DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 20 September 2011

Saat gembira



Saat gembira bagi :
  • >Sepasang suami isteri ialah bila dikurniakan cahaya mata yang sempurna.
  • >Seorang bayi ialah bila mulutnya disumbat dengan puting susu ibunya,atau berada didakapan hangat ibunya.
  • >Seorang kanak-kanak ialah apabila pemainan yang dihajatinya tiba di genggaman
  • >Seorang gadis ialah bila dilamar pemuda idamannnya,dan saat gembira bagi seorang jejaka pula ialah bila lamarannya diterima.
  • >Seorang isteri ialah bila suaminya memberi pujian padanya.Seorang suami bila isterinya sentiasa mengikut katanya.
  • >Seorang ibu ialah bila di hari tuanya anak-anak menjadi anak yang soleh,berakhlak dan beriman yang sentiasa menghormatinya.
  • >Seorang guru ialah bila anak didiknya lulus ujian dan menjadi insan yang bermunafaat
  • >Seorang usahawan ialah bila perniagaannya mendapat keuntungan
  • >Seorang pemimpin ialah bila pengikutnya taat kepada dasar kepimpinannya.
  • >Sorang mukmin ialah bila segala amalan diterima di kehidupan akhirat nanti.
  • >Seorang petani ialah bila hasil tanamannya hidup subur dan tiba masa untuk dituai
Walaupun Makbonda bukan petani,tapi dapat rasakan bagaimana kegembiraan seorang petani.Apa  tidaknya,bila melihat imej-imej di bawah. Kesyukuran dan kekaguman pada Maha Pencipta semakin tinggi,Dia sangat hebat,Pemberi rezeki,Maha agung,Maha pemberi  kepada hambanya yang berusaha.


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "






6 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Saya pun minat bercucuk tanam, maklumlah anak petani.

    Di rumah sewa, ada juga bertanam tapi sekadar dalam botol minyak masak yang terbuang...tanah hanya sekangkang kera.Namun hasilnya agak menggembirakan.

    Melihat kebun Makbonda rasa terliur pula.:)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...udah panen.

    Nanti kami datang, masakkan kailan goreng ikan masin. :D



    ***dengar berita gembira, makbonda akan dapat cucu tau. Dari bekas murid (ustazah Adkha ) :D

    BalasPadam
  3. Subhanallah..

    Bestnya...

    Berbudi pada tanah, apabila dapat menuai hasilnya adalah nikmat yang sgt indah.. Alhamdulillah..

    Nak kena pegi sabak bernam nih, dapat makan sayur fresh dari kebun.. hihihihi..

    :)

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalamwarohmatullah,
    Ros,
    Baguskan bermesra dengan flora. Satu trapi.
    Penggunaan bahan terbuang,sesuatu yang kreatif.Boleh di contohi.

    BalasPadam
  5. CkLah,

    Tapi kailan nampaknya lambat lagi.

    Oh anak saudara kamu juga tu,Alhamdulillah,dia kamu juga boleh tumpang panggil cucu. Sebenarnya dia adalah anak kepada individu yang dalam entry http://makbonda61.blogspot.com/2011/06/roda-roda-yang-hidup-2.html.

    BalasPadam
  6. Ya Tiny,

    Dia yang Maha suci. Satu kepuasan yang sukar di gambarkan. Cepatlah dia seperti memanggil-manggil.Bagi tahu tarikh.

    BalasPadam

Catatan Popular