DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 6 November 2017

PELAJARAN 14.0 Ta Marbutah (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...

)
14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ  ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ?
tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang pelajar lelaki"
tha-li-ba-tun (طَالِبَةٌ) = "seorang pelajar perempuan"
za-kiy-yun (ذَكِيٌّ) = "pandai (1L)"
za-kiy-ya-tun (ذَكِيَّةٌ) = "pandai (1P)"
14.2 Apakah nama huruf terakhir pada (طَالِبَةٌ) dan (ذَكِيَّةٌ) ?
Ta Marbutah*.
Ta Marbutah hanya berada di hujung perkataan. Huruf sebelumnya mesti berharakat fathah. Ta Marbutah adalah tanda utama Isim Muannats*.
Apabila perkataan yang ada Ta Marbutah bersambung dengan Dhomir Muttasil, Ta Marbutah itu diganti dengan Ta Maftuhah* ( ت ). 
Contohnya : (سَيَّارَةٌ) = "sebuah kereta". (سَيَّارَتُكَ) = "keretamu".
14.3 Apakah itu Muannats?
Muannats ialah jantina Perempuan (Feminin).
Semua perkataan-perkataan Arab terbahagi kepada dua jantina (الْجِنْسُ) iaitu Muzakkar dan Muannats. Muzakkar ialah lelaki (maskulin) dan Muannats ialah perempuan (feminin).
Secara 'default' semua perkataan adalah Muzakkar, melainkan bila wujud padanya tanda-tanda Muannats atau apabila ia dikategorikan sebagai Muannats secara turun-temurun.
14.4 Adakah semua perkataan yang ada Ta Marbutah itu adalah Muannats?
Oh tidak! Walaupun kebanyakan perkataan-perkataan yang ada Ta Marbutah adalah Muannats, terdapat juga perkataan-perkataan yang ada Ta Marbutah tetapi dari segi makna dan penggunannnya adalah Muzakkar.
Contohnya (خَلِيْفَةٌ) , (أُسَامَةُ ) , (مُعَاوِيَةُ ) , (حَمْزَةُ)
14.5 Bagaimana keadaannya apabila perkataan yang ada Ta Marbutah bertanwin dan ianya berstatus 'Mansub' yakni misalnya menjadi OBJEK (maf'ul bih)?
Tak perlu tambah alif selepas Fathatain. Contoh : (طَالِبَةً) bukannya (طَالِبَتًا).
14.6 Bagaimakah cara mewakafkan (menghentikan) bacaan pada perkataan yang hujungnya ada Ta Marbutah?
Wakafkan dengan bunyi 'ha' mati. Misalnya (سَيَّرَةٌ) "sayyarotun" jadi "sayyarah".
Mungkin kita perasan rata-rata orang Arab sekarang ini apabila bercakap mereka menghilangkan sebutan Ta Marbutah. Misalnya "sayyarotun" mereka sebut "sayyara", "hidayah" jadi "hidaya", "Khadijah" jadi Khadija", "Fatimah" jadi "Fatima" dan sebagainya...
Kita orang Melayu jangan terikut-ikut 'style' orang Arab sebut begitu. Kita hendaklah sebut perkataan sepertimana kita sebut ketika membaca Al-Quran. Kerana sebutan daripada bacaan Al-Quran itulah yang seelok-elok dan sebenar-benar lisan Arab dan pertuturan bahasa ibunda Rasulullah SAW.
14.7 Adakah tanda Muannats terhad kepada Ta Marbutah sahaja?
Tidak. Terdapat juga tanda-tanda lain yang menunjukkan isim itu Muannats, iaitu perkataan yang hujungnya ada Alif Maqsurah* ( ى ) atau Alif Mamdudah* ( اء ).
Contoh Muannats yang berhujung dengan Alif Maqsurah : (حَلْوَى) , (أَقْصَى), (سَلْمَى) , (مُسْتَشْفَى)
Contoh Muannats yang berhujung dengan Alif Mamdudah : (أَسْمَاءُ) , (حَمْرَاءُ) , (صَحْرَاءُ) , (حَمْقَاءُ)
Perhatian : Sebagaimana Ta Marbutah, huruf sebelum Alif Maqsurah dan Alif Mamdudah mesti berharakat fathah.
14.8 Berikan beberapa contoh ayat perbandingan Muzakkar dan Muannats.
Contoh 1 : (هَذَا طَبِيْبٌ) = "Ini seorang doktor (L)". (وَهَذِهِ طَبِيْبَةٌ) = "Dan ini seorang doktor (P)"
Contoh 2 : (الطَّالِبُ ذَكِيٌّ) = "Pelajar (L) itu pandai". (الطَّالِبَةُ ذَكِيَّةٌ) = "Pelajar (P) itu pandai".
Contoh 3. (ذَهَبَ التِّلْمِيْذُ الْجَمِيْلُ إِلَى مَدْرَسَتِهِ) = "Murid (L) yang kacak itu pergi ke sekolahnya". (ذَهَبَتِ التِّلْمِيْذَةُ الْجَمِيْلَةُ إِلَى مَدْرَسَتِهَا) = "Murid (P) yang cantik itu pergi ke sekolahnya".
Perhatian : Perhatikan apabila katanama itu Muannats maka katasifatnya mesti juga Muannats. Apabila subjek Muannats maka predikat yang menerangkannya pun mesti juga Muannats. Apabila subjek (Fa'il) Muannats maka Fi'ilnya juga mesti untuk Muannats.
Begitulah juga hal-hal itu bagi Muzakkar.
Perhatian :
"Ini" (1L) ditulis (هَذَا) hendaklah dibaca (هَاذَا).
"Ini" (1P) ditulis (هَذِهِ) hendaklah dibaca (هَاذِهِ).
"Itu" (1L) ditulis (ذَلِكَ) hendaklah dibaca (ذَالِكَ).
"Itu" (1P) ditulis (تِلْكَ) juga dibaca (تِلْكَ).
Latihan :
14.0(a) Tukarkan ayat-ayat ini, yakni jika perkataan-perkataannya Muzakkar jadikan Muannats, atau jika Muannats jadikan Muzakkar.
Kemudian terjemahkan :
1. مَا  اسْمُ    ذَلِكَ  الْفَتَى
2. أَرَأَيْتَ  طَالِبًا  جَدِيْدًا
3. الْمُمَرِّضَةُ   نَشِيْطَةٌ
4. الْأَخُ   مُهَنْدِسٌ مَاهِرٌ
5. أُسْتَاذُكِ غَائِبٌ فِي  فَصْلِهِ
14.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
1. Apakah nama pelajar perempuan ini?
2. Adakah pelajar lelaki itu baru?
3. Rumahnya (1P) cantik.
4. Keretanya (1L) cantik.
5. Guru (1P) kamu (1L) pandai.
#NotaBahasaArab
*Ta Marbutah (التَّاءُ الْمَرْبُوْطَةُ) = ( ــة )
*Ta Maftuhah (التَّءُ الْمَفْتُوْحَةُ) = ( ت )
*Alif Maqsurah (الْأَلِفُ الْمَقْصُوْرَةُ) = ( ى )
*Alif Mamdudah (الْأَلِفُ الْمَمْدُوْدَةُ) = ( اء )
*Muzakkar (الْمُذَكَّرُ) = Jantina Lelaki (Maskulin)
*Muannats (الْمُؤَنَّثُ) = Jantina Perempuan (Feminin)




No automatic alt text available.


No automatic alt text available.


No automatic alt text available.
1. Apa nama pemuda itu?
2. Adakah awak (L) telah melihat seorang pelajar yang baru?
3. Jururawat itu seorang yg aktif/cergas.
4. Saudara (L) itu seorang jurutera yang mahir
5. Ustaz mu (P) yg tidak hadir ke kelasnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular