DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Ahad, 6 Ogos 2017

Cerita Si Pekan

Tiada kena mengena dengan artikal,ini adalah suami saya dengan cucunya Mus'ab,entah apa yang disampaikan oleh Embah Lanangnya singga begitu fokus kelihatan air mukanya


Si Pekan dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup ialah seorang adik kecil yang belum matang. Apabila telur temakul  bahagiannya habis dia meronta ronta meminta lagi. Kakak Melur walaupun gadis yang masih kecil sanggup memberikan bahagiannya atas rasa kasih sayang pada adiknya. Malangnya sikap ketidakpuasan Pekan yang masih belum tamat lagi sehinggakelembutan hati Melur terdorong untuk mengambil bahagian Ibunya pula. sehingga rajuk hati ibunya membawa diri ke batu belah batu bertangkup.

Tidak mengapalah Pekan masih kecil,namun begitu harus diingat dalam proses pembesarannya perlu selalu dibimbing untuk tidak terbawa-bawa sikap itu sehingga dewasa. Bila sikap tamak dan tidak peduli hak orang lain itu dibawanya sehingga dewasa maka wujudlah pula penyalahgunaan harta pusaka. Sentaiasa mencari jalan bagaimana mahu harta pusaka lebih dari waris yang lain. Sentiasa mempersoalkan hak waris lain pada hal hak sendiri sepatutnya sudah lebih dari cukup. Penyakit begini kadangkala bukan hidapi oleh orang yang jahil sahaja malah orang yang berilmu dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat pun tidak terkecuali,semakin berilmu semakin pandai memberi hujah sehingga hak waris lain jatuh ketangannya.

Asalnya seperti tidak percaya dengan mata kepala saya melihat situasi ini. Dia adalah generasi ketiga,tidak mengenalipun arwah generasi pertama sebab beliau lahir setelah mereka meninggal dunia.Bila generasi pertama telah menurunkan harta pusaka pada jenerasi kedua semuanya telah akur. Semasa hidup generasi pertama telah menghibahkan harta pada anak lelaki tetapi belum sempat menghibahkan pada anak perempuan  beliau telah meninggal dunia. Walaupun tidak mengikut faraid saudara-mara lelaki dalam jenerasi kedua telah sepakat untuk menyerahkan baki yang tinggal sedikit itu kepada semua waris perempuan. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah salah seorang jenerasi ketiga dewasa,berkelulusan bagus dalam ilmu agama dari bumi Anbia’ telah menyedari bahawa pembahagian hartapusaka bapanya tidak mengikut faraid yang sebenar.Walaupun telah memegang jawatan tinggi dalam majlis agama masih tergamak untuk membuat tuntutan kepada ibu-ibu saudaranya yang telah meningkat tua. Ibu ibu saudara nya yang melihat pembesaran anak ini,sedari kecil sudah punya sikap menghakmilik kepunyaan orang lain,tingkahlakunya sentiasa dibela oleh orang tuanya,sering dimenangkan dalam pergaulan dengan saudara mara sepermainan,tidak menyangka sikapnya itu membawa ke usia dewasa. Dengan tidak segan silu dia membuat tuntutan demi tuntutan.

Jadi dalam mendidik anak anak,sejak kecil lagi orang dewasa kena menpositifkan sikap dan naluri semula jadi kanak kanak. Sikap tamak dan gemar menghakmilik kepunyaan orang lain boleh menjadikan mereka berjaya bila dewasa dalm perniagaan, tetapi dengan penekanan ada dosa dan pahala dalam setiap perbuatan dan tindakan. Menyukarkan kehidupan orang lain ialah satu dosa,dan dosa itu pengakhirannya neraka. Meyakinkan setiap berlaku adalah kehendak Allah,Allah yang menggerakkan hati semua makhluknya,jadi kenalah akur dengan apa yang telah berlaku. Rezeki itu telah Allah tetapkan ,berpadalah dengan apa yang ada tanpa mempertikai hak orang lain. Hormati saudara yang lebih tua,mereka yang mengalami apa yang berlaku dahulu. Jika mereasa hak kita telah dimiliki orang lain biarlah itu antara dia dan Allah, kita hidup dengan apa yang kita miliki atas usaha kita,biarlah waris kita meneruskan kehidupan atas hakmilik sendiri. Kasihanilah roh ibubapa yang telah bersemadi jasad mereka di dalam liang lahad. Jadikanlah kita anak yang soleh yang dapat menyelamatkan mereka..

Saya pernah membuat persoalan begini pada arwah bapak dahulu. Mengapa ada orang-orang yang berilmu dalam agama tetapi masih terjerat kepada penyelewangan harta pusaka. Masih tewas dengan bisikan iblis untuk bersikap tamak dan haloba,sehingga menjejaskan keharmonian silaturrahim.
Antara puncanya ialah mungkin cara mendapatkan salah satu harta pesakanya telah menganiaya orang lain,walaupun rasa menang mendapatkan harta tersebut rupa-rupanya sebelah pihak tidak berpuas hati,dan terasa teraniyaya,lalu berdoa meyerahkan pada Allah untuk mengadili.Kifarahnya terjadi setelah jatuh ke warisnya,anak cucu berselisih faham, diketika datok dan nenek telah bersemadi di alam perkuburan,roh mereka meyaksikan perbalahan anak cucu disebabkan kesilapan masa lalunya. Nasihat Arwah Bapak “Elakan dari terjerat dengan perebutan harta pesaka,kalau terasa berlaku dikalangan kita cuba jauhkan diri jangan libatkan.Keadilan itu kerja Allah,biarlah apa yang ada pada kita itu atas usaha kita sendiri,harta ibu bapa kita adalah rezeki mereka,seandainya kita dapat terima sahaja,jika ada penyelewengan, itu antara pelaku dengan Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular