DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 21 November 2011

Aduhai anak 3


 “Mak kita nak tukar aliran lah lepas PMR nanti” rayu seorang remaja yang sedang mengikuti persekolahan aliran agama.Bila diminta alasan jawapannya;
"Kita nak masuk kulinari nanti,so buata apa nak teruskan,tak laratlah nak ambik subjek banyak-banyak,,kena hafal lagi,rasa tak muat otak ni"

Yang pasti dia belum mendapat keyakinan mengapa dia perlu dimasukan ke sekolah aliran agama.Semestinyalah adalah kegagalan ibubapanya menyuntikan keyakinan tersebut.

Sejarah lampau ibubapanya bersekolah di aliran biasa telah timbul satu rasa kerugian dari segi masa dan pengisian rohani.Sebab itu keazaman mereka timbul untuk memasukan anak-anak mereka ke sekolah aliran agama.Rupa-rupanya anak itu menjadikan belajar itu satu beban bukan satu amalan.Dia belum betul-betul menghayati bahawa belajar itu adalah satu ibdah.

Walau apapun kerjaya yang diidamkan di masa akan datang ,waktu sekarang ini ialah waktu persekolahan yang kesempatannya adalah untuk mencari seberapa banyak  persediaan menghadapi dunia dewasa nantiadi seterusnya ke dunia selepas ini yang lebih kekal abadi.

Niatkan belajar agama bukan untuk meraih A tapi niatkan untuk Allah Taala. Masa mendengar ustaz dan ustazah mengajar niatkan ilmu bukan untuk lulus, tapi untuk pengisian rohani. Insyaallah di situ akan timbul kerahmatan dan keberkatan. Walaupun kita tidak lulus dalam subjek itu sekurang-kurangnya kita dapat keberkatan ilmu ilmu tersebutba,sebab apa juga pekerjaan yang kita ceburi adalah jambatan untuk ke akhirat. .

Bila seorang penyedia makanan atau chef  tidak ada asas agama yang kukuh,mengambil ringan tentang kesucian bahan masakan,alangkah malangnya sesiapa yang memakannya.Cheflah yang memikul beban tanggungjawab pada kesucian makann tersebut. Membasuh ikan dan sayur atau bahan makanan lain hanya dilihat bersih tanpa dinilai kesuciannya.dan makanan itu mendarah daging didalam tubuh pemakannya.Masakan hanya dinilai rasa sedapnya tanpa memperdulikan kandungan bahan penyedap teresebut hingga memeberi kesan negetif pada kesihatan pemakannya.

Agama dapat membentuk peribadi.Seorang chef yang berugama akan menghasilkan hidangan yang bukan sahaja lazat malah punya limpahan keberkatan dan kerahmatan,alangkah beruntungnya si pemakan masakan tersebut.Bayangkan jika sesuatu masakan itu disediakan oleh seorang yang;

-Mempunyai keimanan yang teguh. Bibir sentiasa menyebut nama Allah dalam setiap langkah masakannya.
·  Patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Teguh amalan rukun Islam dan Imannya
·  Mempunyai akhlak yang luhur. Bertanggungjawab dalam setiap nilai pemakan dan juga penggunaan bahan makanan.
·  Mempunyai sikap sosial yang baik.Sentiasa menerima teguran dan perubahan.Tidak lokek dengan ilmu yang ada.

·  Memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi. Mahir dalam gizi pemakanan dan sentiasa meningkatkan ilmu dalam dunia pemakanan
·  Bersedia memikul tanggungjawab dan risiko dalam semua usahanya dan sentiasa mengharapkan usahanya mendatangkan kesejahteraan kepada orang lain.
 
Insyaallah,pelanggan yang makan masakannya bukan sahaja berselera tapi roh iman dari tukang masak tadi akan meresap kedalam jiwa mereka.dapat melembutkan hati-hati yang keras,mendekatkan taufik dan hidayah kedalam jiwa mereka. Wah beruntung sekali si chef tersebut. Mengongsikan saham pahala kepada orang lain..Berabanding dengan tukang masak yang tidak punya asas agama yang bermakmum dengan chef-chef bukan Islam.

Harapan ibubapanya agar bila dia membaca post ini akan mematahkan azamnya dari berhijrah dari  aliran   yang lebih baik kepada yang kurang.

“Ilmu itu cahaya, tempatnya di dalam hati. Jadi hati harus bersih dan suci supaya ilmu dapat bertapak dalamnya..”

 “Orang berjaya mencipta peluang, orang yang gagal mencipta alasan..”

2 ulasan:

  1. Salam makbonda,
    Wah.. siapa yg memasak kuali besar tu? hehe..

    Saya juga dr sekolah agama juga ting 1-5. tapi tidak mampu juga mgamalkan disiplin agama di rumah sbb keluarga saya tidak kuat beragama. Pelajar yg berasal dr keluarga kukuh amalan agamanya sebenarnya lebih mudah melalui aliran agama. Sprt yg saya lihat dr kawan2 saya dahulu. Sedangkan saya, susah jg nak catch up bhs arab tinggi, al quran sunnah dan syariah islamiyah. lalu nak fokus subjek lain lagi :). Yg penting dorongan brterusan dr ibubapa... rasanya dia akan OK. Insya Allah.

    BalasPadam
  2. Salam kembali indah.

    Itu ialah chef tanpa tauliah, :)

    Owh begitu,alhamdulillah,sekurang-kurangnya serba sedikit adalah ilmu yang masih tersimpan berbanding yang tak pernah belajar kan?

    Insyaallah.DIA tahu apa yang hambaNya dambakan.

    BalasPadam

Catatan Popular