DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 8 September 2011

Monolog Syawal


Putra,
Sebenarnya entry ini Bonda tulis pada hari pertama  Syawal, malamnya.Ketika itu semua orang sudah tidur,kepenatan agaknya dan  mungkin juga kekenyangan dengan cacamerba juadah raya.  Tapi Bonda tidak dapat memejamkan mata,walau telah berulangkali ayat demi ayat sebelum tidur dibaca,sehinggalah Bonda bangun dan mengetuk papan kekunci ini bagi memecahkan buku yang berbuku. Dengan izin Allah, kini Bonda edit dan terbitkan.

Putera,betullah,kita seperti firman "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Sebelum-sebelumnya dengan penuh yakin Bonda memberikan jawapan bila ada yang bertanya "Bagaimana  hari raya kali ini tanpa putera?"
"Insyaallah,dimana sahja dia berada masih dalam pandangan Allah.-....segala-galanya telah di atur, Hari raya hari kemenagan,buat apa bersedih"

Ya betapa kuatnya bonda ketika itu,tentu mereka kagum dengan kegagahan Bonda.Ada juga bisikan-bisikan yang mengganggu cuping bonda,contohnya bila pada malam itu kekandamu menyebut tentang cornflake bermadunya yang tidak sempat menjadi sedangkan bahannya telah lengkap dibeli. Lalu namamu disebut-sebut kerana pada hari raya lepas-lepas kamulah yang menyaipkannya.

Pagi itu,dimasjid,setelah bonda menyusun sejadah di syaf muslimah,bonda memilih duduk paling tepi,entah mengapa,dan tiba-tiba bisikan timbul lagi,dan betapa teruknya bonda ketika itu,kehujanan dibawah alunan takbir yang dipimpin oleh ayahnadamu,ianya mengalir,merembes tanpa boleh disekat lagi. Ya Allah........Putera,mungkin kamu sedang dilambung Ombak,kamu ingatkah pada Allah ketika ini?adakah kamu juga turut bertakbir,adakah kamu juga sedang terkenang bonda. Ya Allah,tolonglah beri kekuatan kepada bonda mengahadapi situasi ini.Adinda kamu disebelah bonda mungkin menyedari situasi bonda kerana dengan tiba-tiba tangannya menjalar dan menepuk-nepuk dan mengurut belakang bonda sambil merapatkan tubuhnya.

Tiba dirumah,bersiap-siap untk bermaafan,bonda kuat walaupun namamu disebut-sebut semasa sessi bergambar........dan siap bonda menambah, "Tidak mengapa nanti bonda edit dalam Photoshop salin dan tampal gambar dia"

Sampai dirumah Nenda sebelah ayahanda kamu,sempat bonda usik nenda kamu agar tidak menagis semasa bermaafan, "Hari raya hari kemengangan Mak,bukan hari sedih-sedih"Sambil memeluknya. Tiba giliran adik sepupumu yang telah menjadi yatim seusia 2 tahun mendatang pada bonda,dan bersalam dengan bonda setelah diajari oleh bondanya.....tiba-tiba bonda tewas lagi.....mungkin kerana faktur irasnya seperti iras kamu semasa seusia dengnanya......bonda dakap dia dengan begitu rapi sekali dan dia pula hanya mendiamkan diri dalam pelukan....ya putera...sangat tragis.....air mata bonda telah membasahi baju rayanya...seolah-olah sesuatu yang berbuku telah pecah......apa lagi bila adik sepupumu itu memujuk....bonda janganlah nangis....Hamka nak minta maaf je"

Tapi Putera,kamu janganlah bimbang,bonda telah tenang kembali,apa lagi setelah menerima email darimu yang kamu baru menyelesaikan solat sunat hari raya mu di Teluk Parsi.

Hari itu salah seorang sahabat lama ayahandamu telah bertamu di rumah kita beliau bersama isteri keduanya setelah isteri pertama pulang kerohmatllah. Bila masing-masing saling mengesahkan hal anak-anak....dengan yakinya dia mempertahankan perinsipnya.

"Huh saya dah berjanji denga aruwahnya,tidak akan jauh dengan anak-anak,semua anak-anak yang berumahtangga tinggal dekat-dekat dengan saya.Saya tak mahu anak-anak bertaburan jauh-jauh"
Sudah pastinya dalam benaknya
"Biarlah yang berjuang menyelamatkan ummah dan melakukan misi kemanusiaan itu anak orang lain bukan anak aku"   Hmm,nampaknya mazmumah Bonda telah bernanah,teruknyalah bonda.Kamu jangan ikut apa yang buruk dari bonda ya Putera.

Putera,bonda telah tenang bila jiwa bonda yang satu lagi sering mengingatkan bonda. Dulu Memanda kamu seusia lepas SPM,belum lagi keluar resultnya telah terbang kenegara penjajah demi ilmu....entah bagaimana rasa kedua-dua nenda kamu ketika itu. Begitu juga dengan memanda sulung kamu,seusia darjah 4 telah dipisahkan untuk tinggal bersama moyangnda kamu di selatan tanahair sebagaimana yang bonda tulis dalam entry di sini.  Dan entah berapa ramai lagi yang mengalami situasi yang sewaktu dengannya. Dalam agama juga tiada nas yang meyuruh agar hari raya mesti berkumpul.........kan putera.Walau dimana kita berada yang penting kita sentiasa terikat dengan tali Allah.


Hah......putera...Alhamdulillah....terlerai beban yang berbuku di jemala bonda. Pastinya bila kamu membaca entry ini kamu akan menjadi bangga punya ibu yang kuat seperti bonda......astaghfirullah, bonda jatuh ke gaung riak rupa-rupanya....semoga Allah memberi maghfirah.......... kini  bonda telah bawa jiwa bonda melangkau ke Palastein,ke Somalia,ke Acheh dan kemana-mana lagi lokasi yang lebih membasahkan jiwa. Walaupun sesungguhnya jasad ini belum kesampaian namun sahabt-sahabat bonda telah membawa jiwa ini  ke sana.Maha suci Allah,segala puji bagi Allah Allahlah yang maha besar.




Surah Al-Baqarah ayat 214 tafsirnya : “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman ada bersertanya : Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”

10 ulasan:

  1. SEBAK!. SAYU!.

    KAGUM!. BANGGA!.

    ANGGUK!. SENYUM!.

    ... SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHU AKHBAR..

    ... segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.. serta selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

    BalasPadam
  2. Salam.Alhamdulilah. Hati seorang ibu sejati. Berkumpul di hati dalam du'a sudah memadai. Kalau fisikal kita berkumpul, tetapi hati tidak hadir, itu lebih meyedihkan. Allah melihat hati dulu baru yang lainnya. Bukan begitu,
    Salam Eidulfitri. Maaf segalanya sepenuhnya.

    BalasPadam
  3. Tiny,maaf lambat response,baru berkesempatan untuk online.

    Ya tiny,bagai satu peperangan.

    Bagaimana jadual berhariraya untuk ke Sabak Bernam?

    BalasPadam
  4. Salam kembali puan.

    Itulah,untuk menjadi sejati juga perlu perjuangan,bukan datang sendiri,teorinya mudah tapi perlaksanaanya perit juga.Nasib baik ada Allah menjadi sandaran.

    Puan juga pernah mengalami saat berjauhan dengan keluarga ketika remaja dulu kan?

    Salam idulfitri juga dari saya,maafzahir dan batin.

    BalasPadam
  5. makbonda > orang cheras tgh tunggu orang sabak bernam naik KL.. hihihihi..

    BalasPadam
  6. semoga akak terus menjadi ibu mujahid sepanjang zaman...TAHNIAH

    BalasPadam
  7. salam perkenalan bonda, assalamualaikum wbt

    mai copy link..and follow nnt datang lagi baca eh....

    BalasPadam
  8. Tiny>Cadang Program berjalan selepas habis tempoh UPSR,tapi kemudian PSRA(Penilaian Sek Ren Agama) 27 September pulak,kesempatan paling akhirni,nak dapat adik lagi dah expired.Habis tempoh ini kena quarantine marking kertas sains UPSR pulak. Semoga dilorongkan juga kesempatan untuk berkunjung walau di luar garis Syawal.

    BalasPadam
  9. Ustazah,

    Selamat hari raya,Maaf zahir dan batin. Belum bersua muka lagi kita raye ni ye,Isnin malam selasa hari tu ada jemputan Jaman Hari raya di politeknik,cadang nak masuk SBPI tapi malam tu ada Solat hajat dan Yassin di sekolah.Nak singgah dah malam sangat.

    BalasPadam
  10. Waalaikumussalamwarohmatullah Cahaya hidup,

    Gembira menerima salam perkenalan dari kamu.

    Makbonda akan berkunjung. Kebelakangan ni kurang kesempatan ber blog walking.

    BalasPadam

Catatan Popular