidak kira mereka bolah membaca tahlil atau tidak,cukup solat 5 waktu atau tidak,yang penting hidangan dapat menjamah. Sedangkan di masjid,pembaca tahlilnya sudah pasti ahli masjid,istiqamah dalam ibadah,pastinya boleh bertahlil,bukankah lebih afdhal?
Sebelum,semasa dan selepas Ramadhan....masih bertajuk makan-makan
Elok juga berjalan-jalan di sini ,Jom.
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Saat kamu berumur 1 tahun,dia menyuapi dan memandikanmu.. *se...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Salam dear makbonda. Saya pun antara yang bingung, agak keliru dan berfikir bagaimana hendak bertindak seterusnya. Maka saya dan suami mencari guru sebaik yang terdaya dapat untuk memahami bagaimana hukum- hakam dalam Islam di bentuk, asas-asasnya dan dan ulama'-ulama' berdisiplin kemahiran ilmu kategori mana yang membuat fatwa. Saya dapati setakat ini bahawa kita kena faham berbagai disiplin ilmu hadith dan usul fiqh . Kalau makbonda tak faham yang saya kata ini,tak apae lah. Saya pun masih belum tamat belajar. Cuma saya sudah mula faham mengapa kita berbeza pendapat dan sejauh mana kita boleh berbeza pendapat dan mengapa ada hikmahnya berbeza pendapat, dan bagaimana kita umat Islam harus memahami berbagai pendapat ini supaya tidak berpecah belah yang menguntungkan musuh-musuh Islam. Itu dulu. Salam.
BalasPadammasyarakat kita semakin lupa ruh dalam setiap amalan. makin menuju Ramadhan, aktiviti makan-makan makin rancak seolah-olah di bulan Ramadhan tak boleh makan langsung. ganjaran menjamu orang berbuka pun macam taknak. Allah saja yang lebih tahu kenapa semua ni berlaku.
BalasPadamni lah adat org kita yg kadang2 menyusahkan. lg teruk takot bertentangan dgn ajaran agama
BalasPadamSalam kembali Puan,
BalasPadamHikmah yang peling jelas bila terdapat perbezaan tersebut ialah munculnya pemikir yang bijaksana untuk meleraikan masaalah bukan yang menimbulkan dan menambah kekusutan.Bukan begitu puan.
Saya sangat setuju dengan cara puan mencari alternatif.Yang penting guru tersebut adil dalam pemikirannya,dan sumbernya hanya Alquran dan Sunnah.
Kakchik,
BalasPadamSama ada lupa atau benar-benar tidak tahu. bila lupa mudah untuk di ingatkan,kalau tidak tahu boleh diberitahu,tapi kalau tidak mahu tahu bagimana ya?
itu semua adalah ujian kepada yang tahu.
Pustaka NurIman.
BalasPadamSebenarnya saya belas melihat suami saya yang kebingungan mahu menghadhiri jemputan,satu lagi bila amat terkilan bila melihat hidangan yang keluar kembali ke belakang tanpa disentuh.
Selamat menyambut Ramadhan untuk MakBonda sekeluarga....tinggal bertiga aja ya!
BalasPadamckLah akan memulakan 1 Ramadhan dengan Hijrah...doakan semoga ckLah memperoleh hikmah dari penghijrahan ini...
ckLah,selamat juga untuk kamu. Ya hari ini satu perjalanan yang panjang...bertolak dari rumah selepas Zuhur terus ke Gombak,terus ke Bangi patah bali sampai rumah Azan Maghrib....dan sunyi+sebak.
BalasPadamSetiap masa kita berdoa untuk kita dan insan sekeliling agar mendapat taufik dan hidayah......sebenarnya doa-doa itu telah diperkenankan....dan hikmah-hikmah itu sudah nyata cuba kita kurang menghayatinya.
Terima segalanya dengan kesyukuran.
Assalamualaikum MakBonda..
BalasPadamTengah buat list.. mengundang tetamu beriftar di rumah...
semoga ada tetamu yg sudi bertandang utk bersama berbuka.. sekaligus bertarawikh di masjid alam damai yg damai itu....
semoga Allah izinkan.. ameen.
~ jemputlah beriftar di cheras nih.. :)
<3
Waalaikumussalam warohmatullah
BalasPadamTiny
Ramadhan kali ini Makbonda beiftar berdua sahaja dengan si bungsu,abahnya beriftar penuh di masjid.
Makbonda dah google address kamu,Insyaallah kami akan sampai.
betol juga tu MakBonda.bagi makan org yg berpuasa, kita dapat pahala sama mcm org yg berpuasa
BalasPadamtambah2 kita bg makan kat org2 yg menjaga amalannya.
Salam makbonda,
BalasPadamSalam 2 ramadhan. kat kampung saya, sering saja ada jamuan berbuka sambil tahlil.
Tapi cara kat sini lain. jamuan brtahlil dan ziarah kubur adalah seblum ramadhan. Dan saya ikutkan saja, lain org lain adatnya. apatah lagi ia hanya utk family, tak jemput jiran2 yg mgkin sibuk bersiap mnghadapi ramadhan.
Benar, pahala mnjamu org brpuasa lebih banyak. begitu jg bersedekah.
Salam kembali indah dan mujahid,
BalasPadamBila bersedekah dan penerimanya gembira dengan sedekah kita itu tanda sedekah kita diterima Allah,tapi sebaliknya jika sedekah kita tidak menggembirakan sipenerimanya,sedih kita kan,macam tak diterima sahaja sedekah kita.
Pernah Bapak saya bercerita diakhir zaman ni semakin susah kita mahu bersedekah,zaman nenek kita dulu sedekah tikar mengkuang kat masjid,sekarang sudah tidak diterima sebab masjid sudah menggunakan karpet. Bagi rumah anak yatim baju terpakai mereka sudah tidak pandang sebab ada orang sponsor baju siap pilih sendiri di shopping complex.
Wallahuaalam.