DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 6 November 2012

Aduhai anak 4




Hujah 1-"Semudah mendaftar sahaja pada cikgu dengan menghantar IC pelajar layak mendapat notebook.Nanti ibu bapa akan dapati di bil elektriknya ada tambahan sebanyak RM25 sehinggalah tempoh tertentu tamat bayaran hutang"
Hujah 2-"Memanglah kata cikgu notebook tu tak berapa elok tapi boleh jual dengan harga RM800,boleh buat muka beli notebook yang lebih baik"
Hujah 3-"Ok tak?,Alah kawan-kawan ramai dah register,dulu memanglah untuk orang susah tapi sekarang sapa-sapa pun boleh."

Hujah-hujah hanya didiamkan sahaja oleh si Ibu sambil menyusun stretegi agar dia tidak merasa yang ibunya sering menggagalkan kemahuannya.

"Boleh cerita,apa rasionalnya punya notebook seawal ni?PMR pun tak lepas lagi " Ibunya mula membuka langkah.

"Mestilah ada,kalau dah namanya komputer,macam-macam boleh buat,nak buat homework,nak serve internet,alah sekarang dah era ITlah Ma,"

"Selama ini ada masaalah ke?.Bila hujung minggu boleh outing,balik rumah.Semua tugasan boleh buat di komputer rumah,nak serve internet dan terus print. Tak ada apa-apa masalahkan?.Kawan-kawan yang dapat notebook sebab dirumah mereka tak ada kemudahan"

"Bukan mahal,RM25 je sebulan"

"Bukan soal harga.Ma pun tak mainlah hutang-hutangni. Kalau cukup alasannya bila-bila boleh beli.tengok kakak-kakak dan abang-abang,dah janji masuk IPT je boleh beli,sebab memang keperluan.Masa sekolah keperluan belum sepenuhnya,makmal komputer ada. Semasa cuti dirumah boleh guna. Bimbang nanti kesan buruknya melebihi kebaikan. Bila kita ada harta tetapi digunakan untuk yang tidak bermunafaat,itu namanya harta kita tidak berkat.  Cuba buat pilihan,pertama kita ada tangan,ada mata dan ada lidah,kita menggunakannya untuk perkara yang melalaikan,oleh kerana Allah sayang kepada kita supaya tidak terus tersasar,lalu ditarik segala nikmat yang telah diberi,nikmat tangan,lidah dan mata kita hilang lalu kita insaf namun nikmatnya tidak dikembalikan. Pilihan kedua kita ada tangan lidah dan mata,dan kita gunakan sepenuhnya uantuk perkara yang bermunafaat. Lalu Allah terus mengekalkan nikmat tersebut hingga akhir hayat sebab kita menjaganya"

"Mestilah pilihan yang kedua"

"Cuba aplikasikan dengan cerita note book. Kita ada duit,beli note book,kita guna sehingga mengabaikan tugas kita,akibatnya  ketinggalan dalam pelajaran, gagal dalam peperiksaan. Berbanding dengan kita ada duit,tapi  tidak terus beli notebook sebab belum tiba masanya,keperluan juga belum mendesak,lalu kita bersabar dan tidak irihati pada kawan-kawan.Kita selamat dari kelekaan dan fokus pada pelajaran,Insyaallah bila sampai masanya nanti kita akan memiliki  juga.Yang lebih baik dari kawan-kawan"

"Ok lah Ma,dengan Ma memang kita selalu kalah,tapi tak apalah,kita  boleh terima."

"Ma pun faham,anak dara Ma ni sangat positif orangnya,Alhamdulillah,terimakasih Allah dikurniakan anak macamni,semoga Allah terus memelihara, "

Dia memang begitu,remaja generasiY katakan, suka berhujjah,orang dulu-dulu kata melawan tapi saya murnikan menjadi berhujah supaya lebih positif. Adakala menjengkelkan,namun saya tetap bersyukur dengan hujjah-hujanya itu saya berpeluang menyungkil kebijaksanaan hujah saya, bagi mematahkan hujahnya dengan tidak melukakan . Biasanya hujah-hujah saya diterimanya,walau kadangkala bukan pada ketika itu tapi setelah beberapa lama. Nyahkan jauh-jauh hati-hati yang terkecil,hati yang tercalar. Lebih bahaya jika dengan hanya menunjukan respon  secara diam dan si ibu jatuh perasan yang dia punya anak yang jenis mengikut kata.

Sesuatu yang mudah datang dalam kehidupan, kekadang ia akan juga mudah hilang kenikmatan. Namun sesuatu yang sukar untuk dimiliki, pasti akan membuatkannya sangat dihargai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular