DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 5 Ogos 2014

....rantai 2.....






Sudah lama Kak Laila tidak bersua dengan Mas Mona yang tinggal di KL. Dahulu anak-anak masih kecil sekarang semuanya sudah teruna,sudah tidak lagi merengek bila selsema.


Masuk Raya ke 4 Mona mengunjungi Kak Laila.Setelah 2 hari beliau menginap dirumah mertuanya. Pada waktu itu Kak Laila tidak berapa sihat,nikmat suaranya telah di tarik balik oleh Khaliknya.
 Setelah berbasa basi mempersilakan menjamah hidangan,saja-saja tambah soalan agar nampak seperti hidup sedikit suasa;

"Sudah berapa hari  balik beraya Mona?"

"Dua malam dah,itu pun i rasa lamanya."


"Tak apalah dah lama pun kan tak balik sini"

"Sebenarnya i ta kesah pun kalau Jo nak balik sini,tapi i nak dia carilah homestey. Kat rumah tu tak ada sistem lah. Tak da bilik untuk kita,semua kena shere. Ni balik bertembung dengan orang lain,mana kita nak tidur,dan rest,nak salin baju,takdak priversi langsung. You nak tau malam tadi i tidur bilik macam stor,ada almari buruk dalam tu ada tikus. I rasa kaki i kena cium tikus dah. Patut buanglah almari lama tu,buat apa. Buatlah stor simpan barang dalam stor. Hih tak selesa you.You bolehlah duduk dekat sini tak payah bermalam pun. I,tak kan nak ulang KL."

"Siapa yang patut kene kemas ya Mona,dalam rumah tu semua ibu tunggal. Siapa nak angkat almari,nak buat setor semua tu."

"Itu i tak tau,kalau nak i balik sini bagi bilik tu kemas,baru boleh duduk lama-lama,bukanlah nak macam 5 star pun."

"Macam nilah Mona. Cakap dengan Joned,seminggu sebelum raya atau bila-bila free balik lah,tolong kemas rumah tu.Kita balik kampung untuk ziarah orang tua,bagi hati mereka gembira bukan untuk selesa diri kita. Husband kadang-kadang perlu kita ingatkan juga"

"Haih imposible lah...bila masa...Jo tu nak buat...sebok memanjang"

"Tak adanya imposible kalau nak buat. Jiran belakang rumah Kak Laila ni,seminggu sebelum raya mereka balik tolong kemas keliling rumah,racun rumput bakar sampah,sapu bawah rumah...sekarang ni mak pak dia orang dah meninggal,tapi masih balik juga,terkejut sebelum raya dengan vakum cleaner berderum,kami intai rupanya dah ada yang balik. Kl sini 2 jam perjalanan,ni mereka ada yang duduk  Penang lagi. "

Kak Laila bermonolog dalam hati.

....Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya; dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan. Dan, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 228)
"Sesungguhnya bagi kamu  ada hak dari isteri kamu dan isteri kamu ada hak dari kamu". (riwayat Tirmidzi)
Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartawannya dia, kerana berketurunan baiknya dia, kerana cantiknya dia, kerana beragamanya dia, Akan tetapi carilah yang beragama nescaya selamat kamu . (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4 ulasan:

  1. Salam Hasimah...lama tak berhubungan, walaupun tak bersua. Sibuk di sekolah agaknya. semoga sihat-sihat -emak dan keluarga. catatan Simah kali ini buat saya senyum-senyum. Sebab fenomena itu saya perhatikan banyak berlaku, iaitu rasa tidak selesa di rumah saudara kurang berada. Kalaulah terfikir orang pelarian tu bagaimana....pasti dihati lain bicaranya.

    BalasPadam
  2. Salam kembali Puan.....sesungguhnya...memang lama....bukan sesebok mana pun sampai tak kesempatan nak buka blog.

    Alhamduillah....semuanya baik-baik.....emak tinggal bersama saya sejak bapak pulang dahulu...harap-harap beliau gembira bersama saya.

    Kesah diatas sebahgian yang berlaku dalam kehidupan....dan ianya benar-benar bukan cobaaan he he he.

    Itulah besarnya tanggung jawab suami,antaranya kena bimbing isteri menyesuaikan diri dengan keluarga. lebih dua dekad perkahwinan isteri masih belum boleh memahami latar belakang keluarga tentu ada something wrong.

    Puan.Semoga Puan gembira dengan anak cucu dan redho pada sebarang kekurangan,rasanya itulah rahsia ketenangan seorang warga emas. Senyum.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum bonda-bonda berdua yang dirahmati Allah lagi disayang nabi.

    Allahu Allah. Rindunya pada makbonda dan bonda ngasobah.

    Paling rindu mahu baca coretan makbonda, yang penuh nasihat dan cerita teladan untuk ibu muda ini ambil iktibar dan pedoman.

    Allah rahmati bonda-bonda yang dikasihi kerana Allah. Ameen.

    Salam sayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Tiny,

      Alhamdulillah....bersyukur atas rasa kerinduan itu.

      Maaf kerana lambat respon....atas kelalaian diri.

      Kesah yang dikutip dipersekitaran,dicatat untuk muhasabah diri sebagai furqon. Dijadikan iktibar,kadang diri terlupa melakukan perkara yang kita tidak suka orang lakukan.

      Semoga allah perkenankan doa Tiny dan mengumpulkan kita sama-sama dibawah naungan kerahmatanNYA.

      Padam

Catatan Popular