DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 4 November 2012

Musafir 5



Masyaallah.....Innalillahiwainnailaihirojiun...........Semoga dijauhi dari ujian yang begini.....

Kalau diikutkan siapalah yang mahu menerima risiko seperti ini,lebih baik duduk dirumah bersama keluarga atau menyusun perjalanan bersama orang tersayang sendiri.Namun ianya adalah aturan Allah SWT.

 Menjaga anak-anak murid yang ramai jumlahnya,mengiringi aktiviti lawatan,bukanlah sesuatu yang mudah. Beberapa minggu sebelum program berjalan beberapa proses perlu di bereskan. Beberapa set surat permohonan kepada PPD,termasuk senarai murid lengkap dengan alamat dan no surat beranak atau IC,Surat kebenaran dari ibubapa,kutipan bayaran tambang,tempahan bas,suarat kebenaran kepada tempat lawatan,semuanya perlu dibereskan juga. Perkara-perakara perkara yang perlu dilakukan disamping jadual mengajar tetap berjalan tanpa gangguan.

Disepanjang perjalanan berbagai risiko menunggu,risiko mabok kenderaan,sakit yang tiba-tiba,murid terpisah dari kumpulan dan berbagai lagi.

Disekolah inilah antara tugas Makbonda. Menguruskan bahagian lawatan keluar. Kalau ikutkan zon selesa,abaikan sahaja program ini,rasanya tidaklah mengganggu perjawatanpun,namun ini adalah amanah. Walaubagaimanapun perlu dijalankan, Peroses Pengajaran dan pembelajaran bukan hanya di bilik darjah,mereka perlu dibawa keluar dari kepompong,dan itulah peranan guru. Namun walaupun Makbonda yang menguruskan semua untuk pergi mengiringi selalu digilirkan kepada semua guru. Setiap kali pasti Makbonda ingatkan mereka,kita pergi bukan berjalan tetapi bertugas jadi harus diingat jangan syok sendiri.

Satu ketika dahulu pernah berlaku,guru pengiring membawa anak-anak yang masih kecil,ada juga yang membawa pasangan,akibatnya sepanjang perjalan sebok melayan anak-anak atau pasangannya sehingga mengabaikan murid yang diiringinya.Bagi pelajar sekolah rendah ini adalah pertama kali mereka terlepas dari tangan ibubapa,inilah pertama kali mereka menguruskan wang perbelanjaan yang dibekalkan. bila sampai kesatu-satu tempat adakalnya mereka ghairah membeli belah sehingga kehabisan wang belanja.Ketika inilah perlunya kepekaan guru pengiring.

Mereka kanak-kanak,sifat nakal tidak lari dari diri mereka,tambahan yang jenis sukar dikawal. Banyak sangat perkara baru yang mereka temui. Sebelum pergi berbaris amaran yang diberikan,tapi tetap juga terlanggar. Walaubagaimanapun guru pengiring tidaklah semestinya terlalu mengongkong sehingga perjalanan mereka menjadi seperti kaku dan beku.Meraka menjadi takut dan mematikan kreativitinya. Amaran yang selalu diingatkan ialah persediaan apabila terpisah dari kumpulan. Apa yang patut dilakukan. Dimana tempat patut dituju,dan setiap mereka hendaklah hafal nombor talifon guru-guru.

Setelah beberapa kali terlibat dalam menjadi guru pengiring,tahun ini pengalaman pertama Makbonda mendapat pemandu bas yang sangat pembersih. Beliau tidak menggalakan makan makanan yang mengotorkan bas,seperti makanan yang berserbuk atau yang bercecair. Kebetulan kami telah menempah kuih donut untuk bekalan dalam perjalanan,tepaksalah menunggu turun dari bas baru diedarkan. Apabila kami menceritakan pada kawan-kawan selepas selamat pulang ada antaranya yang mengulas.

"Apa pulak,kita dah sewa bas dia suka hatilah kita nak makan ke,kotorkan bas ke,lepas kita keluar dia cucilah bas dia"

Oh begitukah,tidak terfikir pulak Makbonda ketika itu,yang ada dalam fikiran Alhamdulillah,beliau telah  membantu mendisiplinkan anak-anak murid kami,sebab berikutan dari itu mereka cukup menjaga kebersihan,tidak perlulah kami membazirkan suara menjaga bab ini..

Alhamdulillah,jauh berjalan banyaklah pengalaman. apabila selamat pulang ke sekolah setinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang melancarkan urusan.Tambahan bila pelajar mengisi borang penilaian semuanya positif dan berbaloi. Maka itulah antara nikmatNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular