DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 9 November 2011

Isyarat untuk pulang


Masih tersisa sebaknya ketika berpelukan denga Pn Hjh Lubna dengan membisikan ucapan ta'aziah atas pemergian suaminya ke pangkuan Ilahi.Ustaz Bad,kira-kira dalam usia 54 yang telah beberapa lama menderitai penyakit kencing manis,dan telah beberapa kali menghuni wad Hospital.


Saat-saat pemergiannya telah punya isyarat dari Allah,tempoh menderitai penyakit itu telah diambil kesempatan olehnya membuat sebarapa banyak amal jariah sebagai bekalan menghadap Maha Penciptanya.Seorang Murabbi yang bukan hanya dalam lingkungan kawasan sekolah tempat beliau bertugas tapi juga seluruh masarakat amnya. Namanya tersenarai di seluruh masjid di daerah ini dalam program-program majlis ilmu yang di atur oleh jemaah masjid. Sehingga beliau perlu menyusun dengan rapi jemputan kuliah dari pelusuk lokasi agar tidak bertembung diantara satu sama lain.


Ya,bertambah tinggi keyakinan pada aturan Allah,bila semuanya perjalanannya telah dimudahkan.Beliau menghembuskan nafas pada Selasa malam Rabu 9 Zulhijjah,pada ketikamasih ada tempoh untuk ibadat Qurban. Mengikut jadual pada hari rabu lembu yang dikorbankannya akan disembelih di sekolahnya dan di kelolakan oleh warga sekolah,namun proses penyembelihan berlangsung setelah beliau mendahului bertemu Khaliknya.Semuanya dipermudahkan,keenam-enam anak-anaknya juga masih berkumpul. Anak yang sulung,seorang hufas yang sedang menuntut di Mesir juga masih dalam percutian.Beliaulah yang mengimami solat jenazah.


Suasana yang syahdu semasa peroses pengurusan jenazah.Pengunjung datang bertali arus untuk memberi penghormatan dan mengucap taaziah pada keluarga yang ditinggalkan. Dikalangan mereka saling menyatakan rasa kehilangan seorang yang selalu menjadi tempat rujukan ilmu,telah diambil oleh Penciptanya.


Dalam perjalan pulang dari berziarah kami suami isteri termangu. Diam dan bernafas dalam-dalam.Meletakan penuh cita-cita,idaman,harapan dalam dada,kami kira begitu jugaa insan-insan lain. Pulang ke pangkuan Ilahi,didahului dengan Isyarat,berkesampatan membuat persedian.Meninggalkan anak-anak yang punya ilmu, menguruskan jenazah kami dengan tangan-tangan mereka. Harapan kami pada kedua-dua anak lelaki atau bakal menantu-menantu kami akan mengimami solat jenazah kami nanti.Dan jika pun telah diatur dalam takdir bahawa mereka tidak berkesempatan turut sama,memadailah dengan kiriman doa dan amal kebajikan mereka.


Ustaz Bad,sebelum ini kita sama-sama berenang mengharungi arus lautan,kini kamu telah berhenti dengan tersenyum. Namun kami masih meneruskan perjalanan kami,tidak tahu bagaimana nanti,adakan kami dapat berhenti dengan gembira atau dalam kepayahan dan kepenatan.


Ya Gaffar Ya Fattah Ya Wahab Ya Zu al-Jalal wa al-Ikram, berilah kami kesempatan bertaubat sebelum mati,mendapat rahmat ketika mati dan mendapat kampunan setelah mati

2 ulasan:

  1. Semoga Allah mengizinkan dan mentakdirkan kematian kita dalam Husnul Khatimah ye kak..

    Moga kehidupan kita.. pengakhiran kita di dunia dan kedatangan kita ke negeri akhirat dalam redha dan rahmat Allah.. Ameen.

    (walau sedar dan akur, banyak kekurangan dalam diri, bnyk kekhilafan yg tersalah laku, banyak juga kurang ilmu, tapi tetap ingin mohon redha dan rahmat Allah dunia akhirat.. )

    BalasPadam
  2. Ameen.

    Tanda Allah maha pengasih dan penyayang,terlalu banyak yang kita alpa,tapi Dia masih memberi segala nikmat.

    BalasPadam

Catatan Popular