Sudah agak lama juga makbonda tidak menjengok ke sini. Masa diperuntukan untuk menolong sesaorang. Beliau Ketua kampung di sini .Namanya di calonkan untuk memenangi anugerah Ketua Kampung terbaik Negeri Selangor. Dari 79orang ketua kampung di daerah Sabak Bernam namanya tersenarai dalam 9 terbaik. Kali ini panel dari Pejabat daerah datang untuk menilainya mewakili daerah Sabak Bernam,maka datanglah satu rombongan termasuk DO,ADO,penghulu-penghulu,pegawai-pegawai lain yang 9 orang jumlah kesemuanya.Tidak adalah tenaga sasa yang boleh Makbonda sumbangkan hanyalah menyediakan slide presentation untuk membantunya semasa beliau mempersembahkan kampungnya ke hadapan juri-juri. Kemudiakan membenakannya persembahan video koprat untuk memaparkan aktivit kampung. Masa di peruntukan agak singkat dan perlukan tumpuan.Kesan dari itu selepas selesai semuanya berlakulah keskitan di sana-sani. Mata berpinar-pinar,jadi cuba menjauhi skrin komputer. Maklumlah dengan usia yang telah jauh, stamina agak mengurang. Tulang rusuk sebelah kiri mengalami keskitan yang teramat terutama bila mahu mengubah kedudukan badan.Paling seksa bila mahu ruku' tetapi boleh bersujud.Orang sekeliling semua mengesyorkan Makbonda pergi kelinik atau makan panadol.Tapi Makbonda rasa boleh bertahan.
Dari hari Rabu sehingga jumaat malam,kesakitan tidak berkurangan. Bila dalam keadaan berbaring denyutan kesakitan seirama dengan denyutan jantung. Mula lah Makbonda mencari artikal dan buku tentang mati .Itulah dia nikmat penyakit. bila mendapat penyakit kita akan ingat mati.Terimakasih Allah kerana memberi kan aku nikmat sakit. Bila Putri sulung Makbonda balik sempena bercuti depavali,dia beria-ia mengesyorkan makbonda ke hospital,sebab kesakitan tersebut dibahagian sebelah kiri,dan ada kait mengait dengan kedudukan jantung. Pagi Sabtu baru jumpa doktor.Keputusan dignostik aliran darah,kandungdungan darah,jantung semua Ok.
"Puan pernah angkat benda berat ke."Tanya adik doktor
"Biasalah doc,e,mak-emak katakan,angkat tong gas,angkat kerusi nak menyapu,angkat pasu," Makbonda menjawab sambil tersekat-sekat menahan sakit.
"Ya tak ya jugak kan. Puan ini sebanrnya bukan kes jantung,puan sakit sejak hari Rabu,sampai sekarang masih ok,cuma sakit je,kalau jantung dua tiga minit dah habis,Puan ni tercedera muscle ni,kena makan ubat tahan sakit dan berehat,jangan angkat benda berat."
Tercedera muscle? lebih kurang terseliulah tu,dan ubat paling mujarab ialah urut,ubat tahan sakit hanya kehilangan rasa sakit yang seketika. Tukang urut Makbonda ialah Mak Mertua.Makbonda mendapat sentuhan urutpun bermula dari beliau.Orang yang pernah merasai urutanya kata kesakitannya tidak ada tolok bandingnya.Tapi hasilnya tidak menghampakan. Bila Makbonda cuba beralih kepada tukang urut lain terbuktilah apa yang orang kata.Tapi sekarang beliau telah agak kurang bertenaga atas kelanjutan usianya,kakinya sudah tidak mampu menampung tubuhnya untuk berjalan,anak-anak sudah tidak menggalakannya menerima banyak-banyak pengunjung hanya keluarga terdekat sahaja,tapi yang pernah merasa sentuhannya tetap akan mencarinya.
Alhamdulillah,kesakitannya telah mula menghilang,kedudukan musclenya telah pulih.Semoga ianya adalah satu kafarah.
Di bawah, Makbonda mahu kongsikan video koprat yang dihasilkan,tidaklah sebagus mana kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.Dan keputusan juri beliau mendapat tempat kedua dengan perbezaan satu mata.Walaupun bukanya pertama,cukuplah bahawa tidaklah jauh di belakang,Makbondapun belum mampu manjauhi virus riak dan ujub.Mahu uploudkan juga memakan masa ,sehinggakan makbonda dapat selesai membasuh menggunakan mesin separa outo sehingga siap menyidai.
Mugo endang mari yo mbak yu! Arek ngendangi urong diparengi...temu royo kaji yo!
BalasPadamSalam makbonda, saya juga pernah alami sakit yang sama lepas ligat membuat kerja rumah. Dalam ertikata lain pergerakan tangan kiri saya yang agak lasak dan terover. Saya sangka saya sakit jantung. Berhari-hari saya risau dan jawapan yg saya dapat dari doktor sama jer...muscle problem. Sejak tu saya cuba buat kerja yang sama tapi dengan gerakan yang lebih sopan dan sistematik. Macam nak angkat barang berat atau mengemop lantai...buat gaya berirama gitu...Kalau orang yang kidal pulak kena hati-hati jika kerap guna mouse pc...jangan over hingga sakit muscle kat dada. Alhamdulillah tak kena sakit jantungkan...saya doakan mak bonda sentiasa sihat dan dalam perlindungan Allah swt.
BalasPadamWes kebah sitik kok,berkat sentuhan morotuwone....ok royo kaji arek nggawe opo yo?
BalasPadamSalam kembali Kak Long,
BalasPadamBetullah Kak Long,apa juga kerja kena sistematik,disiplin,sopan,istiqomah. Kadang tu lupa diri,mentang-mentang tengah sihat lalu segalanya dilakukan dengan sembrono. Itulah dia nikmat sakit,kembalikan kita kepangkal jalan.
Alhamdulillah....kedudukan garisan graf dalam skrin pengesan denyutan jantung masih cantik.Terimakasih kerana mendoakan,Hanya Allah yang layak menilaikannya.
Alhamdulillah.. tahniah ketua kampung dpt tempat ke-2.. wah.. bestnya ketua kampung dpt sokongan ahli kariah.. siap dgn slide presentation lagi.. hihihi..
BalasPadamMoga diberi Allah kesembuhan dan kesihatan utk terus beribadah kepadaNya.. Ameen.
Nasib baik tidak Johan kan Tiny,kalau tak tentu banyak lagi kerja kena buat.
BalasPadamYa,sudah beransur sembuh,Tiny juga jaga kesihatan untuk diri sendri dan orang dalam,jaga pemakanan,seringlah kunjungi http://sususejat.com/, Insyaallah banyak ilmu tau.