DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 9 November 2012

PERSARAAN

Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja dua orang guru di sekolah bersara.Awal tahun hadapan guru besar pula bersara. Tidak sampai 2 tahun lagi suami pula bersara. Sepanjang berada disekolah ini lebih dari 6 kali kami meraikan persaraan guru.

Dalam ramai-ramai itu berbagai riaksi mereka dalam menghadapi tempoh bersara. Bagi yang semamangnya bosan berada dalam dunia pendidikan akan berasa kelagaan,sebaliknya yang telah dalam alam percintaan dengan dunia ini tentu rasa kehilangan. Namun tidak semestinya yang lega itu adalah yang tidak suka kepada dunia pendidikan,mereka sudah jemu terikat dengan jadual dunia,mahu fokus pada kehidupan ukhrowi.

Bagaimana cerita selepas bersara juga berbagai-bagai. Salah seorang pesara menceritakan beliau seronok bersara,banyak duit datang,disana-sini ada sahaja punca duit,koperasi sana,koperasi sini sehingga tidak tahu menggunakannya. Ada juga yang mengalami kesesakan,sampai bersara masih perlu membayar itu dan ini sehingga memaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kesempitan. Bagi guru-guru ada skim yang menyediakan ruangan pada guru-guru bersara untuk mendaftar dalam dalam senarai Guru Sandaran Terlatih yang bersedia menggantikan kekosongan guru dalam jangka pendek seperti guru bersalin,menunaikan haji,dan sebagainya. Baru-baru ini dalam ucapan Pegawai Pendidikan pelajaran Daerah dalam satu majlis persaraan,daerah Sabak Bernam paling kurang yang mendaftar berbanding daerah lain. Tentunya sebabnya juga berbagai.

Begitulah akhir kehidupan,gambaran kehidupan diakhirat nanti,ada yang tenang,bahagia,kaya sebaliknya ada yang derita dan jatuh muflis dan sebagainya. Kita sendiri tidak tahu kita dibahagian yang mana.

Saya memang suka bergaul dengan pesara. Dalam diri mereka penuh pengalaman hidup,mereka telah lalui perkara yang kita tidak lalui. Itusebabnya saya suka melayari blog-blog pesara,walaupun tidak meninggalkan komen pada tuan rumah tapi saya mengikuti secara diam dan mendoakan mereka dilimpahi kerahmatan Ilahi. Antara yang biasa saya lawati ialah  Inspirasi Mawaddah  Bangkit kembali , Nukilan ,komensen Kerabu Jantung   dan banyak lagi. Kagum dengan cara mereka mengisi sisa usia . Hasil rakaman foto yang dikongsikan juga menarik dan sangat kreatif.  Saya membayangkan mereka ke sana ke sini mengantungkan kamera di leher untuk mencari sudut-sudut menarik,mengongsikan nikmat Allah yang mereka sedang rasai setanding dengan orang muda,Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada mereka untuk mengongsikan pengalaman sebagai penanda aras kehidupan kita.

Setiap kali ada majlis persaraan antara tuga saya ialah menerbitkan dokumentasi dalam persembahan multimedia,nampaknya seperti tetap dan berpencen sebab nampak junior-junior seperti tidak berminat untuk mewarisi. Saya berlawak dengan mereka,besok siapa yang membuatkan untuk saya. Untuk mencari bahan ada yang yang sukar memberi kerjasamakerana meraka tidak mahu di ditunjulkan secar keterlaluan,namun ada juga yang terlalu teroja sehingga meminta itu dan ini sebagai memeriahkan keraian persaraanya,sememangnya Allah Maha bijaksana mencipta berbagai kerenah manusia untuk mewarnai dunia ini .

Dibawah ini adalah antara penerbitan terbaru dari saya.


6 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Hasimah

    Menunggu tarikh bersara ya.. semoga semuanya berjalan lancar..

    Kak Werdah pencen awal (masa tu sepatutnya pencen bila umur 56 )sebab sakit barangkali jika tak sakit kena juga tunggu tarikh sepatutnya.

    Benar, selepas bersara banyak boleh dilakukan dan banyak juga yang tak dapat dilakukan.. sebab itulah bila dengar kuliyah-kuliyah, ustaz ada nasihatkan jangan berangan-angan tunggu bersara baru nak buat perkara-perkara sepatutnya.

    Alhamdulillah kak dapati Hasimah bukanlah tergolong dalam kalangan yang dinasihati oleh ustaz-ustaz tu.

    Kakpun suka membaca blog ni dan Inspirasi Mawaddah.. banyak tulisan yang boleh membuatkan diri kak muhasabah diri.


    Agak-agak bila tiba giliran Hasimah.. kena buat sendiri juga ke dokumentari tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumussalam Kak Werdah.

      Saya belum mencuba untuk memohon bersara awal tetapi menurut rakan-rakan yang telah memohon sukarnya juga untuk diluluskan kecuali dengan alasan yang munasabah.Khabarnya juga setinggi 2 kaki surat permohonan bersara awal diatas meja pegawai berkaitan yang menunggu untuk di semak.

      Jangan salah anggap,saya juga antara orang yang selalu berangan-angan untuk melakukan sesuatu selepas tiba masa bersara. Semoga Allah akan membenarkan perkara yang memberi kebaikan kepada kehidupan dan agama sahaja.Yang sebaliknya harap diabaikan.

      Perkongsian dari Kak Werdah apa kurangnya.Sangat memeberi munafaat kepada saya.

      Insyaallah sedaya upaya kita sentiasa memasang angan=angan untuk menuju kearah yang terbaik yang sentiasa mendapat keredhoanNYA

      Padam
    2. Salam sekali Hasimah.

      Benar tu Hasimah.. ramai di kalangan kawan-kawan kak minta pencen awal tapi susahnya mendapat kelulusan kecuali mereka mendapatkan surat sokongan doktor. Jadi bagi sesiapa yang kebetulan banyak rekod sakit dapatlah surat sokongan.

      Apa yang kak maksudkan tentang nasihat ustaz, berangan-angan nak buat lepas bersara tu ialah nak tunggu bersara dulu baru nak buat tapi masa bekerja tak buat. Hasimah tak macam tu.. banyak aktiviti agama dan masyarakat yang Hasimah dah lakukan semasa sibuk bekerja. Jadi apa yang Hasimah angan-anagn tu baik kerana ingin menambah amalan, jadi itu adalah cita-cita yang harus ada. Maafkan kak ya kalau kak tersalah tulis sebelum ni..

      Padam
    3. Tak adalah apa-apa yang salah kak Werdah,maksud saya saya pun selalu berangan-angan untuk berbuat sesuatu tunggu dan bersara,pada hal entah ada kesempatan entah tidak,bukankah sesuatu yang baik itu tidak perlu ditangguh.


      Alhamdulillah, telah diberi rezeki untuk mengenali sinior-sinior yang boleh dijadikan mento.

      Padam
  2. Salam dear Simah. Terimakasih jengok-jengok Blog saya. semasa kerja saya suka bercakap. Maka bila dah kurang yang mendengar maka saya menulis.Saya dah bersara 10 tahun sekarang. Sememangnya garis penamat sudah terlalu hampir. Saya rasa sedih Simah kata "Sisa Usia". Dia bukan sisa Simah. Saya suka sebut "Baki usia". Kerana "sisa" menggambarkan sesuatu yang tidak diminati orang. Kalau sisa makanan mithalnya kita bagi pada kucing atau ayam. Tetapi "baki" usia ini saya treasure amat sangat.Dari segi tenaga sememangnya sudah amat berkurangan. Tetapi Allah compensate dengan kurniaan kebijaksanaan berfikir berbanding semasa muda. Kini Allah tambah banyak sekali Ilmu di dada. Dulu hanya kumpul maklumat. Amat sedikit yang dihayati. Sekarang Allah kurnia kefahaman apa itu sabar, apa itu hakikat iman dan taqwa dan berbagai lagi yang tidak dapat saya perincikan. Seperti kita di Padang Pasir yang panas, baki air yang tinggal sedikit itulah yang kita guna sebaiknya supaya bila sampai ke garis destinasi, air yang sedikit itu memberi munafaat yang tidak ternilai.
    Maaf Simah. Ini hanya rasa di lubuk hati saya. Bukan bermaksud yang tidak baik. Semoga Allah meredhai kita dalam perjalanan kita kepadaNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Bonda.

      Antara Sisa dan baki. dua perkaaan yang sama makna tapi berbeza tatapenggunaannya.Hanya pengguna Bahasa Melayu Tinggi yang cakna. Saya sangat setuju dengan pencerahan ini.Memang inilah yang perlu dilakukan oleh generasi vateran,kerana BM telah terlalu tenat dikoyak-koyak oleh genarasi muda dengan trend bahasa 'shortcut'.

      Alhamdulillah Bonda Ngasobah telah terpilih antara yang diberi kesempatan menikmati air yang tinggal sedikit itu.Semoga yang lain-lain termasuk saya juga diberi kesempatan yang sama.

      Semoga ungkapan 5perkara sebelum datang 5 perkara dapat kita hayati.

      1. Sihat sebelum sakit
      2. Muda sebelum tua
      3. Kaya sebelum miskin
      4. Lapang sebelum sempit
      5. Hidup sebelum mati.

      Padam

Catatan Popular