DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 29 September 2011

عيد ميلاد سعيد لأخي

Masa muda-muda dulu,waktu bapak mula buka tanah,bapak berbual kosong dengan teman seperjuangannya Pak Pangat dan beberapa  lainnya.Berangan-angan mahu pergi haji. Bapak kata
"Agaknya aku dapat pergi bila ada janda kaya tanggung akulah"
"Ha ha ha" Semuanya ketawa.

Ketika usia bapak mencecah 45 tahun,apa yang bapak guraukan telah menjadi kenyataan.

Semua adalah aturan Allah. Embah(emak mertua bapak) telah mendapat hidayah dengan tiba-tiba mahu menunaikan rukun Islam ke lima,tapi masaalahnya tiada siapa yang sanggup menjadi muhrimnya. Semua anak-anak lelaki punya masaalah peribadi masing-masing. Bapak sambil berguarau
"Apalah,ajak pergi haji tak mahu,kalau aku bagi percuma nak aje,nak tunggu kebun berhasil entah bila"
Rupa-rupanya gurauan bapak di ambil kira oleh ipar-ipar lelakinya,dan mereka semua menuding jari pada bapak.Atas persetujuan semua bapaklah yang akan menjadi muhrim kepada embah ke Tanah suci Makkah pada musim haji Zulhijjah 1398.Pada masa itu bapak dan emah telah punya 8 orang anak. Segalanya telah diatur oleh Maha Penciptanya. Tiba-tiba emak didapati mengandung,jika di kira-kira emak akan bersalin pada  sebelum atau  selepas berangkatan bapak ke tanah suci. Siang malam bapak berdoa agar emak selamat melahirkan sebelum keberangkatan bapak. Bukan bapak sahaja tapi semua ipar-ipar dan jiran tetangga. Sehinggakan satu-satunya abang bapak di Johor,Paklong kepada anak-anak bapak telah sepakat dengan isterinya untuk meminta agar bayi yang dilahirkan nanti diserahkan padanya untuk dipelihara,atas sebab tingginya simpati mereka.

Segala doa yang dipohon hamba-hambanya telah di perkenankan Allah SWT.Bebrapa hari sebelum keberangkatan bapak iaitu pada 29/9/1978  = 26/Syawal/1398 emak telah melahirkan,seorang bayi comel yang manis sitampok manggis,berambut kerinting dan bersuara nyaring.Pak Long suami isteri berkejar datang siap dengan kain batik lepas guna untuk menggendung anak buahnya yang lahir dengan penuh kerahmatan dan keberkatan  itu.Tetapi mereka pulang dengan kehampaan. Emak kata;
"Minta maaflah Long dangan kak Leha,sudahlah aku ditinggal pergi,ni anaknya pula nak di ambik,nanti gila meroyan aku."Pak Long suami isteri pun akur dengan keputusan Emak.

Emak ditinggalkan bapak untuk menemani Embah menunaikan haji dalam keadaan masih di dalam pantang. Pada ketika itu kakak tinggal diasrama,sedang menghadapi saat-saat SPM yang bakal menjelang.Jadi kakak tidak dapat tolong emak,tapi dirumah ada adik-adik yang masih bersekolah rendah ada tolong emak.
Hari demi hari bayi manis si tampuk manggis,rambut kerinting tadi   semakin membesar ,kakak dapat jaga dia bila cuti sekolah.Semasa kecilnya dia sangat anti sosial,tidak pandai campur orang,jangan ada orang datang usik mainannya,keluar otot-otot di lehernya dek kerana tekanan suara lantangnya,dan mukanya akan ditarik sekuat-kuatnya.
Pada ibu-ibu yang punya anak-anak seperti itu janganlah gundah gulana,tidak mengapa,nanti bila besar berubahlah dia. Sebagai buktinya budak kecik manis si tampuk manggis ini telah berubah sama sekali bila dia dewasa,insan yang sangat bermandiri dalam hidupnya. Inilah adik kakak yang ke sembilan yang lahir pada tarikh masihi hari ini. telah menjadi sedewasa ini,punya 3 orang anak hasil perkongsian dengan isterinya yang comel dan sentiasa terukir senyuman di wajahnya,tabah menjaga anak-anaknya,sama seperti ibu mertuanya, sebab suaminya sering meninggalkannya keseluruh pelusuk benua.

 
 Masa 3 tahun,sangat sukar difoto,wajahnya sentiasa disembunyikan ke badan emak.
Wah! panjangnya kaki dia,semoga dia bertambah kaya dan dapat membawa kakaknya sekali apabila berjalan.

 Seorang bapa yang sangat mithali.



Eeleh, macam YB kena temuramah,tapi sayang tak tengok rancangannya ke udara
 Kan macam YB betul!

Semoga Adik kakak ini sentiasa hidup dalam keberkatan dan kerahmatan,tabah menghadapi apa jua ranjau kehidupan,punya suasana keluarga yang penuh kebahagiaan di dunia dan akhirat.Sentiasa didalam naungan Taufik dan Hidyah Allah.Memunafaatkan usia yang tinggal dengan penuh hikmah.

4 ulasan:

  1. Heheh.. terima kasih Kak.. Semoga Taufik & Hidayah-NYA kepada kita semua sentiasa mengalir tanpa henti ........

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...
    Selamat ulang tahun juga buat adik makbonda itu...




    ***Dari kakaknya yang saat bayi itu lahir ke dunia, sedang berhati-hati menuang air garam ke dalam bancuhan tepung untuk membuat lempeng, sarapan pagi buat adik-adiknya......kerana ibunya sedang berjuang melahirkan adiknya yang ini. Kerana terkejut dengan suaranya yang nyaring, akhirnya lempeng yang terhasil, kemasinan.....hehehe.


    Memang sedih woooooo, menjaga emak dalam pantang sebagai anak sulung (di rumah) masa tu. Baru darjah lima. Asal ada kapal terbang lalu, mesti lari belakang rumah, nangisss...


    "Bapak balekkkkk....mimik susuuuuu!"

    BalasPadam
  3. kamilz

    Ameen......Semoga kita masih bersama di alam sana nanti.

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam warohmatullah

    ckLah

    he he he.....dapat juga rasa kan.

    Dalam 10 orang tu hanya 4 orang yang kakak dengar tangisan pertamanya...Yang lainnya Long sudah semestinya tak,kakak sendiri,Abi Hassan(belum ingat)Abu Shafiq(masa sekolah)Umi Hana(dah masuk asrama,juga budak yang dalam entry ni(duduk asrama)

    Subhanallah.....

    BalasPadam

Catatan Popular