“Sekalikan sajalah Nak, tak payah banyak-banyak plastik ”
Pinta Makbonda semasa membeli beberapa ketul bawang putih,bawang merah,bawang
besar, dan halia.
Semua bahan kering,setelah di timbang secara berasingan dan
dinilai mengikut harga setiap bahan.
“Alah,taka pa Makcik,plastik banyak ni,lagi nanti kalau boss
nampak dimarahnya saya,tak sempurna layan costumer”
“Bukan kira banyak plastik Nak,Makcik pening kepala nak urus
banyak-banyak plastik ni susah nak buang”
“Peliklah.Tak pernah saya dengar ada orang tak mahu plastic,malah
kalau boleh nak berlapis-lapis lagi”
"La,tak pernah dengar? kat bandar sana orang dah buat kempen anti plastik nak oi."
Bagi sesiapa yang membayar cukai pintu,sememangnyalah tidak
perlu menanggung beban kepala mahu memikirkan,masuk sahaja dalam plastik hitam
yang memang murah dipasaran kemudian letak sahaja di hadapan rumah,pinjam
sahaja pundak orang Alam flora atau yang sewaktu
dengannya untuk melunaskannya. Tapi sebaliknya bagi Makbonda yang selain dari
pembayar cukai pintu tentu terpaksa memikul sendiria mahu melupuskan lambakan plastik
ini.Semamangnya mudah bagi yang tidak mahu memikirkan,habis minum sahaja campak
plastik bekas minuman ke luar tingkap kereta,dalam kereta suci bersih,diluar
biar orang lain yang memikirkannya.
“Apalah nak fikir-fikir,bakar sahaja habis perkara.” Siapa
kata habis,kalau kertas atau kain kapas semamangnyalah habis. Plastik tak kan
habis,semasa proses pembakarannya tersebar gas-gas beracun yang membahayakan.
“Alaaah masuk je dalam plastik,humban kat parit belakang
rumah.” Kalau perkara itu berlanjutan seumur hidup Makbonda,berapa banyak parit
yang akan menanggung longgokan bungkusan bahan tersebut. Silap-silap anak cucu Makbonda
tertimbus dibawahnya.Apa akan terjadi pada kandungan tanah disekitarnya. Tumbuhan
apa yang begitu kebal dapat subur di atasnya?melainkan tumbuhan yang tidak
boleh dimunafaatkan.Pucuk ubi,paku pakis,pucuk manis,bayak semuanya tidak sudi
tumbuh di tanah longgokan plastik,kalaupun tumbuh,bentuk daunyanya kerinting
dan tidaklah menyelerakan samasekali.
Satu ketika Makbonda ikat botol kosong minyak masak 5kg berantai-rantai dan sangkut di dahan belimbing buluh.Suatu tengahari Jumaat semasa orang lelaki berhimpun di masjid,Makbonda didatangai sebuah lori pengutip(pembeli) bahan buangan termasuk plastik,seorang pemuda India turun,makbonda tunjukan bahan-bahan tersebut yang telah dikumpulkan,tapi yang diambilnya hanya botol yang telah siap diikat cantik,lepastu dia cabut tanpa bayaran.Bukan soal bayaran yang Makbonda kesalkan,tapi kenapalah yang telah diikat cantik sahaja yang dipungutmya.Sejak itu tersimpan azam makbonda akan recycle sendiri bahan tersebut.Tengok sahaja foto dibawah
Salam. Bagus idea. Boleh contohi. Kat Malaysia ini kena paksa sahaja orang bawa beg bukan plastik sendiri. Pasti orang tua macam saya pun terikut.
BalasPadamSalam kembali Puan,
BalasPadamWalaubagaimanapun sukar mahu lari dari dunia plastik ini,yang boleh hanya usaha mengurangkan ke arah zero.