DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 2 Disember 2014

Tasyrif 3

Tiba-tiba Kak rock datang lagi

"Cikgu Makbonda tengah buat apa tu" Tanya nya

"Ni hah tengah masukkan data nilam budak"

"Pakai internet lah ye"

"Ye lah ni"

"Cikgu Makbonda boleh ke bsyar telefon guna internet macam uncle Kupusamy tu."

Uncle Kupusamyialah PAR sekolah yang telah bersara bulan lepas.
Rupa-rupanya beliau lah tempat Kak Rock menambah kredit telefonnya.

"Jadi bolehlah Cikgu Makbonda tolong topupkan telefon"

"Boleh je"

"Alhamdulillah lega saya,Saya ingat bila uncle Kupu dan bersara susahnya saya nak topup,nak pergi pekan tak sempat.boleh ye cikgu tolong saya"

"InsyaAllah boleh"

"Ni hah nombornya"

"Nombor siapa ni,saya tak ada simpanpun"

"Mak saya punya lah,Sekejap sekejab habis,saya juga yang kena top up"

"Wah rajin juga mak kamu bergayut ye"

"Bergayut dengan anak-anak dia lah,anak-anak bukan mahu telefon emaknya,kalau emak tak telefon alamat senyaplah cerita mereka,kadang aku tegur mak aku cikgu, janganlah ashik emak je yang telefon, bukan tau dail pun,aku lah yang disuruh,sekarang dia tak suruh aku pasal aku membebel,jadi di suruhlah anak-anak aku.Aku pelik tengok anak-anak mak aku,susah sangat nak telefon emak,tak ada kredit ke.aku tengok telefonnya canggih-cangih,macam cikgu punya ni"

"Sekarang orang dah tak pakai kredit-kredit Kak Rock,percuma je asal ada internet, ada Hang out,ada whatapp, mesenger,webchat, telegram dan macam-macam lagi"

"Manalah mak aku tau benda-benda tu semua"

"Makanya Mak Kak Rock kena pakai internet jugalah kalau nak tau perkembangan anak-anak.Tau cucu tengah buat apa,makan apa,jalan pergi mana,gayut-gayut ni orang sekarang dah tak main dah"

"Huh sampai kiamat lah mak aku tak tau benda-benda tu'

" Tak mustahil Kak Rock,ada orang lebih tua. Yang biasa buat....tapi saya tak nak ajar Kak Rock...nanti asyik berwhatsapp je tak menyapu,guru besar marah baru tau"

Terkekek-kekek dia ketawa.



LANGIT

"Mana AhMoi yang duduk sini selalu tu" Saya bertanya pada pemuda Cina  gemok yang duduk di kaunter semasa saya mahu menjelaskan bayaran pembelian alat elektrik. Sebenarnya saja saya beramah tamah sementara menunggu suami ke mesin atm di seberang jalan bersetentang dengan kedai tersebut.Saya kpelanggannya,dia kena layan.

"Dia sudah pergi langit" jawabnya sambil gelak mengada-ngada. Menyampah saya. Saya tinggalkannya buat buat melihat gadjet-gadjet it dalam almari kaca.
"Itu mau ka,harga special untuk you customer lama."

"Tak maulah,bukan keperluan buat masa sekarang"

Sebenarnya saya tak puas hati,mana pergi Ah Moi tersebut,pergi langit? Sudah mati kah? Entah kenapalah saya begitu menyibuk jaga tepi kain Ah Moi.  Saya tanya lagi

" Betullah,dia pergi langit"sambil gelak- gelak lagi.
"Sudah mati ke"
"Pandailah you cakap,mana ada dia keluar lah"
"You kata pergi langit kalau Islam matilah pergi langit"
"Huwyoo,itu macam ka,sorry aaa"
"Apa pulak sorry,you tak salah sama saya pun. Ya lah,dalam Islam,dan semangnya begitulah kalau kita mati,roh kita akan naik kelangit,yang tinggal itu body saja,bila tanam nanti akan hancur"
"Owh itu macam ka"
"Selama ni you tak tau ye,tak apa lah sekarang saya bagi tahu.Nanti satu masa dunia akan kiamat,semua bumi ,matahati,bulan langit hancur.kemudian Allah bangun kan semua orang,roh masuk dalam body.termasuk you dan nenek moyang you.nanti kita kena timbang,banyak buat baik ke banyak buat jahat"
"Siapa baik masuk shurga ka" Dia menyampuk.
" Pandai pun,mana you dengar"
"Adalah sikit- sikit"
"Ya,bila timbang siapa banyak buat baik masukk syurga,kalau banyak buat jahat masuk neraka.Pernah dengar neraka?"
"Sikit-sikit adalah"
"Tak apa you tak salah,orang islam yang salah,tak bagi tahu you.Tak apa,ini saya bagi tahu. Neraka itu tempat paling teruk,api besar yang sangat panas,kita tak boleh mati,hangus  semua badan tapi terus hidup. Yang duduk Syurga apa kita mahu dapat,hidup selama- lamanya"
Dia tercengang
" You tau mana saya dapat cerita ni"
Dia geleng kepala
" Dalam Quran lah,you pernah tengok?"
Geleng kepala
"Oh salah orang Islam lah tak mahu tunjuk sama you,Kalau cara you macamana? You ada kitab"
"Tak adalah....kita ikut saja orang tua cakap"
"Oh itu susahlah,kita hidup kena ada manual,mahu beli vakum pun kena ada manual,hidup pun ada kena manuallah.Quran itu kita punya manual hidup.You niaga untuk apa,"
"Untuk cari wang lah,banyak wang hati senanglah"
"Ye ke ?You tak pernah susah hati?
"Duit banyak isteri lari,anak jahat,sakit, mulut makan tak sedap,pencuri intai,senang ka?"
Dia termenung panjang,suami saya pun tiba. Setelah melangsaikan bayaran saya tutup perbincangan kami.
"Ok,sorry ya kalau kacau you,saya costumer,you kena terima saya,nanti saya datang lagi beli barang saya sambung lagi."
Dia pandang tempat lain.

Adakah ini termasuk dalam ketogari akta hasutan?yang bagi saya satu dakwah.


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 1 )   Yaa, Siin.
( 2 )   Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
( 3 )   Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
( 4 )   Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).
( 5 )   Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
( 6 )   Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
( 7 )   Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

Isnin, 17 November 2014

Tasyrif 2

Kesah Kak Rock lagi

Minggu lepas emak Kak Rock tiba2 teringin sangat nak pergi rumah kakak Kak Rock yang terletak jauh dalam 2 jam perjalanan,sudah sebulan lebih tak dengar khabar berita. Beberapa kali emaknya menalifon tidak berangkat. Sedang hujung minggunya semakin hampir. Akhirnya pada hujung minggu tersebut nekatlah kak Rock dan emaknya mengambil keputusan untuk menerjah sahaja tanpa memberitahu.

Seperti biasa emak Kak Rock bila hendak berkunjung ke rumah anak-anak pasti ada sahaja hasil keliling rumah yang akan dibawa. Kali ini beliau nengarahkan cucunya menangkap ayam untuk dibuat masak semur.Hari itu pagi-pagi lagi beliau membangunkan Kak rock untuk menolongnya masak semur ayam,sambal tahun dan sayur lombok. Nanti senang kita sampai mereka tak payah susah-susah masak. Siap semua masakan dimasukan di dalam bekas dan disusun dakam bakul. Agak-agak matahari setinggi paras mata bersiap-siaplah mereka menyusun diri dalam kereta nissan sany suami Kaj Rock.

2 jam perjalan sampailah mereka di halaman rumah Kakak Kak Rock. Sunyi...pintu berkunci,wajah emak kak rock nampak cemas. Kak Rock cuba lagi menghubungi...menalifon entah kali ke berapa. Alhamdulillah ada tanda respon.

"Aku kat Pangkur, besok baru balik,anak- anak ajak jalan"

Dari cemas wajah emak Kak Rock bertukar kecewa,panjang keluhnya.Kak Rock mengintai wajah emaknya melalui cermin kereta. Sebak melihat air muka emaknya.

"Dia tak bagi tahu aku sebab takut aku ikut agaknya" Perlahan keluar dari halkumnya.

Untuk ke pangkor sebenarnya mereka hanya perlu singgah masuk ke kampungnya melalui 3km sahaja jaraknya dari jalan besar. Rupanya antara makan angin dan melawat ibunya lebih mudah makan angin walaupun jarak yang beberapa kali ganda jauh.

Kadang Kak Rock agak terkilan bila anak-anaknya menunjukkan gambar emak saudaranya berjalan makan angin merata tempat yang dimasukan olih anak-anaknya dalam facebook atau tewiter. Berseri-wajah mereka,namun mahu melawat neneknya sangat berat. Apa salahnya  sekali sekala mempelawa ibunya turur serta.Tak tergerak kah hati untuk membawa ibunya berjalan sesekali.

Dari cerita Kak Rock tadi tiba-tiba saya pula yang dihantui rasa bersalah.Dalam banyak-banyak kali kita gembirakan anak-anak berjalan ke sana kemari,berapa kali kita dapat libatkan emak kita dlam kegembiraan tersebut. Siapalah kita tanpa mereka. Kadang kita tahu bercakap tentang pentingnya memuliakan ibu,tapi amat sukar melaksanakannya. Kak Rock,terima kasih menjadi murabbiku. Akan ku abadikan namamu dalam doaku.

bunga Ros ini Kak Rock yang tanam dan jaga,setiap kali berkembang ramai yang gembira termasuk saya. Aroma rosnya sangat memberahikan.

Isnin, 10 November 2014

Virus yang tidur

Banyak sungguh perkara yang jatuh menimpa batu gemala kepala saya ketika ini.

1.kesah pelajar membuli,
2.Wadern kena gantung kerana mendenda,
3.Cameron banjir,
4.kes tuntutan transgander,
5.kecurian di masjid yang menjadi-jadi,
6.Rasuah pemimpin yang menjadi-jadi,
7.penghinaan pada ulama'
8.penzinaan telah menjadi biasa
9.kebiadapan yahudi diAqsa
10.kekejaman penjenayah di Syria
11.Kemunafikan pemerintah Mesir
Dan apa apa lagi...sehingga virus kebosanan seperti diternak...tiba tiba bila membuka Kitab Mu'jizat tepat pada ayat ini....

A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim

"Dan bukan sedikit negeri-negeri yang Aku beri tempoh, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku menimpakannya dengan azab seksa; dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembali."
AlHajj:48

Tiba-tiba virus itu tidur

Selasa, 2 September 2014

Tasyrif

 

Sunyi sekolah bila  Kak Rock tiada di sekolah.Sifat semulajadinya ceria peramah dan pandai menyesuaikan diri. Tidak pernah menampakan kemurungan atau kemarahan. Semua kakitangan sekolah senang dengannya. Ringan tulang dan tidak memilih kerja,kreatif dan berbakat mendekorasi bilik,terutama semasa ada acara tertentu.

Walaupun beliau seorang cleaner sekolah yang bermajikan syarikat yang terpilih untuk pembersihan dan keselamatan sekolah namun kami menerimanya sebagai salah seorang dari kami. Bebas bergaul,sehingga baju seragam sekolah pun beliau turut serta memiliki. Namun dia tidak mengambil kesempatan untuk lupa diri,beliau tetap menjalankan tugas yang diamanahkannya. Saya juga biasa meminta tolong padanya untuk menggayakan langsir dan skirt meja di bilik PSS.

Sudah 2 hari beliau tidak datang,kerana menjaga ibunya di wad. Ibunya demam beberapa hari,apabila dibawa ke kelinik terus mendapat arahan supaya di tahan di wad hospital.Siapa lagi yang menjaga ibunya dihospital kecuali beliau. Beliau pekerja Swasta,bukan boleh cuti lama-lama. Sebelum ini beliau kerja kilang di Lembah Klang dan bertemu jodoh dengan suaminya orang Negeri 9. Bila ibunya tiada siapa yang menjaga beliau berhenti kerja dan balik kampung. Bekerja sebagai cleaner sekolah bermula jam 7 pagi hinggalah 4 petang,6 hari 1 minggu.Sambil menjaga ibunya juga 3 orang anaknya sendiri. Anak-anak sedang memasuki zon remaja,sebagai menambah biaya mereka beliau juga membuat makanan ringan dengan suaminya bertindak sebagai pengedar. Adik beradik yang lain telah berkeluarga dan tinggal jauh dari kampung halaman. Pulang menjengok ibunda jika ada kelapangan sahaja.

Saya masih belum diuji sebagaimana beliau. Ibu saya mahu mengikut anak-anak semenjak bapak pulang keRohmatullah,pada hari kerja namun setiap minggu adik beradik  akan bergilir menemani emak balik kampung.

"Emak dah sihat Kak Rock" Sapa saya pada hari pertama beliau datang setelah 3 hari bercuti.
"Belum cikgu,tapi dah keluar wad,saya mintak doktor keluarkan"
"Belum sihat kenapa keluar"
"Habis cikgu,kerja saya ni mana ada cuti-cuti panjang.Tak apalah duduk rumah saya anak beranak boleh jaga,lagipin demam biasa,orang hospital sanggup melawat. Itulah adik beradik saya marah,dah tau mak tak sihat betul dah bawak keluar. ya lah dia orang tak tahu masaalah saya, kadang dia orang komplain,jaga emak tapi tinggal kerja,habis kalau saya duduk rumah siapa nak biaya anak-anak saya sekolah,sekarang ni budak sekolah banyak sangat perlu duit,saya nak minta kat sapa. Saya buat semampu sayalah cikgu,tapi sebelum kerja saya dah siapkan semua,nanti tengahari saya baliklah kejap menjenguk rumah"

"Ya lah Kak Rock,Allah nampak apa yang kita buat,apa yang ada di dalam batin apa yang diluar. Betuah tau dapat jaga emak,orang lain tak ada peluang.Satu kemuliaan"

Begitulah dilemanya yang Kak Rock kena hadapi semasa menjalankan amanah menjaga emaknya. Sebenarnya apa yang kak Rock hadapi adalah bukan satu taklif  tapi satu tasyrif. Beliau patut diberitahu perkara ini.

"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra:24)





Jumaat, 22 Ogos 2014

Kuih Pau



Tidak baik ke seorang nenek yang mencarikan cucu-cucunya guru mengajar al Quran,sedangkan ibu bapa mereka tidak pusing pun hal ini. Tidak baik ke seorang nenek yang berhempas pulas bekerja semata-mata untuk menyara anak cucunya yang tinggal bersama,sedangkan anak lelakinya yang tinggal bersama tidak punya pekerjaan yang tetap. Bekerja dapat lah duit selebihnya tidur baring sahaja di rumah,sedangkan isterinya juga  jenis yang tidak tahu mencari sumber pendapatan, semata-mata dirumah menjaga anak dan menguruskan rumah.

Ya nenek Amanah. setiap hari mengambil upah mengikis isi kelapa untuk diambil bahagian putihnya sahaja di rumah jirannya pengusaha kelapa patik.

Sumber google image


Dalam sehari,bermula jam 7 pagi hingga 6 petang tanpa henti dapatlah sekitar RM30. Dapatlah beliau membeli beras,gula,ikan dan sebagainya untuk menyara anak cucunya. Beliau dapat juga bantuan dari PZS atas tarafnya sebagai asnaf.

Petang itu kecoh satu kampung.Nenek Amanah mengamuk di tempat kerjanya. Beliau memaki hamun cucu-cucunya dengan segala kata-kata kesat dan menakutkan. Di ungkitnya segala yang berlaku selama ini. Satu persatu aib anak cucu terbuka tidak kurang aibnya sendiri.

Petang itu beliau keluar sekejap meninggalkan tempat kerjanya dengan berbasikal ke simpang jalan. Teringin sangat untuk berbuka dengan kuih pau Kak siti yang lembut dan gebu itu. Dibelinya pau yang berharga 50sen untuk dua ketul. Bukan beliau tidak mahu membeli lebih dari itu,upah kerjanya untuk hari itu mahu digunakan untuk membayar api dan air,bukan untuk apa-apa. Diletakan dua ketul kuih pau tersebut di bakul basikal dan beliau menyambung kerjanya. Tepat 5.30 petang tiba-tiba riuh rendah suara anak-anak balik dari SRA. Sebahagianya adalah cucu-cucnya juga. Sifat kanak-kanak bila didapati neneknya masih ditempat kerja,menyinggahlah mereka. Riuh rendah dengan aktiviti kanak-kanak,sesekali Nenek Amanah akan terjerit-jerit bila cucu-cucu melakukan perkara yang diluar jangkaan keselematan. Situasi itu sendiri telah menggambarkan bahawa Nenek Amanah amat mengambil berat ke atas cucu-cucunya. Setelah tiba jam untuk beliau menmatkan kerjanya didapati bakul basikalnya menunjukan tanda bahawa telah diselongkar, dan dua ketul pau tersebut ghaib. Itulah puncanya beliau mengamuk sakan.

Bukan tiada sesiapa yang memujuknya namun api amarahnya tidak mahu padam.Jengkel betul hatinya barangkali. Sejengkel hati ibu si Pekan dan Melur.Kalaulah batu belah batu bertangkup masih wujud.ada harapan dijejakinya langkah emak si Pekan. Rakan-rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang memerhati situasi itu pasti tidak dapat menghayati apa yang beliau rasa. Mereka hanya tahu mengutuk atau paling kurang mencemikkan rongga bibir.

"Alah...dengan cucu pun berkira ke,aku kalau dengan cucu aku tak dapat makan pun tak apa asalkan cucu dapat"

Begitulah lebih kurang antara ayat-ayat komen dari pemerhati di sekelilingnya.

"Ya lah kamu semua tak pernah rasa apa yang saya rasa,kamu boleh cakap apa-apa pun"

Perumpamaan melayunya "kusangka panas sampai ke petang rupamnya hujan ditengahari"
Dalam matematik amalan pula perkara yang yang sedikit kita lakukan boleh menghapuskan seluruh amalan baik yang selama ini dilakukan.

Siapa kita mahu menilai amalan orang lain.Diterima atau tidak amalan sesaorangan hanya Allah  yang boleh menilai.

Sebenarnya saya kenal cucu-cucu tersebut. Mereka mengaji di rumah saya. Memang agak sukar mengawalnya. Agak selamba meneroka cerok sudut rumah,sehingga saya buat undang-undang supaya tidak boleh melepasi ruangan tempat mengaji. Sebelumnya dia akan mengambil sahaja sebarang makanan atau apa-apa yang dihajatinya,sehinggalah saya buat peraturan setiap barang yang diambil hendaklah dengan izin. Saya juga sering tekankan adab bila di rumah orang.

Memang,Cucu itulah patut diberi perhatian lebih. Anak ini perlu sentuhan didikan akhlak,sebab masa hidupnya masih panjang,ajal maut ditangan Allah tapi mengikut hukum akal perjalanan kehidupannya masih panjang. Jika tidak dari sekarang ada  yang membetulkan maka banyak pihak akan menghadapi kesukaran. Siapa yang patut membetulkannya? Semua orang disekelilingnya. Saya tahu anak ini ketandusan didikan. Siapa yang patut membantu,tentulah masyarakat sekelilingnya.Harapkan neneknya,betul neneknya selalu berleter terjerit-jerit melarang itu dan ini,semakin dijerit semakin panjang akalnya melakukan itu dan ini. Ibu bapanya? yang penting mereka tidak kelaparan. Mereka sendiri tidak pernah dididik untuk menghormati hak orang lain. Bagaimana mahu melarang anaknya supaya menghormati hak neneknya atau hak orang lain sedangkan dirinya sendiri pun pernah di lockup kerana memetik buah kelapa sawit dikebun jiran tetangga. Atau memancing talifon bimbit serta dompet jiran melalui tingkap.Cuma belum tercekup dalam aktiviti pecah rumahnya kerana belum terkumpul bukti.

Anak ini,ya anak ini,tidak mustahil bila kena caranya dia akan dapat membetulkan kekusutan keluarganya. Saya berkesempatan bersamanya hanya dengan masa yang singkat iaitu semasa dia belajar iqra' di rumah saya. Selalu saya ulang-ulang pertanyaan apa tujuan mereka datang mengaji,sekarang mereka telah boleh memberikan jawapan "Sebab nak pandai baca Quran,Quran itu panduan cara hidup,nak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Orang berbuat baik dan berbuat salah semua ada balasannya"  Sedikit demi sedikit harapan saya mereka akan belajar Quran bukan sekadar membaca sahaja tetapi menghayatinya. Mereka juga perlu diingatkan agar selalu mendoakan kesejahteraan neneknya yang telah menghantar mereka ke rumah saya.




A016



 "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara  sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah; kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.31:16

A017
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.31:17


Selasa, 5 Ogos 2014

....rantai 2.....






Sudah lama Kak Laila tidak bersua dengan Mas Mona yang tinggal di KL. Dahulu anak-anak masih kecil sekarang semuanya sudah teruna,sudah tidak lagi merengek bila selsema.


Masuk Raya ke 4 Mona mengunjungi Kak Laila.Setelah 2 hari beliau menginap dirumah mertuanya. Pada waktu itu Kak Laila tidak berapa sihat,nikmat suaranya telah di tarik balik oleh Khaliknya.
 Setelah berbasa basi mempersilakan menjamah hidangan,saja-saja tambah soalan agar nampak seperti hidup sedikit suasa;

"Sudah berapa hari  balik beraya Mona?"

"Dua malam dah,itu pun i rasa lamanya."


"Tak apalah dah lama pun kan tak balik sini"

"Sebenarnya i ta kesah pun kalau Jo nak balik sini,tapi i nak dia carilah homestey. Kat rumah tu tak ada sistem lah. Tak da bilik untuk kita,semua kena shere. Ni balik bertembung dengan orang lain,mana kita nak tidur,dan rest,nak salin baju,takdak priversi langsung. You nak tau malam tadi i tidur bilik macam stor,ada almari buruk dalam tu ada tikus. I rasa kaki i kena cium tikus dah. Patut buanglah almari lama tu,buat apa. Buatlah stor simpan barang dalam stor. Hih tak selesa you.You bolehlah duduk dekat sini tak payah bermalam pun. I,tak kan nak ulang KL."

"Siapa yang patut kene kemas ya Mona,dalam rumah tu semua ibu tunggal. Siapa nak angkat almari,nak buat setor semua tu."

"Itu i tak tau,kalau nak i balik sini bagi bilik tu kemas,baru boleh duduk lama-lama,bukanlah nak macam 5 star pun."

"Macam nilah Mona. Cakap dengan Joned,seminggu sebelum raya atau bila-bila free balik lah,tolong kemas rumah tu.Kita balik kampung untuk ziarah orang tua,bagi hati mereka gembira bukan untuk selesa diri kita. Husband kadang-kadang perlu kita ingatkan juga"

"Haih imposible lah...bila masa...Jo tu nak buat...sebok memanjang"

"Tak adanya imposible kalau nak buat. Jiran belakang rumah Kak Laila ni,seminggu sebelum raya mereka balik tolong kemas keliling rumah,racun rumput bakar sampah,sapu bawah rumah...sekarang ni mak pak dia orang dah meninggal,tapi masih balik juga,terkejut sebelum raya dengan vakum cleaner berderum,kami intai rupanya dah ada yang balik. Kl sini 2 jam perjalanan,ni mereka ada yang duduk  Penang lagi. "

Kak Laila bermonolog dalam hati.

....Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya; dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan. Dan, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 228)
"Sesungguhnya bagi kamu  ada hak dari isteri kamu dan isteri kamu ada hak dari kamu". (riwayat Tirmidzi)
Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartawannya dia, kerana berketurunan baiknya dia, kerana cantiknya dia, kerana beragamanya dia, Akan tetapi carilah yang beragama nescaya selamat kamu . (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Khamis, 26 Jun 2014

Semudah "Menu,phone book,search.....Bonda and cilck"


"Waalaikumussalam" Tiba-tiba Mak Odah menjawab salam dari belakang Kak Laila.

"Huh!terkejut saya. Dari mana petang-petang ni Mak Odah" Tanya kak laila.

"Aku dari rumah Nek Nap.Hantar petola kat dia.Kasian dia Laila,dari semalam tak lalu makan,terkenang anak-anaknya, tak talipon pun."

"Barapa orang anaknya Mak Odah?"

"6 orang,yang 3 orang tu ada juga telepon,yang 3 orang lagi kalau mak dia tak telipon,alamat tak adalah Nek Nap nak dengar suara depa."

"Habis Mak Odah cakap apa kat dia"

"Sabar jelah Nek Nap,doakan je dia orang tu lembut hati,Insyaallah,Tuhan tu maha mendengar"

"Hmm elok lah Mak Odah cakap macamtu,kata kat Nek Nap kita kena didik hati selalu reda ,sangka baik.Mungkin mereka benar-benar sibuk.....doakan sahaja"

"Yelah...yang kamu pulak Laila sebagai anak...luangkanlah masa talipon mak kamu....jangan sampai dia talipon dulu....walaupun mak kamu kata tak apa tapi takut di mulut je...dalam hati Allah yang tau"

"Insyaallah Mak Odah,terimakasih ingatkan saya,nilah hikmahnya duduk dengan orang macam Mak Odah ni...selalu ingatkan saya.





Sebenarnya kak Laila pun jarang pergi rumah Nek Nap,kecuali Hari raya atau ada khenduri,sebab nak pergi rumah Nek nap kene lalu depan warung pak Jemik,yang penuh dengan pelanggan lelaki.


berbagai jenama dan bentuk,idaman semua


Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni`mat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni`mat Allah).(Ibrahim : 34)

Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Ali Imran: 133)

Khamis, 17 April 2014

BERLAPANG DADA

sumber google image


Posting saya kali ini adalah mengenai berlapang dada. Frasa yang mudah disebut tapi berat melaksanakannya. Beberapa peristiwa yang berlaku pada diri saya yang berkaitan dengan berlapang dada.

Kali pertama saya berkunjung ke RPWP disantuni oleh ibu-ibu didapur. Dalam perbualan antara ang saya tanya ialah bagaimana warga perihatin menangani tingkahlaku anak-anak awal remaja,adakalanya mereka bertindah seperti mereka sudahbesar,bagaimana menangani anak-anak yang sering membantah apa yang diaturkan?

Antara jawapan Ibu Syakirah ialah anak-anak dididik untuk berlapang dada,bukan sahaja anak-anak tetapi semua ahli keluarga.Anak-anak telah dididik dengan al quran,jadi mereka tidak akan membantah.

Pertemuan jodoh anak perempuan saya baru-baru ini adalah dengan cara diatur oleh orang dewasa dalam jemaah.Ada pihak yang menakut-nakutkan saya tentang kaedah tersebut,dibimbangi pihak lelaki adalah dalam keadaan terpaksa,nanti suatu masa  bila keadaan tidak serasi maka timbullah ungkita bahawa meraka tidak ada perasaan cinta,semuanya  pihak lain yang mengatur.Namun saya yakin mereka telah melakukan istiharah,pilihan mereka adalah pilihan Allah,jika sasuatu terjadi semuanya adalah hikmah disebaliknya. Sememangnya ada beberapa kes yang pernah berlaku dimana aturan yang dijalankan oleh ibubapa tidak menjadi,namun semua pihak berlapang dada,redha dengan ketentuan.

Semasa solat jenazah bapak dimasjid saya dan emak turut sama. Sebaik sahaja salam dan mengaminan doa seorang muslimat yang turut sama bermakmum telah mengucapkan takziah kepada emak. kemudian beliau mengingatkan pada emak tentang menjaga diri sepanjang tempoh edah. tidak lama kemudian salah seorang keluarga muslimat tersebut bertanya pada emak apa yang beliau katakan.Apabila emak menerangkan dengan cakap pindahnya individu itu terus berkata
"Eleh Lek(makcik bahasa jawa) pandailah dia cakap,dia dulu masa edah pun kehulu ke hilir"
Emak yang sedang didalam kesedihan menjadi keliru,lantas saya mengingatkan emak bahawa apa yang dicakapkan oleh muslimah tadi betul,Emak kena berlapang dada bila ada orang mengingatkan kita,bukan senang mendapat teguran percuma begitu.

 Awal bulan ini anak kedua saya telah mendapat tempat mengajar di SR Asunta 2,Petaling Jaya.Satu-satu lokasi yang tidak pernah dijangkanya samasekali. Sebelum ini apa yang dibayangkan adalah sekolah-sekolah kampung atau mungkin pendalaman sedikit,rupa-rupanya ditengah kota metropolitan. Dan lebih menyedihkan bagi beliau ialah kena mengajar subjek Agama Islam tahun 1. Matapelajaran yang bukan optionnya di IPG.Sekolah tersebut memang kekurangan guru agama.Entah bagaimanalah pihak yang terbabit terlepas pandang dalam pengagihan guru-guru,sedangkan didaerah kami guru agama berlebih-lebih yang kurang adalah guru bahasa Inggeris. Setiap malam menalifon atas ketiadak puasan hatinya.Namun saya memberi semangat kepadanya untuk sentiasa berlapang dada. Matapelajaran sekarang telah disiapkan sukatan tertentu,hanya kaedah sahaja yang perlu diaplikasi. Selama 5 tahun belajar itulah gunanya,sedangkan seorang guru sementara yang yang tidak berlatareblakangkan jurusan pendidikan boleh menghadapi apa lah  dia yang tamat pengajian di IPG.Kena redho,adalah terlalu besar hikmahnya,tiba-tiba Allah beri kesempatan mengajar mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam.gunakan peluang itu dengan berlapang dada.


Bagaimanapun tidak boleh disalahgunakan frasa berlapang dada ini,sebagai contohnya seorang pengarah filem yang melibatkan pelakonnya memakai pakaian yang tidak diredhoi Allah samasekali, apabila dikeritik beliau berlapang dada  dan sanggup ke neraka demi menunaikan tugasnya. Begitu juga seorang artis lagi yang dikeritik atas tingkahlaku anaknya yang berpakaian seksi dan bersosial liar. Beliau berlapang dada kerana tingkahlaku anaknya adalah sesuai dengan usianya. Itu artis. Semoga mereka mendapat hidayah.



Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya;  dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya  pada suatu masa yang  banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa. 32:5

Sabtu, 12 April 2014

ANUGERAH

Adakalanya kita berbuat baik sedikit sahaja tapi Allah beri balik lebih banyak.Sebenarnya itu juga adalah ujian,untuk melihat sejauh mana kesyukuran kita pada nikmat tersebut.Takut kita leka dengan nikmat bila mendapat kesakitan sedikit kita rasa Allah benci pada kita.

Saya menghulurkan salam pada Rumah Pengasih Warga Perihatin.Mereka menyambut dengan kedua belah tangan.Melalui gmail-gmail yang saya kirimkan mereka telah dapat menjejaki blog saya,. Dr Masjuki co founder RPWP telah berminat dengan cerita Bapak.Beliau merancang untuk membawa anak-anak RPWP untuk bertemu Bapak dalam program sekolah Alam mereka.Pada mula-mulanya saya agak ragu-ragu juga bolehkah saya menyediakan pasarana untuk menyambut mereka nanti,saya bimbang jauh-jauh mereka datang tapi dengan hasil yang mninima.Setelah Maklong Werdah salah seorang co faunder memberi keyakinan bahawa mereka tidak perlukan apa apa persediaan,hanya ingin mengunjungi bapak untuk bersilaturrahim dan berkongsi pengalaman.Akhirnya saya berpakat dengan adik beradik lalu mereka bersetuju.Sesiapa ada kelapangan akan balik ke kampung untuk sama-sama menyambut tetamu Allah ini.

Program  ziarah tersebut telah disusun semasa perjalanan Program Sekolah Alam  yang ke-3 ke Baling pada cuti tahun baharu Cina pada hujng mingu tersebut untuk singah bermalam di rumah bapak,malangnya bapak telah jatuh pada hari Isnin sebelumnya dan terus menginap di wad hospital Teluk Intan. Maka rombongan mereka membatalkan ziarah ke kampung,dan akan singgah di hospital sahaja. Pada tarikh yang ditetapkan nampaknya ziarah ke hospital juga dibatalkan kerana perjalanan memasuki jalan Tanjung Karang sesak yang amat teruk disebabkan cuti tahun Baru Cina.

Apabila Program Sekolah Alam Seterusnya dijalankan di Kampung Parit Serong Tanjung Karang.mereka memasukan lawatan Bapak di Hospital TAnjung Karang dalam tentetif.Alhamdulillah rombongan mereka telah sampai ke hospital Telok Intan walaupun telah melepasi waktu melawat. Kami semua kehilangan kata-kata atas kesungguhan mereka meyambut salam kami. Agak terkilan juga sebab bapak tidak boleh berbuat apa-apa.Terharu dengan doa yang dipimpin oleh adik Nik Harras.Subhanallah,Subhanallah,kami insan kecil ini dilawati oleh mereka,yang kami akui terlalu padat dengan program sendiri.






Pada hari bapak pulang kerohmatullah,sepanjang perjalanan dari Pangkor saya sempat menghatar mesej kepada Mak Long dan Dr Masjuki. Sungguh tidak disangka mereka sanggup datang dari jauh,ketibaan mereka ketika jenazah bapak sedang diusung ke kenderaan jenazah. Terus mereka mengeluarkan PA sistem,jadi  pengumuman dari waris dan ucapan berkumandang dengan kuat dan dapat didengari oleh semua orang,kesannya semua yang datang berziarah atau ngelayat(istilah jawa untuk pelawat dihari kematian) senyap sunyi dengan suasana yang begitu sahdu. Semasa penkebumian sekali lagi suara pembaca talkin berkumandang dari PA sistem yang dibawa oleh RPWP. Ini adalah julung-julung kali. Semasa dalam keadaan panas mereka telah mengagih-agihkan payung kepada yang hadhir. Setelah selesai urusan pengebumian mereka datang lagi kerumah untuk beramah mesra. Kami akan terkilan tidak dapat menyediakan mereka makanan. Sebab di rumah pada ketika itu tiadak apa-apa bahan untuk dimasak maklumlah setelah 40 hari ditinggalkan,pada malam itunjuga jenazah bapak dibawa pulang,anak-anak yang pulang semua dalam keadaan kesedihan jadi terlepas pandang untuk mecari bahan makanan.Adalah salah seorang dari adik-adik saya yang sempat membeli nasi lemak dalam perjalanan kerena beliau punya ramai anak yang masih kecil jadi peka pada perkara tersebut.


foto dari album Ahmad Kamil






3 Minggu setelah Bapak pergi meninggalkan kami,telah diatur bahawa saya akan mengadakan majlis walimah anak sulung saya. Saya telah menghantar kad jemputan kepad RPWP melalui Whatapp sahaja kerana kami sudah kesuntukan masa,Walaupun kad telah dibuat dan masa telah ditetapkan namun kami masih dalam kesedihan jadi tumpuan untuk majlis kenduri agak kurang,sedangkan masa terus berjalan,ramai kawan dan kenalan yang terlepas pandang untuk diundang. Tiga hari sebelum majlis berlangsung dapat panggilan dari mak Long Werdah bahawa RPWP akan datang 2 bas untuk Program sekolah Alam anak-anak Warga Perihatin. Saya agak ragu-ragu sebenarnya,bimbang tidak dapat menyediakan mereka keselesaan,maklumlah pada ketika itu saya didatangi oleh tetamu-tetamu lain. namun mereka bersungguh-sungguh,tujuannya untuk memberi pembelajaran alam pada anak-anak bagaimana rewang dalam satu majlis khenduri.Sebanrnya majlis kami adalah secara katering kerana kami tidak mampu untuk menguruskan dalam keadaan sekarang ini. Nampaknya apa yang mereka dapati tidak lah seperti apa yang diharapkan,tiada aktiviti rewang disini,namun kami telah memaklumkan pada pihak katering bahawa semasa majlis nanti pekerja katering akan ditolong oleh anak-anak Warga Perihatin,dan meminta mereka memberi kerjasama untuk memberi tunjuk ajar kepada anak anak ini.

Kami tempatkan warga nisa' menginap dirumah Allahyarhamah Kak Yam dibelakang rumah saya atas keizinan anak-anaknya. Setelah habis kenduri apabila kami meminta jumlah kos penginapan mereka tidak mahu,itu adalah sebagai infaq mereka. Alhamdulillah,Allah pasti menilai.Warga rijal pula bermalam di masjid berdekatan.

Pada peringkat awalnya,majlis kami adalah majlis yang sederhana,yang penting ada pernikahan, selepas itu majlis khatam al Quran oleh anak-anak yang mengaji disini juga anak-anak buah yang telah khatam Quran,semua mereka masih belum akil baligh lagi,dalam majlis itu nanti pengantin lelaki akan membacakan doa khatam Quran. Selepas itu pengantin akan makan pengantin yang di taja dan disediakan oleh pihak katering. Selepas itu pengantin akan menyambut dan melayan tetamu. Namun aturan Allah datang tanpa diduga. Pihak RPWP datang dengan PA sistem,pasukan marhaban yang membuat persembahan,pasukan penyambut tetamu yang berpayung dan majlis Yassin dan tahlil di malam sebelumnya. Sebenarnya kami terkedu,majlis sederhana kami telah menjadi meriah dengan persembahan anak-anak warga Perihatin,dengan DJ hebat dari bukan orang sembarangan  seperti Saiful Nang iaitu ikon jurugambar yang terkenal. Juga Dr Masjuki sendiri dan lain-lainnya yang terdiri daripada golongan profesional. Telah menjadi buah mulut di daerah kami bahawa majlis kami hebat dengan pasukan penyambut tetamu berpayung yang mengiring dari kereta hingga ke khemah. Gerun kami menerima ayat-ayat mereka,sebenarnya ayat itu bukan untuk kami tetapi untuk RPWP yang di ilhamkan AllahSWT. Masing-masing bertanya sesama sendiri bagaimana saya boleh membawa mereka kesini dan berapa biayanya. Saya hanya mampu menyatakan bahawa itu adalah anugerah Allah. Pada yang biasa dengan internet saya hanya berikan mereka cadangan untuk mencari dengan menggogle  Rumah Pengasih Warga Perihatin,samada dalam website atau Faebook.
Photo: NOTA KEMBARA SEKOLAH ALAM KE-7
SABAK BERNAM BAH. 1 - 'REWANG' BUKAN 'MEREWANG'

Alhamdulillah, kali ini kami bersama anak-anak keseluruhannya dapat menikmati perjalanan ke Sabak Bernam. Tujuan berziarah ialah untuk memperlihatkan kepada anak-anak tentang majlis Walimatulurus secara Islamik dan segala yang berkaitan dengannya. 

Perjalanan kami padatkan seperti biasa dengan pelbagai pemerhatian alam yang tidak putus-putus. Anak-anak pula terbahagia kepada dua kumpulan besar dalam 2 buah bas yang berlainan. Anak-anak tahap 2 sehingga sekolah menengah dalam 1 bas, sementara yang lain dalam 1 bas lagi bersama para penjaga dewasa. 

ULANGKAJI KEMBARA ALAM 4

Perjalanan kali ini melalui jalan yang pernah dilalui semasa Projek Sekolah Alam ke-4 kami di Tanjung Karang. Anak-anak diberikan tugasan untuk mengendalikan ulangkaji sepanjang perjalanan. Bukan dengan hafalan tetapi bilamana mereka melihat satu perkra, akan teringatlah di dalam benak mereka apa yang pernah muhadir jelaskan sebelum itu. 

Pembahagian mengikut kumpulan umur memberi ruangan untuk anak-anak yang lebih besar untuk mendapatkan input yang lebih tinggi bahasa dan pemahamannya. Anak-anak di bawah 10 tahun pula kami berikan pendedahan tentang cara berfikir yang kritis agar mereka mampu memerhati dan mencerap pelajaran walaupun tanpa buku dan tanpa kelas. 

Kami jelas tentang kelemahan sistem sedia ada dalam pendidikan arus perdana. Walaupun semua misi pendidikan sangat baik bagi mencipta daya pemikiran yang kognitif di kalangan pelajar, namun ia tidak berlaku sebegitu. Anak-anak kita di sekolah pada hari ini dengan mudah mampu mendapatkan keputusan 9A tetapi apabila memasuki bidang pekerjaan sebenar, anak-anak kita juga yang tertinggal ke belakang kerana tidak mampu menyelesaikan masalah. 

REWANG - KAITAN DENGAN JAWA & ISLAM

Salah satu dari fokus kembara kami kali ini ialah kepada pembelajaran melalui pemerhatian konsep rewang orang Jawa yang menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat. Sememangnya Islam itu berasaskan kerjasama berjemaah, Ummatun wahidah.

Kami pernah bercerita kepada anak-anak yang sehingga hari ini kami kekalkan di kalangan mereka budaya rewang ini. Mereka juga sangat teruja apabila kami mahukan mereka memerhatikan tentang budaya ini di kampung semasa majlis walimatulurus di sana. 

Dalam budaya REWANG, sekadar bunga duit RM1 sebagai ‘penanggah’, RM5 untuk ketua penanggah dengan tuala “good morning” dan juga rokok penanggah boleh menjadi satu bayaran yang lebih bernilai dari bayaran penanggah professional katering pada hari ini. Pada malam hari perkahwinan sehingga semuanya selesai, tuan rumah akan melantik seorang wakil dari kalangan ahli masyarakat yang datang untuk rewang. Secara tradisinya, tuan rumah tidak boleh lagi masuk campur selepas itu, iaitu selepas wakil jemaah mengambil alih pengaturan. 

Ada juga kes apabila tuan rumah terlampau banyak ‘songel’ sehingga ahli rewang terasa hati dan terus meninggalkan kenduri. Jika itu berlaku, tuan rumah akan merendah diri untuk meminta maaf kepada setiap ahli masyarakat untuk mendapatkan mereka kembali meneruskan rewang. 

Semuanya berlaku dalam semangat kekeluargaan yang sangat tinggi. Majlis keramaian memang satu yang ditunggu-tunggu kerana itu seperti satu asbab kepada penyatuan masyarakat. Bukannya untuk upah dan bayaran, tetapi sekadar mengeratkan silaturrahim. Anak dara dan anak bujang diacu-acukan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa yang memerhatikan mereka semasa rewang. Bapa Si Dara pula boleh lihat calon-calon menantu mengikut kerajinannya. 

Setibanya kami di sana, kami mula merasakan kemeriahan yang ada. Namun anak-anak bertanya, dimanakah rewangnya? Mereka mencari-cari penanggah-penanggah yang memakai bunga duit dan tuala “Good Morning” seperti yang pernah kami ceritakan. Namun semua itu sudah tidak berlaku lagi.

Penanggah rewang berganti dengan penanggah beruniform katering yang menyediakan hidangan-hidangan secara buffet. Dalam tradisi rewang, tetamu hanya perlu duduk sahaja dan semua hidangan akan disediakan terus dengan sopan di atas meja. Akan ada barisan penanggah yang ke depan ke belakang bergiliran menghantar hidangan serta mengutip dan membasuh pinggan kotor.

Tuan rumah tempat kami berziarah ini merupakan guru vateran dan orang yang sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Cikgu Hajjah Hashimah & Cikgu Haji Nasir merupakan insan prihatin yang meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri. Hidup mereka sederhana dan majlis perkahwinan anak mereka itu juga berlaku secara sangat sederhana. Tiada busana-busana dan pelamin ribuan RM untuk menghiasi pengantin, tiada solekan tebal ala-ala Oprah Winfrey ataupun Opera Cina dengan khemah-khemah sederhana tanpa renda-renda puluhan ribu RM. 

Disebabkan aktiviti kemasyarakatan yang menjadikan mereka ini sibuk, maka mereka kurang terlibat dengan aktiviti kenduri kendara di kampung itu. Walaupun begitu, aktiviti kemasyarakatan di dalam kampung itu tetap sangat memberi kesan kepada masyrakat sekeliling. Disebabkan itu juga, mereka agak gusar dan risau sekiranya kenduri mereka itu tiada yang nak datang rewang. Alternatifnya ialah katering. 

Bukannya sesuatu kesalahan menggunakan katering, cuma dari kajian sosiologi yang pernah kami lakukan ke atas komuniti Jawa yang pernah kami tuliskan selepas hari raya tahun lepas, kami dapati budaya rewang menjadi salah satu unsur penyatuan yang sangat penting. 
http://prihatin.net.my/v3/2013/08/19/budaya-islamik-jawa-beraya/

Sekalipun anak-anak tidak merasa kemeriahan rewang, tetapi kami berikan tugasan kepada anak-anak yang akhirnya mereka dapat wujudkan juga suasana rewang antara mereka. Kami harap mereka faham maksud kami agar dapat menghidupkan budaya yang baik ini dalam generasi dan kelompok mereka.

MEMULIAKAN TETAMU 

Setelah tidak dapat rewang menyediakan / memasak makanan, maka kami CUBA WUJUDKAN KEMERIAHAN REWANG dengan cara sendiri. Sebagai kelompok warga yang sudah biasa menguruskan majlis, kami bahagikan tugasan untuk membantu sajian dan membersihkan pinggan mangkuk, mengawal lalulintas, menjaga parkir, memasang dan mengendalikan sistem siaraya, deejay, persembahan kompang, selawat dan nasyid, dan yang paling mendapat remark baik dari orang kampung ialah pasukan penyambut tetamu berpayung hijau yang ‘unik’. 

Dengan cara itu, kami dapat merasakan kemeriahan rewang dapat dizahirkan semula. Setiap tetamu yang hadir kami cuba untuk payungi mereka dalam keadaan panas mahupun redup, khususnya yang membawa bayi. 

Budaya menyambut tetamu dengan payung yang telah kami amalkan sejak hari pertama itu sebagai satu simbolik kasih sayang dan penghormatan kepada tetamu dengan penghormatan VVIP keseluruhannya tanpa mengira darjat dan pangkat. Itu sudah menjadi tradisi sekiranya RPWP datang bertandang atau terlibat dalam pengurusan majlis perkahwinan. Biar panas, biar hujan bahkan ribut sekalipun kami akan tetap jalankan tugas, demi memuliakan tetamu.

Majlis perkahwinan Warga Prihatin yang berlangsung 2011 sebelum ini turut memberikan gambaran serupa dengan Majlis Walimatulurus yang ini. Pengantin tidak bersolek tebal-tebal untuk duduk di pelamin, bahkan ikut berdiri dengan payung yang kami sediakan di jalan masuk ke rumah, bersama-sama ibu bapa mereka menyambut tetamu di terik mentari.

Alhamdulillah, walaupun tiada pancaragam, tiada karaoke, tiada kuda kepang dan penyanyi seksi, ramainya kehadiran tetamu tidak pernah dapat kami bayangkan. Tetamu bertali arus sampai jam 12 malam sebelumnya, bersambung jam 8 pagi di hari majlis sampai ke petang. Subhanallah.. akan kami kongsikan di bahagian seterusnya nanti.l

SIKAP TETAMU & PEMANDU – SATU PEMERHATIAN

Tugasan yang paling mencabar ialah pengawalan trafik di bawah terik mentari. Di sini kami lihat, bagaimana sebahagian tetamu dan pemandu yang sukar diatur. Sebahagian mereka tidak boleh bertolak ansur, sombong dan bongkak dalam menerima aturan lalulintas yang kami susunkan. Mereka mahukan keselesaan, tetapi mereka tidak mahu “bayar” harga keselesaan itu dengan menurut pengaturan kami. 

Tidaklah kami sengaja menjaga lalulintas di sepanjang sekitar 1 km itu untuk menyusahkan orang, tetapi sekiranya ada 2 hala berselisih tanpa ada yang mahu mengalah, sampai bilapun tidak akan ada penyesaian. Ini kerana jalan kampung itu kecil sahaja, cukup-cukup untuk dua kenderaan kecil berselisih. Kiri kanan dibatasi dengan parit dan kebun sawit. Jika ada kenderaan diletak di bahu jalan, maka ia akan jadi satu hala. 

Tidak kurang juga ada yang memandu kereta mewah berjenama Mercedes yang bila kita sapa dengan senyuman terus tidak diendahkan. Ironinya, ada yang tidak langsung sudi menurunkan tingkap untuk menyambut salam dan teguran yang diberi, padahal tujuannya untuk kami tunjukkan yang nombor pendaftaran kereta beliau telah hampir terjatuh. 

Begitulah akhlak ‘orang kita’ sekarang. Dari bahasa badan kelihatan ada juga yang melihat tukang payung dan jaga parkir ini sebagai makhluk bertaraf bawahan. Mungkin sudah terbiasa mengherdik ‘mat gian’ yang sering menjadi ‘pengatur parkir’ mereka di bandar untuk meminta seringgit dua. Ataupun ada kejutan budaya dari miskin dahulunya lalu kini dah jadi kaya, lalu jadi bongkak melupakan adat budaya dan tatasusila.

Kasihan mereka kerana tidak mengetahui yang memayungi dan menjaga kenderaan mereka itu ada yang doktor, jurutera, guru senior, pensyarah Universiti bahkan ustaz dan individu bergelar Datuk juga. Anak-anak asnaf yang nampak macam gelandangan dan memayungi serta menyajikan makanan mereka itu juga ada yang penerima anugerah tetap sebagai pelajar terbaik akademik dan sahsiah di sekolah. 

Kerana itu, kami juga sebenarnya seperti mereka, iaitu manusia yang wajar dihormati, bukan kerana pangkat dan darjat, tetapi kerana kita semua hanyalah HAMBA YANG ESA. Apapun tidak semuanya melayani kami begitu rupa. Ramai juga yang ramah dan sangat berbudi bahasa. Yang baik kita kekalkan, yang buruk kita tegur dan ambil pelajaran.

Pengalaman mengendalikan trafik dan keamanan ini memberikan kesedaran kepada kita betapa sukar dan serbasalahnya tugas anggota keselamatan, khasnya PDRM dan RELA. Di tengah terik mentari anggota polis mengorbankan diri mengawal lalu lintas yang ada ketikanya tidak boleh dikawal dengan besi dan cahaya. Tidak mustahillah terjadinya isu besar isteri pemain bola sepak muda yang biadap dengan pak guard yang jauh lebih tua.

Itulah sebahagian dari ‘PEMBELAJARAN ALAM’ yang besar, melalui PENGALAMAN yang dapat di ‘ALAMI’ sendiri oleh mereka yang ikut MENGALAMINYA. 

Sekian dahulu perkongsian kami. Salam ukhwah
WARGA PRIHATIN

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2..
Foto dari FB Warga Perihatin

Mereka menunggu sehingga habis majlis. Sehingalah mengemas kerusi emja dan mengutip sampah.Kami hanya mampu bertasbih,bertahmit dan bertakbir. Pasti Allah menilai.


foto hasil sentuhan Tn Haji Saiful Nang dari FB Warga Perihatin
 Rumah Pengasih Wrga Perihatin.....Kami hanya beri terlalu sedikit...kalian memberi terlalu banyak.

Ya Allah semoga co faunder-co faunder Warga Perihatin  terus beristiqamah dalam usaha mereka melahirkan insan-insan ikon umat.


Rabu, 19 Mac 2014

Bapak siri hikmah.

41 hari tempoh bapak dimasukan ke wad akibat patah kakinya dengan hari Arwah menemui Penciptanya.
Bila bapak patah kaki,kami semua begitu sedih. Bapak telah uzur,berjalan pun dengan bantuan tongkat,tapi bapak masih mampu bermotosikal ke masjid atau ngeteh di warung Limi,menu yang bapak order ialah roti canai banjir dan limau ais. Tokeh warung telah akur dengan menu itu,bapak tidak perlu membuat pesanan,makanan akan tiba. Budak-budak pekerja kedai pun sudah biasa,mereka akan siap-siap memusingkan motorsikal ke arah jalan  adakalanya tolong hidup kan enjen sekali.

Bila bapak masuk wad,kami semua susah hati.Bapak tidak boleh bergerak,kakinya kena ikat pada papan. Bapak kena pakai pampers.Hari pertama di wad Teluk Intan kami bergotong royang menukarkan bapak pamper.

"Apa selamanya aku kena macam ni" kata bapak.
"Tak Pak,kalau dah baik nanti tak perl pakai" Setiap kali ditukar lampin bapak akan pejam mata. Kami tahu dia malu.

Kami semua sentiasa berdoa agar hujung usia bapak dalam keadaan khusnulkhotimah,tetapi kenapa bapak patah kaki dan tinggal di wad. Walaupun kita tidak boleh menolak qada' dan kadar hati kecil yang lemah iman ini ada juga sesekali mempersoalkan.

40 hari bapak meninggalkan rumah,tinggal di wad dan  dapat keluar kena tinggal di ruang tamu rumah Ramlah,masuk kembali dan keluar lagi.Sehingga masa bapak dipanggil pulang....ya 40 hari. Allah memberi kami ibrah,erti hikamah,walaupun tahu setiap kejadian ada hikmah sebaliknya,kami tahu tapi sekarang bertambah yakin.

Ya dalam 40 hari itu kalaulah bapak tidak masuk wad tentu kami akan menjalani hidup seperti biasa. Bapak masih berulang alik dari masjid,rumah dan warung. Emak pula dalam kata menjaga bapak akan berada  disisi bapak bila bapak perlukan sahaja,contohnya seperti bila bapak terkencing atau terberak di luar selain tandas,atau ketika bapak mahu makan ubat,sebab sejak akhir-akhir ini bapak tidak akan makan ubat kecuali emak yang sediakan.Atau ketika bapak meminta emak memandikannya,menyampu rambut dan menggosok belakang,sebab tangan bapak sudah tidak sampai menjangkau belakang,dan bapak kata bila emak mandikan badannya akan rasa lebih segar. Selain pada masa itu emak akan merayau-rayau di keliling rumah juga di kebun. Membuang seludang yang jatuh di halaman,mengairi flora yang tumbuh,kadang-kadang menghalau beruk dan lotong yang selalu mengintai-ngintai sesuatu yang boleh mengisi perutnya,yang utama berada bersama ayam-ayamnya . Emak juga perlu menghadirkan diri dalam masyarakat,kenduri,melawat jiran sakit dan sebagainya. Tentu adakalanya bapak perlukan emak tapi emak tiada disisi. Kami pula biasalah,sebok dengan kerjaya. Mesyuarat,outing,seminar,kelas tambahan,kenduri-kendara ,melayan kerenah anak-anak dan sebagainya yang menjadi penghalang untuk kami menjenguk bapak.

Apabila 40 hari bapak terlantar,emak sentiasa disisinya.Bapak pulak sudah tidak mahu menyuap makanan sendiri,semua emak yang buat. Anak-anak memaksakan diri untuk melawat,kalau hanya disebab kan anak selsema sanggup mengambil cuti,takkan untuk bapak tidak. Anak menyedari itu,maka seboleh-bolehnya diperuntukkan masa untuk bapak.Adakalanya anak-anak datang sendiri tanpa anak isteri,tidak mengira waktu. Antara Lembah Kelang Teluk Intan sudah tidak jauh lagi. Kalau dahulu hanya emak yang menyuapkan ubat bapak sekarang anak cucu berkesempatan menyuapkan makan minum bapak juga.Anak-anak belikan bapak kerusi roda, lampin dan semua keperluan bapak termasuk tinggal di wad eklas pertama. Emak pun selesa menjaga bapak di bilik yang begini. Bila anak-anak datang bapak akan diangkat untuk duduk di kerusi roda dan berjalan-jalan. Masa ini lah anak-anak berpeluang menatang bapak seperti bapak menatang mereka dahulu.Anak-anak berpeluang membasuh berak,membasuh rambut dan memandikan Bapak.

Bapak menghadapi saat Sakaratul maut pada Sabtu malam Ahad. Sesungguhnya memberi peluang untuk anak-anak untuk sampai sebelum siang. Alhamdulillah Jenazah Bapak dimandikan oleh anak-anak,menantu dan cucu. Tiada orang lain.

  Al Baqarah:269 ﴿
Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran .


Subhanallah,Alhamdulillah Allahuakbar

sumber google imej


Rabu, 12 Mac 2014

Bapak siri syahdu



     Malam itu 8 Mac 2014 Kakak di Pangkor,menjayakan program kecemerlangan pelajar tahun 6 bersama 25 orang pelajar tahun 6 calon UPSR beserta 15 orang guru. Slot antara jam 10.30 hingga 11.30 ialah slot sentuhan jiwa.Dimulakan dengan istighfar dan zikir munajat,tiba-tiba bilik digelapkan,seorang guru membacakan bait-bait skrip kesedaran sebagai seorang insan,sesekali terpancar diskrin imej –imej yang bersesuaian dengan bait-bait skrip. Beberapa ketika  kedengaran beberapa esakan dari pelajar.Akhirnya pembaca skrip meminta guru-guru tampil di hadapan pelajar untuk memberi kesempatan pelajar melatakan kepala dibahu,pelajar lelaki dengan guru lelaki,pelajar perempuna dengan guru-guru perempuan. Tanpa melihat wajahnya di dalam gelap. Rupa-rupanya pelajar yang Kakak peluk ialah Liana yang telah setahun kematian ibu. Semasa memeluk mereka Kakak bayangkan anak itu adalah Atiqah,Atina,Athira dan Aimi silih berganti,sambil berdoa untukmereka.Liana menagis semahunya dan Kakak juga tapi masing-masing punya bayangan yang berbeza.
Selesai  slot tersebut kami pun meninggalkan bilik  menuju ke lift untuk ke bilik masing-masing. Telefon bordering,Kakak nampak nama Emak timbul. Kakak berdebar sangat. Lalu terdengar suara Emak dari kejauhan.

“Kak,Bapak dah tak ada,jam 11.26 tadi,Tolong jangan meratap ye,Alhamdulillah Bapak pergi dengan senang depan Mak tadi”

Kakak rasa diri Kakak tergantung di awang-awangan,Beristigfar,berhawqala beberapa kali mencari kekuatan,sempat memberi tahu kawan-kawan yang sedang berbaris dihadapan pintu lift. Mereka semua berkerumun dan masing-masing menenangkan Kakak termasuk Guru Besar dan GPK lain.

“Kita tunggu esok pagi lah nampaknya,perkhidmatan feri dah tak ada,kalau nak cari bot lain lebih kurang RM300. Spontan Kakak membuka dompet dan Alhamdulillah cukup RM300."
Reaksi Kakak itu diperhatikan oleh guru besar,

”Ok sekarang begini ,cikgu masuk bilik dulu solat ke apa yang patut kami cuba usahakan”
Malam sebelumnya Kakak menziarahi Bapak.Sejak Bapak keluar wad seminggu lalu Bapak masih tinggal dirumah Adik Ramlah(Umi Nadia) di Teluk Intan. Selepas solat Jumaat Kakak dan suami ke kampong dahulu memberi makan ayam-ayam Mak dan menyiram bunga sambil mengambilkan beberapa pakaian yang Emak pesan. Selepas Asar baru kami sampai. Kebetulan Adik Ramlan(Prof Abi Muhaimin) ada disana.Kakak sudah tidak membelikan apa-apa makanan untuk Bapak kerana menurut Emak sejak keluar dari hospital Bapak sudah tidak mahu makan.Selepas Magrib Kakak dan Adik Ramlan membacakan surat al Muzammil dan surah Al Rahman di telinga Bapak.Air mata Bapak mengalir. Kakak usap airmata Bapak,Kakak belai belai wajah Bapak,usap rambut Bapak,telinga,urat-urat di dahi dan pipi,sambik Kakak bisik kat Bapak

 “Terimakasih Pak ajar saya Quran,kalau tak saya tak pandai baca macam ni” Bapak tadahkan tangan.Air mengalir lagi dihujung matanya. Begitulah biasanya riaksi Bapak bila sesiapa yang memberikan Bapak harapan. Namun Bapak amat lemah sekali.Kakak dan Dik Ramlan mempelawa Bapak untuk duduk,Bapak akur,kami angkat sama-sama badan Bapak,belakang Bapak panas sekali. Bapak renung Kakak .

”Bapak nak minum” Dia mengangguk,tapi Bapak sudah tidak boleh menggunakan straw seperti sebelumnya,kena tuang air guna cawan kecil sedikit demi sedikit. 

Sudah larut malam Kakak meminta diri dari Bapak.Kakak kena balik sebab esok pagi kena pergi Pangkor. Beg tak siap lagi. Kakak dapat minta maaf kat Bapak dan cium dahinya.Dia mengekori Kakak sehingga pintu. Rupa-rupanya itulah saat terakhir Kakak bersamanya.

Dalam perjalanan tajuk perbualan kami adalah berkisarkan Bapak. Sepatutnya esok pagi suami Kakak bercadang ke Kota Tinggi untuk menghadiri majlis perkahwinan,Kakak mencadangkan agar dia membatalkan sahaja perjalanannya itu,sebab bimbang dengan keadaan Bapak. Beliau setuju.
Sesampai di bilik Kakak terus mengemaskan beg,sambil mengawal tangisan,adakalnya terkawal dan ada kalanya terlepas.anak-anak murid dan kawan-kawan mengurumuni Kakak sambil menenangkan , sambil membantu mengemas. Dalam pada itu sebenarnya Kakak segan juga diantara yang memujuk Kakak itu adalah Cikgu Ita yang telah kematian bapanya 4 tahun yang lalau,bapa mertuanya 1 minggu yang lalu,dua orang anak saudaranya selang 1 bulan yang lalu, kemudian Cikgu Khalimah yang telah kematian Emaknya 4 tahun yang lalu,diasbabkan ketumbuhan bisul dalam masa seminggu sahaja telah menemui ajalnya. Cikgu Hamsiah juga telah kehilangan kedua ibubapanya,ibunya dahulu dan bapanya menyusul setelah sebulan kemudian. Situasi itulah antara yang menyumbang kekuatan. Tiba-tiba Kakak dapat panggilan supaya turun ke lobi,kerana ada bot yang akan membawa Kakak menyeberang. Kak bertahmid berulang-ulangkali. Rupa-rupanya Guru Besar dan GPK telah berusaha mencarikan jalan untuk Kakak.Kakak dibawa ke tepi kawasan nelayan,sebuah sampan kecil menunggu,sampan yang digunakan untuk menyandat sotong,dipandu oleh seorang pemuda dan seorang pemuda lagi di hadapan. Kakak ditemani oleh Guru Besar dan Ustazah.Berlima didalam sampan yang bermotor membelah selat Dinding dalam kepekatan malam,tanpa lampu dan jeket keselamatan. Menurut Ustazah ombak agak tinggi malam itu,tapi Kakak tidak merasakannya kerana ombak dalam jiwa lebih tinggi.Kakak sangat berterimakasih pada Allah,yang menurunkan ramai orang-orang yang baik menolong Kakak. Ya Allah,Sesungguhnya tidak rugi jika kita berbuat baik,Allah akan turunkan orang lain pula yang akan berbuat baik kepada kita.sebenarnya adakah cukup perbuatan baik kita selama ini. Ya Rabbul Jalil,aku malu padamu Ya Allah aku berbuat baik sedikit tapi Engkau bagi lebih.

Dalam perjalanan barulah Kakak menalifon Suami,rupa-rupanya beliau telah bekejar kekampung untuk mengemaskan rumah bersama Aizat(anak teruna Kakak yang bercuti dari pelayaran)dan Atina(anak gadis Kakak yang menuggu posting) bagi menyambut jenazah Bapak yang akan di bawa kekampung dari rumah Adik Ramlah. Tepat jam 2.30 pagi Kakak sampai,Kakak tidak dapat menahan perasaan terus memeluk anak bujang Kakak. Dia melepaskannya sehingga Kakak reda. Adik Ramlah mendekati Kakak  melapaskan tangisan yang dibendung sejak tadi sambil berbisik

“Kakak tolong jangan nangis,Emak langsung tidak menagis,pastikan Kakak reda baru jumpa Mak”
Allahuakbar….. Kakak pastikan reda,baru berjumpa Emak yang sedang berbaring-baring dengan Atina.
Perlahan-lahan kakan peluk dia
“Redokan Bapak pergi,Bapak pergi dalam keadaan baik,Di hadapan Emak,Dik Lah dan suami,dan Adik Hanif(dr abu Ahnaf) Bapa dapat mengucap. Emak ikhlas.Kesian Bapak menderita biarlah Bapak mengadap Allah dengan tenang,tak perlu di ratap-ratap”

Luruh kepejalan jiwa Kakak. Barulah Kakak mendapat kekuatan untuk menyelak serban putih yang menutupi muka jenazah Bapak. Tenangnya wajah Bapak.Walaupun pucat dahinya basah berpeluh,dadanya,perutnya panas. Jarinya lembut berdakap.
Seorang demi seorang adik adik sampai. Selepas Solat subuh Emak mengarahkan kami segera memandikan jenazah Bapak.Emak mengarahkan dan kami melakukan. Sebenarnya itulah pertama kali saya turut sama memandikan jenazah secara langsung,selama ini hanya membantu serba sedikit sahaja. Sehinggalah selesai. Alhamdulillah. Orang datang berziarah  sEmakin bertambah,kelewatan penyempurnaan hanya disebabkan kelewatan mendapatkan kelengkapan pengapanan jenazah. Proses pengapanan juga dilakukan oleh anak-anak dan cucu lelaki Bapak, dibantu oleh 2 orang Imam masjid kampong yang juga anak murid Bapak.


Solat jenazah di rumah diimamkan oleh Adik Ismail(Abu Hasan),dimakmumkan oleh semua anak cucu Bapak serta saudara mara. Di masjid dijalankan juga solat jenazah.Kakak rasa kalaulah solat tersebut mengikut syaf seperti solat biasa,pasti makmum akan melimpah keluar di kawasan koridor. Solat diimami oleh Adik Hanif. Semasa berdoa dia tidak dapat juga menahan emosi,suasana diselubungi syahdu,ramai Jemaah yang teresak-esak.

Kami anak cucu turut sama semasa pengkebumian termasuk Emak. Anak cucu lelaki semua mengambil bahagian memegang cangkul semasa proses menimbus. Akhir sekali Pembacaan talkin oleh Imam Hasan.Beliau adalah bekas anak murid Bapak,beliau tidak bersekolah arus perdana. Waktu remaja setiap malam dia akan datang mengaji kitab dengan Bapak,siang pula bersekolah di bawah surau bergurukan Bapak. Bapak juga yang melantiknya menjadi Imam Masjid. Beliau menganggap Bapak seperti Bapaknya sendiri. Semasa membaca talkin beliau tidak dapat menahan emosi,beberapa kali terhenti terutama bila menyebut nama Haji Zailani. Sekali lagi suasana diselubungi syahdu.Kakak Nampak Emak agak tewas,Kakak terdengar sedunya,sebab Kakak memeluknya dari belakang tentu tidak dapat melihat wajahnya,hanya dapat merasakan goyang badannya sahaja.

  
 89:27 "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

89:28 "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)  

89:29 "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagi "

89:30 "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " 

Doa juga kupanjatkan bersama untuk  MAS MH370


Catatan Popular