Sebelum emmbaca entry ini sila Istigfar kemudian .............Tarik nafas guna hidung.......lepas guna mulut........lakukan sebanyak lima kali......
Sebaik sahaja makbonda publiskan entry Saat gembira pada 9.05 malam,tiba-tiba suami makbonda mengajak ziarah jiran lama makbonda seorang ibu tunggal. Beliau mengamanahkan kami mencari ejen yang mengambil upah untuk mengerjakan haji bagi yang telah meninggal. Kebetulan Sepupu makbonda abang kepada Zainurrashid menjalankan perhidmatan ini.
Dinamakan sebagai Lek Zulaikah,atas kecantikannya. Setelah kematian suaminya, salah seorang anaknya memberikan cucu lelaki 13tahun kepadanya untuk menjadi teman,belum sampai setahun anaknya itu pula meninggal.cucu remajanya yang selama ini anak yang baik tiba-tiba berubah menjadi pendiam dan pemarah,sering berkasar dengan neneknya.Pada hariraya ke empat lalu ,terlibat dalam kemalangan selepas solat Jumaat,dan Lek Zulaikha turut menginap di wad beberapa malam sambil menahan keranah cucunya itu. Malam itu diluahkan perkara yang berbuku pada kami.
"Kenapa dengan tiba-tiba beban ni bertubi-tubi datang kat Lek,Lek terkejut sangat,tiba-tiba dalam tak sampai 2 tahun macam-macam terjadi"
"Agak-agak apa yang lek cakap kat dia sampai dia berubah"
"Aku rasa tak ada apa yang tak buruk,cuma aku kejutkan dia Subuh,tiap waktu solat ingatkan dia,kirim alFatihah kat abah dan toknya......tapi dia melenting....lepas tu diam membatu,tak nak cakap dengan aku...aku salah ke Makbonda?" Sambil terus-terus menyesali takdir."Aku dah azam,selepas Lek lelaki kamu pergi aku nak jadi orang yang tabah,tapi rupanya semakin banyak benda yang berlaku.tabahkah lek ni Makbonda...bla...bla...bla"
Untuk tangguhkan Sessi ziarah suami Makbonda berjanji akan menghubungi guru kaunsling sekolah cucunya dan mengharapkan semoga lek Zulaikha kuat menghadapi semua.
Dari makbonda pula
"Lek tak boleh menysali taqdir,semua perkara berlaku Allah yang aturkan. Sebenarnya antaranya untuk kesempatan Lek mengingati dosa yang lalu,cuba mhasabah diri agar taubat kita lebih bermakna" Dan makbonda copy paste idea Ustaz Pahrol Juoi dibaris paling bawah dalam entry ini
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Allahu.. membacanya juga rasa sebak.. dugaan Allah ini benar tidak mengira masa, tempat, usia dan kepada sesiapa shj..
BalasPadamTaufik dan hidayah-Nya juga sedemikian.. diberi kepada yang dimahu, ditarik daripada yg dikehendaki..
Setiap musibah itu pasti bersebab.. dan adalah satu anugerah pada yang mahu mencari hikmah di sebaliknya..
... pasti juga bermusabab mengapa gajet baru itu gagal memudahkan penggunanya... mungkin screen picture tidak mahu menjadikan gambar kisah 'kemungkaran' sebagai petikan pertama yg dirakam.. (kena ambil gambar hasil kebun banyak2 lepas nih.. hihihihi...)
.. bila susah hati, suka tengok org yg berbahagia... dan senyum utk bangkitkan semangat diri..
bila sedang bahagia, sering tertanya, bagaimana org yg sedang susah hati ketika ini?.. mampukah tersenyum riang?.. tiba-tiba jadi susah hati!.. huwaaaa...
Tiny
BalasPadamSebelum kami membaca doa tidur,kami saling bertasbih. Mahasucinya Allah,pengatur segalanya.
Namun segalanya ada cause and effect.
Kalaulah Makbonda tak keluar ziarah tadi tentu tak jumpa kesah Lek Zulaiha.
Kalau Makbonda tak pergi ziarah kakak ipar tadi tentu suami tidak membawa makbonda ke lokasi itu dan jumpa Makcik Amanah,biasanya kes-kes yang seperti itu dia akan keluar sendirian dan tak bercerita apa yang berlaku.
Kalau Makbonda tidak keluar malam itu,tudung Makbonda tidak basah berulangkali.
SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR.LÂ HAWLA WA LÂ QUWWATA ILLÂ BI ALLÂH
Allah Maha Besar..macam-macam berlaku dunia sekarang ni..
BalasPadamTeacher Basariah,
BalasPadam....mewarnai kehidupan untuk kita berfikir.