DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 31 Oktober 2017

PELAJARAN 11.0 Gantinama Bersambung (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)Dari FB Ustaz Halim Bede


11.1 Apakah dia Dhomir Muttasil*?
Dhomir = "Gantinama" atau "Pronoun"
Dhomir Muttasil = "Gantinama Bersambung" atau "Pronoun Affixes" or "Attached Pronoun"
Dhomir Muttasil ialah Gantinama yang bersambung pada hujung Katasendi (Huruf Jarr) atau Katanama (Isim) atau Perbuatan (Fi'il).
11.2 Apakah 5 Dhomir Mutassil untuk 'diri tunggal'?
1. hu ( ــهُ ) = dia/nya (1L)
2. ha ( ــهَا ) = dia/nya (1P)
3. ka ( ــكَ ) = kamu/mu (1L)
4. ki ( ــكِ ) = kamu/mu (1P)
5(a). ī ( ــيْ ) =  saya/ku (bila bersambung dengan Huruf Jarr atau Isim)
5(b). ni ( ــنِيْ ) = saya/ku (bila bersambung dengan Fi'il)
11.3 Berikan contoh-contoh Dhomir Muttasil yang bersambung dengan huruf jarr 'li' ( لِ ).
1. la-hu (لَهُ) = untuknya/miliknya (1L)
2. la-ha (لَهَا) = untuknya/miliknya (1P)
3. la-ka (لَكَ) = untukmu/milikmu (1L)
4. la-ki (لَكِ) = untukmu/milikmu (1P)
5. li (لِي) = untukku/milikku
Perhatikan bahawa ل hanya untuk 'ku' sahaja yang kekal berbaris kasrah, yang lainnya berbaris fathah.
11.4 Berikan beberapa contoh ayat yang menggunakan frasa-frasa di atas.
1. لَهُ أَخٌ
"Baginya (1L) seorang abang/saudara lelaki"
(bermakna "Dia (1L) memiliki seorang abang/saudara lelaki").
2. لَهَا أُخْتٌ
"Baginya (1P) seorang kakak/saudara perempuan"
(bermakna "Dia (1p) memiliki seorang kakak/saudara perempuan").
3. لِي أُمٌّ
"Bagiku seorang ibu"
(bermakna "Saya memiliki seorang ibu").
4. أَلِي شَيْءٌ
"Adakah bagiku sesuatu?"
(bermakna "Adakah aku memiliki sesuatu?")
("Have I a thing?" / "Have I anything?")
11.5 Bagaimanakah cara menulis/menyebut  (عَلَى + ــهُ) dan (إِلَى + ــهُ)?
'Alai-hi ( عَلَيْهِ ) dan Ilai-hi ( إِلَيْهِ ). Perhatikan dhomir (ــه) dikasrahkan untuk memudahkan sebutan.
11.6 Bagaimanakah cara menulis/menyebut  ( عَلَى + ـيْ ) dan ( إِلَى + ـيْ )?
'Alai-ya ( عَلَيَّ ) dan Ilai-ya ( إِلَيَّ ). Dhomir (ـي) difathahkan.
11.7 Berikan contoh Dhomir Muttasil bersambung dengan Isim.
كِتَابُهُ ،  كِتَابُهَا ،  كِتَابُكَ ، كِتَابُكِ  ، كِتَابِيْ
Maknanya : Bukunya (1L), Bukunya (1P), Bukumu (1L), Bukumu (1P), Bukuku
Perhatian : Apabila Dhomir Muttasil bersambung dengan Isim, Dhomir tersebut menjadi PEMILIK kepada Isim tersebut.
11.8 Berikah contoh Dhomir Muttasil bersambung dengan Fi'il.
ضَرَبَهُ   ،  ضَرَبَهَا   ،   ضَرَبَكَ   ،   ضَرَبَكِ   ،  ضَرَبَنِيْ   
Maknanya :
Dia (1L) telah memukulnya (1L)
Dia (1L) telah memukulnya (1P)
Dia (1L) telah memukulmu (1L)
Dia (1L) telah memukulmu (1P)
Dia (1L) telah memukulku
Perhatian : Dhomir Muttasil berperanan sebagai OBJEK (Maf'ul bih) apabila bersambung dengan Fi'il.
11.9 Apakah makna perkataan ini : (أَخَذَ)?
a-kha-zha (أَخَذَ) = "Dia (1L) telah mengambil
Latihan :
11.0(a) Terjemahkan :
1. كَتَبَ  لِيْ   الطَّالِبُ
2. أَ لَـهَا   أَخٌ
3. ضَرَبَتْهُ  فِي الْفَصْلِ
4. مَا جَلَسَتْ  فَاطِمَةُ   عَلَى  كُرْسِيِّهَا
5. أَأَخَذْتُـهَا   مِنْكَ
11.0(b) Pilih yang betul dan letakkan di tempat kosong. Kemudian terjemahkan.
1. لَكَ ــــــــ   ( قَلَمٌ  /   قَلَمًا )
2. قَتَلَهَا   ــــــــ   (مَلِكٌ  /   مَلِكًا )
3. بَيْتُكِ  ـــــــ    (جَمِيْلٌ  /  جَمِيْلٍ )
4. ذَهَبَ  إِلى   (مُدَرِّسُهُ  /   مُدَرِّسِهِ )
5. ذَهَبَتْ   إِلَى  ( مَدْرَسَتَهَا  /   مَدْرَسَتِهَا )
Sekian... (bersambung)
#NotaBahasaArab
*Dhomir Muttasil (الضَّمَائِرُ الْمُتَّصِلَةُ) = Gantinama Bersambung




Latihan : 10.0(a) Terjemahkan :

No automatic alt text available.

Latihan 11.0(a) Terjemahkan 

No automatic alt text available.


No automatic alt text available.
Latihan 11.0(b) Pilih yang betul dan letakkan di tempat kosong. Kemudian terjemahkan.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Isnin, 30 Oktober 2017

PELAJARAN 10.0 Huruf Jarr (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)

No automatic alt text available.


10.1 Ulangan. Apakah dia Isim Mu'rab (الْمُعْرَبُ)?
Isim Mu'rab ialah Isim Fleksibel yang boleh berubah hujungnya dalam tiga keadaan mengikut peranannya di dalam ayat (Lihat 6.3, 7.1).
Contoh Nakirah : ( كِتَابٌ كِتَابًا كِتَابٍ )
Contoh Makrifah : ( الْكِتَابُ الْكِتَابَ الْكِتَابِ )
10.1 Berikan tiga contoh ayat untuk (الْقَلَمُ) "pen itu" dalam tiga keadaan tersebut.
1. Alqalamu jamīlun (الْقَلَمُ جَمِيْلٌ) = "Pen itu cantik"
2. Kasartal qalama (كَسَرْتَ الْقَلَمَ) = "Kamu telah merosakkan pen itu"
3. Katabtu bilqalami (كَتَبْتُ بِالْقَلَمِ) = "Saya telah menulis dengan pen itu"
10.2 Apakah peranan huruf 'ba' ( ب ) pada ( بِالْقَلَمِ )?
Huruf ( ب ) itu adalah sejenis 'katasendi' atau 'preposition'.
Katasendi (preposition) di dalam nahu Arab dipanggil Huruf Jarr*
10.3 Apakah kesan Huruf Jarr pada Isim Mu'rab yang datang selepasnya?
Isim yang datang selepas Huruf Jarr akan berbaris di bawah. Isim itu menjadi OBJEK TIDAK LANGSUNG di dalam ayat tersebut.
Isim yang bergabung atau datang selepas Huruf Jarr dipanggil Isim Majrur*.
Gabungan Huruf Jarr dengan Isim selepasnya itu dipanggil 'Jarr dan Majrur'*.
10.4 Nyatakan beberapa contoh Huruf Jarr dan maknanya.
1. Bi (بِ) = dengan
2. Li (لِ) = bagi/untuk/milik
3. Fi (فِي) = di / dalam
4. Min (مِنْ) = dari/daripada
5. Ila (إلَى) = ke/kepada
6. 'Ala (عَلَى) = atas/ di atas
Perhatian : (بِ) dan (لِ) hurufnya ditulis bersambung dengan Isim Majrur. Yang lainnya ditulis berasingan.
Huruf (لِ) jika bergabung dengan isim yang ada (ال) maka alif pada alif-lam itu dibuang.
Contohnya ل+ اللهُ ===> لِلَّهِ
Yang lain-lain Huruf Jarr kita akan senaraikan kemudian.
10.5 Apakah makna perkataan-perkatataan ini - (خَرَجَ) , (ذَهَبَ) , (جَلَسَ)
1. kha-ra-ja (خَرَجَ) = Dia (1L) telah keluar
2. dza-ha-ba (ذَهَبَ) = Dia (1L) telah pergi
3. ja-la-sa (جَلَسَ) = Dia (1L) telah duduk
Latihan :
10.0(a) Perhatikan setiap Isim Mu'rab yang datang selepas Huruf Jarr di dalam ayat-ayat berikut, hujungnya berbaris bawah/kasrah (مَجْرُوْرٌ بِالْكَسْرَةِ). Isim yang berkeadaan begini dipanggil Isim Majrur.
Terjemahkan ayat-ayat tersebut :
1. أَكَتَبْتِ الْكِتَابَ بِقَلَمِ
2. الطَّعَامُ لِلْطِفْلِ
3. خَرَجَ الْمَلِكُ مِنَ الْقَصْرِ
4. ذَهَبَتْ فَاطِمَةُ إِلَى السُّوْقِ
5. الطَّائِرُ عَلَى الْغُصْنِ
10.0(b) Isikan tempat kosong dengan perkataan yang dicadangkan beserta dengan Huruf Jarr yang sesuai. Kemudian terjemahkan :
1. جَلَسَ زَيْدٌ ــــــــــ ( الْأَرْضٌ)
2. السَّيَّارَةُ ـــــــــــ ( حَامِدٌ)
3. أَكَلْتُ ـــــــــــ ( الْمِلْعَقَةُ )
4. كَتَبْتُ ـــــــــــ ( الْبَيْتُ)
5. رَكِبَ الرَّجُلُ جَمَلًا ــــــــ ( الْمَسْجِدُ )
Sekian... (bersambung)
*Huruf Jarr (حَرْفُ الْجَرِّ)
*Isim Majrur = (الِاسْمُ الْمَجْرُوْرُ)
*Jarr dan Majrur = (الْجَارُ وَالْمَجْرُوْرُ)

Sesiapa yang betul-betul mahu belajar bahasa (sebarang bahasa) dan mahu berjaya mempelajarinya dan menguasainya mestilah rajin melakukan tiga perkara ini :

1. Rajin buka KAMUS apabila menjumpai perkataan-perkataan baru.


2. Rajin MENGHAFAL perkataan-perkataan baru serta menghafal tatabahasanya

3. Banyak buat LATIHAN serta mempraktikkan bahasa tersebut. Jika sukar mempraktikkannya secara lisan, mesti banyak buat latihan bertulis dan membaca. 

Jika tidak suka melakukan 3 perkara ini, semangatnya mungkin tinggal semangat saja, majunya tidak akan ke mana


Latihan 10.0(b) Isikan tempat kosong dengan perkataan yang dicadangkan beserta dengan Huruf Jarr yang sesuai. Kemudian terjemahkan :
No automatic alt text available.


No automatic alt text available.
No automatic alt text available.


1. Zaid telah duduk di atas bumi itu
2. Kenderaan itu milik Hamid
3. Saya telah makan dengan sudu 
4. Saya telah menulis di dalam rumah
5. Lelaki itu telah menunggang unta ke Masjid itu


Sabtu, 28 Oktober 2017

شجرة Pokok

Image may contain: tree and text

Pokok – Tree.

Perkataan arab kesepuluh : “syajar / syajarah” ertinya “pokok / pohon / tumbuhan” atau “tree / plant”. (Hmmm…. Malam ni ada majlis praktis baca yasin….jom! InsyaAllah)

Perkataan ‘sajar’ atau ‘pokok’ ini ada disebut dalam surah yasin…

Surah yasin memang menjadi darah-daging (surah favourite) masyarakat melayu umumnya sejak dari dulu lagi. Kita mengulang-ulang (praktis) membaca surah yasin setiap minggu secara berjemaah di surau/masjid, dan ketika majlis doa selamat, kenduri tahlil, melawat orang sakit dan apabila berlaku kematian. (Kalau umur kita dah cecah 40 tahun, mungkin sudah puluhan ribu kali sudah kita baca surah yasin ni…. Ramai yang dah hafal pun…) .

Usahlah kita sibuk dok berbahas tentang bidaah atau tidaknya, baca yasin waktu-waktu tertentu... tapi dah sekian lama, sepatutnya kita kenalah dok sibuk juga untuk faham setiap perkataan yang Allah sebut dalam surah yasin tu…

Apakah ceritanya mengetahui ‘pokok’ yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah yasin? (Sayang sekali, ramai yang suka dok berbahas, ‘terlupa’ ceritanya…. )

#SatuHariSatuPerkataanArab
 — with MukminWorks Training And Consultancy.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Burung – Bird. طائر

Image may contain: bird and text

Burung – Bird.

Perkataan arab kesembilan : “ṭāa-ir / “ṭoyr” ertinya “burung” atau “bird”.

Bagi penghafaz surah ‘gajah’ (Al-Fil), sure familiar dan sudah tahu akan makna perkataan kita hari ini, iaitu pada ayat ketiga surah ‘gajah’ disebut tentang “burung…. iaitu burung ababil”.

Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang ada perkataan ‘burung’. Antaranya surah Al-Mulk yang menjadi kelaziman ramai orang membacanya setiap malam, iaitu pada ayat 19.

“Apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang terbang di atas mereka, mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui segala sesuatu”

(Nota : Hafalkan dan amalkanlah surah Al-Mulk, banyak fadhilatnya, antaranya sebagaimana kata Abdullah bin Mas’ud : “Barangsiapa membaca surat ‘Tabarokallazi bi yadihil mulk’ setiap malam, maka Allah akan menghindarkannya dari azab kubur, dan dahulu kami (para sahabat) di masa Rasulullah SAW (masih hidup) menamainya “al-Mani’ah” (penghindar/penghalang). Sungguh surat tersebut ada dalamKitabullah, barangsiapa membacanya dalam suatu malam, maka ia telah banyak berbuat kebaikan” (HR. Nasa’i / al-Hakim)

#SatuHariSatuPerkataanArab
 — with MukminWorks Training And Consultancy.

No automatic alt text available.

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka burung berpasuk-pasukan (berbondong-bondong)” – Al-Fil : 3

No automatic alt text available.
“Apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang terbang di atas mereka, mengembang dan menutupkan sayapnya?.... (Al-Mulk : 19)


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Tali – Rope. #SatuHariSatuPerkataanArab

No automatic alt text available.

Tali – Rope.

Perkataan arab ketujuh : “habl” ertinya “tali” atau “rope”. Di dalam Al-Quran ada lima ayat yang ada perkataan “habl” ini. (Perhatian – untuk pronounce perkataan arab, usahlah sebut 100% ikut ejaan rumi tapi sebutlah mengikut makraj huruf arab. Ejaan rumi ini hanyalah sekadar merujuk kepada perkataan yang dimaksudkan – bukan untuk dieja. Kerana makraj huruf rumi sudah tentu tak samadengan makraj huruf hijaiyah).

Sedikit cerita yang kena-mengena tengan ‘tali’…. Di dalam surah Al-Masad, diceritakan tentang isteri Abu Lahab (bapa saudara Nabi) yang bernama Auraa’ binti Harb atau Ummu Jamil, yang sangat membenci dan memusuhi Nabi. Ia telah mengumpul dan menaruh duri serta kayu yang dibakar di jalan-jalan yang akan dilalui Rasulullah. Sehingga bila Nabi lewat pada malam hari/subuh, Nabi akan terpijak kayu yang berduri itu sehingga Nabi terluka. Ummu jamil senanghati kalau Nabi terluka dek terpijak kayu berduri.

Ummu Jamil juga suka mengadu domba dan memfitnah supaya orang-orang Makkah membenci Nabi. Ia digelar pembawa kayu api.

Bila membawa kayu, ia mengikatnya dan melilitkan sebagian talinya pada lehernya. Inilah kebiasaan yang dilakukannya ketika mngumpul kayu berduri untuk mencelakai Nabi. Perilaku buruk inilah yang akhirnya membawanya menemui ajalnya. Ummu jamil meninggal kerana tercekik tali yang digunakannya untuk membawa kayu.

Kelak di akhirat, ia akan disiksa juga dengan tali. Dinyatakan oleh Allah bahwa di neraka, leher Ummu jamil diikat dengan tali dari api neraka jahannam.

Oleh itu janganlah kita menjadi seperti isteri Abu Lahab ini yang suka membenci orang, mengadu-domba dan menganiaya manusia, kelak kita akan terselamat dari siksaan api neraka.

#SatuHariSatuPerkataanArab
 — with MukminWorks Training And Consultancy.

No automatic alt text available.
Di lehernya (isteri Abu Lahab) ada tali dari jenis berpintal". (Al-Masad : 5)

No automatic alt text available.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai..." (Ali Imran : 103)

Nyamuk – Mosquito. #SatuHariSatuPerkataanArab

No automatic alt text available.

Nyamuk – Mosquito.

Perkataan arab kelapan : “ba’udhoh” ertinya “seekor nyamuk” atau “a mosquito”.

Jeng…jeng… Hari ni genaplah seminggu kita mula ‘Jom Belajar Arab’ ni. Alhamdulillah. Jazakumullahu khairan semua atas sokongan yang amat menggalakkan. Baru seminggu dah hampir 4000 likes, Alhamdulillah… boleh sebar-sebarkan lagi… Belajar bahasa Arab, bahasa Al-Quran ini besar ganjarannya dari Allah SWT. InSyaAllah.

Kesemua tujuh perkataan-perkataan arab kita selama seminggu yg lalu, senang-senang saja…. Yang kelapan ini pula, pertama kali akan kita selitkan di sini, perkataan yang agak tidak biasa kita dengar disebut oleh orang-orang di sekeliling kita, walaupun sebenarnya nyamuk itu adalah sejenis makhluk yang tak asing dalam kehidupan kita seharian. Kita lihat nyamuk hampir setiap hari, tapi kita hanya kenal namanya sebagai ‘nyamuk’ dan ‘mosquito’ sahaja. Sedangkan Al-Quran dan hadis ada menyebutnya).

So hari ini, jom start menghafal nama nyamuk dalam bahasa arab…

Di dalam al-Quran cuma ada satu sahaja ayat yang sebut tentang “ba’udhoh”, iaitu surah Al-Baqarah ayat 26, yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih (rendah) daripadanya, maka adapun orang-orang yang beriman mereka akan mengetahui bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka; dan adapun orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perumpamaan dengan ini?" (Jawab): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perumpamaan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan tidak disesatkanNya dengan sebab perumpamaan itu melainkan terhadap orang-orang yang fasik.”

Di dalam hadis pula, Rasulullah SAW bersabda “Seandainya dunia ini di sisi Allah senilai harganya dengan sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk sekalipun kepada orang kafir” (HR. Tirmidzi, ‘hadits hasan sahih’)

Cubalah fikir-fikirkan maksud ayat Quran dan hadis mengenai nyamuk ini...



No automatic alt text available.
"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih daripadanya...." (Al-Baqarah : 26)

No automatic alt text available.

Seandainya dunia ini di sisi Allah senilai harganya dengan sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk sekalipun kepada orang kafir” (HR. Tirmidzi, ‘hadits hasan sahih’)

Makanan – Food. #SatuHariSatuPerkataanArab

Makanan – Food.

Perkataan arab keduabelas : “To’am” ertinya “makanan” atau “food”. Katadasar bagi perkataan ini iaitu “to.ain.mim” muncul sebanyak 48 kali di dalam Al-Quran dalam 7 bentuk samada kata nama, kata kerja dsb. Tak apalah yang lain dulu…. Hari ini kita focus “To’am” sahaja.

Jom kita hafal hadis yang famous ini mengenai To’am (sila lihat teks arab di bahagian comment) :

Sabda Rasulullah SAW, “Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang. Dan makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang” (Riwayat Jabir – Sahih Muslim)

“Food for one (person) suffices two, and food for two (persons) suffices four persons and food for four persons suffices eight persons”.

Selain maknanya “makanan”, “To’am” juga membawa maksud “memberi makan” (atau dalam english – “feeding”.

Contoh : Surah Al-Ma’un ayat 1-3 : “Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim. Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin”.

#SatuHariSatuPerkataanArab
 — with MukminWorks Training And Consultancy.



"Pada hari ini dihalalkan bagi kamu yang baik-baik. Dan makanan orang-orang yang diberikan Al-Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan kamu adalah halal bagi mereka...." (Al-Maidah :5)
No automatic alt text available.
jabir reported Allah's Messenger (SAW) as saying: “Food for one (person) suffices two, and food for two (persons) suffices four persons and food for four persons suffices eight persons”.

Laut – Sea #SatuHariSatuPerkataanArab (FB US HALIM BEDE)





Laut – Sea.
Perkataan arab ke#36 : "baHr" (بَحْرٌ) yang bererti laut. Jamaknya (plural) ialah "biHār" (بِحَارٌ) yang biasa juga diterjemahkan sebagai lautan.
Tahukah anda bahawa perkataan "admiral" di dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan arab "Amir al-baHr" ( آمر البحر ) yang bermakna ‘Penguasa/Pemerintah Laut’ atau ‘Commander of the sea’. Gelaran "Amir al-baHr" telah mula digunakan oleh laksamana-laksamana angkatan laut Khalifah Abbassiyah.
Tentera salib yang berperang dengan tentera Islam telah meminjam perkataan ini yang akhirnya menjadi singkatan ‘admiral’ untuk gelaran pangkat tertinggi angkatan laut. Gelaran tersebut digunakan sehingga sekarang oleh navy seluruh dunia.
Perkataan ‘baHr’ diulang-ulang lebih dari 40 kali di dalam Al-Quran.

Image may contain: text

Image may contain: text


Jumaat, 27 Oktober 2017

PELAJARAN 9.0 Huruf-huruf Matahari dan Bulan (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)dari FB ustaz Halim Bede


9.1 Apakah dia Huruf-huruf Matahari dan Bulan?
Huruf-huruf Matahari atau Assyamsiyyah* 14 semuanya iaitu :
ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن
Huruf-huruf Bulan atau Alqamariyyah* 14 semuanya iaitu :
أ ب ج ح خ ع غ ف ق ك م ه و ي

9.2 Apa perbezaan huruf-huruf Assyamsiyyah dengan Alqamariyyah?
Apabila (ال) mengawali perkataan yang bermula dengan huruf Assyamsiyyah, 'lam' tidak diberi harakah dan tidak disebutkan, sementara huruf Assyamsiyyah itu ditasydidkan (diberi tanda syaddah).
Contoh : (الشَّمْسُ) = matahari (الرَّجُلُ) = seorang lelaki
Manakala apabila (ال) mengawali perkataan yang bermula dengan huruf Alqamariyyah, 'lam' diberi tanda sukun (tanda mati) dan dijelaskan sebutannya.
Contoh : (الْقَمَرُ) = bulan (الْكِتَابُ) = sebuah buku

9.3 Bagaimana caranya nak mudah mengingati senarai huruf-huruf Assyamsiyyah dan Alqamariyyah?
Dengan banyak membaca Al-Quran!
Apabila kita kerap membaca Al-Quran kita tidak perlupun menghafal yang mana huruf Assyamsiyyah atau Alqamariyyah. Secara semulajadi kita akan tahu membezakannya. InsyaAllah.

9.4 Bagaimana pula huruf alif pada aliflam?
Huruf alif pada (ال) sebenarnya ia adalah Hamzah Wasal*. Fungsi Hamzah Wasal adalah sebagai penyambung dua perkataan dengan satu sebutan jika ada perkataan lain yang datang sebelumnya.
Contohnya : (كَتَبَ الرَّجُلُ كِتَابًا) = "Lelaki itu telah menulis sebuah buku"
Hamzah Wasal tidak boleh berharakah. Namun jika (ال) berada dipermulaan ayat, alif (Hamzah Wasal) itu dibaca dengan harakat fathah tetapi tidak ditulis.
Contoh : (الْمَلِكُ) disebut 'almaliku' = "Raja itu".
9.5 Bagaimana jika perkataan yang datang sebelum (ال), huruf terakhirnya adalah sakin (bertanda sukun)?
Umumnya huruf sakin itu diberi harakat kasrah supaya sebutannya boleh disambungkan kepada perkataan seterusnya.
Contoh : (قَرَأَتِ الْبِنْتُ كِتَابًا) = "Anak perempuan itu telah membaca sebuah buku".
Melainkan dengan (مِنْ), diberi harakat fathah (مِنَ)
Contoh : (مِنَ الْبَيْتِ) = "Dari rumah itu"
Latihan :
9.0(a) Berikan makna perkataan-perkataan ini. (Boleh guna kamus) :
1) الشَّمْسُ
2) الرَّسُوْلُ
3) الرَّجُلُ
4) الْبَابُ
5) الْوَرَقُ
6) الْقِتَالُ
7) الْمُرْسَلُ
8) التَّاجِرُ
9) الْقَلَمُ
10) السَّيْفُ

9.0(b) Tandakan betul atau salah. Jika salah nyatakan kesalahannya dan betulkan.
1) كَتَبَ مُرْسَلٌ كِتَابَ
2) رَكِبَتْ رَسُوْلٌ
3) مَا رَكِبَ الْرَسُوْلُ
4) الشَّمْسُ ضَرَبَتْ الرَّجُلًا
5) أَكَلْتُ الرَّجُلُ
6) ضَرَبَ الْتَاجِرُ الْبَابَ
7) رَكِبْتُ التَّاجِرُ جَمَلًا
Sekian... (bersambung)
*Huruf Assyamsiyyah (الْحُرُوْفُ الشَّمْسِيَّةُ)
*Huruf Alqamariyyah (الْحُرُوْفُ الْقَمَرِيَّةُ)
*Hamzah Wasal (هَمْزَةُ الْوَصْلِ)



Jawapan 9.0 (a)....
1) Matahari itu. 

2) Rasul itu
3) Lelaki itu
4) Pintu itu
5) Daun itu / Kertas itu
6) Pembunuh itu
7) Utusan itu
8) Saudagar/Peniaga itu
9) Pena itu
10) Pedang itu
jawapan (b)

jawapan 9.0(b)....
1) salah pada kitaaba...sepatut nya kitaaban... كِتَابًا
2) salah pada rakibat, sepatut nya rakiba saje... رَكِبَ

3) tiada syaddah, sepatut nya... رَكِبَ الرَّسول
4) Ayat betul
5) salah pada arrajulu, sepatut nya arrajula
6) salah tiada syaddah pada 'ٱلتَّاجِرُ'...
7) salah pd fe'el... sepatut nya...رَكِبَ saje (هو)....

والله اعلم بالصواب




No automatic alt text available.

1.Matahari itu
2.Rasul itu
3.Lelaki itu

4.Pintu itu
5.Kertas itu
6.Peperangan itu
7.Utusan itu
8.Peniaga
9.Pen itu
10.Pedang itu

PELAJARAN 8.0 Isim Makrifah (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)dari fb ustaz Halim Bede


8.1 Apakah dia Isim Makrifah?

Isim Makrifah ialah lawan kepada Isim Nakirah.

Jika Isim Nakirah ialah katanama umum yang tidak dikenali, maka Isim Makrifah ialah katanama yang khusus, dikenali dan tertentu (spesifik).

Misalnya : Isim Nakirah :

kitābun ( كِتَابٌ ) = "sebuah buku" = "a book"

Dijadikan Makrifah dengan menambah awalan alif-lam (ال) kepadanya :

alkitābu (الْكِتَابُ) = "buku itu / buku tersebut" ("the book")

8.2 Apakah yang terjadi kepada tanwin pada Isim Nakirah yang dijadikan Isim Makrifah?

Tanwinnya gugur dan diganti dengan baris tunggal sahaja.

PERHATIAN : Apabila sesuatu katanama itu diawali dengan alif-lam maka tanwinnya gugur dan diganti dengan satu baris tunggal sahaja. Ini adalah kerana "alif-lam tidak boleh berada bersama dengan tanwin di dalam satu perkataan".

8.3 Apakah lagi Isim Makrifah selain isim yang diawali dengan alif-lam?

Isim Makrifah tidak terhad kepada isim beralif-lam sahaja.

Termasuk juga dalam Isim Makrifah ialah katanama Khas (nama orang, nama tempat dan lain-lain), gantinama diri dan beberapa jenis Isim lagi yang akan kita pelajari di dalam pelajaran-pelajaran akan datang, insyaAllah.

Contoh : Nama orang ( مُحَّمَدٌ , فَاطِمَةُ ) Nama tempat ( مَكَّةُ , مِصْرُ ) Gantinama ( هُوَ , أَنَا ) dan lain-lain...

8.4 Apakah dia syaddah?

Syaddah adalah tanda ٌ untuk menggandakan huruf. Juga dipanggil 'sabdu'

Contoh : (الرَّجُلُ) <--- Syaddah pada huruf ro (ر).

8.5 Apakah makna perkataan-perkatan ini (شَمْسٌ) , (رَأْسٌ), (كَسَرَ)?

1) syam-sun (شَمْسٌ) = matahari

2) ro'-sun (رَأْسٌ) = kepala

3) ka-sa-ra (كَسَرَ) = Dia (1L) telah memecah/merosakkan

Latihan :

8.0(a) Tuliskan, baca dan terjemahkan :

(1) شَمْسٌ

(2) الشَّمْسُ

(3) رَأْسٌ

(4) الرَّأْسُ

(5) الشَّمْسُ ضَرَبَتْ رَجُلًا

(6) أَضَرَبَتِ الشَّمْسُ رَأْسًا

(7) لَا مَا ضَرَبَتْ رَأْسًا


1. Sebuah matahari
2. Matahari itu
3. Satu Kepala 

4. Kepala itu
5. Matahari itu telah memukul seorang lelaki 
6. Adakah matahari itu telah memukul kepala
7. Tidak, dia (1P) telah tidak memukul kepala


Arab kata begitu. English kata 'the sun struck a man'. Dlm bahasa melayu secara literalnya kita boleh kata 'pukul' tapi makna sebenarnya 'matahari itu memancar cahaya panasnya terus kepada...' 
8.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :

(1) Sebatang pen

(2) Pen itu

(3) Adakah kamu telah merosakkan pen itu?

(4) Tidak, saya telah tidak merosakkan pen itu.

(5) Seorang raja telah menunggang seekor unta.

(6) Raja itu telah menunggang seekor unta.

(7) Adakah raja itu telah menunggang seekor unta?

(8) Ya, raja itu telah menunggang seekor unta.

١. قَلَمٌ
٢. القَلَمُ
٣. أَ كَسَرْتَ القَلَمُ 

٤. لاَ، مَاكَسَرْتُ القَلَمُ
٥. رَكِبَ مَلِكٌ جَمَلًا
٦. رَكِبَ المَلِكُ جَمَلًا
٧. أَ رَكِبَ المَلِكُ جَمَلًا
٨. نَعَمْ، رَكِبَ المَلِكُ جَمَلًا
See translationSekian... (bersambung)



Isnin, 23 Oktober 2017

PELAJARAN 7.0 Isim Nakirah (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)dari fb Ustaz Halim Bede

7.1 Tanwin pada hujung Isim boleh menunjukkan bahawa Isim itu adalah Fleksibel (Isim Mu'rab* - Lihat 6.3). Selain itu, apa lagi yang boleh diketahui daripada Tanwin?
Tanwin juga menunjukkan Isim itu adalah Katanama Umum* atau dipanggil "Isim Nakirah". (Pengecualian pada Nama Khas yang boleh bertanwin).
7.2 Terangkan apakah itu Katanama Umum atau "Isim Nakirah"?
Katanama Umum ialah nama bagi sesuatu yang bersifat am dan ia tidak merujuk kepada sesuatu yang tertentu atau ia tidak dikenali secara spesifik.
Misalnya : (كِتَابٌ) iaitu "sebuah buku". Kita tidak tahu ia buku yang mana satu, milik siapa dan sebagainya. Apa yang kita tahu hanyalah ia sebuah buku secara umum sahaja.
7.3 Kenapa (كِتَابٌ) diterjemahkan kepada "sebuah buku" atau "a book", tidak diterjemahkan sebagai "buku" atau "book" sahaja? Sedangkan perkataan Arabnya cuma sepatah. "Sebuah" atau "a" itu datang dari mana?
Setiap isim yang boleh dikira di dalam Bahasa Arab telah termaktub bilangannya secara 'default' pada perkataannya. Maka contohnya pada semua Katanama Tunggal*, bilangan padanya adalah satu. Jadi dalam Bahasa Arab kita tidak perlu menambah bilangannya di dalam ayat, cukup perkataannya sahaja sudah mewakili bilangan padanya.
Misalnya untuk mengatakan "Saya telah menulis sebuah buku", kita tidak perlu kata (كَتَبْتُ كِتَابًا وَاحِدًا), tetapi memadailah kata (كَتَبْتُ كِتَابًا).
Oleh itu bila diterjemahkan kita perlu meletakkan bilangan atau penjodoh bilangan supaya dapat difahami dengan tepat.
Contohnya : (كَتَبَ كِتَابًا) hendaklah diterjemahkan "Dia (1L) telah menulis sebuah buku" bukannya "Dia (1L) telah menulis buku" supaya maknanya jelas.
7.4 Apakah makna perkataan-perkataan ini - (مَلِكٌ), (قَلَمٌ), (جَمَلٌ)?
1) Ma-li-kun (مَلِكٌ) = "Seorang raja"
2) Qa-la-mun (قَلَمٌ) = "Sebatang pen"
3) Ja-ma-lun (جَمَلٌ) = "Seekor unta"
7.5 Bagaimanakah menjadikan suatu Isim Nakirah itu spesifik (yakni diketahui)?
Dengan menambah awalan alif-lam (ال) di depannya.
Contoh: kitābun (كِتَابٌ) jadi al-kitābu (الْكِتَابُ).
(Bersambung... di Pelajaran 8.0 insyaAllah)
Latihan :
7.0(a) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
(1) Dia (1P) telah menunggang seekor unta.
(2) Adakah dia (1L) telah makan?
(3) Ya, Saya belum* makan. (*Buat masa ini kita boleh guna frasa 'telah tidak' sebagai 'belum')
(4) Adakah seorang raja telah menunggang seekor unta?
(5) Tidak, seorang raja telah tidak menunggang.
7.0(b) Tuliskan, baca dan terjemahkan :
(1) أَقَتَلَ رَجُلٌ رَجُلًا
(2) أَمَا قَرَأْتُ كِتَابًا
(3) أَرَكِبَتْ جَمَلًا
(4) أَكَلَ رَجُلٌ
(5) قَتَلَ رَجُلًا مَلِكٌ
#NotaBahasaArab
*Katanama Umum = Isim Nakirah (النَّكِرَةُ)
*Katanama Fleksibel = Isim Mu'rab (الْمُعْرَبُ)
*Katanama Tunggal = Isim Mufrad (الْمُفْرَدُ)

Sabtu, 21 Oktober 2017

PELAJARAN 6.0 Tanwin dan Isim Mu'rab (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)

6.1 Sekali lagi, terangkan apa itu "Dhammah Tanwin"?
Dhammah Tanwin ialah tanda Dhammah yang diletakkan 'dua kali' di hujung huruf terakhir pada Isim (katanama). Ia sebenarnya mewakili 'nun mati' yang tidak ditulis, tetapi dibaca.
Dhammah Tanwin juga di sebut "Dhommatān" (ضَمَّتان). Orang Melayu biasa sebut ia sebagai "Baris Dua Di Hadapan".
6.2 Semuanya terdapat berapa jenis Tanwin? Dan berikan satu contoh perkataan yang hujungnya berTanwin dengan semua Tanwin tersebut.
(1) Dhommatān - (كِتَابٌ) ki-tā-bun
(2) Fathatān - (كِتَابًا) ki-tā-ban (perhatikan: 'alif' ditambah selepas Fathatān)
(3) Kasratān - (كِتَابٍ) ki-tā-bin
6.3 Ketiga-tiga tanwin ini apakah kegunaannya?
Tanwin di hujung Isim menandakan bahawa Isim itu adalah 'Katanama Umum'* . Contohnya 'sebuah buku', 'seorang lelaki' dsb)
Apabila sesuatu Isim itu boleh diberi Tanwin dihujungnya, maka Isim itu juga dikatakan sebagai Isim Fleksibel ataupun Isim Mu'rab*.
Fleksibel bermakna hujungnya boleh berubah jenis baris. Dan perubahan jenis baris hujungnya itu menunjukkan perbezaan peranannya di dalam ayat.
6.4 Apakah yang membezakan peranan setiap jenis Tanwin?
Apabila di hujung Isim itu :
(1) Dhammah/Dhommatān - maka Isim itu berperanan sebagai SUBJEK (Pelaku)* dalam ayat.
(2) Fathah/Fathatān - maka Isim itu sebagai OBJEK (Yang Kena Buat)*.
(3) Kasrah/Kasratān - maka Isim itu sebagai OBJEK TAK LANGSUNG (indirect object) - Contohnya apabila Isim itu datang selepas Kata Sendi* (Preposition).
6.5 Apakah makna perkataan ini ( رَجُلٌ )
Maknanya "Seorang lelaki" ("A man").
Ia adalah Katanama Umum kerana di hujungnya bertanwin.
6.6 Apakah keadaannya sesuatu Isim itu berperanan sebagai SUBJEK?
Apabila ia menjadi 'Pelaku' yang melakukan sesuatu perbuatan dalam ayat.
Contoh : (كَتَبَ   رَجُلٌ  كِتَابًا) "Seorang lelaki telah menulis sebuah buku".
Maka "Seorang lelaki" ( رَجُلٌ ) di sini ialah SUBJEK. Tandanya sebagai subjek ialah Dhommatān di hujungnya.
6.7 Bilakah masanya pula sesuatu Isim berperanan sebagai OBJEK?
Apabila ia menjadi 'benda yang kena buat' dari perbuatan itu.
Contoh : كَتَبَ   رَجُلٌ  كِتَابًا 
ka-ta-ba (كَتَبَ) = Fi'il 
ro-ju-lun (رَجُلٌ) = SUBJEK 
ki-ta-ban (كِتَابًا) = OBJEK
Maka (كِتَابًا) di dalam ayat di atas adalah OBJEK. Tandanya sebagai objek ialah Fathatān di hujungnya.
Perhatian : Kebiasaannya susunan ayat Arab dimulai dengan Fi'il (katakerja) dahulu. Namun boleh juga dimulai oleh Isim (katanama) dahulu, untuk 'penegasan' kepada Subjek.
Latihan :
6.0(a) Baca dengan kuat, terjemahkan :
(1) كَتَبْتُ  كِتَابًا
(2) كَتَبَتْ كِتَابًا
(3) أَكَتَبَ كِتَابًا
(4) مَا ضَرَبَ رَجُلًا
(5) أَكَتَبَ رَجُلٌ كِتَابًا
(6) قَرَأَ رَجُلٌ كِتَابًا
(7) مَا قَرَأَتْ كِتَابًا
(8) أَمَا ضَرَبْتَ رَجُلًا
6.0(b) Terjemahkan yang berikut ke Bahasa Arab :
(1) Saya telah menulis sebuah buku.
(2) Adakah dia (1L) telah menulis sebuah buku?
(3) Dia (1P) telah menulis sebuah buku.
(4) Dia (1L) telah tidak menulis sebuah buku.
(5) Adakah seorang lelaki telah menulis sebuah buku?
(6) Seorang lelaki telah membaca sebuah buku.
(7) Dia (1P) telah tidak membaca sebuah buku.
(8) Adakah kamu (1L) telah memukul seorang lelaki?
(9) Tidak, saya telah tidak memukul seorang lelaki.
(10) Dia (1P) telah memukul seorang lelaki.
Sekian... (bersambung)
#NotaBahasaArab
*Katanama Umum = Isim Nakirah (النَّكِرَةُ)
*Isim Fleksibel = Isim Mu'rab (الْمُعْرَبُ)
*Subjek/Pelaku = Fa'il (فَاعِلٌ)
*Objek = Maf'ul Bih (مَفْعُوْلٌ  بِهِ)
*Kata Sendi = Huruf Jarr (حُرُوْفُ الْجَرِّ)


6.0(b) Terjemahkan yang berikut ke Bahasa Arab :

(1) Saya telah menulis sebuah buku.


(2) Adakah dia (1L) telah menulis sebuah buku?

(3) Dia (1P) telah menulis sebuah buku.

(4) Dia (1L) telah tidak menulis sebuah buku.

(5) Adakah seorang lelaki telah menulis sebuah buku?

(6) Seorang lelaki telah membaca sebuah buku.

(7) Dia (1P) telah tidak membaca sebuah buku.

(8) Adakah kamu (1L) telah memukul seorang lelaki?

(9) Tidak, saya telah tidak memukul seorang lelaki.

(10) Dia (1P) telah memukul seorang lelaki.

No automatic alt text available.

Catatan Popular