Malam itu 8 Mac 2014 Kakak di Pangkor,menjayakan program
kecemerlangan pelajar tahun 6 bersama 25 orang pelajar tahun 6 calon UPSR
beserta 15 orang guru. Slot antara jam 10.30 hingga 11.30 ialah slot sentuhan
jiwa.Dimulakan dengan istighfar dan zikir munajat,tiba-tiba bilik
digelapkan,seorang guru membacakan bait-bait skrip kesedaran sebagai seorang
insan,sesekali terpancar diskrin imej –imej yang bersesuaian dengan bait-bait
skrip. Beberapa ketika kedengaran
beberapa esakan dari pelajar.Akhirnya pembaca skrip meminta guru-guru tampil di
hadapan pelajar untuk memberi kesempatan pelajar melatakan kepala dibahu,pelajar
lelaki dengan guru lelaki,pelajar perempuna dengan guru-guru perempuan. Tanpa melihat
wajahnya di dalam gelap. Rupa-rupanya pelajar yang Kakak peluk ialah Liana yang
telah setahun kematian ibu. Semasa memeluk mereka Kakak bayangkan anak itu
adalah Atiqah,Atina,Athira dan Aimi silih berganti,sambil berdoa untukmereka.Liana
menagis semahunya dan Kakak juga tapi masing-masing punya bayangan yang
berbeza.
Selesai slot tersebut
kami pun meninggalkan bilik menuju ke
lift untuk ke bilik masing-masing. Telefon bordering,Kakak nampak nama Emak
timbul. Kakak berdebar sangat. Lalu terdengar suara Emak dari kejauhan.
“Kak,Bapak dah tak ada,jam 11.26 tadi,Tolong jangan meratap
ye,Alhamdulillah Bapak pergi dengan senang depan Mak tadi”
Kakak rasa diri Kakak tergantung di awang-awangan,Beristigfar,berhawqala
beberapa kali mencari kekuatan,sempat memberi tahu kawan-kawan yang sedang
berbaris dihadapan pintu lift. Mereka semua berkerumun dan masing-masing menenangkan
Kakak termasuk Guru Besar dan GPK lain.
“Kita tunggu esok pagi lah nampaknya,perkhidmatan feri dah
tak ada,kalau nak cari bot lain lebih kurang RM300. Spontan Kakak membuka dompet
dan Alhamdulillah cukup RM300."
Reaksi Kakak itu diperhatikan oleh guru besar,
”Ok sekarang begini ,cikgu masuk bilik dulu solat ke apa
yang patut kami cuba usahakan”
Malam sebelumnya Kakak menziarahi Bapak.Sejak Bapak keluar
wad seminggu lalu Bapak masih tinggal dirumah Adik Ramlah(Umi Nadia) di Teluk
Intan. Selepas solat Jumaat Kakak dan suami ke kampong dahulu memberi makan
ayam-ayam Mak dan menyiram bunga sambil mengambilkan beberapa pakaian yang Emak
pesan. Selepas Asar baru kami sampai. Kebetulan Adik Ramlan(Prof Abi Muhaimin)
ada disana.Kakak sudah tidak membelikan apa-apa makanan untuk Bapak kerana
menurut Emak sejak keluar dari hospital Bapak sudah tidak mahu makan.Selepas
Magrib Kakak dan Adik Ramlan membacakan surat al Muzammil dan surah Al Rahman di telinga Bapak.Air mata
Bapak mengalir. Kakak usap airmata Bapak,Kakak belai belai wajah Bapak,usap
rambut Bapak,telinga,urat-urat di dahi dan pipi,sambik Kakak bisik kat Bapak
“Terimakasih Pak ajar
saya Quran,kalau tak saya tak pandai baca macam ni” Bapak tadahkan tangan.Air
mengalir lagi dihujung matanya. Begitulah biasanya riaksi Bapak bila sesiapa
yang memberikan Bapak harapan. Namun Bapak amat lemah sekali.Kakak dan Dik Ramlan
mempelawa Bapak untuk duduk,Bapak akur,kami angkat sama-sama badan Bapak,belakang
Bapak panas sekali. Bapak renung Kakak .
”Bapak nak minum” Dia mengangguk,tapi Bapak sudah tidak
boleh menggunakan straw seperti sebelumnya,kena tuang air guna cawan kecil
sedikit demi sedikit.
Sudah larut malam Kakak meminta diri dari Bapak.Kakak kena
balik sebab esok pagi kena pergi Pangkor. Beg tak siap lagi. Kakak dapat minta
maaf kat Bapak dan cium dahinya.Dia mengekori Kakak sehingga pintu.
Rupa-rupanya itulah saat terakhir Kakak bersamanya.
Dalam perjalanan tajuk perbualan kami adalah berkisarkan Bapak.
Sepatutnya esok pagi suami Kakak bercadang ke Kota Tinggi untuk menghadiri
majlis perkahwinan,Kakak mencadangkan agar dia membatalkan sahaja perjalanannya
itu,sebab bimbang dengan keadaan Bapak. Beliau setuju.
Sesampai di bilik Kakak terus mengemaskan beg,sambil
mengawal tangisan,adakalnya terkawal dan ada kalanya terlepas.anak-anak murid
dan kawan-kawan mengurumuni Kakak sambil menenangkan , sambil membantu
mengemas. Dalam pada itu sebenarnya Kakak segan juga diantara yang memujuk Kakak
itu adalah Cikgu Ita yang telah kematian bapanya 4 tahun yang lalau,bapa
mertuanya 1 minggu yang lalu,dua orang anak saudaranya selang 1 bulan yang
lalu, kemudian Cikgu Khalimah yang telah kematian Emaknya 4 tahun yang
lalu,diasbabkan ketumbuhan bisul dalam masa seminggu sahaja telah menemui
ajalnya. Cikgu Hamsiah juga telah kehilangan kedua ibubapanya,ibunya dahulu dan
bapanya menyusul setelah sebulan kemudian. Situasi itulah antara yang
menyumbang kekuatan. Tiba-tiba Kakak dapat panggilan supaya turun ke
lobi,kerana ada bot yang akan membawa Kakak menyeberang. Kak bertahmid
berulang-ulangkali. Rupa-rupanya Guru Besar dan GPK telah berusaha mencarikan jalan
untuk Kakak.Kakak dibawa ke tepi kawasan nelayan,sebuah sampan kecil menunggu,sampan
yang digunakan untuk menyandat sotong,dipandu oleh seorang pemuda dan seorang
pemuda lagi di hadapan. Kakak ditemani oleh Guru Besar dan Ustazah.Berlima
didalam sampan yang bermotor membelah selat Dinding dalam kepekatan malam,tanpa
lampu dan jeket keselamatan. Menurut Ustazah ombak agak tinggi malam itu,tapi Kakak
tidak merasakannya kerana ombak dalam jiwa lebih tinggi.Kakak sangat
berterimakasih pada Allah,yang menurunkan ramai orang-orang yang baik menolong Kakak.
Ya Allah,Sesungguhnya tidak rugi jika kita berbuat baik,Allah akan turunkan
orang lain pula yang akan berbuat baik kepada kita.sebenarnya adakah cukup perbuatan
baik kita selama ini. Ya Rabbul Jalil,aku malu padamu Ya Allah aku berbuat baik
sedikit tapi Engkau bagi lebih.
Dalam perjalanan barulah Kakak menalifon Suami,rupa-rupanya
beliau telah bekejar kekampung untuk mengemaskan rumah bersama Aizat(anak
teruna Kakak yang bercuti dari pelayaran)dan Atina(anak gadis Kakak yang
menuggu posting) bagi menyambut jenazah Bapak yang akan di bawa kekampung dari
rumah Adik Ramlah. Tepat jam 2.30 pagi Kakak sampai,Kakak tidak dapat menahan
perasaan terus memeluk anak bujang Kakak. Dia melepaskannya sehingga Kakak
reda. Adik Ramlah mendekati Kakak melapaskan tangisan yang dibendung sejak tadi
sambil berbisik
“Kakak tolong jangan nangis,Emak langsung tidak menagis,pastikan
Kakak reda baru jumpa Mak”
Allahuakbar….. Kakak pastikan reda,baru berjumpa Emak yang
sedang berbaring-baring dengan Atina.
Perlahan-lahan kakan peluk dia
“Redokan Bapak pergi,Bapak pergi dalam keadaan baik,Di
hadapan Emak,Dik Lah dan suami,dan Adik Hanif(dr abu Ahnaf) Bapa dapat
mengucap. Emak ikhlas.Kesian Bapak menderita biarlah Bapak mengadap Allah
dengan tenang,tak perlu di ratap-ratap”
Luruh kepejalan jiwa Kakak. Barulah Kakak mendapat kekuatan
untuk menyelak serban putih yang menutupi muka jenazah Bapak. Tenangnya wajah Bapak.Walaupun
pucat dahinya basah berpeluh,dadanya,perutnya panas. Jarinya lembut berdakap.
Seorang demi seorang adik adik sampai. Selepas Solat subuh Emak
mengarahkan kami segera memandikan jenazah Bapak.Emak mengarahkan dan kami
melakukan. Sebenarnya itulah pertama kali saya turut sama memandikan jenazah
secara langsung,selama ini hanya membantu serba sedikit sahaja. Sehinggalah
selesai. Alhamdulillah. Orang datang berziarah
sEmakin bertambah,kelewatan penyempurnaan hanya disebabkan kelewatan
mendapatkan kelengkapan pengapanan jenazah. Proses pengapanan juga dilakukan
oleh anak-anak dan cucu lelaki Bapak, dibantu oleh 2 orang Imam masjid kampong yang
juga anak murid Bapak.
Solat jenazah di rumah diimamkan oleh Adik Ismail(Abu Hasan),dimakmumkan
oleh semua anak cucu Bapak serta saudara mara. Di masjid dijalankan juga solat
jenazah.Kakak rasa kalaulah solat tersebut mengikut syaf seperti solat
biasa,pasti makmum akan melimpah keluar di kawasan koridor. Solat diimami oleh
Adik Hanif. Semasa berdoa dia tidak dapat juga menahan emosi,suasana
diselubungi syahdu,ramai Jemaah yang teresak-esak.
Kami anak cucu turut sama semasa pengkebumian termasuk Emak.
Anak cucu lelaki semua mengambil bahagian memegang cangkul semasa proses
menimbus. Akhir sekali Pembacaan talkin oleh Imam Hasan.Beliau adalah bekas
anak murid Bapak,beliau tidak bersekolah arus perdana. Waktu remaja setiap
malam dia akan datang mengaji kitab dengan Bapak,siang pula bersekolah di bawah
surau bergurukan Bapak. Bapak juga yang melantiknya menjadi Imam Masjid. Beliau
menganggap Bapak seperti Bapaknya sendiri. Semasa membaca talkin beliau tidak
dapat menahan emosi,beberapa kali terhenti terutama bila menyebut nama Haji
Zailani. Sekali lagi suasana diselubungi syahdu.Kakak Nampak Emak agak tewas,Kakak
terdengar sedunya,sebab Kakak memeluknya dari belakang tentu tidak dapat
melihat wajahnya,hanya dapat merasakan goyang badannya sahaja.
89:27 "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
89:28 "Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan)
lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)
89:29 "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagi "
89:30 "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
Doa juga kupanjatkan bersama untuk MAS MH370
اللهم اغفر لى ولوالدى وأرحمهما كما ربيانى صغيرا
BalasPadamAmeen,Ameen,Ameen ya Robb
PadamInnalilahi.....
BalasPadamSemoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan melimpahkan Rahmatnya dan memaafkannya. Semoga ia sejahtera di alam Barzah dan berjumpa semula di syurga Firdaus dengan semua yang dia sayangi. Aamiin.
Ta'ziah dan banyak bersabar. Kita semua akan ke sana....
Ameen ya Robil'alamin. Terimakasih atas ucapan.....Ya kita semua akan kesana tak tahu dalam keadaan yang bagaimana dan bila.......
PadamAssalamualaikum, makbonda...
BalasPadam..........
Allahummaghfirlahu warhamhu,
Salam takziah, makbonda, moga ditabahkan hati, diberi ketenangan. Moga Allah menempatkan arwah bapak makbonda di darjat orang2 yang dikasihi Allah.
Tak apalah makbonda, saya juga dahulu tidak sempat bersama arwah abah semasa pemergiannya. Arwah abah pergi semasa tidurnya. Semua itu sudah ditakdirkan...
Waalaikumussalam indah,
PadamTerimakasih atas ucapan.InsyaAllah,Ya kami sabar dan tabah tapi perlu kekuatan untk mempertingkatkan lagi. Semoga Allah perkenankan segala doa dari insan sekeliling.