DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 20 Disember 2015

Trip ponorogo hari 1

Saya membuka mulut pada Pakcik Samuri,adik emak seorang pesara dari Pengetua sekolah yang sering berulang alik ke Pulau Jawa. Saya pernah bercerita di sini http://makbonda61.blogspot.my/2012/07/asal-usul.html . Pertanyaan saya mengenai asal usul Datok dan Nenek kami.

Bila beliau tahu saya telah bersara terus dipelawanya untuk membuat trip ke sana. Pelawan Pakcik Samuri untuk ziarah ke ponorogo saya sambut dengan tangan terbuka.. Menurut nya kami akan ziarah kampung halaman datok sebelah emak,yang salah seorang cucunya pernah dibawa ke sini oleh pakcik. Disini dia membuat berbegai kerja termasuk berniaga di apsar malam. Beberapa tahun setelah cukup modal dia pulang ke kg halaman dan membuka perniagaan.

Kami bertolak pada 16 hingga 20 Sept 2015. Dalam rombongan itu kami berenam termasuk saya suami isteri,emak,pakcik sumi isteri dan anaknya serta abang sepupu juga pesara Bernas.

Pakcik memilih mendarat di Surabaya kerana dia punya kenalan supir yag biasa berurusan dengannya . Namanya Pak Budi. Perjalanan dari Surabaya ke ponoroga mengambil masa 5 jam. Oleh kerana kami tiba pun sudah senja kami menginap di Hotel Merdeka  di Madiun. Dalam perjalanan Pak Budi membawa kami singgah di Restoren Padang yang lauknya berbagai bagai yang disediakan dipinggan-pinggan kecil. Semasa sarapan pagi dihotel Merdeka antara menunya ialah tempe goreng dan rempeyek. Rupa rupanya makanan tradisi jawa yang jadi makanan ringan kita di sini,disana adalah menu utama.

Pak Budi yang setia dan perihatin



restoren nasi padang

Desa yang kami tuju namanya ialah Desa Klaten. Bila tempat pertama kali kita akan pergi tentu kabur sahaja dalam bayangan saya. Melintasi bandar ponorogo rupanya bukanlah satu pekan kecil seperti sangkaan saya, Tentulah sekali ia sebuah bandar besar kerana kewujudannya lebih dahulu dari bandar-bandar di tanah air kita. Sejak zaman nenek saya lagi ianya telah sesak.

Apa yang kami kagumi disepanjang 5 jam perjalanan kami dikiri kanan jalan tidak ada ruangan tanah yang kosong dan terbiar,semuanya bertanaman atau berbangunan. Yang menambah kekaguman saya lagi ialah penggunaan atap genting sangat berleluasa. Di tanah air kita hanya orang kaya sahaja yang beratap genting. Disana pondok pam air pun menggunakan genting wakima kandang kambing,kandang lembu juga.

kandang lembu

Kami tiba  dirumah yang kami tuju dan menginap lebih kurang jam 2 petang. Hubungan tuan rumah tersebut adalah 3 pupu dengan kami. Datok kami adik beradik.Datok kami lima beradik,yang datang ke Malaya 3 beradik,tinggal 2 beradik disana. seorang lelaki dan seorang perempuan,yang perempuan telah meninggal tinggal warisnya perempuan dan telah pindah mengikut suaminya ditempat lain. Tinggallah PakJuani dikampung itu bersama 3 orang kakaknya yang tinggal berdekatan. Tempat kami menginap ialah anak Pak Juaini bernama Niam dan suaminya Mas Widodo,mereka berdua adalah guru sekolah. Sambutan mereka sukar digambarkan,seolah-olah kami telah kenal lama dengan mereka,walaupun baru pertama kali berjumpa sesungguhnya kami tidak kekok bersama mereka.
Mbak Niam dan sumainya
rumah ibu Niam


Sebenarnya antara agenda kami ke tanah asal usul ini adalah untuk mengadakan kenduri kesyukuran.Pakcik telah mengirim ongkos untuk kenduri tersebut sebelum kami bertolak dan mereka yang menguruskan.Satu peluang untuk kami melihat cara masyarakat disini menjalankan kenduri serta mengintai menu. Rupa-rupanya betullah apa yang saya pernah dengar sebelum ini dalam menu tidak akan tinggal pecal dan tempe.

Petang itu saya merayau rayau keliling rumah,seperti tidak percaya saya sedang berada di tengah-tengah ladang teres yang saya pernah belajar dalam geografi semasa sekoah dahulu. dan saya juga baru tahu bahawa neneng moyang saya beasal dari kawasan pergunungan. Gunung berapi Lowu tidak jauh dari perdesaan ini. Pak Juanini juga menceritakan semasa berlaku leptupan suara letupan terlalu kuat dan berlarutan. Mereka tidak pernah bertemu dengan lahar panas sekadar habuk dan debu sahaja. Itupun sudah memadai untuk menyuburkan sawah dan ladang.Taburan batu-batu granit juga membuktikan bahawa tanah sawah mereka adalah dari lahar gunung berapi,mereka singkirkan batu-batuan tersebut menjadi jalan,yang kelihatan sangat seni dan kreatif. Perkara yang baru saya tahu juga penanaman ladang disini adalah bergilir antara padi, jagung, soya dan kacang tanah kacang tanah. Patut juga tempe dan pecal menjadi menu utama kerana merek mendapatkan kacang tanah dan soya dari ladang sendiri.

walaupun anak jagung telah tumbuh,perdu padi masih belum mereput sepenuhnya

di hujung sana adalah longgokan jerami yang digunakan untuk makanan haiwan ternakan,kata pakcik Samuri bagusnya lembu disini mahu makan jerami berbanding lembu ditempat kita. Jerami padi hanya dibakar sahaja.


Sebenarnya rumah Niam bersebelahan dengan rumah ayahnya iaitu pak Juaini,Selang sebelah lagi rumah adiknya yang mengajar di pasentren.. Satu lagi kebiasaan penduduk di sana setiap beberapa kelompok rumah ada musolla, Mengikut mereka mungkin ini kebiasaan dari zaman hindu dahulu beberapa kelompok rumah ada tokong kecil. Namun kebiasaan itu sedikit sedikit dihapuskan untuk menjadikan masjid lebih kehadiran jemaah.
musolla pak Juaini


punca air untuk kegunaan rumah juga pengairan sawah. Pengepaman .menggunakan kuasa elektrik

Seperti juga di tempat kita,kuntiti tanah semakin kekurangan,Pak Juaini hanya mempunyai satu petak ladang pusaka. naka-anak kenalah mencari alternatif sendiri untuk pembiayaan kehidupan. Anak Ibu Niam yang punya ijazah hanya mampu berkerjaya sebagai mengira wang di syarikat kewangan sahaja.


Sementara menunggu malam Niam membawa kami menziarahi emak saudara nya iaitu kakak kepada Pak Juanini. Saya nampak keadaan pak Juaini lebih baik dari saudara mara yang lain kerana kebanyakan anak-anak Pak Juaini berpendidikan dan menjawat jawatan tetap. Salaah seorang Mbokde yang kami lawati meratapi anaknya baru meninggal dunia di kalimantan. Beliau punya 3 orang anak,2 lelaki seorang perempuan,anak perempuan membuat rumah bersebelahan yang lelaki  di hantar ke kalimantan oleh pemerintah bagi meneroka tanah baru. /sejak pindah 10 tahun yang lalu tidak pernah dapat pulang,kini mendapat berita telah meninggal dunia. Tak dapat kami nak menahan sebak di dada.

Sempat juga saya menjenguk ke dapur,beberapa jiran tetangga membuat persiapan kenduri malam nanti.
sambal pecal

gulai daging


Selepas Isya para tetamu kenduri pun sampai,didapur sibuk menyediakan hidangan.
cendul sagu

set nasi dengan lauk telah siap di pinggang,sorang sepinggan
set hidangan 
tetamu selepas tahlil,makanan dihidangkan



set door gift(berkat untuk tetamu
kandungan door gift


Tahulah saya mengapa masyarakat Jawa ditempat kita menjadikan berkat(doot gift) ini sebagai perkara utama dalam majlis kenduri. Rupa-rupanya kebiasaan yang di bawa dari sana.

Malam itu kami bermalam di rumah Mbak Niam ditangah-tengah sawah teres di kaki gunung Lowu.

Seperti tidak rela melelapkan mata,tidak cukup mulut bersembang,dari satu  isu ke isu yang lain.


Selasa, 15 Disember 2015

Trip Ponorogo hari ke dua.

Sebelum Subuh lagi kami dah bangun kerana mendengar dentam dentum Mbak Niam di dapor. Beliau perlu membuat persiapan. Masak untuk Bapanya dan ibunya yang uzur dan beliau sendiri akan bertugas disekolah. Kami mandi guna air sumur yang ditakung di satu tangki besar dan disalur kepaip-paip dalam rumah. Airnya sejuk dan jernih,boleh diminum begitu sahaja,betul-betul air mineral. Pagi ini juga kami mahu meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.  Entah beberapa kali Niam dan suaminya memujuk kami agar menyambung semalam lagi,masih belum puas menurutnya,sebenarnya didalam sudut hati saya pun belum terasa puas,tapi kami tidak boleh mengikut kata hati,Rancangan perlu diteruskan.

Sementara menunggu Pak Budi sampai(Malam dia tidak menginap di sini,dia menginap dirumah mertuanya di desa sebelah) Ada ada sahaja juadah yang disediakan,betulah kata pak cik sebelum kami datang,walaupun kita kata mereka sukar mencari pendapatan lebih tapi mereka mewah dengan makanan, dan amat memuliakan tetamu,apa juga makanan yang ada akan dihidangkan.
Dalam pada itu ada penjaja datang kerumah,membawa barang keperluan. Ada sayur,tempe,tahu keropok-keropok dan ikan rebus. Ya ikan rebus,baru saya lihat ikan. ikan kembung kecil yang direbus,5 ekor setiap pek,ada 5 pek semuanya,Pak Juaini borong kesemuanya. Yang agak terkilan di hati kami mereka menolak pemberian wang dari kami,ya betul-betul menolak walau untuk anak kecil. atas alasan tidak mahu menjadi kebiaasaan.


dalam bungkusan panjang warna perang itu ialah tahu goreng. Saya borong semua,memang sedap,buatan sendiri katanya.
Perjalanan seterusnya kami mahu menjejak tempat asal usul embah sebelah emak pula di Kampung kori di daerah Sawo. Sebelum itu menjejak saudara mara sebelah suami saya di madiun. Rumah pertama waris sebelah suami yang pernah tinggal di Malaysia selama 10 tahun,pulang membawa modal lalu membuka 2 toko,satu toko menjual barangan hard-where dan mini market. Meriahnya tokonya hanya dimiliki oleh orang cina di sini.Beliau juga mempunyai beberapa homestay dan membangunkan sebuah persantren dengan sebuah masjid yang besar dalam pembenaan. Rumah kedua pun waris dari keluarga suami saya sebelah datoknya di Gedung Panji,juga punya toko barangan jemtera berat.

Sebelah kiri mini market,sebelah kanan toko barangn hard were,di belakang rumah dan homestay.
 Hari itu hari Jumaat,target kami akan berjumaat di Sawo. Target kami tepat. Sampai kampung kelahiran embah sebelah emak tepat jam 12.30. Terasa sayunya di Desa tersebut sebab embah pernah bercerita serba sedikit mengenai desa tersebut.  Rumah yang kami tuju ialah rumah kelahiran abang ipar embah yang membawa embah ke Malaya. Rumah kelahiran embah telah di robohkan untuk dibuat pembahagian pesaka. Adik beradik embah semua perempuan,3 orang ke malaya yang lain telah berkahwin dan mengikut suaminya masing-masing diluar daerah itu. Saya terbayang kali yang embah cerita dahulu masih wujud tapi airnya telah mengering. Betulah berhampiran sekolah,menurut embah tanah mereka telah diambil oleh pemerintah untuk pembinaan sekolah.

Tiba sahaja terus dihidangkan makan tengahari

pecal

set makan.


suasana di dalam rumah,sebenarnya mereka menggunakan kasut dalam rumah,tikar dibentang bila ada tetamu,kasut dibuka hanya bila masuk bilik tidur. Lihat dinding,dari jati berukir yang kukuh dan unik..
Semasa orang lelaki solat Jumaat saya mengambil kesempatan mengeliling rumah
pemandangan rumah dari jauh

kandang kambing beratap genting

sumur punca air,yang disedut menggunakan tenaga elektrik.
Ahli rombongan bersama tuan rumah,saya joro foto sahaja.Yang berkerusi roda adalah anak Pakcik yang OKU memang dibawa oleh pakcik untuk menggembirakannya.
Kami meninggalkan mereka dengan berat hati,jam 3 kami bertolak ke lokasi seterusnya. Di sini mereka menerima sahaja apa-apa pemberian dari kami,malah kalau kami dapat tolong kalau boleh uruskan salah seorang anak-anak mereka untuk bekerja ke Malaysia.

Lokasi seterusnya ialah ke Tanjung Anom,Nganjok. kali ini ialah kenalan abang sepupu kami iaitu Pak Kiyai Samsudin yang pernah beberapa kali datang ke Malaysia untuk melawat pondok cawangannya di sini. Tempat itu adalah sebuah pesantren yang menyediakan tempat penginapan anak-anak antara 7 tahun hingga 17 tahun. Pada siang hari mereka bersekolah dasar seperti biasa tetapi petang dan malam mengikuti pengajian yang diadakan di pasentren tersebut. Pak Yai Samsudin asalnya adalah pelajar pesantren tersebut tetapi diambil sebagai menantu dan bila mertuanya meninggal beliaulah yang mewarisinya. Kami tiba hari telah gelap jadi ajendanya makan dan berbual-bual sahaja,ibu mertuanya melayan kami bagai tetamu besar. Kami sangka akan ditempatkan di homestay rupanya di tempatkan di bilik tamu rumah tersebut.


Papan tanda
Anak-anak pesantren bersiap ke sekolah dasar



Besok pegi sementara menunggu Supir datang Pak kiayai membawa kami melawat projek yang dijalankan oleh pihak pesantren untuk membiayai pesantren tersebut,Antaranya ialah kilang membuat batu blok,kilang membuat gas dari najis lembu,home stay, ladang juga mini market. Amat kagum kami. Ibu bapa yang tidak mempu membiayai anak-anak boleh bekerja disitu. Tiada kerja pembersihan atau tukang masak yang digaji melainkan semua di kerjakan oleh anak-anak pelajar secara bergilir. Keadaan dalam pesantren kemas dan rapi.
di kilang batu blok

Pak  kiai Shamsudin yang bersongkok hitam,saya pun kira orang sudah tua rupanya ganteng lagi.

Ladang soya

dari kiri istri Pakcik,Mak mertua Pak Yai,admin blog dan Mak saya.

Kira-kira jam 11 kami bertolak ke Surabaya kerana esok pagi kami akan checkin. Oleh kerana mereka menolah bayaran peginapan dari kami maka kami serah sahaja wang tersebut atas infaq kepada pesantren.

Di surabaya kami akan melawat saudara sebelah saya saya yang terlantar di rumah sakit beberapa bulan. Mereka ini golongan pertengahan yang bekerja dengan pemerintah.

Namanya Ibu Lilik,hubungan emak saudara dengan suami saya,gembiranya beliau atas kedatang kami,sebelum ini diam sahaja tanpa bercakap tapi digagahkan juga untuk berbual dengan kami. Beliau mengidap konflik paru-paru yang agak kronik.,Beberapa hari setelah kami sampai tanah air beliau telah pulang ke rahmatullah.

oleh kerana keadaan bandar surabaya yang macet,pergerakan kami agak lembab. Sebelum mencari tempat penginapan yang berhampiran lapangan terbang Pak Budi membawa kami melawat tapak kejadian lumpur panas Lapindo. Oleh kerana hari mula gelap kami tidak dapat mendaki dan melihat situasi di dalamnya. Memang bukan rezeki kami. saya ada mengambil beberapa gambar menggunakan handphone suami tapi talah disimpan di googledrivenya.



Malam itu kami menginap disini
Tidak sampai 5 minit dari lapangan terbang.
Sementara menunggu Pak Budi datang kami merayap disekitar mencari sarapan

Duit rupiah banyak lagi,sebab kami tak sempat bershoping,Pakcik bayar semua yang makan di warong ini.

tengoklah pakcik Samuri,rupiah masih berbaki lagi,bolehlah datang lagi kata saya. 
Pak Budi meletakan bayaran hanya sejumlah RM500 atas perkhidmatannya. Atas kecemerlangan perkhidmatannya kami tambah lagi RM100. Jam 8.30 kami boarding/ Jam10 20Sept  kami selamat tiba di KLIA

Insyaallah selepas ini kesah perjalanan kami sekeluarga ke Aceh.

Selasa, 4 Ogos 2015

LIMAU MANIS PESAKA BAPAKU

Ini cerits mengenai limau manis.

 20 tahun yang lalu bapak memberi Kakak dua bag benih limau manis . Pada ketika itu Kakak masih tinggal bersama mak mertua,tetapi Kakak telah pun membeli tanah yang kakak tinggal sekarang. Kakak masih ingat kata kata bapak. " Kakak bawak anak pokok limau ni,lepas tu tanam elok-elok dan Jaga sampai buah,sebab Kakak je yang ada tanah setakat ni,nati kalau bapak punya mati,Bapak ambik dari kakak punya pulak." Kakak terima sahaja untuk tidak mengecilkan hati bapak. Di rumah Kakak biar sahaja pokok tersebut selama setahun,sebab masa itu sebok dengan anak2 kecil. Ibu mertua menanam salah satu pokok tersebut di belakang rumahnya. Beberapa bulan barulah kakak tanam di tanah yang kakak beli. Beberapa tahun pokok yang mak mertua tanam membesar dan mengeluarkan sebiji buah,tidak lama krmudian mati. Sedangkan yang kakak tanam di tanah sendiri terus mrmbesar dan mengeluarkan buah yang agak. banyak.

Sehinggalah Kakak pindah dan membena rumah di sini. Pada suatu masa buahnya agak tidak baik,agakmengkal,keras dan tiada siapa yang sudi memakanya. Seorang rakan memberi tahu ada sejenis serangga yang menyentuhnya semasa muda,serangga tu bermastautin di pokok tetsebut,jadi belau sarankan sembur racun serangga sebaik sahaja bunga telah melalui proses pendebungaan. Kamipun ikut saranannya. Alhamdulillah, dengan sekali semburan sahaja sampai sekarang hasilnya terus baik sampai sekarang,tidak perlu ulang semburan lagi.

 Pada peringkat awal buahnya tidaklah selebat sekarang,namun meningkat dari tahun ketahun. Ianya bukan rezeki kami sahaja tapi adalah rezeki semua orang disekeling kami. Semua jiran tetangga,kawan kawan sekolah,saudara mara jauh dan dekat telah merasainya,tambah menggembirakan hati kakak buah ini adalah kesukaan ibu mertua. Adik beradik kakak semua tinggal jauh,bila musim buah matang,terkenang mereka.Bila mereka datang kakak sua- suakan pada mereka untuk dibekalkan pulang. Antara mereka ada yang gembira,ada yang menolak-nolak,mungkin tidak berapa gemar buah tersebut. Mungkin juga naik menyampah dengan sikap kakak yang ghairah mempromote sesuatu yang mereka tidak gemar.

 Sehingga kakak mengeluarkan kata kata,

 "Sebenarnya kakak ni seperti telah dilantik oleh bapak untuk mewarisi pokok limau manis ni.sebab banyak2 anak kakak sorang yang dapat. Sekarang pokok bapak di kampung pun dah mati,bapak pun dah tinggalkan kita,namun kita masih dapat rasa buah limau tersebut. Itulah sebab bila musim buah kakak ternanti nanti adik, beradik datang, suka atau tidak kakak nak semua pewaris bapak merasa.Barulah senang hati kakak" (Sebenarnya kakak tak cakap macam tu pun,tipu je,kakak cuma cakap dalam hati) 

Walaubagaimanapun,kakak tau ada yang gembira menerimanya. Tiba-tiba kakak telah menerima petunjuk,terfikir sendainya pokok ini mati,bagaimana ye? yelah Allah boleh buat bila2 masa.Lalu kakak diberi hidayah untuk melakukan seperti yang apa bapak buat. Kakak jalankan projek tut. Mulanya pakai belasah atau try n eror sahaje,tanpa ilmu,cuma ingat2 apa yang bapak buat. Dalam 6 tut hanya 1 yang jadi,kemudian kakak mula menggoogle.Jumpa dalam youtube



Buat lagi dalam 6 cubaan 4 yang berjaya,kesilapana adalah semasa peroses penyimpanan dalam poly bag sementara belum dipindahkan di atas tanah . Percubaan ke 3,buat 6,kesemuanya berjaya. Sekarang sedang dlm percubaan ke 4.

Kemana kakak tanam banyak- banysk ni. Pertama  2 pokok tanam di tanah sendiri,yang lainnya agih kan pada jiran tetangga dan kawan-kawan rapat. Teknik penyerahan yang kakak gunakan ialah sama seperti gaya bahasa bapak dulu
"Boleh tolong tanamkan pokok ni,jaga dengan penuh kasih sayang,sampai berbuah"

Response dari mereka berbagai2,ada yang faham ada yang tidak,dia ingat tanam di tanah saya,padahal tanam di tanah mereka. Bila dah faham nampak riak gembira air muka mereka.

" Nanti kalau saya punya mati boleh minta dengan awak pulak ye"
Nampaknya masing masing gembira menerima.
 Berikut adalah proses yang saya tiru dari clip video di atas

Keperluan nya ialah penggalak akar,tanah yang siap dibonjot dalam bag plastik

Sunatkan dahulu dahan yang kiti pilih

belah tanah yang dalam plastik seperti gambar

Tempekkan pada dahan yang disunat tadi,biarkan selama sebulan,sesekali check kut-kut tanahnya kering


Taraaa....setelah sebulan apabila akar telah tumbuh,kerat dan simpan dalam polibag yang diisi dengan tanah. Sebeulan selepas itu setelah nampak daun baru tumbuh,bolehlah di pindahkan diatas tanah. 




Ini buah yang sedang muda

Jreng jeng jeng...tuan tanah sedang mengutip hasil.




Rabu, 1 Julai 2015

Catatan persaraan

Akhirnya tiba antara hari yang dinantikan dalam hidup saya iaitu bersara dalam kerjaya. Mulai 1 Jun 2015 saya telah keluar dari senarai Penjawat Awam,bersara dari mengisi buku rekod mengajar dan berhenti dari menghadapi semua kerenah dalam dunia pendidikan di sekolah. Persaraan itu saya pohon,maka saya meninggalkan dunia kerjaya ini dengan sukarela. Walaupun agak menyentuh emosi juga untuk berpisah dengan rakan sekerja dan anak-anak murid. Hari-hari mengadap dan bergaul dengan mereka tentu kenangan-kenangan manis sudah bertapak dan berakar dalam jiwa,sukar untuk melenyapkannya terus.

Biasalah bila saya ambil keputusan bersara awal persoalan persoalan yang saya akan hadapi dari orang keliling  ialah kenapa? mengapa? kan sihat lagi? orang tak minat dengan mengajar sebab banyak kerja IT,sedangkan awak teror IT,dulu masa muda-muda masaalah pejagaan anak-anak,sekarang anak dah besar, dan berbagai-bagai lagi.
Apapa pun dalam mengisi borang permohonan persaraan awal itu alasannya ialah "Tidak berminat dengan tugas sekarang" itupun Pegawai  Pembantu Pengurus Tadbir yang mengesyurkannya.


Walaupun sebnarnya alasannya adalah seperti di bawah tetapi saya tidak menyatakan kesemua jawapan seperti yang di abwah apabila ada yang bertanya.

1.Saya sebenarnya sudah menghadapi dunia pekerjaan ini.Bermatia-matian bersaing hanya untuk kemegahan dan kejayaan dimata manusia sahaja.
2.Rasa menipu diri sendiri,niat sudah lari,lebih kepada mendapatkan imbuhan bulanan.
3.Kerjaya ini sekarang kurang kerja mendidik lebih kepada menjawap format peperiksaan
4.Mahu bersama suami dan keluarga lebih lama.
5.Sudah capai matlamat.
6.Tumpu hidup akhirat kurangkan kejar dunia
7.Tidak perlu apa apa lagi dalam hidup ini yang berbentuk kebendaan.
8.Mahu menikmati pencen ketika sihat
9.Mahu buat kerja sukarela
10. Mengosongkan tempat untuk yang baru mengisinya.

Setelah bersara
1. Lapang fikran,bebas
2.Kurang dosa mengumpat,rasa tidak puas hati pada kawan sekerja,pada pentadbir.
3.Lebih ulangkaji pada ilmu akhirat yang terlalu banyak tertinggal.
4.Lebih khusuk dalam menghadap Khaliq
5.Lebih masa tadabbur al Quran jua tadabbur alam,
6.Lebih banyak kesempatan melibatkan diri dengan kerja sukarela dan badan NGO
7.Lebih kerap masak
8.Rumah lebih terurus.
9.Dhuha lebih bilangan rekaat.
10.Kurang kos sara hidup,pakaian,makanan
11.Walaupun separuh wang pencen di infaqkan tak rasa kkurangan
12.Lebih rapat dengan rakan-rakan lama semasa zaman persekolahan.

Namun ujian yang saya perlu hadapi sekarang ini ialah adakah saya telah merealisasikan alasan alasan yang dicipta itu. Jadi sebagai penanda aras saya kena selalu menjawab persoalan ini.

1.Adakah betul tunpu akhirat kurangkan dunia
2.Adakah betul tambah khusuk
3.Adakah betul istiqamah dhuha dan amalan sunat lain.
4.Apakah betul ikhlas berinfaq
atau yang lain-lain persoalan.



Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. Al-Kahf[18]:46

Khamis, 30 April 2015

Bapak dan doktor ganti

Ini cerita semasa arwah Bapak bengkak jari hantu. Emak telefon tiba2 jari hantu sebelah tangan kiri arwah Bapak bengkak,bila kakak ziarah betullah,beliau tunjuk jari hantunya bengkak,puncanya bila naik kereta dengan anak2 bapak suka bergayut pada pemegang atas pintu,mungkin tujuannya untuk setabilkan kedudukan tubuhnya,sepatutnya tidak perlu,tapi bapak lakukan juga.Tanpa disedari  beban terkumpul di bahagian  jari hantu kirinya. Kakak urut urut juga guna minyak panas,lalu kakak tinggalkan bapak untuk balik. Sesampai di rumah kakak call bapak tentang perkembangan jari hantu bapak setiap 1jam.Rupa-rupanya tiada tanda kesembuhan. Besoknya kakak datang lagi dan semacam paksa bapak untuk mncari rawatan.Atas cadangan emak bapak dibawa ke kelinik swasta yang popular dan emak biasa pergi di pekan. Di milik oleh doktor india yang convert muslim. Malangnya doktor tersebut tiada,diganti doktor lain,india juga tapi tidak pasti muslim atau bukan. Jari bapak di xray,tiada kepatahan pun pada tulang,setakat kecederasn pada otot.Sebenarnya tiada lah menarik sangat pada cerits kesakitan Bapak itu untuk di catat di sini. Yang menariknya iala cerita doktor tersebut.
Sepanjang merawat bapak macam- macam perkara yang ditanyakan,antaranya sejarah hidup,anak- anak, keluarga, penyakit2 yang bapak hadapi dan bermacam- macam lagi. Kakak dan  emak yang ada di situ pun bekerja sama membantu bapak memberi pencerahan.
Akhirnya doktor itu menceritakan tentang ibu bapanya.
" My parent pun macam you juga,sudah tua,tapi mereka tidak seteruk yours parent,sebab dia tidak kerja kuat macam yours father,dia sihat masih boleh jogging.Yours father teruk sangat,jalan pun sudah lemah,pakai tongkat,macamana you punya adik beradik boleh bagi dia duduk sendiri? Duduk kampung jauh pendalaman,duduk sama yours mother,l tengok pun sudah lemah,apa2 jadi apa dia boleh buat?"
Kakak rasa diri kakak sperti dipenuhi gas halium lalu terapung diudara seperti belon.Namun mampu beri helah bela diri.
"Bukan kami sengaja nak tinggal bapak di kampung,bapak sendiri yang tak mahu ikut anak2.Tak boleh samakan dengan yours father,dia biasa senang,ini my bapak yang buka kampung,sudah jadi darah daging dia,sekarang kampung sudah senang,mana dia mahu tinggalkan. Lagi anak semua tinggal di bandar,mana dia biasa that situation.sehari dua bolehlah"
Rupa-rupanya dia semakin mengganas
"Tapi yang penting keselamatannya,ini apa ini" sambil menjentik tongkat bapak.tongkat tersebut terlepas dari genggaman bapak dan jatuh ke lantai.Huh ini sudah lebih doktor botak ni .
"Ini tongkat saya jentik sudah jatuh,you ingat sudah selamat ka pakai ini tongkat"
Kakak tengok bapak kesat mata,ya memang ada kebasahan.Kakak tak cukup garang untuk berjuang berhujah dengan doktor tersebut sepatutnya katalah
" Sudahlah dok,saya datang nak buat rawatan fizikal bapak bukan mintak kaunsling,Sekarang hati bapak saya sudah sakit,macamana?ni kamu leter banyak2 makan masa nanti kamu charge mahal pulak." Tapi suara tersebut tidak keluar dari hakum menyebabkan dia semakin menjadi jadi melepaskan riaknya.
"My parent ada rumah sendiri,tapi kami Adik beradik tak mau mereka tinggal berdua saja,mereka sudah lebih tua dari bapak you.Sekarang mereka tinggal dirumah my sister,anak2 lain saport badget termasuk sediakan maid. Every week kami visit her,everytime call tanya khabar. Call our sister,tanya problem. Tak mau dia stress jaga orang tua kena banyak korban. Semua adik beradik share budget,problem etc,patut you adik beradik buat macam sayalah,ini orang tua sudah puas susah,sekarang bagi dia senang rehat. You pun orang tua" sambil tunjuk bapak "Jangan degil bagi susah anak,duduk rumah anak,senang anak mahu jaga,boleh rehat."
Kakak tak tahulah bagaimana hati bapak ketika itu.Kakak beraniksn diri
"Oklah dok.Apa you cakap memang betul juga tapi kita diffrent situation so tak boleh affair.you bagi advice banyak2 takut charge tinggi pulak nanti"
Setelah berbasi2 kami pun keluar,bayaran bilnya? Oh tidaklah setinggi mana walapun guna xray.

Sepanjang perjalanan menghantar bapak balik semua diam,emak,bapak dan kakak yang memandu. Masing-masing melayan perasaan,entah apa merawang dalam benak, diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu. . Perasaan kakak? Pastinya berbaur-baur. Adakah kurang kesungguhan untuk memujuk bapak untuk tinggal bersama sama kakak.Kata kata doktor tadi memang betul,dalam tunjuk maco tadi kakak menanggung malu. Dia yang bukan muslim boleh befikiran begitu, sedangkan kami dan ramai kagi anak anak muslim?
Kalaulahpun Bapak mahu duduk dengan anak-anak adakah anak-anak bapak yang kain mampu melakukan apa yang doktor dan adik beradiknya lakukan.

Kakak bercakap dengan Allah " Ya Allah,engkau memberi aku petunjuk melalui situasiini ya Rab,tapi aku tidak tahu penyelesaiannya melainkan petunjuk dari Mu Ya Allah."

Itu semua adalah ketika Arwah Bapak masih ada di dunia ini,sekarang Bapak telah kembali ke alam kekal. Sekarang tinggal lah Emak bersama kakak.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ

وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka)

Ahad, 11 Januari 2015

CERITA ORANG LAGI

 Tiba-tiba saya diheret sama oleh suami untuk berkongsi masalah rumah tangga orang. Tiada kata secantik bahasa tidak gambar secantik lukisan. Hendak ku jadikan kekuatan.Dengan ilmu yang senipis bawang ini.

Semua pihak terkejut. Selama ini,setelah lebih 20 tahun usia perkahwinan mereka,semua menyangka riak bahtera mereka biasa-biasa sahaja,berombak-ombak kemudian tenang. Bila selama ini yang terpendam sudak tidak mampu membungkam meledaklah ia bagai ledakan stunami yang tiada siapa yang boleh membendungnya.


Si Suami adalah di pihak kami.Sebenarnya diawal perkahwinan lagi sisuami telah banyak mengabaikan tanggungjawabnya dalam nafkah keluarga namun si Isteri  bertahan kerana masih ada perasaan cinta pada si suami. Suami bekerja sendiri,adakalnya pendapatan tinggi adakalanya berbulan tiada pekerjaan. Si isteri pula bekerja tetap. Semasa mendpat wang yang banyak dia akan berbelanja dengan kawan-kawannya. Ketika inilah si isteri terasa satu himpitan yang amat berat.Walaubagaimanapun Si Suami masih diperlukan sebagai pelindung kepada keluarga. Setelah lahir anak keempat Si suami telah mula menjalin perhubungan dengan wanita lain dah telah terlanjur.


Apabila perilakunya telah terbongkar barulah katanya mahu kembali kepada isterinya,tetapi bukan dengan cara yang baik sebaliknya dengan cara yang lama,penuh ego dan mengongkong isteri. Isteri yang telah tandus rasa kasih lagi pada suami sudah tidak ada rasa lagi untuk terus bersama suami. Meminta suami melepaskannya dan pulanglah pada wanita yang telah dicemari nya. Namun suaminya enggan kerana masih sayang pada isterinya. Dia pula menuduh isterinya engkar. Atau pun isterinya meminta mempuat pilihan lain iaitu mereka berpisah dahulu,sebab ketika ini iateri tidak sanggup lagi bersama suami.Selama ini pun suaminya telah mengajarnya berdikari untuk menurus rumah tangga.


Sebenarnya kami maklum tentang kecuaian suaminya dalam hubungannya dengan Allah. Solatnya tidak dijaga.



 Semasa pertemua itu saya telah mendapat ilham kepada firman ini untuk dijadikan senjata.Apabila saya diberi kesempatan untuk bercakap,saya bacakan di hadapannya suami isteri;

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)

Kamu ialah ketua keluaraga yang menjaga keluarga dari api neraka. kamu juga pembimbing keluarga. Seorang pembimbing tentulah mempunyai kelebihan dari orang yang dibimbing .Macamana kamu nak membimbing keluarga sedangkan kamu sendiri rapuh. Ini bukan su'u dzan  ya tetapi telah beberapa bukti bahawa kamu mengabaikan solat....Kamu tidak layak untuk menyalahkan isteri kalau begini keadaannya. Sekarang masa telah terlambat untuk memenagi hati isteri. 

Pada Isteri pula, 


Dari Umar, ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian" [H.R. Abu Daud dan Hakim] 

Sebenarnya saya amat bimbang untuk bercakap perkara ini padanya kerana takut saya bercakap berpijak pada nafsu,bertunjangkan emosi. Walaubagaimanapun saya masih berharap agar rumahtangga ini dapat diselamatkan,demi anak-anak yang sedang membesar. Cuba muhasabah diri,nilai juga diri adakah awak seorang isteri,atau menantu,atau anak yang bagaimana? Nilai hubungamu dengan oarang sekeliling,adik beradik ipar duai dan saudara mara. Tanpa kita sedari sikap kitalah anatara yang menjadadi punca segala masaalah.

Apa-apapun Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima.  andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.




Catatan Popular