DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 6 Ogos 2017

Cerita Si Pekan

Tiada kena mengena dengan artikal,ini adalah suami saya dengan cucunya Mus'ab,entah apa yang disampaikan oleh Embah Lanangnya singga begitu fokus kelihatan air mukanya


Si Pekan dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup ialah seorang adik kecil yang belum matang. Apabila telur temakul  bahagiannya habis dia meronta ronta meminta lagi. Kakak Melur walaupun gadis yang masih kecil sanggup memberikan bahagiannya atas rasa kasih sayang pada adiknya. Malangnya sikap ketidakpuasan Pekan yang masih belum tamat lagi sehinggakelembutan hati Melur terdorong untuk mengambil bahagian Ibunya pula. sehingga rajuk hati ibunya membawa diri ke batu belah batu bertangkup.

Tidak mengapalah Pekan masih kecil,namun begitu harus diingat dalam proses pembesarannya perlu selalu dibimbing untuk tidak terbawa-bawa sikap itu sehingga dewasa. Bila sikap tamak dan tidak peduli hak orang lain itu dibawanya sehingga dewasa maka wujudlah pula penyalahgunaan harta pusaka. Sentaiasa mencari jalan bagaimana mahu harta pusaka lebih dari waris yang lain. Sentiasa mempersoalkan hak waris lain pada hal hak sendiri sepatutnya sudah lebih dari cukup. Penyakit begini kadangkala bukan hidapi oleh orang yang jahil sahaja malah orang yang berilmu dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat pun tidak terkecuali,semakin berilmu semakin pandai memberi hujah sehingga hak waris lain jatuh ketangannya.

Asalnya seperti tidak percaya dengan mata kepala saya melihat situasi ini. Dia adalah generasi ketiga,tidak mengenalipun arwah generasi pertama sebab beliau lahir setelah mereka meninggal dunia.Bila generasi pertama telah menurunkan harta pusaka pada jenerasi kedua semuanya telah akur. Semasa hidup generasi pertama telah menghibahkan harta pada anak lelaki tetapi belum sempat menghibahkan pada anak perempuan  beliau telah meninggal dunia. Walaupun tidak mengikut faraid saudara-mara lelaki dalam jenerasi kedua telah sepakat untuk menyerahkan baki yang tinggal sedikit itu kepada semua waris perempuan. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah salah seorang jenerasi ketiga dewasa,berkelulusan bagus dalam ilmu agama dari bumi Anbia’ telah menyedari bahawa pembahagian hartapusaka bapanya tidak mengikut faraid yang sebenar.Walaupun telah memegang jawatan tinggi dalam majlis agama masih tergamak untuk membuat tuntutan kepada ibu-ibu saudaranya yang telah meningkat tua. Ibu ibu saudara nya yang melihat pembesaran anak ini,sedari kecil sudah punya sikap menghakmilik kepunyaan orang lain,tingkahlakunya sentiasa dibela oleh orang tuanya,sering dimenangkan dalam pergaulan dengan saudara mara sepermainan,tidak menyangka sikapnya itu membawa ke usia dewasa. Dengan tidak segan silu dia membuat tuntutan demi tuntutan.

Jadi dalam mendidik anak anak,sejak kecil lagi orang dewasa kena menpositifkan sikap dan naluri semula jadi kanak kanak. Sikap tamak dan gemar menghakmilik kepunyaan orang lain boleh menjadikan mereka berjaya bila dewasa dalm perniagaan, tetapi dengan penekanan ada dosa dan pahala dalam setiap perbuatan dan tindakan. Menyukarkan kehidupan orang lain ialah satu dosa,dan dosa itu pengakhirannya neraka. Meyakinkan setiap berlaku adalah kehendak Allah,Allah yang menggerakkan hati semua makhluknya,jadi kenalah akur dengan apa yang telah berlaku. Rezeki itu telah Allah tetapkan ,berpadalah dengan apa yang ada tanpa mempertikai hak orang lain. Hormati saudara yang lebih tua,mereka yang mengalami apa yang berlaku dahulu. Jika mereasa hak kita telah dimiliki orang lain biarlah itu antara dia dan Allah, kita hidup dengan apa yang kita miliki atas usaha kita,biarlah waris kita meneruskan kehidupan atas hakmilik sendiri. Kasihanilah roh ibubapa yang telah bersemadi jasad mereka di dalam liang lahad. Jadikanlah kita anak yang soleh yang dapat menyelamatkan mereka..

Saya pernah membuat persoalan begini pada arwah bapak dahulu. Mengapa ada orang-orang yang berilmu dalam agama tetapi masih terjerat kepada penyelewangan harta pusaka. Masih tewas dengan bisikan iblis untuk bersikap tamak dan haloba,sehingga menjejaskan keharmonian silaturrahim.
Antara puncanya ialah mungkin cara mendapatkan salah satu harta pesakanya telah menganiaya orang lain,walaupun rasa menang mendapatkan harta tersebut rupa-rupanya sebelah pihak tidak berpuas hati,dan terasa teraniyaya,lalu berdoa meyerahkan pada Allah untuk mengadili.Kifarahnya terjadi setelah jatuh ke warisnya,anak cucu berselisih faham, diketika datok dan nenek telah bersemadi di alam perkuburan,roh mereka meyaksikan perbalahan anak cucu disebabkan kesilapan masa lalunya. Nasihat Arwah Bapak “Elakan dari terjerat dengan perebutan harta pesaka,kalau terasa berlaku dikalangan kita cuba jauhkan diri jangan libatkan.Keadilan itu kerja Allah,biarlah apa yang ada pada kita itu atas usaha kita sendiri,harta ibu bapa kita adalah rezeki mereka,seandainya kita dapat terima sahaja,jika ada penyelewengan, itu antara pelaku dengan Allah.



Jumaat, 4 Ogos 2017

PELAYARAN ISLAMIK 19

Ini cerita lama, cerita 1 Januari 2017 yang lalu, tapi tak habis habis nak tulis, sentiasa dalam draf. Bila pihak Pelayaran Islamik membuat kajiselidik dan posmotem saya kata tunggu ulasan saya dalam blog. Begitu lama mereka menunggu pastinya. Barulah hari ini saya dapat publiskan. 


Sebenarnya sudah lama saya menyimpan perasaan untuk menaiki cruise.Saya kepingin sangat melihat pantai dari arah laut atau berada di tengah lautan yang tiada bertepi. Tambah lagi bila salah seorang anak lelaki terlibat dalam dunia pelayaran. Walaubagaimana pun impian ini saya jangka akan tercapai dalam tempoh yang mungkin lama lagi.

Telah ditakdirkan bahawa impian saya itu telah Allah tunaikan dalam masa terdekat,tanpa saya jangka samasekali. Tiba tiba saya termasuk dalam facebook Pelayaran Islamik. Meseg saya terus dijawab,seterusnnya dalam Whatapp. Sukar juga untuk saya membuat keputusan,walaupun setelah berbincang dengan suami dan beliau memberi persetujuan. Ragu-ragu adakah perlu saya terima sekarang. Setelah beberapa kali beristikharah semoga pilihan kami ini memberi kebaikan ke atas Agama dan keidupan kami. Sehinggalah keputusan telah kami buat seminggu sebelum tarikh. Pelayaran akan di mulakan dari Singapura,Phuket,Pulau Pinang dan Singapora. 4 Januari hingga 8 Januari,5 hari 4 malam. Bersama Ustaz Sharhan dan Imam Muda Jabbar.

Hari pertama (4.1.17)

Peserta yang mahu meniki bas dari KL centrel  berkumpul di KL Central sebelum Subuh. Yang lain boleh menunggu di mana mana R&R dengan memberitahu lebih awal.3 buah bas yang telah disediakan oleh pihak agensi,telah siap disenaraikan sebelum tarikh dan di edarkan melalui whatapp, bagitu juga jadual program, dan segala arahan no and don't. Ada juga yang pergi sendiri dengan kapalterbang, dan kereta sendiri terutama yang dari Johor dan Singapura. Peserta juga dikehandaki menyemak sendiri kesahan kelayakan diri sama ada boleh keluar negeri atau tidak upaya tidak menimbulkan masaalah nanti. Pihak agensi Intratama Travel Consultant & Tours Sdn Bhd. Pihak pengurusan membuat penyusunan dengan begitu teliti.

Kami bertolak dari rumah hari Isnin jam 10 pagi,awal lagi kerana dalam perjalanan berhajat menziarahi ayah kepada biras kami di Bukit Kucing yang telah dua minggu keluar dari hospital.Malam itu saya bermalam di rumah Atina di Bangi.Pagi itu Aizat dan Lily menghantar kami ke R&R Nilai. Bersubuh di situ,sehingga jam 7 baru bas sampai. Kami dapat tempat paling belakang.

Pertama kali saya menyebrang ke Singapura melalui Gelang patah.Setelah melalui 2 Imigresen Malaysia dan Singapura. Tiba di Pelabuhan Harbour lebih kurang jam 2. 3 jam kami disimpan di Singapore Cruise Center,Saya dan suami  mengambil kesempatan untuk mengexplore segala sudut ,melihat tempat membeli belah,melihat para penumpang feri ke dari Singapura ke Pulau Batam dan Pulau sekelilingnya. Melihat juga Pulau Sentosa dari kejauhan. Sehingga jam 6 baru cruise di buka.

Alhamdulillah jam 6 kami melangkah masuh cabin 3 Costa Victoria Cruise. Terus di arahkan berkumpul di lounge tingkat 7 bahagian hadapan cruise untuk mendapat taklimat.Kami dikenalkan kepada Ustaz Sharhan dan Imam muda Jabbar yang akan memimpin  kami sepanjang pelayaran .Penerangan menggunakan tandas kapal sama seperti tandas kapal terbang diberi oleh encik Suhaimi,pengasan Pelayaran Islamik. Saya kira penerangn ini penting juga kerana kaedahnya berbeza dengan tandas biasa yang kita gunakan.Sebaik sahaja habis membuang bahan kumuh dan tinja hendaklah dipam dahulu pam untuk mensirnakan bahan tersebut baru mencuci bahagian tubuh kita,dan pam sekali lagi. Pernah terjadi satu siri pelayaran individu tersebut terus mencuci  tubuh tanpa mengepam dahlu akibatnya mangkuk tandas dipenuhi air dan bahan najis lalu melimpah keluar membasahi karpet dan lantai,sehingga pihak kapal terpaksa menggantikan karpet dan kelengkapan bilik air. Satu keistimewaan pada kumpulan kami ialah bilik kabin  kami semua punya balkoni. Alhamdulillah,suatu yang  rare. Kabin kami kebanyakkan ditingkat 10 dan 9.Kerana hanya tingkat ini sahaja yang ada balkoni.

Selepas sessi penerangan kami masuk ke kabin masing-masing untuk solat maghrib dan jamak Isya'  sendiri sendiri dan selepas itu ke tingkat 11 sebelah belakang kapal untuk makan malam,selepas itu bersedia untuk latihan kecemasan. Setelah itu acara bebas. Saya dan suami mengambil kesempatan bersiar-siar dibahagian atas dek melihat keindahan pulau singapura dari atas kapal. Beramah mesrs dengsn ahli kumpulan termasuk En Suhaimi dan isteri. Banyak juga info info serta kungsi pengalaman dari beliau.  Jam 10 malam kapal mula bergerak menginggalkan pelabuhan. Walaupun pemandangan terbatas hanya kerlipan lampu bandar Singapura sahaja namun cukup untuk jiwa berzikir tetang keagungan Khaliknya. Saya rasa sangat rugi untk meninggalkan suasana tersebut untk masuk bilik Sehinggalah tiba-tiba signal internet menunjukan menerima line johor dan kami sedang berhampiran tanjung Piai. Bolehlah menghantar lokasi pada anak-anak,Barulah kami masuk bilik tidur,ketika itu jam 1 mlm.





cabin


 Hari ke 2 ( 5.1.2017)

Jam 4 pagi semua berkumpul di loung untuk qiamullail ,solat subuh dan kuliah subuh. Azan dilaungkan oleh Imam Muda Jabbar pastinya menusuk kesudut jiwa,satu persatu seruan mengajak kehadarat Ilahi itu bergema dilautan selat Melaka.Pada ketika itu lokasi dalam google map menunjukan kami sedang berada di persisiran Batu Pahat.Jadual sepanjang hari ini seperti baiasa,selepas sarapan acara bebas,Saya dan suami mengambil kesempatan bersiar siar di atas decck,sambil berkenalan dengan penumpang lain. Mejoriti penumpang dari Asia Tenggara ialah dari Indonesia. Saya selalu terekliru ingatkan mereka berbahasa kantonis atau mandrin,rupa-rupanya berbahasa Indonesia. pada masa yang sama pihak kapal membuat berbagai-bagai program untuk penumpang.



 Sehingga waktu Zuhur jamak dengan Asar diteruskan dengan majlis ilmu bersama Ustas Sarhan dan Imam Muda Jabbar. Dalam slot ini Ustaz menggunakan  buku tulisan beliau iaitu Perubatan Islam menangkis kejahatan jin dan sihir sebagai buku teks. Lokasi masih di ruangan lounge. 




Sehingga waktu maghrib dan Isyak barulah kami dapat berpeluang berjemaah di ruangan deck tingkat 14. Di sinilah kami berpeluang meninkmati sunshine kemudian masuk waktu maghrib,seterusnya tazkirah dari Ustaz Sharhan . Malam ini kami berpeluang menikmati makan malam di Restoran Fantasia dan Restoran Sinfonia.










Hari ke 3 ( 6.1.17)

Pagi itu selepas Qiamullail,sedang semua sedang bersiap untuk solat subuh di lounge,kami terdengar sesuatu bunyi yang agak ganjil,dan ada sedikit gegaran,namun aktiviti diteruskan seperti biasa. Usai kuliah subuh barulah kami diberitahu yang kapal telah  berlabuh diperairan pantai Phatoong Phuket. Dalam jam  9 kami dikehendaki berkumpul di pangung dengan persiapan diri untuk taklimat sepanjang kami turun ke Phuket nanti.Semua peserta telah diberi nombor bas yang perlu dinaiki untuk ke sekolah Muslim Witaya Phuket School. Peserta turun ke dek 3 untuk menaikik feri ke pantai Phatonng. 



3 buah bas menunggu kedatangan pesert,Saya dalam bas pertama. seorang pemandu bas dan dua gadis pemandu pelancong  membantu peserta mengenali sekitar perjalanan. Semuanya muslim hanya seorang yang boleh berbahasa melayu namanya Fatimah tapi mahu kami memanggilnya Fat.Sampai di Muslim Witaya Phuket dalam jam 12. Disambut dengan solawat oleh pelajar pelajar dan murabbi dengan berbaris sepanjang pintu sekolah hingga ke Dewan.Antara yang turut serta dalam majlis itu ialah Gabnor wilayah dan wakil dari kementerian pendidikan Thailand.Setelah beberapa giliran ucapan dan persembahan dari pelajar majlais ditutup dengan penyampaian infaq dari Pelayaran islami untuk pembangunan sekolah tersebut. Sebenarmya setiap siri pelayaran Islamik ke Phuket akan menyampaikan sumbangan yang diambil dari bayaran peserta. Secara tidak langsung setiap pesaerta ada saham dalam infaq sekolah tersebut.













 Selepas itu kami dijamu dengan nasi ayam dan cendul.Sementara itu kesempatan diambil utuk beramah mesra dan warga sekolah.Saya berpeluang berkenalan dengan seorang ustazah yag berbahasa Melayu berasal dari Naratiwat,bernama Siti Zaimah dan sempat menambah kenalan di FB.







Dalam perjalan balik ke kapal peserta dibawa membelibelah di lokasi pengeluar t shirt dan mall yang menjual produck halal. 

Sebelum jam 5 peserta kembali ke cruise.Maghrib berjemaah di atas deck ditingkat 14. Berjemaah dan kuliah maghrib. 
Kapal meninggalkan pantai Phatong jam 8 mlm. 
  


Hari ke 4 (7 jan 2017 )

Qiamullail dan subuh di  lounge.  Jam 8 kapal berlabuh di Pulau Pinang. Peserta dibenarkan turun sehingga jam 5 petang kerana kapal akan meninggalkan pelabuhan. 


dermaga pelabuhan pulau Pinang.


Pulau Pinang

Peserta pelayaran Islamik tidak digalakan turun kerana ada forum antara jam 10-12.Ahli penal ialah Ustaz Sarhan dan Imam muda Jabbar,pasangan forum yang mantap.Peserta di bebaskan bertanya dan bertukar pengalaman. 




Maghrib malam itu juga diatas deck. Sayu laungan wzan maghrib memecah Selat Melaka menjelang sunset.


Makan malam untuk malam itu kami diarahkan ke Restoren Fantasia. Malam itu adalah malam gala. Pihak kapal mengadakan majlis meraikan penumpang.Semua kru termasuk kapten dan chef di perkenalkan dan memberi ucapan.

berlopster


Selepas itu semua peserta diarahkan untuk mengemaskan bag utama untuk diserahkan pada krew pada jam 12 malam.

Hari ke 5 (8.1.17) 

Qiamullail dan Subuh di lounge.Selepas Subuh penyampaian Ijazah Perubatan Islam oleh Ustaz Sharhan dan sessi bergambar.Pada masa yang sama penumpang lain membuat bayaran bil masing-masing. Bagi peserta Pelayaran Islamik semua telah diurus oleh penganjur.




Peserta juga diarahkan meninggalkan kabin masing-masing dan meninggalkan kunci diatas katil. Sementara itu penumpang boleh duduk dimana mana ruangan awam. Makanan sentiasa disediakan di cafe,setiap penupang bebas makan semahunya. Kemi mengambil kesempatan bereda di deck untuk menikmati ratan pantai Singapura yang semakin jelas kelihatan sambil berukhwah dengan peserta peserta lain.



Bersama Puan Hjh Mastura  Pengarah Perpustakaan Negeri Selangor juga adik kepada Dr Muhaya

Jam 2 petang Kapal berlabuh dipelabuhan horbour. Penumpang mulai turun ke deck 3 untuk keluar dari kapal. 

Setelah menempuhi beberapa check point akhirnya peserta dapat keluar dari cruise center,dan bas telah siap menunggu.Alhamdulillah bas tiba di KL central jam 10 malam.

Costa vactoria  menampung 2000 penumpang, Peserta Pelayaran Islamik hanya berjumlah 150 orang.Pihak kapal menyediakan berbagai-bagai aktiviti  dan berbagai ruang disediakan terpulang pada penumpang untuk memilih. Peserta Pelayaran Islamik telah ada program tersendiri yang dianjurkan oleh penganjur, Walaupun ada ruangan untuk mengikuti program pihak kapal namun tiada siapa peserta yang minat untuk menyertai,mungkin sebelum naik lagi telah set minda apa yang mereka maukan dari pelayaran ini.Pihak penganjur juga sering mengingatkan bahawa peserta perlu mengambil kesempatan menjadikan diri sebagai da'e,berhadapan dengan penumpang penumpang lain,sentiasa menunjukan akhlak yang baik bagi menggambarkan imej Islam adalah agama yang selamat.

Pengasas Pelayaran Islamik En Suhaimi dan anaknya Lukman serta isrinya Pn Aida dan pembantunya En Zizey serta yang lain melayan peserta dengan begitu baik dan mesra. Sentiasa memberi penerangan secara formal dan diluar program, banyak tip-tip yang dikongsikan dari pengalaman pelayaran yang lepas. Semua persoalan dan masaalah terjawab dan dapat diselesaikan. Pelayaran ini adalah yang ke 19 jadi banyaklah pengalaman yang biasa dan baru yang dapat dikongsikan.
Ilmu dari kedua-dua tokoh ilmuan walau pun tidak dapat kami kongsikan kesemuanya  di harap dengan sekelumit itu dapat kami munafaatkan dan menjadi pemankin untuk kami meneroka lebih jauh lagi sekembalinya dari pelayaran.
Pelayaran ini bukan pelayaran biasa, Satu pelayaran yang penuh dengan ilmu serta pengalaman baru.

Namun terdapat juga beberapa kekurangan yang mungkin boleh di tambahbaik oleh pihak penganjur,antaranya kekurangan  taaruf antara peserta. ta'aruf sekadar secara personal tidak menyeuruh,habis program masuk kabin,hanya sebahagian yang meluangkan masa diruangan deck,mungkin keseluruhan peserta mendapat kabin yang ada balconi menghadap laut,jadi masing-masing dapat menikmati pemandangan laut dari kabin masing masing. Walaubagaimanapun perhubungan kami masih dapat diteruskan dengan pembentukan group whatapp hingga kini.

InsyaAllah semoga program yang dijalankan oleh Pelayaran Islamik ini terus membawa kebaikan untuk ummah,dan sentiasa ada nilai tambah bagi pelayaran yang lebih mendapat MARDATILLAH



#pelayaranislamik19
#bersamaustazsyarhansyafie
#bersamaimamudaJabbar
#intratamasdnbhd

Catatan Popular