DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 19 November 2012

Budget baik



"Dia orang kata kita budget pandailah,budget baiklah"

"Bahasa apa budget pandai tu" Adakalanya saya kurang faham dengan bahasa-bahasa remaja Y.

"Contohnya,dia tunjuk kat kita gambar dia dengan sepupunya lelaki,tak pakai tudung,kita kata mana boleh nampak rambut dengan sepupu,kan bukan mahram.tu sebab dia kata kitani budget baik.Satu lagi,dia cerita pakcik dia boleh nampak jin,abang dia boleh ber cakap dan berkawan dengan jin. Kita katalah mana ada manusia biasa boleh nampak Jin kecuali Rasul.Mana boleh berkawan dengan jin kan syirik,jin kan menyesatkan manusia. Lepas tu dia kata kita budget pandai"

Dia telah mengajar ibunya perbendaharaan kata baru. Walaubagaimanapun kurang pasti apa tujuan perkataan  budget itu,yang penting saya faham maksudnya.Tapi saya pasti mengapa dia mendapat gelaran bagitu dari kawannya. Dia anak saya,saya tahu bagaimana nada bahasanya ketika menegur itu,pasti kawannya itu terguris.Namun saya tidak menyalahkannya malah gembira kerana dia telah ada keberanian yang belum ialah kebijaksanaannya dalam berdakwah.

Semasa saya di maktab pernah mengalami situasi sebagaimana kawannya itu. Ketika itu saya rasa saya golongan orang  baik-baik,bapak saya telah didik saya jadi orang baik,jaga solat,jaga tingkahlaku,pergaulan dan sebagainya. Dalam ramai-ramai kawan ada seorang kawan yang saya rasa budget pandai dan budget baik. Saya rasa dia suka sangat mencari salah saya,dia kritik pada ketika itu juga. Seboleh-bolehnya saya mengelak dari bersama dia tapi dia tetap mengekori saya.Akibatnya saya sentiasa menjaga tingkahlaku saya untuk mengelakan dari kritikannya yang menyakitkan itu. Saya tidak boleh melarikan diri daripadanya sebab kami sekelas dan setiap kali balik kampung kami seperjalanan. Masa bila lari dari dia ialah ketika kami outing atau merayau-rayau sebab saya ada geng lain.

Apa yang menyakitkan saya ketika itu ialah ada sahaja kesalahan saya padahal diapun banyak kesalahan tapi saya tidak pula menegurnya. Satu perkara lagi dia sering mahu saya mengikuti nya usrah. Mengapa dia tidak mengajak kawan lain. Pada mulanya saya pergi dengan rasa trpaksa. Lama kelamaan saya telah mula rasa kemanisannya dan saya sudah tidak rasa terpaksa. Pada ketika itu barulah saya sedari bahawa saya tidak sebaik mana seperti saya rasa dahulu. Dalam usrah saya sering diberi kesempatan untuk muhasabah diri. Rupa-rupanya saya ini sangat kerdil orangnya berbanding apa yang saya rasa dahulu.

Semasa saya menjalani praktikal pertama saya telah berpisah dengannya selama sebulan.Untuk praktikal kedua pula saya terasing dengannya selama 3 bulan.Pada ketika itu baharulah saya rasa betapa berharganya dia. Tidak ada lagi yang mahu memegang saya. Saya ketawa kuat-kuat tdak ada yang menegur,saya mengumpatpun tidak ada yang memberhentikan,api baran saya membara juga tidak ada yang menyejukan.

 Untuk meletakan piawai bagaimana akrabnya kami selepas itu,saya sering mengikutinya balik ke kampungnya begitu juga dia. Saya mengenali keluarganya begitu juga dia. Setelah posting kami tetap berhubung walaupun ditempatkan disekolah yang berjauhan,dan dia tetap membawa saya mencari tempat untuk berusrah. Semasa saya berdebar diakadnikahkan dia berada disamping,begitu juga dia.Setelah dia berkahwin dia tinggal di Bandar Petaling sedangkan saya terus tinggal dikampung.Kami amat jarang bertemu. seingat saya  hanya dua kali sejak 28tahun,sekali saya mengunjunginya semasa dia tinggal di Kampung Pasir yang sekarang telah musnah akibat pembinaan landasan LRT.Dia pula mengunjungi saya 10 tahun yang lalu. Selebihnya hanya sekadar bertalifon atau dalam Facebook.  Alhamdulilladh hujung minggu yang lepas kami dapat bersama untuk menghadiri kenduri walimah anak kepada rakan semaktab dahulu di Sitiawan.

Masih hangatnya persahabatan. Kejahilan saya ketika zaman mula-mula saya mengenalinya dahulu amat memalukan. Sepatutnyana saya tidak berperasaan seperti itu.Saya boleh menyebut keikhlasan tetapi saya tidak menghayatinya.Sepatutnya saya tidak mempertikaikan kesalahannya kerana dia manusia yang tidak maksom,sepatutnya saya juga mengingatkannya barulah saling melengkap.

Sekarang saya sentiasa berdoa agar anak-anak saya sentiasa di dampingi kawan-kawan yang budget baik dan budget pandai itu. Biarlah mereka ada yang memegang agar tidak hanyut. Saya juga sentiasa mamasukan kawan saya itu didalam doa .Semoga kami saling bertukar syafaat nanti.


Sahabat yang baik adalah, sahabat yang berkata BENAR kepada Anda,
bukan sahabat yang hanya MEMBENARKAN setiap perkataan Anda

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum akak?apa khabar?kalau turun Banting singgah lah rumah, saya setuju akak,pengalaman kita perlu dijadikan iktibar untuk anak-anak kita, semoga mereka sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa mendapat petunjukNYA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Ustazah.Khabar biasa-biasa Alhamdulillah.

      InshaAll,suatu masa nanti akan sampai juga.

      Begtulah harapan dan doa kita sebagai ibubapa,yang baik dijadikan tauladan dan yang sebaliknya dijadikan sempadan.

      Tahun ini ada anak-anak yang UPSR?

      Padam
  2. Salam makbonda,
    Benar kata orang, usrah adalah perkara baik yang membawa ke arah yang baik.
    Tadi saya 'merempit' catatan makbonda yang saya ketinggalan.
    Saya fikir, benar ulasan makbonda ttg korban. Di tempat asal saya, masih kurang orang bersedia untuk berkorban, kerana menyangka mereka tidak layak. Semuanya berharap derma atau tajaan orang besar. Tetapi di bandar-bandar, mahupun di kampung suami sendiri, daging korban tak tahu nak sedekah kepada siapa. Kesedaran itu tidak melihat tempat, tetapi pada orang-orangnya dan ilmunya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Indah.

      Begitulah tingginya kuasa ilmu kan.

      Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

      Padam

Catatan Popular