DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 19 Mac 2014

Bapak siri hikmah.

41 hari tempoh bapak dimasukan ke wad akibat patah kakinya dengan hari Arwah menemui Penciptanya.
Bila bapak patah kaki,kami semua begitu sedih. Bapak telah uzur,berjalan pun dengan bantuan tongkat,tapi bapak masih mampu bermotosikal ke masjid atau ngeteh di warung Limi,menu yang bapak order ialah roti canai banjir dan limau ais. Tokeh warung telah akur dengan menu itu,bapak tidak perlu membuat pesanan,makanan akan tiba. Budak-budak pekerja kedai pun sudah biasa,mereka akan siap-siap memusingkan motorsikal ke arah jalan  adakalanya tolong hidup kan enjen sekali.

Bila bapak masuk wad,kami semua susah hati.Bapak tidak boleh bergerak,kakinya kena ikat pada papan. Bapak kena pakai pampers.Hari pertama di wad Teluk Intan kami bergotong royang menukarkan bapak pamper.

"Apa selamanya aku kena macam ni" kata bapak.
"Tak Pak,kalau dah baik nanti tak perl pakai" Setiap kali ditukar lampin bapak akan pejam mata. Kami tahu dia malu.

Kami semua sentiasa berdoa agar hujung usia bapak dalam keadaan khusnulkhotimah,tetapi kenapa bapak patah kaki dan tinggal di wad. Walaupun kita tidak boleh menolak qada' dan kadar hati kecil yang lemah iman ini ada juga sesekali mempersoalkan.

40 hari bapak meninggalkan rumah,tinggal di wad dan  dapat keluar kena tinggal di ruang tamu rumah Ramlah,masuk kembali dan keluar lagi.Sehingga masa bapak dipanggil pulang....ya 40 hari. Allah memberi kami ibrah,erti hikamah,walaupun tahu setiap kejadian ada hikmah sebaliknya,kami tahu tapi sekarang bertambah yakin.

Ya dalam 40 hari itu kalaulah bapak tidak masuk wad tentu kami akan menjalani hidup seperti biasa. Bapak masih berulang alik dari masjid,rumah dan warung. Emak pula dalam kata menjaga bapak akan berada  disisi bapak bila bapak perlukan sahaja,contohnya seperti bila bapak terkencing atau terberak di luar selain tandas,atau ketika bapak mahu makan ubat,sebab sejak akhir-akhir ini bapak tidak akan makan ubat kecuali emak yang sediakan.Atau ketika bapak meminta emak memandikannya,menyampu rambut dan menggosok belakang,sebab tangan bapak sudah tidak sampai menjangkau belakang,dan bapak kata bila emak mandikan badannya akan rasa lebih segar. Selain pada masa itu emak akan merayau-rayau di keliling rumah juga di kebun. Membuang seludang yang jatuh di halaman,mengairi flora yang tumbuh,kadang-kadang menghalau beruk dan lotong yang selalu mengintai-ngintai sesuatu yang boleh mengisi perutnya,yang utama berada bersama ayam-ayamnya . Emak juga perlu menghadirkan diri dalam masyarakat,kenduri,melawat jiran sakit dan sebagainya. Tentu adakalanya bapak perlukan emak tapi emak tiada disisi. Kami pula biasalah,sebok dengan kerjaya. Mesyuarat,outing,seminar,kelas tambahan,kenduri-kendara ,melayan kerenah anak-anak dan sebagainya yang menjadi penghalang untuk kami menjenguk bapak.

Apabila 40 hari bapak terlantar,emak sentiasa disisinya.Bapak pulak sudah tidak mahu menyuap makanan sendiri,semua emak yang buat. Anak-anak memaksakan diri untuk melawat,kalau hanya disebab kan anak selsema sanggup mengambil cuti,takkan untuk bapak tidak. Anak menyedari itu,maka seboleh-bolehnya diperuntukkan masa untuk bapak.Adakalanya anak-anak datang sendiri tanpa anak isteri,tidak mengira waktu. Antara Lembah Kelang Teluk Intan sudah tidak jauh lagi. Kalau dahulu hanya emak yang menyuapkan ubat bapak sekarang anak cucu berkesempatan menyuapkan makan minum bapak juga.Anak-anak belikan bapak kerusi roda, lampin dan semua keperluan bapak termasuk tinggal di wad eklas pertama. Emak pun selesa menjaga bapak di bilik yang begini. Bila anak-anak datang bapak akan diangkat untuk duduk di kerusi roda dan berjalan-jalan. Masa ini lah anak-anak berpeluang menatang bapak seperti bapak menatang mereka dahulu.Anak-anak berpeluang membasuh berak,membasuh rambut dan memandikan Bapak.

Bapak menghadapi saat Sakaratul maut pada Sabtu malam Ahad. Sesungguhnya memberi peluang untuk anak-anak untuk sampai sebelum siang. Alhamdulillah Jenazah Bapak dimandikan oleh anak-anak,menantu dan cucu. Tiada orang lain.

  Al Baqarah:269 ﴿
Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran .


Subhanallah,Alhamdulillah Allahuakbar

sumber google imej


2 ulasan:

  1. Assalam Hasimah. Semoga sihat-sihat sejahtera menjalani hidup seterusnya. Hasimah beruntung sebab lama dapat bersama bapak. Bapak saya pulang ke Rahmatullah semasa saya berumur 16 tahun. Oleh kerana bongsu dari 8 adik beradik maka saya tidak dibawak banyak bicara tentang sakit bapak. Ia tidak terlantar cuma pegerakan amat kurang kerana ditakdirkan hilang deria penglihatan. Dulu saya tak faham dan mungkin dalam keluarga pun tak faham itu disebabkan sakit kencing manis agaknya.
    Saya selalu tidur sekejap tengah hari di sampingnya. Tetapi hari ia meninggal saya tidur tempat lain. Emak saya pun tidak panggil saya di saat-saat akhir. Cuma emak dan 2 orang kakak yang bersamanya diwaktu itu. Tak apelah. Sudah berlalu. Semoga Allah mendapat rahmat Allah dan sejahtera di alam barzah. Begitu jua Emak. Sama-sama kita doa berjumpa di Syurga Firdaus dengan semua yang kita sayang tanpa hisab. Dengan Rahmat Allah semata-mata. Aameen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen, ya Robb.
      Saya pernah mendengar di ruangan dialog Dr Muhaya di radio ikim. Seorang pendengar bersedih sebab tidak berpeluang bersama ibunya kerana ibunya telah meninggal sewaktu beliau kecil,jawapannya "Alhamdulillah ibu anda meninggal sewaktu anda kecil,inilah peluang anda berbakti kepada ibu sepenuhnya. Seandainya ibu anda masih hidup mungkin anda akan melakukan banyak kesalahan dengannya atau menyakiti hatinya,tapi sekarang anda boleh beramal sebanyak-banyaknya,berdoa untuknya tanpa menambah dosa-dosa anda kepadanya lagi dan tanpa menyakiti hatinya,positifkan situasi anda"

      *Pn sila check pm di fb,saya ada menitipkan sesuatu..

      Padam

Catatan Popular