DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 20 Disember 2015

Trip ponorogo hari 1

Saya membuka mulut pada Pakcik Samuri,adik emak seorang pesara dari Pengetua sekolah yang sering berulang alik ke Pulau Jawa. Saya pernah bercerita di sini http://makbonda61.blogspot.my/2012/07/asal-usul.html . Pertanyaan saya mengenai asal usul Datok dan Nenek kami.

Bila beliau tahu saya telah bersara terus dipelawanya untuk membuat trip ke sana. Pelawan Pakcik Samuri untuk ziarah ke ponorogo saya sambut dengan tangan terbuka.. Menurut nya kami akan ziarah kampung halaman datok sebelah emak,yang salah seorang cucunya pernah dibawa ke sini oleh pakcik. Disini dia membuat berbegai kerja termasuk berniaga di apsar malam. Beberapa tahun setelah cukup modal dia pulang ke kg halaman dan membuka perniagaan.

Kami bertolak pada 16 hingga 20 Sept 2015. Dalam rombongan itu kami berenam termasuk saya suami isteri,emak,pakcik sumi isteri dan anaknya serta abang sepupu juga pesara Bernas.

Pakcik memilih mendarat di Surabaya kerana dia punya kenalan supir yag biasa berurusan dengannya . Namanya Pak Budi. Perjalanan dari Surabaya ke ponoroga mengambil masa 5 jam. Oleh kerana kami tiba pun sudah senja kami menginap di Hotel Merdeka  di Madiun. Dalam perjalanan Pak Budi membawa kami singgah di Restoren Padang yang lauknya berbagai bagai yang disediakan dipinggan-pinggan kecil. Semasa sarapan pagi dihotel Merdeka antara menunya ialah tempe goreng dan rempeyek. Rupa rupanya makanan tradisi jawa yang jadi makanan ringan kita di sini,disana adalah menu utama.

Pak Budi yang setia dan perihatin



restoren nasi padang

Desa yang kami tuju namanya ialah Desa Klaten. Bila tempat pertama kali kita akan pergi tentu kabur sahaja dalam bayangan saya. Melintasi bandar ponorogo rupanya bukanlah satu pekan kecil seperti sangkaan saya, Tentulah sekali ia sebuah bandar besar kerana kewujudannya lebih dahulu dari bandar-bandar di tanah air kita. Sejak zaman nenek saya lagi ianya telah sesak.

Apa yang kami kagumi disepanjang 5 jam perjalanan kami dikiri kanan jalan tidak ada ruangan tanah yang kosong dan terbiar,semuanya bertanaman atau berbangunan. Yang menambah kekaguman saya lagi ialah penggunaan atap genting sangat berleluasa. Di tanah air kita hanya orang kaya sahaja yang beratap genting. Disana pondok pam air pun menggunakan genting wakima kandang kambing,kandang lembu juga.

kandang lembu

Kami tiba  dirumah yang kami tuju dan menginap lebih kurang jam 2 petang. Hubungan tuan rumah tersebut adalah 3 pupu dengan kami. Datok kami adik beradik.Datok kami lima beradik,yang datang ke Malaya 3 beradik,tinggal 2 beradik disana. seorang lelaki dan seorang perempuan,yang perempuan telah meninggal tinggal warisnya perempuan dan telah pindah mengikut suaminya ditempat lain. Tinggallah PakJuani dikampung itu bersama 3 orang kakaknya yang tinggal berdekatan. Tempat kami menginap ialah anak Pak Juaini bernama Niam dan suaminya Mas Widodo,mereka berdua adalah guru sekolah. Sambutan mereka sukar digambarkan,seolah-olah kami telah kenal lama dengan mereka,walaupun baru pertama kali berjumpa sesungguhnya kami tidak kekok bersama mereka.
Mbak Niam dan sumainya
rumah ibu Niam


Sebenarnya antara agenda kami ke tanah asal usul ini adalah untuk mengadakan kenduri kesyukuran.Pakcik telah mengirim ongkos untuk kenduri tersebut sebelum kami bertolak dan mereka yang menguruskan.Satu peluang untuk kami melihat cara masyarakat disini menjalankan kenduri serta mengintai menu. Rupa-rupanya betullah apa yang saya pernah dengar sebelum ini dalam menu tidak akan tinggal pecal dan tempe.

Petang itu saya merayau rayau keliling rumah,seperti tidak percaya saya sedang berada di tengah-tengah ladang teres yang saya pernah belajar dalam geografi semasa sekoah dahulu. dan saya juga baru tahu bahawa neneng moyang saya beasal dari kawasan pergunungan. Gunung berapi Lowu tidak jauh dari perdesaan ini. Pak Juanini juga menceritakan semasa berlaku leptupan suara letupan terlalu kuat dan berlarutan. Mereka tidak pernah bertemu dengan lahar panas sekadar habuk dan debu sahaja. Itupun sudah memadai untuk menyuburkan sawah dan ladang.Taburan batu-batu granit juga membuktikan bahawa tanah sawah mereka adalah dari lahar gunung berapi,mereka singkirkan batu-batuan tersebut menjadi jalan,yang kelihatan sangat seni dan kreatif. Perkara yang baru saya tahu juga penanaman ladang disini adalah bergilir antara padi, jagung, soya dan kacang tanah kacang tanah. Patut juga tempe dan pecal menjadi menu utama kerana merek mendapatkan kacang tanah dan soya dari ladang sendiri.

walaupun anak jagung telah tumbuh,perdu padi masih belum mereput sepenuhnya

di hujung sana adalah longgokan jerami yang digunakan untuk makanan haiwan ternakan,kata pakcik Samuri bagusnya lembu disini mahu makan jerami berbanding lembu ditempat kita. Jerami padi hanya dibakar sahaja.


Sebenarnya rumah Niam bersebelahan dengan rumah ayahnya iaitu pak Juaini,Selang sebelah lagi rumah adiknya yang mengajar di pasentren.. Satu lagi kebiasaan penduduk di sana setiap beberapa kelompok rumah ada musolla, Mengikut mereka mungkin ini kebiasaan dari zaman hindu dahulu beberapa kelompok rumah ada tokong kecil. Namun kebiasaan itu sedikit sedikit dihapuskan untuk menjadikan masjid lebih kehadiran jemaah.
musolla pak Juaini


punca air untuk kegunaan rumah juga pengairan sawah. Pengepaman .menggunakan kuasa elektrik

Seperti juga di tempat kita,kuntiti tanah semakin kekurangan,Pak Juaini hanya mempunyai satu petak ladang pusaka. naka-anak kenalah mencari alternatif sendiri untuk pembiayaan kehidupan. Anak Ibu Niam yang punya ijazah hanya mampu berkerjaya sebagai mengira wang di syarikat kewangan sahaja.


Sementara menunggu malam Niam membawa kami menziarahi emak saudara nya iaitu kakak kepada Pak Juanini. Saya nampak keadaan pak Juaini lebih baik dari saudara mara yang lain kerana kebanyakan anak-anak Pak Juaini berpendidikan dan menjawat jawatan tetap. Salaah seorang Mbokde yang kami lawati meratapi anaknya baru meninggal dunia di kalimantan. Beliau punya 3 orang anak,2 lelaki seorang perempuan,anak perempuan membuat rumah bersebelahan yang lelaki  di hantar ke kalimantan oleh pemerintah bagi meneroka tanah baru. /sejak pindah 10 tahun yang lalu tidak pernah dapat pulang,kini mendapat berita telah meninggal dunia. Tak dapat kami nak menahan sebak di dada.

Sempat juga saya menjenguk ke dapur,beberapa jiran tetangga membuat persiapan kenduri malam nanti.
sambal pecal

gulai daging


Selepas Isya para tetamu kenduri pun sampai,didapur sibuk menyediakan hidangan.
cendul sagu

set nasi dengan lauk telah siap di pinggang,sorang sepinggan
set hidangan 
tetamu selepas tahlil,makanan dihidangkan



set door gift(berkat untuk tetamu
kandungan door gift


Tahulah saya mengapa masyarakat Jawa ditempat kita menjadikan berkat(doot gift) ini sebagai perkara utama dalam majlis kenduri. Rupa-rupanya kebiasaan yang di bawa dari sana.

Malam itu kami bermalam di rumah Mbak Niam ditangah-tengah sawah teres di kaki gunung Lowu.

Seperti tidak rela melelapkan mata,tidak cukup mulut bersembang,dari satu  isu ke isu yang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular