DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 10 November 2014

Virus yang tidur

Banyak sungguh perkara yang jatuh menimpa batu gemala kepala saya ketika ini.

1.kesah pelajar membuli,
2.Wadern kena gantung kerana mendenda,
3.Cameron banjir,
4.kes tuntutan transgander,
5.kecurian di masjid yang menjadi-jadi,
6.Rasuah pemimpin yang menjadi-jadi,
7.penghinaan pada ulama'
8.penzinaan telah menjadi biasa
9.kebiadapan yahudi diAqsa
10.kekejaman penjenayah di Syria
11.Kemunafikan pemerintah Mesir
Dan apa apa lagi...sehingga virus kebosanan seperti diternak...tiba tiba bila membuka Kitab Mu'jizat tepat pada ayat ini....

A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim

"Dan bukan sedikit negeri-negeri yang Aku beri tempoh, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku menimpakannya dengan azab seksa; dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembali."
AlHajj:48

Tiba-tiba virus itu tidur

2 ulasan:

  1. assalam shima....lama benar tak menjelama. rupa nya kena virus. biar tidur sementara jangan samapi ke peringkat seperti kita 'sleep walking in life' Semua sapu bawah karpet. Kita usaha mengubah walau kecil. Sebab Allah lihat dari segi usaha bukan hasilnya. Kita tidak boleh buat semua tetapi jangan tinggalkan semua....kata bijak pandai. Rindu....

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Bonda Ngasobah yang dirahmati Allah.
    Kekadang sesaorang itu boleh terdiam bila terlalu banyak perkara yang mahu diperkatakan.
    Sesungguhnya Allah melihat usaha bukan hasil. Bagi yang memalingkan terus darinya juga akan Allah persoalkan nanti.
    Yang mendebarkan kita ialah apakah bentuk yang akan ditimpakanNYA nanti...adakah kita mampu..justeru berfikir di golongan manakah kita ditempatkan.
    MasyaAllah.

    BalasPadam

Catatan Popular