DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 25 November 2011

Kifarah

Beberapa bulan yang lalu,usai Zuhur di surau kolej Aiman,sewaktu mengunjunginya untuk menghantar surat perjanjiannya yang telah lengkap diisi,Makbonda  letakan beg telekung dan handbag di sinki lalu membetulkan tudung melalui imej pantulan cahaya dari permukaan cermin. Sekonyang-konyang pandangan tertumpu pada tabung surau yang diperbuat daripada bekas tin susu. Spontan tangan mereba dompet krim yang sedang duduk diam di dalam handbag.Setelah dikira kandungannya sekeping note RM50,3 keping Note RM10 dan satu keping Note RM5.Akibat penyakit kikir yang masih menebal dalam jiwa,rasa teragak-agak mahu memilih yang mana satu note untuk dipilih memasuki bekas tin susu tersebut.Akhirnya tuah jatuh ke note RM5. Ya kemampuan bersedekah bukan terletak kepada berapa banyak harta yang kita ada tetapi rupanya juga terletak pada kemampuan hati melepaskan harta itu.Astagfirullah.

Setelah memelukcium Aiman untuk berpisah kami pun meninggalkannya.30 minit berikutnya sewaktu suami meminta mencarikan RM2 untuk diserahkan pada adik penjaga tol,baru disedari dompet krim tadi telah tidak ujud lagi. Wadduh.......,bikin repot sih,selongkar sana selongkar sini,sah tidak ada.Mahu patah balik? satu usaha yang kurang bijak,ya kalau betul masih ada.Mula lah menghitung-hitung dosa,

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

  Usaha seterusnya panggil Aiman untuk membantu.

"Mula mula Aiman minta pelajar perempuan check di surau muslimah,sama ada di singki atau sebelah tabung derma.atau di kafeteria tempat kita minum tadi,atau di tempat parking,mungkin tercicir masa masuk kereta."

Dia memberi jaminan akan mengusahakan.Seterusnya adalah dengan bertawkkal,sambil menanti tempoh satu minggu jika masih tiada berita maka menyerah dirilah ke pejabat pendaftaran dan JPJ untuk membayar denda bagi mendapatkan kad pengenalan serta lesen memandu baru,sementara itu elakan diri dari memandu dijalan besar.

4 hari kemudian dapat panggilan dari Aiman,Alhamdulillah.......Semua adalah atas aturan Ilahi.

"Aiman keluarkan semua note yang ada tolong bagi pada insan berhati mulia tu. Bonda rasa ini adalah satu kifarah,sebab Bonda teragak-agak masa memilih untuk mengisi tabung tempoh"

Malangnya Dia tidak dapat mengesan Insan yang berhati mulia itu,dia ialah pelajar luar yang datang untuk menyertai satu perlawanan,bila terjumpa dompet krim tersebut diserahkan pada warden asrama.Tidak ada sebarang nombor telefon yang terdapat dalam dompet krim tersebut untuknya menghubungi tuan ampunya lalu beliau mencetak alamat yang ada dalam IC dan di tampalkan di tepi tangga asrama.Aamdulillah meseg tersebut diterima olah pandangan Aiman.Lalu menghubungi Bondanya untu menyampaikan khabar gembira.


"Kalau dah begitu Aiman  masukan sahaja semua note yang ada dalam tabung bekas tin susu tu lah ya,tinggalkan kad-kad sahaja"

Setelah beberapa bulan berlalu,siang tadi,Jumaat,Makbonda datang lagi ke kolej tersebut untuk mengambil barang-barang Aiman sebelum   bercuti semester,waktu makan tengahari di kafeterianya,mata Makbonda tertangkap satu note di papan kenyataan.



Rupa-rupanya bukan setempat sahaja note tersbut di tempatkan,malah dibeberapa ruangan yang lain,wah naik alamat Makbonda...tapi tiada siapa yang mahu peduli untuk menaggalkannya sehinggalah tangan yang ampunya alamat tersebut datang dan mengosongkan sendiri ruangan di papan kenyataan tersebut.


DARI, Amr bin Maimun al-Audi, r.a. kata nya : Rasulullah s.a.w., bersabda kepada seorang, menasihatkan nya :

“ Rebut lah peluang lima keadaan sebelum datang nya lima yang lain. – keadaan muda mu sebelum datang nya keadaan tua mu, dan keadaan sihat mu sebelum datang nya keadaan sakit mu , dan keadaan kaya sebelum datang nya miskin, dan keadaan lapang sebelum datang nya keadaan sibuk mu , dan keadaan masih hidup sebelum datang nya mati mu .” - Hadith Riwayat : Tirmizi .

Isnin, 21 November 2011

Aduhai anak 3


 “Mak kita nak tukar aliran lah lepas PMR nanti” rayu seorang remaja yang sedang mengikuti persekolahan aliran agama.Bila diminta alasan jawapannya;
"Kita nak masuk kulinari nanti,so buata apa nak teruskan,tak laratlah nak ambik subjek banyak-banyak,,kena hafal lagi,rasa tak muat otak ni"

Yang pasti dia belum mendapat keyakinan mengapa dia perlu dimasukan ke sekolah aliran agama.Semestinyalah adalah kegagalan ibubapanya menyuntikan keyakinan tersebut.

Sejarah lampau ibubapanya bersekolah di aliran biasa telah timbul satu rasa kerugian dari segi masa dan pengisian rohani.Sebab itu keazaman mereka timbul untuk memasukan anak-anak mereka ke sekolah aliran agama.Rupa-rupanya anak itu menjadikan belajar itu satu beban bukan satu amalan.Dia belum betul-betul menghayati bahawa belajar itu adalah satu ibdah.

Walau apapun kerjaya yang diidamkan di masa akan datang ,waktu sekarang ini ialah waktu persekolahan yang kesempatannya adalah untuk mencari seberapa banyak  persediaan menghadapi dunia dewasa nantiadi seterusnya ke dunia selepas ini yang lebih kekal abadi.

Niatkan belajar agama bukan untuk meraih A tapi niatkan untuk Allah Taala. Masa mendengar ustaz dan ustazah mengajar niatkan ilmu bukan untuk lulus, tapi untuk pengisian rohani. Insyaallah di situ akan timbul kerahmatan dan keberkatan. Walaupun kita tidak lulus dalam subjek itu sekurang-kurangnya kita dapat keberkatan ilmu ilmu tersebutba,sebab apa juga pekerjaan yang kita ceburi adalah jambatan untuk ke akhirat. .

Bila seorang penyedia makanan atau chef  tidak ada asas agama yang kukuh,mengambil ringan tentang kesucian bahan masakan,alangkah malangnya sesiapa yang memakannya.Cheflah yang memikul beban tanggungjawab pada kesucian makann tersebut. Membasuh ikan dan sayur atau bahan makanan lain hanya dilihat bersih tanpa dinilai kesuciannya.dan makanan itu mendarah daging didalam tubuh pemakannya.Masakan hanya dinilai rasa sedapnya tanpa memperdulikan kandungan bahan penyedap teresebut hingga memeberi kesan negetif pada kesihatan pemakannya.

Agama dapat membentuk peribadi.Seorang chef yang berugama akan menghasilkan hidangan yang bukan sahaja lazat malah punya limpahan keberkatan dan kerahmatan,alangkah beruntungnya si pemakan masakan tersebut.Bayangkan jika sesuatu masakan itu disediakan oleh seorang yang;

-Mempunyai keimanan yang teguh. Bibir sentiasa menyebut nama Allah dalam setiap langkah masakannya.
·  Patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Teguh amalan rukun Islam dan Imannya
·  Mempunyai akhlak yang luhur. Bertanggungjawab dalam setiap nilai pemakan dan juga penggunaan bahan makanan.
·  Mempunyai sikap sosial yang baik.Sentiasa menerima teguran dan perubahan.Tidak lokek dengan ilmu yang ada.

·  Memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi. Mahir dalam gizi pemakanan dan sentiasa meningkatkan ilmu dalam dunia pemakanan
·  Bersedia memikul tanggungjawab dan risiko dalam semua usahanya dan sentiasa mengharapkan usahanya mendatangkan kesejahteraan kepada orang lain.
 
Insyaallah,pelanggan yang makan masakannya bukan sahaja berselera tapi roh iman dari tukang masak tadi akan meresap kedalam jiwa mereka.dapat melembutkan hati-hati yang keras,mendekatkan taufik dan hidayah kedalam jiwa mereka. Wah beruntung sekali si chef tersebut. Mengongsikan saham pahala kepada orang lain..Berabanding dengan tukang masak yang tidak punya asas agama yang bermakmum dengan chef-chef bukan Islam.

Harapan ibubapanya agar bila dia membaca post ini akan mematahkan azamnya dari berhijrah dari  aliran   yang lebih baik kepada yang kurang.

“Ilmu itu cahaya, tempatnya di dalam hati. Jadi hati harus bersih dan suci supaya ilmu dapat bertapak dalamnya..”

 “Orang berjaya mencipta peluang, orang yang gagal mencipta alasan..”

Jumaat, 18 November 2011

Aduhai anak 2

Minggu ini,juga sama seperti beberapa tahun yang lalu,sama juga dengan situasi kelima-lima kekandanya dahulu.

"Minggu ini ialah hari terakhir kita berkereta bersama pergi dan pulang dari sekolah,dan hari ini hari terakhir Bonda bersama anakanda pulang dari sekolah yang sama. Selepas ini anakanda akan dilepaskan disekolah yang tanpa ada Bonda di sana. Sekolah yang anakanda adalah pelajar termuda,rakan dan teman yang lebih ramai dan berbagai latar belakang dan alamat rumah. Selama ini rakan dan teman adalah anakanda kenali. Abang, kakak, adik dan ibubapanya,kita dapat kunjunginya di hari raya.Akan datang kawan sebelah mejapun adakalnya kita tidak kenal keluarganya.Kawan dan teman yang punya berbagai pengalaman yang ditempuh sepanjang hidupnya.Guru kelas kita tidak kenal siapa ayah bonda anakanda. Guru-guru yang tidak seperihatin seperti guru-guru lama anakanda.Tiada lagi guru yang melapurkan sebarang kepincangan tingkahlaku anakanda secara langsung kepada Bonda.Dan ada juga guru yang tidak mengingati nama anakanda.Segala-galanya anakanda perlu berdiri sendiri,bebas meletakan diri di mana anakanda mahu meletakan diri.Kalau dahulu setiap perkembangan anakanda dapat bonda pandang tapi nanti agar sukar Bonda dapat menghidu .Dan Bonda berdoa agar nanti anakanda akan pandai bersyukur dengan dengan apa yang dimiliki"

Anakanda itu diam,tidak pastilah dia menelan dan menghadam apa yang Bondanya perkatakan atau sekadar bagai air tertumpah di daun keladi.Atau pun sekadar melalukannya masuk ketelinga kanan terus ke telinga kiri tanpa henti. Kalau yang dahulu-dahulu pada kekanda-kekandanya adalah nampak keberkesanannya.

Walaubagaimanapun Makbonda tetap terus meminta agar walau setitik adalah yang melekat di sel ingatannya,paling sebaiknya adalah keseluruhannya.

Untuk melapangkan jiwa yang sesak Mari kita bersantai,berhibur dengan video ini,pastikan menghadam sampai habis bukan sekadar di muka mukaddimah sahaja.

Sabtu, 12 November 2011

Perkhemahan





Ketika menulis entri ini Makbonda berada di sekolah,bermalam disekolah kerana sekolah sedang mengadakan program Perkhemahan Ko kurikulum. Biasalah bila perkhemahan program yang paling popular ialah masak-masak. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan,5 orang satu kumpulan.Bahan utama ialah beras,sadin dan telur.Peralatan memasak dan akesesori lain mengikut kreativiti masing-masing.Tercuit hati juga melihat ragam kerenah mereka menglolakan menu,ada diantara mereka yang biasa dengan kerja-kerja memasak tetapi tidak kurang juga yang sebaliknya. Pengalaman memasak menggunakan kayu api adalah kosong dalam diari keidupan mereka. Makbonda tercuit dengan seorang pelajar yang sibuk mencari lap untuk mengeringkan belakang periok nasi,padahal belakang periuk nasi itu telah disapu air sabun untuk memudahkan bila mencuci kesan hitam apabila siap masak nanti.ialah biasanya dia memasak menggunakan periuk elekterik,yang perlu dikeringkan bahagian bawah periuk tersebut.
Dalam aktiviti sebegini kita dapat melihat bakat mereka,cara mereka memotong bawang dan mememagang sudip pun sudah kelihatan bakat mereka dalam bidang ini.Juga menguji sifat toleransi mereka dalam pembahagian tugas.Ada yang boleh juga sebaliknya,ada yang suka memerintah ada yang suka bekerja dengan diam.
sudah berapa lama,api tidak juga menyala

Saya ialah Chef King Ahmad Poji

kalau anak gadis,tentu kena berfikir dua tiga kali untuk meneruskan lamaran
 
suasana di tapak perkhemahan

Manggoreng sadin






memerah tenaga mengupas kentang


akibat terlupa membawa tudung periuk,tutup sahaja menggunakan kuali sebagai alternatif.

siap memakai apron,pelajar ini antara yang terpilih dalam program Permata Pintar.hanya 2 orang dari Daerah Sabak Bernam.
Cara persembahan hidangan juga diambil kira sebagai markah untuk mendapat hadiah,ada diantara mereka yang tidak percaya apa yang mereka hasilkan.Lihat sahaja antara hasil kreativit yang ditunjulkan



konbinasi menu tradisi dengan modern,salad sayur dan pucuk ubi celur.



Tetapi yang agak kurang mencabar,khemah-khemah mereka di dirikan bukan di pinggir-pinggir pinggir hutan,atau di tepi pantai atau sekurang-kurangnya di padang sekolah yang berumput,tetapi di ruangan kantin dan di tapak perhimpunan yang bersimin. Bak kata abang-abang mereka "Apa barang lah berkehmah di ruangan kantin" Namun sekurang-kurangnya memisahkan mereka dari tilam empok di rumah dan dapat tidur bersama kawan-kawan.

aktivit mendirikan khemah.

Biasalah bila beralih tempat tidur awal pagi lagi mata masing-masing sudah tidak boleh terlelap,jadi diambil kesempatan oleh ustaz mereka untuk berqiamullail bersama guru-guru yang mahu.Semasa kuliah subuh juga ustaz tersbut berjaya membuka mata dan telinga mereka untuk menerima santapan rohani,walaupun jadual jumlah tidur mereka agak sempit.

Semoga program yang dijalankan mendapat keberkatan dan kerahmatan.

Rabu, 9 November 2011

Isyarat untuk pulang


Masih tersisa sebaknya ketika berpelukan denga Pn Hjh Lubna dengan membisikan ucapan ta'aziah atas pemergian suaminya ke pangkuan Ilahi.Ustaz Bad,kira-kira dalam usia 54 yang telah beberapa lama menderitai penyakit kencing manis,dan telah beberapa kali menghuni wad Hospital.


Saat-saat pemergiannya telah punya isyarat dari Allah,tempoh menderitai penyakit itu telah diambil kesempatan olehnya membuat sebarapa banyak amal jariah sebagai bekalan menghadap Maha Penciptanya.Seorang Murabbi yang bukan hanya dalam lingkungan kawasan sekolah tempat beliau bertugas tapi juga seluruh masarakat amnya. Namanya tersenarai di seluruh masjid di daerah ini dalam program-program majlis ilmu yang di atur oleh jemaah masjid. Sehingga beliau perlu menyusun dengan rapi jemputan kuliah dari pelusuk lokasi agar tidak bertembung diantara satu sama lain.


Ya,bertambah tinggi keyakinan pada aturan Allah,bila semuanya perjalanannya telah dimudahkan.Beliau menghembuskan nafas pada Selasa malam Rabu 9 Zulhijjah,pada ketikamasih ada tempoh untuk ibadat Qurban. Mengikut jadual pada hari rabu lembu yang dikorbankannya akan disembelih di sekolahnya dan di kelolakan oleh warga sekolah,namun proses penyembelihan berlangsung setelah beliau mendahului bertemu Khaliknya.Semuanya dipermudahkan,keenam-enam anak-anaknya juga masih berkumpul. Anak yang sulung,seorang hufas yang sedang menuntut di Mesir juga masih dalam percutian.Beliaulah yang mengimami solat jenazah.


Suasana yang syahdu semasa peroses pengurusan jenazah.Pengunjung datang bertali arus untuk memberi penghormatan dan mengucap taaziah pada keluarga yang ditinggalkan. Dikalangan mereka saling menyatakan rasa kehilangan seorang yang selalu menjadi tempat rujukan ilmu,telah diambil oleh Penciptanya.


Dalam perjalan pulang dari berziarah kami suami isteri termangu. Diam dan bernafas dalam-dalam.Meletakan penuh cita-cita,idaman,harapan dalam dada,kami kira begitu jugaa insan-insan lain. Pulang ke pangkuan Ilahi,didahului dengan Isyarat,berkesampatan membuat persedian.Meninggalkan anak-anak yang punya ilmu, menguruskan jenazah kami dengan tangan-tangan mereka. Harapan kami pada kedua-dua anak lelaki atau bakal menantu-menantu kami akan mengimami solat jenazah kami nanti.Dan jika pun telah diatur dalam takdir bahawa mereka tidak berkesempatan turut sama,memadailah dengan kiriman doa dan amal kebajikan mereka.


Ustaz Bad,sebelum ini kita sama-sama berenang mengharungi arus lautan,kini kamu telah berhenti dengan tersenyum. Namun kami masih meneruskan perjalanan kami,tidak tahu bagaimana nanti,adakan kami dapat berhenti dengan gembira atau dalam kepayahan dan kepenatan.


Ya Gaffar Ya Fattah Ya Wahab Ya Zu al-Jalal wa al-Ikram, berilah kami kesempatan bertaubat sebelum mati,mendapat rahmat ketika mati dan mendapat kampunan setelah mati

Rabu, 2 November 2011

Bunga-bungaan


Bunga,lambang keindahan,dikaitkan dengan taman. Semahal manapun kos penyelengaraan taman, tidak lengkap tanpa pohon-pohon yang yang punya kuntuman bunga-bunga yang mekar indah dihujung tangkainya.
 


 



Merah, biru,putih, ungu, magenta, di junjung kelupak dan tangkai serta daun yang hijau melambangkan kesegaran.

Memelihara bunga menuntut kesabaran,bukan bargantung pada suhu tangan. Selain itu juga menuntut kebjaksaanan membaca alam.

Taman juga selalu dikaitkan dengana unggas atau  founa yang sering menumpang bermendiri.Melengkapkan web makanan dalam alam. Lebah,kumbang semut,burung tidak kurang juga monyet dan kutu pokok serta spesis fnggi .

Unggas dan fauana ini akan hadhir,kerana itu kehidupan mereka membentuk rantai-rantai lalu menjadi web makanan.Bunga adalah salah satu penguluar dalam web tersebut. Dari sekuntum bunga berbagai keperluan asas yang di preolihinya. Lebah akan memenuhi kantung di bawah abdomennya dengan madu,di bawa balik dan di proses untuk dimunafaatkan pada hidupan lain.Begitu juga kumbang,burung klicap dan serangga lainnya. Mereka hinggap dan memunafaatkan apa yang ada pada bunga tanpa merosakannya. Biarlah...datanglah wahai unggas,munafaatkanlah bunga-bunga itu tanpa merosakkan.Bila kamu semua telah memunafaatkannya terbanglah tinggalkan bunga kerena bunga akan mengalami pendebungaan bagi pembentukan  buah.


Tapi minta jauhilah dari taman bunga didatangi monyet-monyet yang tidak pandai menghargai bunga. Di petik dikoyak-koyakan kelopak bunga lalu di kunyak bahagian obiul yang sepatutnya menjadi buah.Memang patut ia di sebuta seperti moyet mendapat bunga. Bukan ia tahu menikmati kaharuman dan kecantikannya yang ia tahu memenuhkan isi perutnya yang tidaklah sebanyak mana,bukannya tahu untuk bersabar agar bunga menjadi buah dan bolehlah kamu telan sepuasnya.Walau bagaimanapun janganlah dicari-cari perbendaharaan baru ayat menyumpah makhluk tersebut,kerana ianya diturunkan oleh penciptanya bagi menguji tingkat makam iman si pemiik taman.
 Pengancam lain kpada bunga ialah kulat dan hama pokok.Ianya sangat seni dan halus,tapi kadar kerosakan kesan serangannya adalah boleh tahan tinggi juga.Merosakan dan mencacatkan samasekali. Itulah perlunya kebijaksanaan dan kerapian membelai bunga. Perlukan imunisasi bagi menjauhi pengancam-pengancam kehidupan si bunga nan indah dan wangi ini.
 Wahai pemilik taman,waspadalah selalu dalam menjaga tamanmu.Lindungilah ia dari perosak-perosak yang menghilangkan keindahan. Namun pada yang mahu memunafaatkan,biarkanlah.

“Sesiapa daripada orang muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah.” (HR Imam Bukhari)


Catatan Popular