“Apakah titik pertemuan menyebabkan Dato' Sarimah dan Puan Wahidah tergerak
untuk berubah atau membuat penghijrahan sehingga peringkat ini” Antara soalan Moderator yang comel dan keletah kepada Dato’ Sarimah dan Puan Wahida dalam Program Sepetang bersama selebriti
.
.
“Saya kurang gemar mengatakan yang saya berubah,tetapi lebih
gemar dengan perkataan saya kembali ke pangkal” Antara jawab Puan Wahidah dalam sessi
forum tersebut .
Ini lah pertama kali Makbonda berhadapan dengan Seniwati
Dato’ Sarimah dan juga Pn Wahida,tetapi tidak dapat menatap wajah Wahidah
disebalik niqabnya. Dalam sessi bersoaljawab dengan penonton,ada di kalangan mereka
yang mahu Wahidah membuka niqabnya,dan ada yang meminta menyampaikan
lagu,tetapi ditolak dengan baik oleh Waheda kerana amanah dari suaminya
hanyalah untuk berforum .
Mereka berdua adalah artis yang berlatarbelakangkan
kehidupan silam golongan beragama,samalah juga dengan Bob Lokman iaitu cicit Tok
Kenali,ulamak tersohor itu. Berbagai ranjau dan ujian disepanjang kehidupan mereka,hinggaa akhirnya hidayah muncul di celah-celah ranjau itu .Mereka pulang kembali adalah hasil dari doa-doa yang telah diperkenankan Allah SWT dari datok,nenek ibubapa dan keluarga-keluarga mereka.
“Wahai
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan