DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 27 September 2011

Pemburu

Megat Zainal Abidin memang pencinta wanita,sebab dia amat gemar dan licik memburu wanita,bukan untuk apa-apa "Saja suka-suka" katanya.Para wanita ramai juga yang respons bukan atas kekacakannya tapi atas melangkolik ayat yang ditaburnya.
sejak bujang hinggalah kini

Ingatkan bila talah berkahwin dan dapat isteri yang cantik dan baik seperti Siti Nor Rabiatul Adawiah,penyakit pemburu cintanya sudah sembuh rupanya sel-selnya aktive kembali bila dia telah di naikan pangkat dan berjauhan dengan isterinya.Tambah sekarang bertambahnya wadah-wadah atau bekas-bekas yang cukup ramuan untuk kelicinan senjata perburuannya. SMS,face book,twitter dan berbagai wadah lagi.

Beberapa ketika telah berkocak bahtera rumahtangganya apabila Siti Nor Rabiatul Adawiah menjumpai sesuatu yang mencurigakan di kotak mesej yang lupa di logoutkan oleh Megat Zainal Abidin atu di kotak meseg handphonenya .Setelah berkali-kali menafikannya dan meyakinkan Siti Nor Rabiatul Adawiah itu semua hanyalah suka-suka,maka gelora yang melanda tenang kembali. Pada suat hari virus syakwasangka Siti Nor Rabiatul Adawiah menyubur kembali sebab beliau telah terjumpa nombor akau sim baru  Megat Zainal Abidin. Kali ini Siti Nor Rabiatul Adawiah mahu bertindak dengan tenang dan waras sebab jika tersilap semua orang akan mengecapnya sebagai isteri yang cemburu buta dan mengontrol suami.
Mula mula dia membeli nombor sim baru dan membuka akaun facebook baru.Dia tidak perlu mengubah solekan muka atau memakai rambut palsu untuk menyamar,atau mengupah penyiasat persendirian. Sebab dia sudah arif dengan kelemahan Megat Zainal Abidin iaiatu pencinta wanita.Ya dia telah menyamar hanya melalui sim kad dan akaun fb baru. dan manamakan dirinya sebagai Puteri Nor Dayana .Disebabkan dia bukan lagi gadis mentah tapi telah berpengalaman menjadi seorang isteri jadi tidaklah menjadi dosa bila menggoda suami maka langkah yang diaturnya begitu rapi sekali. dengan ayat ayat cinta yang  bisa meruntuhkan jiwa,Megat Zainal Abidin Si  pencinta wanita itu tidak menghidu bahawa wanita yang dilayani selama ini ialah isterinya Siti Nor Rabiatul Adawiah.
Ya dia telah bercinta lagi,cinta yang paling hangat dalam gelap.Baginya percintaan kali ini amat serasi seperti semasa dia bercinta dengan isterinya dahulu.Dalam pada itu sempat juga dia memburuk-burukkan isterinya dan mengaku biasa melakukan perlakuan-perlakuan menghampir zina dengan pasangan-pasangan sebelum ini. Siti Nor Rabiatul Adawiah pula meneruskan peranannya sambil mengumpulkan bukti melalui hardcopy yang berlembar-lembar. sebagai avidenc.
Sampai ketikanya apabila paras nafsunyasemakin melonjak dengan beraniny Megat Zainal Abidin bersedia untuk mengatur pertemuan dua mata. Tampat dan masa telah di persetujui bersama.
Sambil itu juga Siti Nor Rabiatul Adawiah terus menghubungi dan bertanya perkembangan semasa . Hatinya semakin sakit melihat gelagat sumainya yang menukar-nukar dirinya seperti sesumpah itu,sekejab hijau sekejab kelabu.

Hari yang diaturkan telah tiba,Siti Nor Rabiatul Adawiah memandu sendiri dalam perjalanan sejauh 200km itu meninggalkan anak-anak dengan ibu mertua yang selama ini di layan bagai ibu sendiri.Dia nekad. sekejap bersms menjadi Siti Nor Rabiatul Adawiah sekajab menjadi Puteri Nor Dayana.
 Apabila semuanya terbongkar,Megat Zainal Abidi merayu pada Siti Nor Rabiatul Adawiaha untuk memberinya peluang sekali .Apalagi bila Siti Nor Rabiatul Adawiah mencabarnya.
"Baiklah kalau abang rasa nak cari isteri lagi,sila bawak balik rumah dan tinggal bersama emak,dan menjaga emak lebih sempurna dari saya"
Megat Zainal Abidin hampir mahau  bersedia untuk sujud di hadapan Siti Nor Rabiatul Adawiah. lantas Siti Nor Rabiatul Adawiah berkata
"Syorga bukan di tapak kaki isteri tapi di bawah tapak kaki ibu,kalau benar-benar mahu pulang ke pangkal sila berbuat begitu pada ibu abang dan ceritakan segala-galanya yang terjadi,dihadapan saya."
Wah begitu nekad tindakan Siti Nor Rabiatul Adawiah.Kini bahtera mereka tenang kembali...... Walaubagaimanapun Siti Nor Rabiatul Adawiah sentiasa berwaspada,,,bukan apa,dia tidak mahu suaminya tercebur ke lembah perzinaan.




6 ulasan:

  1. Dear Makbonda. Kes ini memang biasa juga. Saya semasa berkerja dahulu telah mengambil tindakan tatatertib pada seorang guru wanita (Islam) yang diluluskan untuk mengikuti ijazah lanjutan di UK tetapi beperangai memikat hati lelaki lain seperti cerita di atsa, lebih kurang. Suaminya menyamar. Kemudian suaminya membuat laporaqn rasmi untuk memberhentikan isterinya dan mengarahnya pulang. Guru wanita itu diminta menunjuk sebab mengapa tindakan tatatertib tidak patut diambil ke atasnya.....Cerita seterusnya dalam fail.

    BalasPadam
  2. Sedihkan bila kes sebegini adalah amat "BIASA" di kalangan masyarakat kita..

    Sepatutnya perkara ini menjadi sgt MEMALUKAN dan MENJIJIKKAN tetapi berubah menjadi "ADATLA TU, ORG SEKARANG!!"..

    Laki orang ke, bini orang ke.. skrg ni dah SAMA NAIK.. SAMA2 GEDIK!!..

    Dahtu macam mana nk didik generasi, kalau mak bapak pon sedemikian laku?!.. Nak tarbiyah anak tapi diri sendiri iman berterabur!. huhuhuhu...

    Allahu Akhbar.. semoga dijauhkan Allah dugaan dan bencana sedemikian. Ameen.

    BalasPadam
  3. Salam makbonda,
    tak terasa dah akhir syawal. salam aidilfitri makbonda.

    Kesian isterinya tu. Nafsu suami, macam manala nak ikat, huhu. apatah lg dok berjauhan.. Moga rabiatul adawiah tabah mnghadapi saat menyakitkn itu. Doakan selalu supaya iman suami mnjadi benteng walau berada di mana pun. Cinta itu sentiasa teruji, tapi iman yg sntiasa mnjaga.


    Ya, internet ini banyak hiburan dr yg nak cari pengetahuan. Kerana itu apa yg boleh dielakkan, elaklah. Terutama bila saya lihat gambar wanita2 yg suka menayang gambar yg comel2 dan pelbagai gaya kat internet tu, waspadalah. takut menarik lelaki yg jahat, dan bernafsu padanya.

    BalasPadam
  4. Ya Puan,

    Berbuat jahat itu tidak mengira lelaki atau perempuan,suami atau isteri.Semamangnya syurga dan neraka itu untuk semua.Semuanya yang terjadi adalah sebagai ujian bagi isteri atau suami kerana untuk menjadi soleh tidak semstinya mempunyai pasangan yang soleh,lihat sahaja mashitah isteri firaun yang telah dijanjikan Syurga.

    BalasPadam
  5. Salam kembali Tiny,

    Itulah namanya zaman fitnah.Pasangan yang terdakwa pun di promosikan di merata media.

    Tanpa kita sedari bahawa perkara-perkara tersebut adalah satu bencana.

    Semoga kita sentiasa dalam golongan yang selamat.

    BalasPadam
  6. Selamat idulfitri juga untuk indah.Semoga segala amalan diterima.

    Ujian turun dengan berbagai-bagai bentuk,selalu di turunkan pada yang mampu untuk menaikan mqamnya,sebab Allah Maha Tahu.

    Internet adalah antara nikmat Allah,akan sangat bermunafaat jika betul cara menggunakannya.Jika salah tunggu sahajalah kebinasaannya.

    BalasPadam

Catatan Popular