DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 23 November 2012

BALA?

Minggu ini adalah giliran saya bertugas disekolah. Setiap guru diberi giliran selama 1 minggu,berada disekolah dari pagi hingga tengahari sepanjang cuti sekolah.

Jadual sepanjang minggu ini,pagi jika tidak berpuasa akan menyediakan sarapan dahulu,bersarapan pada 700pagi hingga 800 pagi sambil menikmati majlis ilmu di tanyalah ustaz tv 9.(Jika tertinggal program ini saya boleh mendapatkan perkongsian dari seorang Hamba Allah telah diturunkan untuk mengongsikan catatannya di sini, Semoga beliau mendapat kerahmatan Allah)

Apa kerja sepanjang bertugas?Terpulanglah kepada kita,samaada membuat kerja-kerja yang tertangguh ataupun persediaan untuk tahun hadapan. Hari ini jumaat adalah hari akhir saya bertugas. Nun dikantin kelihatan beberapa kakitangn sedang berkumpul bersarapan. Walaupun sedang bercuti untuk bersarapan saya libatkan diri bersama mereka untuk menyantuni.Adakalanya menyampuk dan selebihnya diam mendengar.

Apa topik kali ini? isu tentang kecurian. sama seperti apa yang saya dengar semalam dari jiran tetangga. oleh sebab situasi disini ialah kebun pisang dan kelapa sawit,maka itulah tajuk kecilnya. Nampak seperti perkara kecil sahaja,bagi mereka yang tidak terlibat.

Setiap kali melihat pokok-pokok pisang dan kelapa sawit mula berbunga,penuhlah harapan dengan mengira-ngira bulan apa,hari apa nanti dapatlah rezeki dan telah di budgetpun untuk peruntukan apa. Bila tiba harinya dengan penuh harapan bahawa buah-buah itu sampai tempoh matang,pagi-pagi dengan parang ditangan dilihat tinggil pokok sahaja berdiri teguh sedangkan buahnya telah sirna. Padahal petang semalam masih wujud. Dalam kehampaan itu terpaksa pula tuan pisang tersebut mengeluarkan tenaga menebang pokok yang ditinggalkan berdiri. Perumpamaan yang mereka buat ialah sudahlah hati sedih harta benda dicuri,rumah diselongkar,tuan rumah pula terpaksa membersihkan dan mengemaskan barang yang bersepah.Mustahil pencuri tersebut mengemaskan kembali barang-barang yang diselongkar.

Perkara begini bukan berlaku sekali-sekala tapi berkali-kali. Tidakkah dilakukan sesuatu sehingga pencuri itu ditangkap? sudah berkali-kali,dah telah ditankap pun,setengahnya ditangkap oleh orang kampung ,telah dibelasah dahulu untuk melapaskan geram sebelum diserahkan kepada pihak yang berwajib,tetapi paling-paling bermalam1 malam di balai esoknya dilepaskan. Mengapa pula dilepaskan? Meraka tidak bolah berbuat apa-apa sebab makhluk itu adalah mayat yang masih bernyawa kata mereka. Sayapun mendapat perbendaharaan kata baharu. Mayat bernyawa. Mengapa pula mayat,sebab sudah tidak punya akal untuk berfikir,fokus mereka hanya satu iaitu dadah dan yang seumpama dengannya.Bila disusuri siapa ibubapa mereka,ibubapa merekapun akan mengataka "Buatlah apa-apapun saya pun dah tak tau nak buat apa"

Kalaulah pihak yang berwajib pun sudah angkat bendera putih,maka ianya jatuh kepada tugas siapa? dan sampai bila tuan-tuan piasang ini akan bersubahat dengan terpaksa menyediakan modal untuk mengkayakan pengedar-pengedar bahan berhantu itu? Dengan hati yang berbuku,setelah menjaga kebun,dengan modal baja dan racun,dengan membayar cukai tanah lagi ,akhirnya itulah hasilnya.

(Saya cadangkan setiap kali ditangkap potong satu jari,kalaupun bukan dia yang bertaubat,oranglain akan berfikir banyak kali untuk malakukan.Baru potong jari belum tangan lagi.Bukankah penyelasaiannya telah ada dalam al Quran)

Itu adalah kisah pisang,belum lagi kisah kelapa dan kelapa sawit.Adakalanya telah siap dipetik dan dilonggokan disatu tempat tiba-tiba ada pihak lain yang tidak dikenali dengan sukarela mengangkut dan menghantarnya ketempat pengumpulan.Sudahlah penat menjaga kebun,dari menanam hingga berbuah,memetik,mengumpul,akhirnya ada pihak lain yang menadah hasilnya. Sampai bila? bagi yang iman kuat ianya diterima dengan redha,bukan rezeki namanya,muhasabah diri,tentu ada yang tidak kena.

Sampai bila? itulah persoalan mereka.Mungkin masing-masing belum terlalu rasa sedih sehingga merasakan itu adalah merupakan satu bala. Bila telah sampai ketahap itu barulah timbul idea utuk berbuat sesuatu. Ya Solat Tolak Bala. Jika telah sampai peringkat dukacita yang malampau,ramai-ramai berkumpul buat Solat Tolak Bala.Tentu ada sebab mengapa perkara-perkara itu berlaku.Siapa yang tahu? Jawapannya;



Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.



Sumber Google search

4 ulasan:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Alhamdulillah, dah habis giliran bertugas. Itulah guru, dikatakan bercuti dan disuruh bercuti tetapi bukan begitu. Ada perkara perlu dilaksanakan.

    Bab kecurian pula, di mana-mana sahaja tetap berleluasa. Bila musim durian kena berjaga di dangau. Jika tidak habis dimangsakannya. Itupun kadang-kadang terlepas juga.

    Bila tidak ada keimanan di dada itulah jadinya.

    Terima kasih Hasimah, kerana memberikan link http://keranakasihnabi.blogspot.com/

    banyak manfaatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Begitulah Kak Werdah,Nanti seminggu sebelum buka sekolah,semuanya sekali berkampung.Ini yang telah ditetapkan yang lain-lain sentiasa menunggu on call.

      Kalau yang kecurian itu hasil sampingan tak emngapa kak,ini itulah pnca pendapatan utamanya.

      Tuan punya blog yang saya linkan tersebut adalah anugerah kepada kita kan kak. Adminnya tidak memperomosikan profilnya,Alhamdulillah,atas usahanya itu.Semuanya kerana Allah.

      Padam
  2. Salam kasih makbonda,
    Saya pun ada juga masuk link tu. saya suka bila tengok wirid majlis taalim darul murtadza. memang lengkap :)
    apatah lagi skrip tanyalah ustaz, hu, rajin tuan blog itu, syabas!
    Saya terkesan dgn post kestabilan emosi. Benar, sikap ibu akan mempengaruhi anaknya. dia dilahirkan dari rahim ibunya.
    Saya pernah membaca sebuah catatan, sebuah rumah dimasuki pencuri, dan setelah tuan rumah ibu memberikan apa yg dia hendak, tuan rumah itu berkata " Pergilah ke tingkat atas, temui isteriku, dia dah lama menunggu kamu. " huk. Sebenarnya, si isteri dah lama takut rumah besarnya dimasuki pencuri. malahan apa yg disangkanya itu betul. saya teringat kisah Abu darda' semasa rumahnya dijilat api. Tetapi nak jaga kebun, tanah di luar rumah, susah juga kan? hum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali indah.

      Ya lah indah,kalau ada orang belanja kita makan,namaknya dia infaq makanan,kalau dia beri kita duit,dia infaq harta,tapi admin blog ini infaq ilmu.Beliau dapat gunakan komputer,dapat buat blog adalah pemberian Allah,jadi beliau manufaatkan untuk jalan Allah. Setiap pembaca akan menyumbangkan safaat diakhirat nanti.

      Semoga kita sama-sama saling bertukar safaat nanti.

      Padam

Catatan Popular