Bunga,lambang keindahan,dikaitkan dengan taman. Semahal manapun kos penyelengaraan taman, tidak lengkap tanpa pohon-pohon yang yang punya kuntuman bunga-bunga yang mekar indah dihujung tangkainya.
Merah, biru,putih, ungu, magenta, di junjung kelupak dan tangkai serta daun yang hijau melambangkan kesegaran.
Memelihara bunga menuntut kesabaran,bukan bargantung pada suhu tangan. Selain itu juga menuntut kebjaksaanan membaca alam.
Taman juga selalu dikaitkan dengana unggas atau founa yang sering menumpang bermendiri.Melengkapkan web makanan dalam alam. Lebah,kumbang semut,burung tidak kurang juga monyet dan kutu pokok serta spesis fnggi .
Unggas dan fauana ini akan hadhir,kerana itu kehidupan mereka membentuk rantai-rantai lalu menjadi web makanan.Bunga adalah salah satu penguluar dalam web tersebut. Dari sekuntum bunga berbagai keperluan asas yang di preolihinya. Lebah akan memenuhi kantung di bawah abdomennya dengan madu,di bawa balik dan di proses untuk dimunafaatkan pada hidupan lain.Begitu juga kumbang,burung klicap dan serangga lainnya. Mereka hinggap dan memunafaatkan apa yang ada pada bunga tanpa merosakannya. Biarlah...datanglah wahai unggas,munafaatkanlah bunga-bunga itu tanpa merosakkan.Bila kamu semua telah memunafaatkannya terbanglah tinggalkan bunga kerena bunga akan mengalami pendebungaan bagi pembentukan buah.
Tapi minta jauhilah dari taman bunga didatangi monyet-monyet yang tidak pandai menghargai bunga. Di petik dikoyak-koyakan kelopak bunga lalu di kunyak bahagian obiul yang sepatutnya menjadi buah.Memang patut ia di sebuta seperti moyet mendapat bunga. Bukan ia tahu menikmati kaharuman dan kecantikannya yang ia tahu memenuhkan isi perutnya yang tidaklah sebanyak mana,bukannya tahu untuk bersabar agar bunga menjadi buah dan bolehlah kamu telan sepuasnya.Walau bagaimanapun janganlah dicari-cari perbendaharaan baru ayat menyumpah makhluk tersebut,kerana ianya diturunkan oleh penciptanya bagi menguji tingkat makam iman si pemiik taman.
Pengancam lain kpada bunga ialah kulat dan hama pokok.Ianya sangat seni dan halus,tapi kadar kerosakan kesan serangannya adalah boleh tahan tinggi juga.Merosakan dan mencacatkan samasekali. Itulah perlunya kebijaksanaan dan kerapian membelai bunga. Perlukan imunisasi bagi menjauhi pengancam-pengancam kehidupan si bunga nan indah dan wangi ini.
“Sesiapa daripada orang muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah.” (HR Imam Bukhari)
.....hari jadi bapak hari ni, jom kita bunga-bungakan hati dia macam tahun lepas jom mbak yu!
BalasPadamJom,Esok petang hantar Beliau kekelinik Hutan Melintang chek darah,lepas tu boleh?
BalasPadam