DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 30 September 2011

الحجاج.


Pertama kali Makbonda mengalami suasana menghantar Jemaah haji adalah tahun 1969. Embah Lanang dan Embah Wedok(sebelah bapak) serta Paklong menaiki Kapal Bunga Raya dari Pelabuhan Singapura,dan kami menunggu di Pelabuhan Kelang. Bapak menyewa satu kereta untuk kami sekeluarga. Manusia melaut ramainya,itulah pertama kali makbonda berada dalam suasana yang begitu ramai manusia,sudah pasti dengan tujuan yang sama iaitu menghantar saudara mara pergi menunaikan haji. Kami tidak dapat bertemu mereka dari dekat hanya melihat dari bawah,hanya bapak yang dibenarkan menaiki kapal  bertemu mereka. Kapal itu terlalu besar,mereka berada di atas dek,hanya lambai melambai. Nampak Embah menitiskan air mata,ialah sudah lama kami tidak bertemu,kemudia beliau mencampakkan gulungan wang kertas kepada kami.

Kali kedua 1978 menghantar Bapak dan Embah(sebelah emak). Kami menaiki bas yang disewa oleh Embah dan Besan-besannyanya. 6 orang yang pergi haji tapi  1 bas penuh yang menghantar. Ketika itu di Lapangan Terbang Subang. Semasa para Bakal Jemaah menaiki tangga kapal terbang kami dapat melihatnya dari anjung tinjau. Boleh lambai-lambai tangan sekali.

Kemudian para penghantar Jemaah haji tidak perlu ke lapangan terbang,memadai ke Komplek Haji di Kelana Jaya. Jemaah haji akan di bawa menaiki bas khas, penghantar boleh pulang setelah Jemaah haji mendaftar di Komplek tersebut.Tapi makbonda tidak pernah mendapat peluang untuk menghantar sehinggalah Makbonda pergi sendiri tahun 1996.Pada ketika itu tidak banyak khemah yang di dirikan,Jemaah dan penghantarnya hanya berlindung di kaki lima. Tiba-tiba hujan dengan lebatnya,habis tempias dan semua yang ada habis kebasahan.Tahun demi tahun telah ada beberapa pembaikan. Banyak khemah=khemah yang di dirikan guna untuk menampung penghantar yang begitu ramai bilangannya itu. Bayangkan 2 orang jemaah yang pergi dihantar oleh 3 buah kereta atau lebih,mungkin ada yang menaiki bas. Mana boleh di tahan-tahan dengan mengadakan kempen agar mengurangkan penghantar.Mereka menghantar semata-mata atas silaturrahim,siapalahyang mahu bersusah payah datang jauh-jauh di tempat sesak yang tidak menyelesakan itu,bukan ada pulangan material pun tapi semuany adalah atas semangat silaturrahim dan kasih persaudaraan.

melaut manusia
menunggu giliran



bagasi
makan pil mabuk



Semalam Makbonda menghantar kakak ipar melaui KT03.Hanya 2 orang yang pergi tapi yang menghantar 3 kereta,belum lagi saudara mara yang tinggal di Lembah Kelang atau yang tidak sempat mengucapkan selmat semasa di kampung. Inilah kesempatan untk bertemu . Salah seorang dari mereka yang datang ialah alah-alah Datin Wanabi yang tinggal di tempat yang hujungnya 'Jaya' juga.
"Inilah firstime i masuk sini tau....ya rabbi sesaknya......boleh they all datang ramai-ramai tempat sesak macam ni"
"Habis masa your's family pergi macamna?"
"We all jumpa kat rumah je,cukuplah buat apa nak hantar sampai sini."
"Ya lah,kami orang kampung,jarang ada yang nak pergi jauh,sekali-kali ada orang pergi dapatlakeluar ,ada yang satu bas sekali hantar:"

Tidak lama kemudian tiba waktu magrib,cepat-cepat dia mengajak suami meminta diri keluar,mereka mahu solat di masjid luar,banyak bertaburan di kawasan yang hujungnya Jaya.Lebih lapang dan selesa katanya.

Makbonda mengajak orang yang dihantar untuk segera menunaikan waktu maghrib,pada mulanya dia keberatan,tunggu dulu orang lain habis solat dulu.Orang lain berbaris menungg giliran mengambil wudhuk, kalau kita tidak merebut peluang berbaris tentu tidak dapat,ini adalah pra musafir kita di tanah suci,disana nanti berbaris begini adalah menjadi lumrah,jadi kena mulakan, begitu juga dengan semasa bersolat,tempat solat penuh sesak,boleh sahaja bentang sejadah di mana-mana.Ketika inilah paling sesui untuk kitamembuat perubahan agar bersikap menyegerakan solat.

Musolla yang disediakan rasanya tidak dapat  menampung bilangan jemaah dan penghatarnya jika semuanya menunaikan solat ,Jadi masih ramai diluar sana tidakpun masuk dalam musolla ini,dan mungkin juga mereka jamak Tak'khir atau jamak Taayah.

Pada ketika itu mulalah makbonda beimegenasi,alangkah indahnya kalau  pihak Tabung haji  membawa suasana di Kota Makkah dan Madinah ke perkarang komplek tabung haji ini. Semasa masuk maktu elok di kuatkan suara azan seperti di sana,sebab di sini makbonda sendiri tidak sedar bila masuk waktu. Kemudian di bentangkan sejadah di khemah-khemah agar semua para pengunjung dapat turut serta dalam Jemaah maghrib sambil suara dari Imam di kuatkan agar semua para makmum dapat mendengar.Bukanlah  khemah-khemah itu hanya digunakan untuk membuka bekalan sambil berkelah-kelah sahaja.Sekurang-kurangnya mereka yang berjamak ta'yah akan segan semilau sedikit.

Nanti dalam sepanjang musafir di tanah suci adakalanya pemandu bas memberhentikan perjalanan apabila masuk waktu solat,dan musolla nya bukan secantik di sini,kadang dalamnya penuh pasir,dengan air untuk berwudhuk terlalu terhad. Pemandunya pun hanya bertayammum guna habuk yang melekat di dinding bas. Menurut Bapak pernah satu ketika dia dengar pemandu bas merungut'
"Orang Malyasia datang jauh-jauh mahu menunaikan haji tapi mengabaikan rukun yang lebih penting iaitu solat lima waktu."

Situasi aman dan selesa tidak menentukan solat kita diterima,mungkin dalam suasana kacaubilau atau sedang diacukan muncung senapang ke tubuh kita.solat lebih khusuk  dan penuh rasa penyerahan diri pada Allah,dibanding semasa di karpet gebu dan bilik berhawa dingin.




2 ulasan:

  1. Alhamdulillah...dah selamat berangkat dah. Moga mendapat Haji Yang MAbrur...



    ***Rindu dengan urutan embah yang makan pil mabuk tu! Menahan cengkaman kuat tangannya di seluruh tubuh, sambil menikmati cerita-ceritanya.....:D

    BalasPadam
  2. ckLah.
    Ameen....

    Eh itu anaknyalah,yang telah berlepas ke Tanah Suci. Embah itu telah tidak mampu ke tempat yang sesak begitu.

    BalasPadam

Catatan Popular