DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 25 November 2011

Kifarah

Beberapa bulan yang lalu,usai Zuhur di surau kolej Aiman,sewaktu mengunjunginya untuk menghantar surat perjanjiannya yang telah lengkap diisi,Makbonda  letakan beg telekung dan handbag di sinki lalu membetulkan tudung melalui imej pantulan cahaya dari permukaan cermin. Sekonyang-konyang pandangan tertumpu pada tabung surau yang diperbuat daripada bekas tin susu. Spontan tangan mereba dompet krim yang sedang duduk diam di dalam handbag.Setelah dikira kandungannya sekeping note RM50,3 keping Note RM10 dan satu keping Note RM5.Akibat penyakit kikir yang masih menebal dalam jiwa,rasa teragak-agak mahu memilih yang mana satu note untuk dipilih memasuki bekas tin susu tersebut.Akhirnya tuah jatuh ke note RM5. Ya kemampuan bersedekah bukan terletak kepada berapa banyak harta yang kita ada tetapi rupanya juga terletak pada kemampuan hati melepaskan harta itu.Astagfirullah.

Setelah memelukcium Aiman untuk berpisah kami pun meninggalkannya.30 minit berikutnya sewaktu suami meminta mencarikan RM2 untuk diserahkan pada adik penjaga tol,baru disedari dompet krim tadi telah tidak ujud lagi. Wadduh.......,bikin repot sih,selongkar sana selongkar sini,sah tidak ada.Mahu patah balik? satu usaha yang kurang bijak,ya kalau betul masih ada.Mula lah menghitung-hitung dosa,

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

  Usaha seterusnya panggil Aiman untuk membantu.

"Mula mula Aiman minta pelajar perempuan check di surau muslimah,sama ada di singki atau sebelah tabung derma.atau di kafeteria tempat kita minum tadi,atau di tempat parking,mungkin tercicir masa masuk kereta."

Dia memberi jaminan akan mengusahakan.Seterusnya adalah dengan bertawkkal,sambil menanti tempoh satu minggu jika masih tiada berita maka menyerah dirilah ke pejabat pendaftaran dan JPJ untuk membayar denda bagi mendapatkan kad pengenalan serta lesen memandu baru,sementara itu elakan diri dari memandu dijalan besar.

4 hari kemudian dapat panggilan dari Aiman,Alhamdulillah.......Semua adalah atas aturan Ilahi.

"Aiman keluarkan semua note yang ada tolong bagi pada insan berhati mulia tu. Bonda rasa ini adalah satu kifarah,sebab Bonda teragak-agak masa memilih untuk mengisi tabung tempoh"

Malangnya Dia tidak dapat mengesan Insan yang berhati mulia itu,dia ialah pelajar luar yang datang untuk menyertai satu perlawanan,bila terjumpa dompet krim tersebut diserahkan pada warden asrama.Tidak ada sebarang nombor telefon yang terdapat dalam dompet krim tersebut untuknya menghubungi tuan ampunya lalu beliau mencetak alamat yang ada dalam IC dan di tampalkan di tepi tangga asrama.Aamdulillah meseg tersebut diterima olah pandangan Aiman.Lalu menghubungi Bondanya untu menyampaikan khabar gembira.


"Kalau dah begitu Aiman  masukan sahaja semua note yang ada dalam tabung bekas tin susu tu lah ya,tinggalkan kad-kad sahaja"

Setelah beberapa bulan berlalu,siang tadi,Jumaat,Makbonda datang lagi ke kolej tersebut untuk mengambil barang-barang Aiman sebelum   bercuti semester,waktu makan tengahari di kafeterianya,mata Makbonda tertangkap satu note di papan kenyataan.



Rupa-rupanya bukan setempat sahaja note tersbut di tempatkan,malah dibeberapa ruangan yang lain,wah naik alamat Makbonda...tapi tiada siapa yang mahu peduli untuk menaggalkannya sehinggalah tangan yang ampunya alamat tersebut datang dan mengosongkan sendiri ruangan di papan kenyataan tersebut.


DARI, Amr bin Maimun al-Audi, r.a. kata nya : Rasulullah s.a.w., bersabda kepada seorang, menasihatkan nya :

“ Rebut lah peluang lima keadaan sebelum datang nya lima yang lain. – keadaan muda mu sebelum datang nya keadaan tua mu, dan keadaan sihat mu sebelum datang nya keadaan sakit mu , dan keadaan kaya sebelum datang nya miskin, dan keadaan lapang sebelum datang nya keadaan sibuk mu , dan keadaan masih hidup sebelum datang nya mati mu .” - Hadith Riwayat : Tirmizi .

2 ulasan:

  1. Subhanallah..

    Esok, jumaat.. baru berkira-kira mahu memberi jumlah yg biasa kpd cik suami utk disedekahkan di tabung masjid..

    ... padahal... Allah anugerahkan ada rezeki yg sedikit lebih dari biasa.. Allahu Akhbar..

    ..yg diterima, sedikit lebih dari biasa... yg hendak disededakahkan adalah yg biasa-biasa!..

    benarlah MakBonda.. kikir itu masih kuat bermaharaja rupanya.. MALU!.

    ..syukur diberi kesempatan oleh Allah membaca ruangan makbonda pd hari ini.. terselit keinsafan dalam menyelami kekhilafan diri!.. MALU!...

    Moga Allah merahmati makbonda.. ameen.

    BalasPadam
  2. Kan Tiny,
    Mudah sahaja mulut mengucap,sedekah itu menyuburkan bukan mengurangkan,tapi hati masih ragu-ragu.

    Semoga kalbu kita tidak mudah untuk di bulak-balikan.

    BalasPadam

Catatan Popular