DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 27 Jun 2010

Nenek oh nenek.......




Nek Midah sedang membasuh berak cucunya,cucu yang lain sedang berlari-lari berkejaran di ruang rumah,adakalnya bergaduh sesama sendiri. Kak Lela jiran terdekatnya datang menghantar semangkok bubur durian kegemaran Nek Midah.

“Assalamualaikum,Nek Midah,tengah buat apa tuuu?”

“Alaikumsalaaaam,kamu Lela?, ni hah tengah basuh berak budak ni,harapkan cucu-cucu yang besar takpun nak datang nak tolong, padahal kecik-kecik dulu aku yang jaga dia orang,dah besar lupakan kita,dasar tak mengenang budi” Nek Midah merungut-rungut sambil merempan-rempan.

“Tu lah Nek Midah,nenek ni dah tak layak jaga cucu,biarlah bagi nenek sebelah sana dia orang jaga”

“Huh tak mau aku,nenek dia orang bukan pandai jaga,budak-budak ni tak suka duduk sana”

Sebenarnya Nek Midah tinggal bersama-sama anak dan menantunya serta 3 orang cucu-cucunya. Kedua-dua suami isteri anaknya sedang menlanjutkan pelajaran,setiap cuti sekolah mereka akan meninggalkan anak-anaknya untuk tinggal di tempat belajar. Sebenarnya mereka bukan sengaja mahu menyusahkan ibunya yang telah tua dan ibu tunggal pula,mereka mahu meninggalkan anak-anak di rumah nenek sebelah bapanya yang masih kuat dan masih bersuami,tapi di tentang keras oleh Nek Midah. Memang begitulah sikap Nek Midah sejak dahulu. Dia sentiasa menganggap dirinya lah yang paling baik memelihara cucu-cucu.


Dulu anak sulungnya yang tinggal bersamanya. Cucunya tidak boleh direnggangkan darinya,tapi masa itu dia masih muda dan cergas. Sehingga tingkahlakunya kadang menimbulkan ketidak senangan pada anaknya, dia tidak benarkan sama sekali cucunya di jaga oleh orang lain semasa ibunya bekerja.Perlakuannya kadangkala amat mengguris hati besannya. Besannya datang dari jauh untuk melihat dan memagang cucunya mendapat reaksi yang amat mengecewakan hati.Dia amat takut jika cucu-cucunya rapat dengan nenek sebelah sana,setiap kali cucu-cucunya kembali dari rumah nenek sebelah sana dia akan memeriksa setiap inci tubuh cucunya,jika terdapat sebarang calar atau bintat maka terkeluarlaha kata-kata yang amat menghiris hati menantunya.

Sekarang anak sulung Nek Midah berpindah ke tempat lain,digantikan oleh anak bungsunya puala. Cucu-cucu anak sulung Nek Midah sudah besar dan dewasa,bila cuti mereka punya program tersendiri. Pada ketika inilah Nek Midah membuat alasan bahawa cucu-cucnya yang telah besar melupakannya dan tidak mahu menjaganya. Pada cucu-cucu yang besar bukan mereka tidak mahu menjaga Nek Midah,tapi Nek Midah harapkan mereka menjaga adik-adik saudarnya yang masih kecil.

Anak-anak Nek Midah bukan tidak tahu,di akhir zaman ramai ibu-ibu yang akan melahirkan tuan-tuan. Anak-anak tidak mahu mereka menjadi tuan kepada ibunya,tapi Nek Midah tidak boleh menerima alasan itu. Yang penting cucunya mesti rapat dengannya,dan merekalah yang di harapkan untuk menjaganya bila dia sudah tidak terdaya nanti.

“Nek, kalau kita berbuat baik pada orang,bukan bermakna orang itu yang akan balas Nek,Allah Taala yang balasnya,nanti Dia turunkan orang lain jaga nenek,tak semestinya cucu yang nenek bela,cucu-cucu tu bila besar entah kemana perginya.”Kak Lela cuba menyuntik tarbiah kepada Nek Midah.

Nek Midah terdiam.

“Cucu-cucu bila dah besar adalah kerjanya,minatnya, kan senang kalau Nek Midah biarkan budak-budak ni di hantar kat nenek sebelah sana,bergilirlah,masa hari biasa kan dah mereka tinggal disini,masa cuti bagi peluang nenek sana bela.Nek Midah bolehlah berehat,tumpukan ibadat kat atas sejadah,doakan anak cucu,esok kalau kita dah mati dia orang doakan nenek”

Masih diam.

“Meh Nek makan bubur durian nih,” Kak Lela memanggil cucu-cucu Nek Midah untuk sama-sama menikmati bubur duriannya.


“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan nek” Kak Lela masih meneruskan tazkirahnya sambil menyuapkan bubur ke mulat cucu-cucu Nek Midah. Nek Midah masih diam.

Kesah lain sila klik di sini.

Selasa, 22 Jun 2010

Peperangan?Pastinya ada yang menang dan ada yang tewas.



Masa kecil-kecil dulu semasa mengalami demam panas makbonda sering tergambar suasana-suasana yang menakutkan,ada kalanya terasa dirini terlalu kecil tetapi benda-benda sekeliling menjadi bersaiz besar dan akan menindih tubuh kecil kita. Hingga wajah emak yang mendekat dengan kita semasa mahu memberi ubat menjadi terlalu lebar dan menakutkan.Semasa tubuh dalam kemuncak kepanasa kadang terasa diri terbang di awangan.


Teringat semasa di tanah suci dahuu,pada masa itu telah selesai kerja-kerja haji,mak bonda dengan suami sibuk berulanglaik ke Jaaranah dan Tanaim utuk mengerjakan Umrah,sehingga Umrah yang ke lima hari itu Makbonda dapati dirini menjadi lemah.Semasa menamatkan Saai kaki bagai longlai,Alhamdulillah dapat menamatkan. Pada malam itu Pak long mengajak kami Qiamullail di hadapan Kaabah,Sudah terasa temperature badan agak luar biasa,tetapi semangat mengatasi segalanya. Setelah menamatkan solat tasbih nambaknya makbonda tewas,lalu membaringkan tubuh di bawah sabatang tiang.Makbonda pejamkan mata untuk menikmati peningkatan temperature badan.Tiba-tiba terasa satu tangan sedang menyelimutkan tubuh makbonda dengan kain sejadah yang sentiasa tidak lekang dari tangan.Makbonda lerek dengan ekor mata yang bergenang,seorang wanita kulit hitam sedang memandang makbonda dengan penuh simpati.Dia berkata sesuatu,makbonda tidak faham hanya dapat menjawab “Syukran,syukran,Alhamdulillah,Alhamdulillah”

Baru-baru ini Makbonda mengalami demam panas lagi,sejak hari Jumaat lagi tanda-tanda demam sudah di rasai,tapi makbonda perlu kuat,hari Ahad rumah Kak yam kenduri sambut menantu. Makbonda kena tolong, dari pagi Jumaat hingga petang Ahad.Bukan selalu diri ni berkesempatan berbakti kepada jiran.Semasa membuat kerja lupa rasa diri,tapi bila pulang kerumah untuk solat bahang panas seperti menjalar ke seluruh tubuh.Ah lupakan semua,majlis belum tamat. Setelah majlis tamat,Ahad tengahari selepas waktu zuhur,makbonda tewas,terus membaringkan diri di atas sejadah.Tangan sempat mencapai thermometer ,letak di belakang lidah,380C,meningkat dan meningkat hingga 390C seterusnya 40.50C. imej-imej aneh telah mulai kelihatan,ingatan mengimbau peristiwa semasa di Masjidil haram dulu,tebayang tangan hitam menyelimuti tubuh,terbayang wajah emak menghulurkan wajah simpati. Lidah terasa terlalu haus,diluar bilik terdengar anak-anak bergurau senda.Beberapa kali cuba memanggil mereka,tapi mustahil mereka terdengar. Terasa diri seperti dalam liang lahad,memanggil-manggil mereka untuk memabantu,tapi suara kita tiada yang mendengar. Dalam kepanasan yang memuncak otak bermonolog.

“Wahai diri,kamu panas ye,panas ini terlalu kecil di banding dengan kepanasan api neraka,cuba rasakan kepanasan ni dalam-dalam”, “Ya Allah jauhi aku dari api neraka” mulut tidak henti-henti menyebut. Menghampiri waktu Asar terasa ada individu masuk ke bilik,oh! Suami makbonda datang.

“Apa dah jadi Yang,tewas?” Bila dia menyentuh dahi “Subhanallah Yang,panas nih,pergi kelinik?”

“Tak apa,nak lawan,tolong ambilkan air”

Selepas minum memuncak lagi hinga 40.150C.

Waktu Asar ,maghrib hingga masuk waktu Isyak,makbonda gagahi juga,masih mampu solat dengan berdiri,tetapi berwirid sambil baring.Sambil itu makbonda minum semampunya,dan akan kencing bila pendi-pundi telah penuh,sehinggalh pukul 11.30 malam tiba-tiba tubuh makbonda berpeluh-peluh. Alhamdulillah temperature turun 38.50C.

Sebanarnya memang Makbonda nak biarkan tubuh ini bekerja sendiri,menguji
mekanisme kekebalan tubuh, dimana sedikit kenaikkan pada temperature tubuh mempercepat pembunuhan kuman dan bakteri melalui percepatan reaksi mekanisme kekebalan tubuh, yang penting temperatur haruslah naik sedikit lebih dari 3oC mempercepat kecepatan reaksi pada signifikasi yang berbahaya. untuk demam dan terutama pada orang dewasa, pertahanan tubuh kita sendiri sebenarnya akan mampu mengobati diri kita. Setelah kuman2 itu berhasil dibasmi oleh sistem pertahanan kita, maka tubuh kembali menjadi temperature normal lagi. Untuk menghilangkan racun yang ada di tubuh ini, maka tubuh kita mengeluarkannya dalam bentuk peluh, kencing, dan juga udara nafas. Itulah mengapa ketika kita berpeluh kita merasa lebih sehat, karena sebenarnya peluh adalah pertanda tubuh kita sudah berjaya mengKOkan kuman.

Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.

Ahad, 20 Jun 2010

Dari satu kepada dua.........





Setelah anak pertamku berumur 1tahun 2 bulan,Aku dapati diriku mengandung lagi,sebenarnya Aku sudah bersedia untuk mengandung kali ke 2,kerana anak pertamku adalah cucu kesayangan ibu mertuaku,dia sentiasa dalam dokongan neneknya,Aku selalu sunyi,dan sememangnya bersedia untuk mendapat gantinya.Pengalaman zon morning sickness adalah sama dengan anak pertama,tapi naluriku sangat kuat suka makan ikan dan makanan laut lain. Dalam keadaan kepala berpinar dan tekak loya Aku mampu meratah ikan tanpa rasa hanyir,sehingga dalam satu sessi ceramah utnk ibu-ibu megandung di kelinik,nurse yang berceramah itu menggalakan ibu-ibu makan ikan

“Saya tahu ibu-ibu tak lalu makan ikan,tapi paksakan ya ibu-ibu,baik untuk kandungan”

Aku hairan mengapa nurse itu berakata demikian, Aku lalu sahaja makan,walaupun dalam zon morning sicknees. Walaupun perasaan amat memusuhi bau makanan masih wujud namun aku tetap memasak dan menyuap anak pertamku.

Pengalaman bersalin anak keduaku ini adalah amat berbeza dengan pengalaman bersalin anak yang lain kerana kali ini Aku memilih untuk bersalin dirumah. Pilihanku ini di restui oleh pihak kelinik kerana kandunganku adalah normal.Hari itu hari Rabu,pagi-pagi lagi Aku mengalami kontruksi. Aku tidak kesekolah hari itu.Kesakitan datang dan pergi,sehingga11 malam kekerapan bertambah,bidan desa di panggil, aku bersalin ditemani emak mertua dan bidan desa dan seorang bidan kampong. Istimewanya bersalin di rumah,orang di sekelilingku lebih mengenaliku,dan dapat ku rasakan,sokongan mereka lebih kuat dan membangkitkan semangatku,tapi adat bidan kampung tidak membenarkan suamiku duduk disebelahku.Tepat 12 malam 21 jun 1989 anak keduaku lahir seorang puteri dengan berat 3.6 kg.



Kini anak itu telah berusia 21tahun,sedang menghempaspulas untuk memulakan kehidupan di IPG,bagi melayakan untuk menjadi seorang pendidik.Satu daripada kesan yang aku dapati dari naluriku semasa mengandungkannya iaiah beliau ini suka sangat makan ikan,dari kecil heingga dewasa suka sangat meratah ikan. Sampaikan selalu kami usik dia elok dapat jodoh dengan nelayan atau kaki pancing. Samaada naluri ku itu yang mempengaruhi habitnya sekarang atau habitnya sekarang adalah digembarkan melalui naluriku dahulu semasa mengandungkannya.



"Ya Allah,sentiasalah memberi pertolongan kepada puteriku ini,mudahkanlah urusannya,berilah dia kekuatan mengharungi kehidupan,pimpinlah dia agar sentiasa di dalam ketaqwaan,turunkanlah insan-insan mulia disekelilingnya agar dapat dia hidup didalam kedamaian.Lindungilah dia dari gangguan-gangguan mahkluk yang menyukarkan hidupnya.Ya Allah,bila telah sampai ketikanya,temukanlah jodohnya dengan insan yang soleh,yang boleh memimpinnya untuk kebehagiaan di dunia dan akhirat.Kurniakanlah dia akhlak dan tingkahlaku yang baik,yang penuh dengan mahmudah Ya Allah,Ya Allah aku tidak akan berhenti memohon Ya Allah kerana sesungguhnya aku memang seorang makhluk yang sentiasa bergantung kepada sifat Rahimmu Ya Allah".Ameen ya Rabb.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya."

Selasa, 15 Jun 2010

HOME STAY?



Mak Odah memang sayang sangat pada rumah ini,Terbinanya adalah hasil titik peluh bersama arwah suaminya yang telah kembali ke Rohmatullah 10 tahun yang lalu. Rumah yang dibina tanpa sedikitpun pinjaman mana-mana bank atau institusi kewangan lain.Sedikit-demi sedikit hingga terseragamlah rumah kampong dua tingkat ini. Pernah suatu ketika Cikgu Minah lawa,guru Kemajauan masyarakat mencadangkan Mak Odah mendaftarkan rumah itu menjadi home stay.

“Untung Mak Odah,satu malam RM200,Mak odah tak payah buat apa-apa Cuma kemaskan je,saya tengok rumah Mak odah ni dah lengkap,sesuai sangat”

Mak Odah sekadar tersenyum sahaja,bukan Mak Odah tak tahu,rumah Wak Asmah hujung simpang sana pernah dijadikan home stay,kadang-kadang orang korea,Jepun,Afrika selatan dan sebagainya pernah menyewa di situ,terkadang lagi pasangan lelaki wanita,entah bernikah entah tidak Wak Asmah tidak ada hak untuk memeriksa surat nikahnya. Sesekali ada juga rombongan pengantin menginap di situ,mereka berperilaku sesuka hati,gelak ketawa hingga jauh malam.

“Haih tak kuasa aku,tak temahaknya aku duit RM200,tapi sebahat dengan maksiat” Mak odah sekadar berkata-kata di dalam hati.Dia tidak perlukan RM200 tersebut,hasil kelapa sawit dan tanah sawah peninggalan Suaminya sudah cukup untuk menampung kehidupannya dan berzakat .

Mak Odah duduk di depan tangga menunggu anak-anak si Dolah lalu,hendak dikirimnya milo,ubat nyamuk elektrik,febrezze,sabun cuci pinggan sunlight. Hujung minggu ini kelima-lima anak-anaknya yang tinggal di beberapa bandar di seluruh Malaysia akan pulang.Barang-barang yang dikirimnya tadi bukanpun digunakannya, tapi anak-anaknya nanti akan bertanya “Mak mana Febrezze” “Mak mana ubat nyamuk elektrik” dan sebagainya. Mak odah hanya minum kopi pekat,tidur dalam kelambu sahaja,namun dia tidak mahu anak-anak kecewa,meraka telah megirim wang.

Bila anak-anak mahu pulang mereka akan berpakat sesama mereka untuk pulang serentak 6 bulan sekali,pada masa lain dia kesunyian,cemburu melihat Mak Ton,tiap-tiap minggu ada sahaja ana-anak mereka yang balik,mereka bergilir. Bila mereka pulang serentak meraka akan bergembira bergaul berkesah sesama sendiri,isu yang mereka bincang tidak langsung boleh Mak Odah mencelah,akibatnya Mak odah tetap terasing. Walaubagaimanapun Mak Odah tetap bersyukur berbanding anak Mak Diah,pantang berjumpa asyik bertekak sahaja dari pasal harta hingga peribadi.

Setelah menyerahkan wang kirimannya Mak odah naik keatas rumah,dari satu bilik ke satu bilik Mak Oodah berpindah seperti pekerja hotel,sebanyak 5 buah bilik perlu di kemas,jika tidak sepiawai hotel 5 bintang pun lebih kurang home stay Wak Asmah pun jadilah.Bantal-bantal perlu di tukar sarung,toto atau narita perlu disediakan sebab meraka biasanya tidak tidur di dalam bilik,mereka akan tidur di ruang tamu beramai-ramai,bilik hanya untuk menantu perempuan atau anak dara sahaja.

Kamudian Mak odah ke belakang rumah,memotong beberapa tandan kelapa,mengumpulkan beberapa biji kelapa tua,sebab Si jalin dah tempah kelapa muda,Si Milah minta sediakan kelapa untuk kerabu. Si Pijah isteri Jaid meminta sediakan semua jenis ulaman yang ada di rumah. Sebenarnya Mak Odah sudah lama tidak membuat kerja-kerja tersebut,Mak odah sakit lutut,tapi tidak mahu anak-anak kecewa,ialah 6 bulan sekali baru balik,di turuti juga.

Petang Jumaat,satu demi satu kenderaan berpakir di halaman rumah Mak Odah yang menghijau dengan rumput karpetnya.Jiran-jiran kagum. Berpelukan mereka anak beranak.Lalu masing-masing mengeluarkan buah tangan,masing-masing dengan persembahan tersendiri.Alhamdulillah anak-anak Mak Odah semuanya perihatin tentang itu,dia dengar anak Mak Esah balik dengant tangan kosong sahaja,dulu-dulu salah seorang rajin membeli-beli tapi syik-asyik dia sahaja,lama-lama dia pun sarender.

Malam itu mereka semua tidak payah sediakan makan malam,kerana bahan yang mereka bawa sudah cukup. Mereka smua tidur dengan lena sekali,tanpa nyamuk dan semerbak dengan keharuman febreze dan aroma ubat nyamuk elektrik.Hanya Mak odah yang terkebil-kebil dalam kelambu bersaorangan,memicit lutut yang telah digunakan melebihi had kebiasaanya.Sehinggalah tiba waktu subuh,ada diantara mereka yang ke masjid dan ada yang sekadar solat dirumah,selepas subuh mereka menyambung kembali tidur yang lena mereka,ialah di kampong sejuk,dan hari ini cuti mesti gunakan sepenuhnya. Mak Odah sendiri di dapur. Di toskan bihuun yang direndamkannya malam tadi. Disediakan rempah untuk 3 versi, pertama yang menggunakan ikan bilis,menggunakan udang kering dan yang tidak pedas. Mak odah sudah biasa setiap kali masak bihun goreng itulah yang di pesan oleh anak-anak.Setelah siap Mak odah menghidangkan bihun 3 versi tersebut,sementara menunggu mereka bangun Mak odah menyarungkan telekung dan solat Dhuha. Kira-kira jam 9.30 baru mereka bangun.

“Wah bihuun goring,sedap ni nenek masak” Kata si Seman anak sulungnya.
“Ye lah,Mak yang mana yang taruk bilis yang mana yang teruk udang”Kata si Oji anak bungsunya.

Usai sarapan pagi mereka mengajak Mak odah keluar ke pasar minggu di pekan. Mula-mula Mak Odah menolak,setelah dipujuk terpaksa Mak Odah menerima.
“Mak kita orang nak ajak mak keluar,naik kereta,mak asyik kat rumah je”
Sebenarnya Mak Odah tidak ternafsupun sama sekali keluar ke pasar,kaki mak odah sudah tidak mampu,tapi untuk tidak mengecilkan hati nak-anak dituruti juga.Di pasar Mak odah tidak mengeluarkan sesen pun ,semua mereka yang beli,nasib Mak odah tidak seperti Nasib Mak Min,bila anak-anak balik dia yang mengeluarkan belanja di pasar.

“Mak saya beli ikan keli nanti masak pecal ye,dah lamalah tak makan masakan mak”
“Mak buat sambal belacan tutuk ye”
“Mak buat sambal kerabu ye,sambal kerabu mak tak ada tolok bandinganya”
“Ye lah tu.” Mak odah hanya berkata-kata dalam hati “Patutnya mak rehat ni mak pula yang kena masak.”

Sesampai di rumah Mak odah anak dan menantu sudah siap mengopek bawang,dan kelapa pun sudah di parut. Sambil menahan denyutan lutut mak Odah menyiapkan rempat ratus respi masakan yang telah ditetapkan oleh anak-anak.Tengahahri itu mereka makan cukup berselera.

Ahad pagi,masing-masing bersiap untuk meninggalkan ruamh Mak odah,Sorang demi seorang bersalam berkucupan dengan Mak Odah sambil penyelitkan beberpa helai RM di tangan Mak odah.Mak odah terus menmasukan dalam kocek baju kurungnya tanpa mengira jumlahnya.Mulut Mak odah tidak berhenti-henti mengulangi skrip
“Baik-baik memandu,jangan laju-laju,dah sampai nanti telefon. Ingat Allah.”

Begitulah anak-anak Mak Odah,sempat pulang paling lama 2 malam,lagipun anak-anak Mak odah lebih ramai lelaki,bila cuti panjang anak-anak menantu akan balik kampong ibubapa masing-masing,jadi cucu-cucu Mak odah lebih rapat dengan nenek sebelah ibu mereka.Tapi Mak odah redho,itu dah rezeki mereka,Mak oda masih punya Allah SWT.Suatu masa mereka juga akan seperti Mak Odah.

Mak Odah sendiri lagi,di toleh kiri dan kanan rumah,langkah pertama mengutip lampin pakai buang yang berlonggok di bilik mandi,ada juga yang telah siap di masukan dalam plastik sampah,sebab mereka sudah biasa sampah masukkan dalam plastik nanti akan ada pihak yang mengutip dan membuangnya.Seperti 40 orang lanun Mak Odah memikul plastik sampah untuk di buang di tempat pembuangan sejauh 300 meter di belakang rumah.Ini pun kira sudah bernasib baik sebab anak-anak Mak Kiah, di campak sahaja lampin-lampin pakai buangnya di bawah pokok keladi dan di tempat kangkung yang hidup subur.Yang peliknya menantunya orang Singapura yang terkenal dengan kebersihannya,tiba balik kampong berubah pula etikanya.



Tiba-tiba Mak Odang terpandang basikal kesayangannya,kedudukan terbalik,lampu hadapan terpusing, oh mereka main dynamo basikal,di sekolah mereka belajar antara punca kuasa elektrik ialah dynamo,mereka tida basikal,jadi basikal nenek lah jadi eksperimen.Mana pula pam basikal, Astaghfirullah,dah tercabut,mereka teringin sangat nak tahu bagaimana alat sebegitu boleh mengeluarkan angin. Mak odah mengambil kereta surung,dikutipnya longgokan sabut kelapa muda lalu di tolaknya ke tempat sampah.Lalu di longggokannya lagi kelapa tua yang bertabur di halaman setelah ,mereka bermain bowling padang.

Selesai di bawah Mak Odah naik ke atas,mengemaskan bahagian atas pula,memulangkan bantal-bantal dan toto ke tempat asal,dari bilik ke bilik dia berpindah seperti pekerja hotel.Kamudain turun ke dapur,menyimpan pinggan mangkuk ke dalam karbinet.
Tengahari itu Mak odah tidak dapat menyediakan hidangan tengahari untuk dirinya sendiri,derita lutunya semakin menjadi.Nampaknya tengahari itu Mak Odah makan sarapan pagi tadi,Antara Sebab Mak odah tidak masak ialah malam nanti di masjid ada majlis memperingati Isra’ dan mikraj.

Tajuk ceramah malam ialah tanda-tanda akhir zaman,antaranya ialah ramai ibu-ibu yang melahirkan tuan-tuannya.
“Ibu-ibu di belakang tabir sana,sila pastikan agak-agak ibu-ibu terlibat tak dengan kejadian begini”
“Tapi kalau kita ikhlas macamana ustaz” Ada pendegar lelaki yang bertanya soalan.
Pada mulanya Mak odah rasa seperti biasa sahaja,tapi bila lututnya semakin berdenyut lama kelamaan hati Mak Odah sebak.

Malam itu dalam tahajjudnya Mak odah merintih
“Ya Allah lindungilah aku dan anak-anakku dari fenomena ini,ampunilah anak-anakku Ya Allah,Ya Allah lempahkanlah aku dengan sifat keikhlasan dalam mendidik anak-anak”


Maka khabarkan kepadaku darihal hari Qiamat. Rasulullah menjawab: Tidaklah yang datang daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku dari tanda-tandanya sahaja. Rasulullah menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Diriwayatkan oleh Muslim.

Kisah ini adalah di adaptasikan dari perbualan para wargaemas peserta rewang di rumah Kak Yam semasa khenduri minggu lepas,salah seorang peserta telah mengalami stroke sebaik sahaja pulang dari rewang.

Isnin, 7 Jun 2010

Kelahiran Anak kelima.

Setelah 6 bulan kepulanganku dari Tanah Suci pada tahun 1996,ku dapti diri ku mengandungkali ke lima.Sepertia kebiasaanyalah memasuki zon morning sikness sehingga 120 hari,sama seperti kandungan terdahulu.Mengandung kali ini ialah yang paling lama jarak dengan sebelumnya,masa itu abangnya Aiman anak kelima telah berumur 4tahun.semestinya Aku agak sedikit-sedikit lupa dengan pengalaman yang terdahulu.

Mengandung kali ini naluriku adalah sangat suka minum air kelapa,bukan di buat-buat ya!, tapi datang sendiri,jadi tolonglah simpatidengan Dang Anum yang mengidam makan nangka Sultan Mahmod, rasa-rasa kalau di beri nangka madu di belakang rumah pasti dia tak mahu,kerana yang di mahunya ialah nangka untuk Sultan Mahmod juga.Tambahan pula Dang Anum ketika tu tidak pernah membaca buku “Aku terima nikanya”…..jadi antara emosi dan logik itu tiada dalam pertimbangnnya. Bagiku pula tidak kira kelapa muda atau tua.yang penting ianya air kelapa,sehingga pengasuh anak-anak ku sanggup setiap hari menmbawakanku air kelapa dari tempat mematik kelapa, terasa puas setelah meminumnya.Aku paksakan makan aiskrim bersusu,mee mamak atau apa-apa sahaja yang mkanan yang seperti mengandung sebelumnya ,akan tetapi semua tidak memenuhi naluriku.

Pada kira-kira 7 bulan kandungan ku,salah seorang adik ipark memberikan aku sejenis ubat homeopathyinya yang tidak sempat dihabiskan semasa dia mengandung,kelebihan memakan ubat itu ialah mengurangkan rasa sakit semasa bersalin….oleh kerana ianya percuma maka aku makanlah ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Pada 7 Jun 1997,kebetulan hari itu hari Sabtu,pagi-pagi tiba-tib terasa kecutan di ari-ariku,tetapi amat sekejap dan jarang-jarang,seperti biasa suamiku tidak mahu menunggu lama cepat-cepat aku dihantar ke hospital,kebetulan hospital baru Sabak bernam telah beroperasi. Akupun ditinggallah dalam wad menunggu,yang hairannya kontraksiku terlalu sekejap dan jarang,sehinggalah tiba rahimku terbuka dan bersedia untuk bayiku keluar, aku rasa agak kecewa….sakit sekejab dan berhenti….seharian…sehinggalah tiba menghampiri maghrib. Jururawat yang merawat masing-masing menolong mengurut-urut perutku. “Hai,kenapa tak nak keluar ni dik…seronok duduk dalam ye?”kata jururawat mengusik. akhirnya tepat jam 7.59 ,7 Jun 1997 bersamaan 1 Safar 1418barulah Nooe Athira lahir….kasihan jururawat-jururawat tersebut kerana kelewatan menunaikan Fardhu Maghrib.

Subhanallah,seorang bayi perempuan yang berkulit cerah,memang tidak sepadan dengan kulitku. Apakah kesan dari bahan yang sering ku minum? Yang pastinya ia adalah kekuasaan Ilahi.

Kini anak itu sedang mencari identiti antara keidupan alam kanak-kanak dan alam remaja.Dari gerak matanya selalu aku dapat membaca hatinya,selalu berkata-kata "Kan aku dah besar"

Ya Allah,limpahkanlah anaku ini dngan Rahmatmu.
Kurniakanlah dia dengan akhlak yang sempurna,peliharalah dia dari fitnah yang jahat,terangkanlah dan lembutkanlah hatinya,agar mudah dia dididik dengan kebaikan.
Ya Allah sambungkanlah hubunganku dengannya sehingga aku kea lam barzakh nanti.Jadikanlah dia wanita solehah,agar dia meneruskan Islam kepada jenerasi selepasnya Ya Allah.Lindungilah dia dan saudaranya yang lain dari api nereka.
Amin ya Robbalalamin.





Doa Didik Anak

Check out this SlideShare Presentation:

Khamis, 3 Jun 2010

El Suraya - Palestin

Mari kita jadikan musim ini musim mengutuk Israel laknatullah. Abaikan gambar artis kat kulit tu,masa zaman tu fesyen macamni biasa-biasa je. Lirik lagu ni ada di sini

Catatan Popular