“Maha suci Allah dan segala
puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah
itu Maha Besar”.
Berbalik kepada Fitrah,setelah
seminggu Makbonda sekeluarga bermusafir ke Negeri Pantai timur,kini kembali
dirumah dan makbonda mula ke sekolah untuk menjalankan giliran bertugas di
sekolah selama seminggu.
Semamang banyak hikmah yang kami
temui sepanjang tempoh ini. Tambahan perjalanan kamidisertai oleh Emak mertua
yang agak uzur, yang telah ditarik nikmat berjalannya.Tiba-tiba beliau berhajat
benar mahu mengunjungi anak perempuannya di Kuala Terengganu,setelah 5 tahun
menutup keinginan mahu keluar dari rumah. Pada ketika inilah anak-anak diuji
bagaimana keperhatinan mereka bagi memastikan nenek mereka sentiasa dalam
keselesaan.Pada asalnya kami mahu menyewa tempat tinggal di Kuala Terengganu
kerana bilangan kami yang agak ramai,kami sekeluarga 8 orang ditambah nenek
mereka dan seorang ibusaudara suami makbonda,tentu kurang keselesaan untuk
bermalam dirumah maksaudara mereka yang berupa rumah kos rendah 2 bilik,tetapi
niat itu dibatalkan kerena nenek mereka mahu terus kerumah anak perempuannya. Situasi
begini dapat menguatkan jiwa anak-anak. Segala kesusuhan dan masalah yang
timbul dapat melatih diri supaya bersabar dalam menghadapi apa jua
keadaan. Pada ketika ini juga mereka menghadapi berbagai marenah manusia
dan peristiwa yang tidak diduga dan disukai. Ini akan melatih kita
agar bersifat reda.
Ya bermusafir bukan untuk makan
angin seperti bersuka-suka dan bermewah,tapi kerana Allah SWT,sebelumnya telah
dingatkan kepada anak-anak bahawa perjalanan kita adalah kerana Allah,jadikan
sebagai ibadat,semoga dijauhi dari perkara yang lagha atau tidak berfaedah.
Sebelum bermusafir Makbonda
pastikan mereka sihat,cukup tidur,kerana tempoh perjalanan yang lama,kami pergi
dengan 2 kenderaan,5orang yang punya lesen memandu,jadi setiap orang kenalah
sentiasa bersiap sedia untuk menggilirkan pemanduan apabila ada yang kepenantan
atau mengantuk.Mereka perlukan kekuatan,
kecergasan badan dan kecekalan hati untuk bergerak menepati masa.Bersefahaman
antara 2 pemandu amat perlu,tidak perlu perlumbaan atau pemecutan hadlaju dan sentiasa peka antara satu sama lain dalam mengahadapi apa juga risiko sepanjang perjalan.
Setalah tiba di KT kami meneruskan perjalanan ke Kota Bahru dengan meninggalkan
nenek mereka di rumah anak perempuannya,pada ketika ini kami diuji,beberapa
orang dari mereka telah keracunan makanan,entah makanan apa yang mereka jamah
maklumlah bertukar menu,beberapa masjid terpaksa kami singgahi untuk menumpang
tandas.Dari sini diambil kesempatan untuk beriktikaf dan mengisi tabung
masjid-masjid yang disingahi.Pada ketika ini juga dapat serba sedikit
didikan terus dari Allah yang dengan mencabut sifat-sifat mazmumah seperti
terburu-buru, pemarah, tidak sabar dan sebagainya dan menggantikan kepada mahmudah.
Antara Masjid yang sempat diambil fotonya |
Bandar Kota Baharu Diambil dari barenda muzium |
Hikmah setrusnya sudah
semestinyalah untuk pertingkatkan ukhuwah,Disamping antara beberapa insan yang
kami kunjungi,juga sesama kami,semasa di rumah amat sukar mahu duduk semeja,ada
sahaja yang kurang,tapi sepanjang perjalanan kami dapat makan bersama dan
berjemaah 5 waktu sepanjang perjalanan.
Sepanjang cuti,aktiviti biasa
dirumah adalah melebihkan tidur dan bermalas-malas,tapi dengan bermusafir dan
menghilangkan sifat malas dan lembab.Disepanjang perjalanan kami
dapat mempertajamkan akal fikiran utama tentang alam .masyarakat.suasana dan
persitiwa dalam tempuh perjalanan.fikiran di latih untuk mencari hikmah dari
perkara-perkata tersirat sekaligus dapat di jadidkan teladan .
Pemandangan dan perubahan suasana dapat memberi ketenangan dan kerehatan pada
jiwa. Bila kita merenung pada nasib manusia yang ditemui semasa musafir,
akan timbullah rasa simpati, rasa syukur dan semangat untuk lebih berusaha
untuk memparbaiki kehidupan
Tiga
doa yang mustajab tanpa ada keraguan; Doa orang yang dizalimi, doa
orang yang bermusafir dan doa seorang ayah kepada anaknya.
Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah.
Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan