DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 3 Oktober 2011

Jalan-jalan mencari ukhuwah

Masih cerita bakal Haji. Pagi Sabtu semalam Makbonda suami dan 3 orang anak membelah lebuh raya utara selatan menuju Pasir Gudang semata-mata mahu memeberi penghormatan pada Mak Usu dan PakUsu yang akan berangkat ke Tanah Suci musim ini.  Sengaja kami memilih jalan  Keluang Kota Tinggi kerana memang kami jarang menjejaki  Keluang , tidak ada saudara mara terdekat tinggal di situ.Semua bandar seluruh Negeri Johor telah kemi jelajahi semata-mata menjejaki saudara mara yang tinggal di sana.

Mak Usu adalah adik bapak yang bungsu, kedua-dua suami isteri adalah kakitangan MSE(Malasian Shipyard Engineering )di Pasir Gudang .Kebetulan mereka membuat sedikit khenduri sempena keberangkatan . Disamping itu Makbonda adalah utusan mewakili bapak untuk menyampaikan sedikit sumbangan mereka pada adik bungsunya. Bapak sudah tidak mampu untuk perjalanan yang jauh itu. Gembira rasanya bertemu sanak saudara yang ada setengahnya bertahun-tahun tidak ketemu. Yang kecil telah menjadi besar,yang besar telah bertambah dewasa,yang dewasa telah nampak keuzurannya.

Kedua-dua Pak Usu dan Makusu adalah sepasang suami isteri yang sangat menyantuni anak-anak saudara.  Jadi tidak hairanlah semasa majlis kenduri tersebut anak-anak saudara yang hadhir masing-masing membawa sumbangan,menu khenduri yang pada asalnya begitu ringkas telah menjadi pelbagai juadah. ala ala potluck gitu. Pada asalnya Makbonda rasa mahu makan yang ringan-ringan sahaja kerana kami telah menikmati makan tengahari di Bandar Tenggara dengan begitu kenyang sekali,tapi nafsu sangat tergoda mahu menjamah sambal goreng Johor dan sambal tumis udang,air tangan Mak Usu yang memang sangat dirindui. Setelah kenyang baru Makbonda terpandang satu juadah berbungkus daun pisang. Mereka kata namanya "botok". Entah siapa yang membawanya,beria-ia mereka menyuakan untuk dijamah,tapi apakan daya,kupayaan sangat terhad. Selepas Magrib seminta diri,Sedih di hati berpisah dengan mereka. Semoga Mak Usu dan Pak Usu mendapat haji yang Mabrur. Bagai tahu membaca rasa hati anak saudaranya,Mak Usu membekalkan beberapa bungkus botok tersebut untuk di bawa pulang. Sebenarnya malam itu Makbonda  menginap di quarters puteri  pertama makbonda. Sebelum itu berkunjung dahulu ke rumah seorang sepupu  iaitu anak pak Long di Taman Instek yang agak lama tidak ketemu. sejak dia punya 2 orang anak sehinggalah telah enam putera-puterinya.

Ya malam itu makbonda menginap Quarters penginapan anakanda di Felda Linggiu,Kota Tinggi,....itulah pertama kali menginap dirumah anak sendiri,kebetulan 2 orang rakan serumahnya pulang ke kampung.Begitu damai rasanya,tinggal di kawasan hujung-hujung kaki sisa banjaran Titiwangsa itu. Dingin dan sunyi tapi malamnya beberapa kali dikejutkan petir yang berdentam dentum.

Di rumah itu kami membuka bungkusan botok tadi.Baginilah rupanya.





ketulan ikan tenggiri yang disaduri rempah lalu di balut dengan beberapa jenis daun,yang dapat Makbonda kesan ialah pucuk ubi,pucuk kaduk,pucuk gajus,pucuk kentut-kentut dan beberapa macam lagi yang makbonda tidak kenal pasti. Yang pastinya semua daun daun tersebut punya nilai khasiat tersendiri.Kemudian kesemuanya dibungkus dengan daun pisang dan dikukus.Paginya baru makbonda dapat merasai menu tersebut. Alhamdulillah...nyum nyum..sangat kena pada citarasa makbonda,bila makbonda goggle resepi tersebut di sini. Insyaallah akan di cuba bila ada kesempatan.

Pagi ahad kami memulakan perjalanan pulang. Singgah di Sg Merab Bangi dan Gombak. Menempuh kesesakan di MMR 2 dan Kuala Selangor- Sabak Bernam yang amat teruk sekali. Alhamdulillah Tiba di rumah masih dalam waktu Magrib lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular