DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 28 Oktober 2011

Nikmat sakit



Sudah agak lama juga makbonda tidak menjengok ke sini. Masa diperuntukan untuk menolong sesaorang. Beliau Ketua kampung di sini .Namanya di calonkan untuk memenangi anugerah Ketua Kampung terbaik Negeri Selangor. Dari 79orang ketua kampung di daerah Sabak Bernam namanya tersenarai dalam 9 terbaik. Kali ini panel dari Pejabat daerah datang untuk menilainya  mewakili daerah Sabak Bernam,maka datanglah  satu rombongan termasuk DO,ADO,penghulu-penghulu,pegawai-pegawai lain yang 9 orang jumlah kesemuanya.Tidak adalah tenaga sasa yang boleh Makbonda sumbangkan hanyalah menyediakan slide presentation untuk membantunya semasa beliau mempersembahkan kampungnya ke hadapan juri-juri. Kemudiakan membenakannya persembahan video koprat untuk memaparkan aktivit kampung. Masa di peruntukan agak singkat dan perlukan tumpuan.Kesan dari itu selepas selesai semuanya berlakulah keskitan di sana-sani. Mata berpinar-pinar,jadi cuba menjauhi skrin komputer. Maklumlah dengan usia yang telah jauh, stamina agak mengurang. Tulang rusuk sebelah kiri mengalami keskitan yang teramat terutama bila mahu mengubah kedudukan badan.Paling seksa bila mahu ruku' tetapi boleh bersujud.Orang sekeliling semua mengesyorkan Makbonda pergi kelinik atau makan panadol.Tapi Makbonda rasa boleh bertahan.

Dari hari Rabu sehingga jumaat malam,kesakitan tidak berkurangan.   Bila dalam keadaan berbaring  denyutan kesakitan seirama dengan denyutan jantung.  Mula lah Makbonda mencari artikal  dan buku tentang mati .Itulah dia nikmat penyakit. bila mendapat penyakit kita akan ingat mati.Terimakasih Allah kerana memberi kan aku nikmat sakit. Bila Putri sulung Makbonda balik sempena bercuti depavali,dia beria-ia mengesyorkan makbonda ke hospital,sebab kesakitan tersebut dibahagian sebelah kiri,dan ada kait mengait dengan kedudukan jantung. Pagi Sabtu baru jumpa doktor.Keputusan dignostik aliran darah,kandungdungan darah,jantung semua Ok.
"Puan pernah angkat benda berat ke."Tanya adik doktor
"Biasalah doc,e,mak-emak katakan,angkat tong gas,angkat kerusi nak menyapu,angkat pasu," Makbonda menjawab sambil tersekat-sekat menahan sakit.
"Ya tak ya jugak kan. Puan ini sebanrnya  bukan kes jantung,puan sakit sejak hari Rabu,sampai sekarang masih ok,cuma sakit je,kalau jantung dua tiga minit dah habis,Puan ni tercedera muscle ni,kena makan ubat tahan sakit dan berehat,jangan angkat benda berat."

Tercedera muscle? lebih kurang terseliulah tu,dan ubat paling mujarab ialah  urut,ubat tahan sakit hanya kehilangan rasa sakit yang seketika. Tukang urut Makbonda ialah Mak Mertua.Makbonda mendapat sentuhan urutpun bermula dari beliau.Orang yang pernah merasai urutanya  kata kesakitannya tidak ada tolok bandingnya.Tapi hasilnya tidak menghampakan. Bila Makbonda cuba beralih kepada tukang urut lain terbuktilah apa yang orang kata.Tapi sekarang beliau telah agak kurang bertenaga atas kelanjutan usianya,kakinya sudah tidak mampu menampung tubuhnya untuk berjalan,anak-anak sudah tidak menggalakannya menerima banyak-banyak pengunjung hanya keluarga terdekat sahaja,tapi yang pernah merasa sentuhannya tetap akan mencarinya.

Alhamdulillah,kesakitannya telah mula menghilang,kedudukan musclenya telah pulih.Semoga ianya adalah  satu kafarah.

Di bawah, Makbonda mahu kongsikan video koprat yang dihasilkan,tidaklah sebagus mana kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.Dan  keputusan juri  beliau mendapat tempat kedua dengan perbezaan satu mata.Walaupun bukanya pertama,cukuplah bahawa tidaklah jauh di belakang,Makbondapun  belum mampu manjauhi virus riak dan ujub.Mahu uploudkan juga memakan masa ,sehinggakan makbonda dapat selesai membasuh menggunakan mesin separa outo sehingga siap menyidai.




Rabu, 19 Oktober 2011

Diman generasi Y

Sejak kecil Diman diajar jangan menipu,kena jujur dalam hidup,hormat orang tua,selalu ucap terimakasih, kalau mahu jadi orang baik. Bila sekolah dia belajar banyak peribahasa,antaranya "Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang" "Lebih sudu dari kuah" "ukur baju di badan sendiri"  "khabar-khabar angin" "Macam ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan" dan bermacam-macam lagi. ini semua kena hafal maknanya  kalau mahu tinggi markah Bahasa Melayu,kerana ia adalah warisan khazanah kita. Bila semakin meningkat usia,dia diajar agar menjadi manusia yang kreatif,berani dan berbagai-bagai lagi nilai murni. Di sekolah agama juga ustaz selalu ingatkan agar jadikan Al Quran dan Hadith sebagai panduan jika mahu hidup selamat di dunia dan di akhirat.

Di kampungnya ada seorang bernama Mak Diyang,Dia kaya dan sangat baik pada Diman dan keluarganya. Ibu bapa Diman telah banyak terhutang budi padanya,entah mengapa dia terlalu bermurah hati pada keluarga Diman. Pendek kata keluarga Diman menumpang senang pada Mak Diyang.Hari-hari dia akan belikan Diman gula-gula,kacang tumbuk,asam katok,asam masin,chekedis,aiskrim milo dan bermacam-macam lagi.

Namun akhir-akhir ini Mak Diyang sering mengadu yang dia kena fitnah,orang kata dia bela hantu. Sejak beberapa hari makin menjadi-jadi dia menafikan.

"Mana ada aku  bela hantu,Kamu jangan percaya cakap-cakap orang  Diman, Mak Diyang  kan baik,kamu mahu jajan lagi?"

Tambah lagi kalau dia jumpa Diman. Bagai kacang direndang. Berterusan  dia menafikan segala tuduhan.Sebenarnya Diman tidak mendengar pun orang berkata, cuma Mak Diyang yang bercakap sendiri.Dia tahu Mak Diyang bela hantu pun dari mulut Mak Diyang Sendiri,bukan dari orang lain yang seperti Mak Diyang selalu kata.

Bila Diman bertanya kepada ibu bapanya,betulkah Mak Diyang bela hantu.

"Dah kamu jangan sibuk-sibuk,Yang penting kamu cukup makan pakai. Kamu senang ni pun dari jasa Mak Diyang.Bersyukur kamu tak kelaparan macam orang Somalia,jangan peduli kesah orang tua-tua"Kata Ibubapa Diman

Kalau selama ini Diman tidak peduli sebab dia mahu jadi anak yang baik,tapi kini naluri Diman telah terangsang, "Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang" Begitulah yang Diman belajar.

Olah kerana Diman golongan Generasi Y iaitu  generasi yang hidup di dalam siber, maya, IT, YM, IM, Facebook, blog, internet, broadband, handphone atau lebih dikenali sebagai pintu kepada generasi Millenium/millenial,maka tidaklah dia duduk diam sambil menerima sahaja apa yang disuapkan .Diman bukan lagi generasi anak-anak Bagai jawi ditarik keluar. Perasaan simpati pun ada terhadap insan yang selalu memberikan dia nikmat gula-gula itu. Diman meneroka maklumat dari berbagai saluran. Kadang-kadang dia memasang telinga di warong Pak Kenik,ada ketikanya dia mengawasi pergerakan Mak Diyang.Adakalanya dia melayari website ataupun blog,tanda-tanda orang membela hantu.

Dari  banyak maklumat yang dia cari dan jumpa,kini terbongkarlah bahawa bukan sahaja Mak Diyang membela hantu tapi juga toyol,hantu raya dan berbagai makhluk keturunan Jin.Dan betul tanda-tanda sesaorang membela hantu samalah dengan ciri-ciri yang ada pada Mak Diyang.

Kini Diman mulai goyah,mula hilang percaya pada Mak Diyang."Adakah selama ini jajan yang Mak Diyang beri pada Diman  halal?" Kata hati Diman " Mungkin toyol yang ambil dari kedai  Abang Miskan. Hih tak mahulah dekat-dekat Mak Diyang lagi,tak apa tak dapat makan jajan,bukan berkhasiat pun" Diman sudah mulai kenal yang mana batu yang mana permata,kerana Diman generasi yang terdedah kepada berbagai sumber  maklumat.Ya  berita perdana yang Mak Diyang sering sumbatkan dalam telinga Diman ternyata tidak semuanya  benar.Kalau tidak Mak Diyang berlebih menyiarkan cerita  akan fitnah pada dirinya itu sudah pasti Diman tidak akan ternafsu untuk membuat penyiasatan.Selama ini Mak Diyang  " Bagai dekan di bawah pangkal buluh." .Kini pekung di dadanya telah terbuka,kesan dari tindakannya sendiri.

Sesugguh Yang benar itu hanyalah al Quran dan Hadith sumbernya.

Khamis, 13 Oktober 2011

klasik

Akibat terpengaruh dengan blog resepi-resepi,kali ini teringin juga nak masukan cerita makan-makan.


Semasa menghadapi juadah berbuka suami Makbonda kata
"klasiknya hidangan kita ya!macam zaman dulu-dulu"
"Cuma tak duduk atas tikar mengkuang,dan letak atas talam,cahaya dari pelita"Jawab Makbonda.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.

Ameen


Sayur bening(air) bayam + telur ayam kampung+su'un+ikan bilis+garam+gula+bawang+serbuk lada hitam(tanpa serbuk perasa)

kacang botol+pelam telur+limau manis(yang baru di petik)

limau ais(limau segar dari pokok)

ikan sepat goreng(dijala dari tong tepi rumah)








Tiada dalam gambar kurma, nasi,sambal belacan, dan teh panas. Makbonda jarang minum minuman berais lebih suka air teh panas.Lepas berbuka berpeluh-peluh,keluar toksin dari tubuh,rasa sihat.

Alhamdulillah.

Isnin, 10 Oktober 2011

Keemasan.


Samada Emak atau Nek Milah,atau beberapa warga emas lagi,samalah,tidak mahu duduk diam. Dari muda-muda dahulu ada sahaja aktivitinya. Kalau masa muda-muda dahulu aktivitinya ialah untuk membantu suami,meringankan beban menyara dan membesarkan anak-anak. Tapi kini anak-anak sudah dewasa,sudah keluar dari tanggungannya.Namun Emak atau Nekk Milah atau beberapa warga emas lagi tidak boleh duduk diam,tarus juga dengan aktivitinya,walaupun dengan sisa-sisa tenaga yang ada tetap juga dia merayau-rayau di sekeliling tanah yang dibangunkanya bersama suami.Mereka kata bila duduk-duduk dalam rumah sahaja badan jadi sakit-sakit dan fikiran jadi tumpul.Mereka kata merayau-rayau dalam kebun itu satu trapi,fikiran jadi lapang,udara laju sahaja keluar masuk paru-paru.

Sekarang kebun Emak atau Nek Milah atau beberapa warga emas lain kebanyakannya telah bertukar menjadi kebun kelapa sawit. Mereka tidak berkemahiran menguruskan kelapa sawit. Kena buang pelepah-pelebah paling bawah,agar mudah mengeluarkan buah,memetik buah juga sukar,perlukan tenaga muda dan sasa. Biasanya ialah pekerja dari Indonesia atau Banggaldesh. Dimana pula tenaga sasa kita,?oh mereka sudah tidak mampu,samada telah punya pekerjaan yang lebih lumayan atau hilang keperkasaannya.Jadi apa yang tenaga warga emas ini lakukan?. Ya bila tandan-tandan kelapa sawit jatuh kebumi setelah di slop oleh tenaga sasa dan mda,beberapa butir buah kelapa sawit akan gugur,biasanya ianya akan diabaikan mereput.Itulah peluang untuk Emak atau Nek Milah atau beberapa warga emas lagi untuk menyumbang tenaga. dikutip biji-biji yang terburai ini dan di isi dalam guni. Mereka akan meminta bantuan untuk mengeluarkan buntil-buntil guni ini keluar dari kebun,atau di sorong sendiri atas kereta sorong.Pernah Emak di tegur oleh sorang penghantar pos laju
"Wah makcik kuat lagi tolak kereta sorong,banyak ni,berapa umur makcik?"
"Dah nak 3 suku abad nak"
"Wah apa rahsia makcik ni"
"Ni exercise lah,kamu exercise dalam gymnasium atau main futsal,makcik tolak kereta soronglah"
Wah buakan main lagi jawapan Emak.
Seorang anak kepada seorang warga emas pernah menyanggah ibunya yang terpitam di dalam parit ketika memetik pucuk kangkung.
"Alah emak kan dah tua,buat apa merayap dalam parit tu,duduk lah diam-diam kat rumah beribadat,kalau dah macamni kan menyusahkan anak-anak"
Hello bro,bukan main cantiknya bahasa,kamu tidak ingatke masa kecil dahulu lebih menyusahkan ibu kamu. habis nak bagi emak duduk diam-diam kamu dapatke penuhi keperluannya.Mampukah kamu petikan kangkung untuknya? Masa tua kamu nanti belum tentu lagi.

Nek Milah kata sekali kutip dia boleh dapat RM200,Emak pula dapat RM400.tak tahulah beberapa warga emas lain.
"Buat apa duit tu Nek Milah?kan Nek Milah dah banyak duit,dah tak ada tanggunganpun."
"Nanti bagi kat cucu-cucu kalau datang,buat bayar zakat,buat derma kat anak yatim"
Emak pula
"Buat derma kalau ada orang kutip derma,kalau ada orang nak buat sekolah tahfiz ke buat asrama anak yatim ke,buat masjid ke,itulah yang dapat tolong kita bila mati nanti"r
Betapa melimpahnya kerahmatan dalam hidup mereka,tidak ada istilah bermalas-malas dalam kamusnya,Lepas subuh mengaji,sampai syuru’,Buat sarapan,turun bawah rumah tengok ayam,pokok bunga,tanaman sayuran. Agak-agak siang solat dhuha,masuk kebun,masak tengahari,lepas zuhor tidur,nanti petang sikit masuk kebun balik.Kalau duduk-duduk saja mulalah ingat anak cucu.Memang itulah sepatutnya aktiviti warga emas,bukan sampai 60tahun pun masih sebok dengan duniawi.
"Heee! tak takutke masuk kebun sorang-sorang,kan dah tua kalau jatuhke atau pengsanke dalam kebun siapa nak tolong."
"Tak adalah sorang-sorang,Malaikat kan kawankan,Allah kan nampak, Kita dah selalu doa minta mati dalam rahmat dalam magfirah,Allah mesti dengar.”  Subhanallah…tingginya tawakkal mereka.


Asar semalam baru sahaja menoleh untuk salam kedua tiba-tiba Ayen yang selalu mengaji di rumah Makbonda datang tergesa-gesa. Nenek jatuh kat kebun badannya penuh darah katanya.Belum sempat berdoa kami pun berkejar mengikorinya. Ayah Ayin sedang berada di subang.Betul kata Ayin,badan Neneknya bermandikan darah. Setelah Makbonda cuci rupanya tedapat 3 lubang di lengan Nenek yang agak besar jugar. Rupa-rupanya Nenek menebang pisang,bile batang pisang seperti mahu merempuhnya dia mengelak lalu jatuh atas pelepah kelepa sawit yang beronak tajam.Masyaallah…… begitu mengerikan.Setelah membalutnya dengan tuala good morning, kami berkejar ke hospital,dan dia menerima beberapa jahitan.


Jumaat, 7 Oktober 2011

Mantan Tok Ketua

Gambar hiasan tiada kena mengena dengan tajuk. Penempatan Felda Linggiu,Kota Tinggi dari Jalan raya
Tok Mantan Ketua Kampung telah bersara dari jawatannya,tugas hariannya sekarang adalah mengambil cucunya pulang dari sekolah dan menghantarnya ke sekolah agama petang.Pagi ayah kepada cucunya yang menghantar begitu juga menjemput dari sekolah agama pada petangnya.Bukan anaknaya yang meminta tetapi dia sendiri yang menawarkan diri. di rumah dia tidak ada apa-apa yang perlu di buat,sekurang-kurangnya semasa dia menjemput cucunya dia dapat masuk perkarangan sekolah,dapat berjumpa ibu bapa lain. Sekurang-kurangnya dia tahu perkembangan sekolah,sekali-kali dapat berbual dengan gur-guru yang sudi meluangkan masa untuknya. Dahulu dialah yang selalu dipanggil oleh pihak sekolah bila ada sebarang aktiviti,tapi sekarang tidak lagi sebab dia telah bersara.

Hari itu dia dapat berpeluang bersembang dengan Cikgu Makbonda yang sedang menampal senarai murid di papan kenyataan sekolah.

 Allahyarham Ayahnya datang dari Pulau Jawa,sehelai sepinggang,datang ke kampong ini membuka penempatan baru.Setelah dapat membuka tanah diapun berkahwin dan beranak pinak sehingga mencapai 2 digit bilangan anaknya. Membuka tanah baru bermakna bekerja dengan tulang 4 kerat. Duduk di kawasan pekebunan, keluar pagi,membawa bekal balik petang. Tiada masa untuk membaca surat khabar,meinum-minum di warong,menonton tv dan bersantai-santai. Seluruh kehidupan hanya untuk kebun disamping menunaikan tanggungjawab rukun islam yang lima.Bapanya jugalah yang merintis pembukaan sekolah rendah di kampung ini. Bila meninggal,anak anak yang berjumlah dua digit tersebut mendapat harta pesaka beberapa bidang tanah setiap orang mengikut  faraid.Kini Mantan Tok Ketua tadi telah punya cucu,dan cucunya adalah genarsi ke lima.

Katanya dulu,masyarakat meletakan orang-orang Jawa adalah golongan yang rajin,dan orang Melayu,(penduduk asal) orang kaya tetapi malas.Mantan tok ketua sendiri beristerikan orang Melayu. Sekarang isterinya telah menyelar Mantan Tok Ketua;

“Huhh dulu kata orang Jawa ni rajin-rajin orang Melayu malas,tapi sekarang sama saja”

Memerah telinga Mantan Tok ketua mendangar sindiran isterinya.Pada mulanya keegoan lelakinya mahu juga mematahkan sindirin isterinya itu tetapi beliau terfikir memang tidak ada salahnya sindiriannya itu.

Apa tidaknya, anak-anaknya sendiri yang telah beranak pinak,bukan reti nak mengembangkan harta,hanya mengharapkan harta pusaka yang diwariskan,yang bersekolah tinggi adalah pekerjaan tetapnya tapi yang tidak tinggallah mengerjakan tanah pusaka.

“Cikgu tengoklah Si Meon bapak anak murid cikgu tu. Dulu datoknya sama-sama dengan bapak saya membuka tanah,sekarang tinggal kat cucunya habis di jual,tinggal sekeping tu dah di pajaknya kat Cina,akhirnya dia ambik upah mengait kelapa sawit kat kebun sendiri.”

“Yalah,itu rezekei masing-masing tok,rezeki tu untuk tok dia bukan untuk dia,dah itu yang tertulis”

“Betullah rezeki masing-masing cikgu tapi kita tengok sendiri cara hidupnya,tak nampak langsung kegigihan usahanya.Kalau pun tak dapat kembangkan janganlah di habiskan. Tak boleh nak berfifkiran jauh.Tak malu ngan orang Indon,orang Banggla yang baru datang. Janganlah marah kalau dia orang lebih kaya,dah dia orang kerja,sapa rajin berusaha dia yang dapat”

“Betulah Tok orang Indon ke orang Banggla ke,dia orang macam nenek moyang kita juga,datang sini cari kelebihan,sekarang dia orang gigihlah,esok tiba kat anak cucunya macam anak-anak kita juga kan tok.”

“Betullah kata cikgu.Zaman berubah,sekarang orang negeri lain datang tempat kita mencari rezeki jadi kaya,anak-anak kita tinggal bermalas-malas, Paling malang yang jadi mayat bergerak pun ramai,tak ada hati manusia,Semuanya jadi kelangkabut,hidup kita pun tak tenteram.”

“Tapi tak semua kan tok,hanya sebahgian,yang lebihnya ramai juga yang berjaya tapi bukan dibidang yang sama dengan ibubapanya”

“Betullah lah tu,Tapi yang saya nak cakap ni tanahnya cikgu,Kadang saya bercakap juga dengan anak-anak,kerja janganlah habiskan duit bermewah-mewah,beli kereta besar-besar,perabut rumah mahal-mahal tapi tak ada tanah.Tanah di beli orang cina dan orang yang baru datang.Yang belajar tinggi tak apalah,habis yang  tak?,melepak kat rumah,kat warung last-last tunggu bantuan rumah PPRT dan mohon asnaf.” ,Bersemangat sekali wajah Tok Mantan Ketua, sambil bercakap adakalanya mata tok ketua memandang jauh dan kosong,kasihan dia.

"Tak mengapalah tok,itulah hukum alam,bangsa,harta itu semua tidak kekal,kalau iman yang di wariskan insyaallah"

 "Cikgu ajar apa ya?"

"Ajar Sains tok"

"Oh ingat ustazah,cikgu,masa ngajar sains tu bolehlah ingatkanlah anak murid,ingatkan asal usul,rasa-rasa mejoriti murid sekolah ni tok nenek dia orang datang merantau ke sini,Cari tempat untuk anak cucu,janganlah malas-malas,nanti orang lain ambik tempat kita. Bapak saya dapat tinggalkan kampung ni kat anak cucu,tak tahulah cucu-cucu saya dapat tinggalkan apa kat anak cucu dia orang.Tok tengok yang kerja kebun sekarang Orang Indon dengan Bangla je"

"Insyaallah tok,nak buka tanah dah habis tanah tok.Sekurang-kurangnya anak cucu dapat tinggalkan ilmu kat anak cucu mereka."

Perbualan diputuskan dengan ketibaan cucu Mantan Tok ketua berlari-lari sambil menyerahkan botol air kepada Toknya.

"Maaf ya cikgu,saya dah tua cakap kadang melalut je......Assalamualaikum"

"Waalaikumussalamwarohmatullahiwabarokatuh......terimakasih Tok"  "Ya terimakasih Allah yang memberi kesempatan menemukan kami" Cikgu Makbonda bermonolog sambil manarik nafas panjang.

Rabu, 5 Oktober 2011

YA RAZZAQ



Kelmarin, sebelum bertolak ke Johor makbonda jenuh juga memerah idea apa yang mahu di bawa untuk buah tangan, lalu teringat pohon magga yang berbuah lebat di belakang setor.

Sudah lima tahun makbonda tanam pohon ini,anak benih di beli di satu pusat jualan anak benih,kata penjual itu namanya MA224. 3tahun berlalu dapatlah kami merasa buahnya setelah beberapa kali kami jaga dan bajai Alhamdulillah,walaupun tidak selebat mana tapi memang cukup memuasakan.Ia tumbuh membesar dengan 3 cabang,satu daripada cabangnya telah di buang semasa pembenaan setor,walaupun ianya mengeluarkan buah yang lebat. Musim kali ini satu daripada dahan telah buah yang agak lebat juga, Alhamdulillah, dahan ketiga yang selama ini belum berbuah telah juga mengeluarkan putik-putik yang bergugus-gugus.
"Wah jika putik yang sebegini banyak bagaimana nanti bila telah matang,tentu tidak mampu dahan ini menampung kesemuanya"Bisik hati makbonda.

Makbonda periksa dari satu gugus ke satu gugus,memilih yang cukup matang untuk di petik. Tiba-tiba Makbondo terlompong,gugus-gugus yang makbonda kata putik tadi telah menguning. Bila Makbonda periksa dari pangkal pokok,buah yang kecil-kecil seperti putik itu adalah dari satu cabang yang sama. Subhanallah......rupa-rupanya ia adalah mangga padi atau telur. Sekarang dari sebatang pokok mangga tersebut kami dapat dua spesis iatu MA224  dan pelam padi atau pelam telur.Kedua-duanya punya keistimewaan yang tersendiri,sangat manis dan menggiurkan.
Mahasucinya Allah yang yang memberikan Makbonda petunjuk tentang kebijaksanaan,dan kekuasaan NYA.
  Petang semalam  baru sempat Makbonda tunjuk pada suami  dan sempat menfotokannya,

Dua dahan yang bercabang


Sebelah kiri pelam telur(padi)
Sebelah kanan MA224


Isnin, 3 Oktober 2011

Jalan-jalan mencari ukhuwah

Masih cerita bakal Haji. Pagi Sabtu semalam Makbonda suami dan 3 orang anak membelah lebuh raya utara selatan menuju Pasir Gudang semata-mata mahu memeberi penghormatan pada Mak Usu dan PakUsu yang akan berangkat ke Tanah Suci musim ini.  Sengaja kami memilih jalan  Keluang Kota Tinggi kerana memang kami jarang menjejaki  Keluang , tidak ada saudara mara terdekat tinggal di situ.Semua bandar seluruh Negeri Johor telah kemi jelajahi semata-mata menjejaki saudara mara yang tinggal di sana.

Mak Usu adalah adik bapak yang bungsu, kedua-dua suami isteri adalah kakitangan MSE(Malasian Shipyard Engineering )di Pasir Gudang .Kebetulan mereka membuat sedikit khenduri sempena keberangkatan . Disamping itu Makbonda adalah utusan mewakili bapak untuk menyampaikan sedikit sumbangan mereka pada adik bungsunya. Bapak sudah tidak mampu untuk perjalanan yang jauh itu. Gembira rasanya bertemu sanak saudara yang ada setengahnya bertahun-tahun tidak ketemu. Yang kecil telah menjadi besar,yang besar telah bertambah dewasa,yang dewasa telah nampak keuzurannya.

Kedua-dua Pak Usu dan Makusu adalah sepasang suami isteri yang sangat menyantuni anak-anak saudara.  Jadi tidak hairanlah semasa majlis kenduri tersebut anak-anak saudara yang hadhir masing-masing membawa sumbangan,menu khenduri yang pada asalnya begitu ringkas telah menjadi pelbagai juadah. ala ala potluck gitu. Pada asalnya Makbonda rasa mahu makan yang ringan-ringan sahaja kerana kami telah menikmati makan tengahari di Bandar Tenggara dengan begitu kenyang sekali,tapi nafsu sangat tergoda mahu menjamah sambal goreng Johor dan sambal tumis udang,air tangan Mak Usu yang memang sangat dirindui. Setelah kenyang baru Makbonda terpandang satu juadah berbungkus daun pisang. Mereka kata namanya "botok". Entah siapa yang membawanya,beria-ia mereka menyuakan untuk dijamah,tapi apakan daya,kupayaan sangat terhad. Selepas Magrib seminta diri,Sedih di hati berpisah dengan mereka. Semoga Mak Usu dan Pak Usu mendapat haji yang Mabrur. Bagai tahu membaca rasa hati anak saudaranya,Mak Usu membekalkan beberapa bungkus botok tersebut untuk di bawa pulang. Sebenarnya malam itu Makbonda  menginap di quarters puteri  pertama makbonda. Sebelum itu berkunjung dahulu ke rumah seorang sepupu  iaitu anak pak Long di Taman Instek yang agak lama tidak ketemu. sejak dia punya 2 orang anak sehinggalah telah enam putera-puterinya.

Ya malam itu makbonda menginap Quarters penginapan anakanda di Felda Linggiu,Kota Tinggi,....itulah pertama kali menginap dirumah anak sendiri,kebetulan 2 orang rakan serumahnya pulang ke kampung.Begitu damai rasanya,tinggal di kawasan hujung-hujung kaki sisa banjaran Titiwangsa itu. Dingin dan sunyi tapi malamnya beberapa kali dikejutkan petir yang berdentam dentum.

Di rumah itu kami membuka bungkusan botok tadi.Baginilah rupanya.





ketulan ikan tenggiri yang disaduri rempah lalu di balut dengan beberapa jenis daun,yang dapat Makbonda kesan ialah pucuk ubi,pucuk kaduk,pucuk gajus,pucuk kentut-kentut dan beberapa macam lagi yang makbonda tidak kenal pasti. Yang pastinya semua daun daun tersebut punya nilai khasiat tersendiri.Kemudian kesemuanya dibungkus dengan daun pisang dan dikukus.Paginya baru makbonda dapat merasai menu tersebut. Alhamdulillah...nyum nyum..sangat kena pada citarasa makbonda,bila makbonda goggle resepi tersebut di sini. Insyaallah akan di cuba bila ada kesempatan.

Pagi ahad kami memulakan perjalanan pulang. Singgah di Sg Merab Bangi dan Gombak. Menempuh kesesakan di MMR 2 dan Kuala Selangor- Sabak Bernam yang amat teruk sekali. Alhamdulillah Tiba di rumah masih dalam waktu Magrib lagi.


Catatan Popular