Sejak kecil Diman diajar jangan menipu,kena jujur dalam hidup,hormat orang
tua,selalu ucap terimakasih, kalau mahu jadi orang baik. Bila sekolah dia
belajar banyak peribahasa,antaranya "Kalau tidak ada angin masakan pokok
bergoyang" "Lebih sudu dari kuah" "ukur baju di badan
sendiri" "khabar-khabar angin" "Macam ibu ketam yang
mengajar anaknya berjalan" dan bermacam-macam lagi. ini semua kena hafal
maknanya kalau mahu tinggi markah Bahasa Melayu,kerana ia adalah warisan
khazanah kita. Bila semakin meningkat usia,dia diajar agar menjadi manusia yang
kreatif,berani dan berbagai-bagai lagi nilai murni. Di sekolah agama juga ustaz
selalu ingatkan agar jadikan Al Quran dan Hadith sebagai panduan jika mahu
hidup selamat di dunia dan di akhirat.
Di kampungnya ada seorang bernama Mak Diyang,Dia kaya dan sangat baik pada Diman dan keluarganya. Ibu bapa Diman telah banyak terhutang budi padanya,entah mengapa dia terlalu bermurah hati pada keluarga Diman. Pendek kata keluarga Diman menumpang senang pada Mak Diyang.Hari-hari dia akan belikan Diman gula-gula,kacang tumbuk,asam katok,asam masin,chekedis,aiskrim milo dan bermacam-macam lagi.
Namun akhir-akhir ini Mak Diyang sering mengadu yang dia kena fitnah,orang kata dia bela hantu. Sejak beberapa hari makin menjadi-jadi dia menafikan.
"Mana ada aku bela hantu,Kamu jangan percaya cakap-cakap orang Diman, Mak Diyang kan baik,kamu mahu jajan lagi?"
Tambah lagi kalau dia jumpa Diman. Bagai kacang direndang. Berterusan dia menafikan segala tuduhan.Sebenarnya Diman tidak mendengar pun orang berkata, cuma Mak Diyang yang bercakap sendiri.Dia tahu Mak Diyang bela hantu pun dari mulut Mak Diyang Sendiri,bukan dari orang lain yang seperti Mak Diyang selalu kata.
Bila Diman bertanya kepada ibu bapanya,betulkah Mak Diyang bela hantu.
"Dah kamu jangan sibuk-sibuk,Yang penting kamu cukup makan pakai. Kamu senang ni pun dari jasa Mak Diyang.Bersyukur kamu tak kelaparan macam orang Somalia,jangan peduli kesah orang tua-tua"Kata Ibubapa Diman
Kalau selama ini Diman tidak peduli sebab dia mahu jadi anak yang baik,tapi kini naluri Diman telah terangsang, "Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang" Begitulah yang Diman belajar.
Olah kerana Diman golongan Generasi Y iaitu generasi yang hidup di dalam siber, maya, IT, YM, IM, Facebook, blog, internet, broadband, handphone atau lebih dikenali sebagai pintu kepada generasi Millenium/millenial,maka tidaklah dia duduk diam sambil menerima sahaja apa yang disuapkan .Diman bukan lagi generasi anak-anak Bagai jawi ditarik keluar. Perasaan simpati pun ada terhadap insan yang selalu memberikan dia nikmat gula-gula itu. Diman meneroka maklumat dari berbagai saluran. Kadang-kadang dia memasang telinga di warong Pak Kenik,ada ketikanya dia mengawasi pergerakan Mak Diyang.Adakalanya dia melayari website ataupun blog,tanda-tanda orang membela hantu.
Dari banyak maklumat yang dia cari dan jumpa,kini terbongkarlah bahawa bukan sahaja Mak Diyang membela hantu tapi juga toyol,hantu raya dan berbagai makhluk keturunan Jin.Dan betul tanda-tanda sesaorang membela hantu samalah dengan ciri-ciri yang ada pada Mak Diyang.
Kini Diman mulai goyah,mula hilang percaya pada Mak Diyang."Adakah selama ini jajan yang Mak Diyang beri pada Diman halal?" Kata hati Diman " Mungkin toyol yang ambil dari kedai Abang Miskan. Hih tak mahulah dekat-dekat Mak Diyang lagi,tak apa tak dapat makan jajan,bukan berkhasiat pun" Diman sudah mulai kenal yang mana batu yang mana permata,kerana Diman generasi yang terdedah kepada berbagai sumber maklumat.Ya berita perdana yang Mak Diyang sering sumbatkan dalam telinga Diman ternyata tidak semuanya benar.Kalau tidak Mak Diyang berlebih menyiarkan cerita akan fitnah pada dirinya itu sudah pasti Diman tidak akan ternafsu untuk membuat penyiasatan.Selama ini Mak Diyang " Bagai dekan di bawah pangkal buluh." .Kini pekung di dadanya telah terbuka,kesan dari tindakannya sendiri.
Sesugguh Yang benar itu hanyalah al Quran dan Hadith sumbernya.

lama rasanya tidak mengaplikasikan peribahasa.. (ada yg makbonda catitkan tak pernah tiny dengar.. huuhuhuuu)..
BalasPadam...generasi Y lagi advance skrg ni.. sungguh!.
sepatah kita cerita, ditambah tokok perisian yg kita tak pernah dengar!.. aduhaaaiiii...
Sebenarnya Makbonda sendiri pun dah lama jauh dari peribahasa ni,sekali kali mahu mengasah minda.
BalasPadamYa nampaknya kita kena mengejar mereka.
aslmkm mak
BalasPadamwaalaikumussalamwarohmatullah
BalasPadamCahaya :)
Assalamu'alaikum Makbonda
BalasPadamSuka baca N3 ni.. ada dua peribahasa yang kak werdah tak tahu maksudnya "Bagai jawi ditarik keluar" dan " Bagai dekan di bawah pangkal buluh". Tak pernah dengar dan cuba memahaminya.
Benarlah kan, untuk membuatkan orang yakin akan sesuatu perkara maka berita-berita tersebut perlu selalu dicanang... semoga kita dapat menapis dan menerima hanya berita yang betul.
Waalaikumussalamwarohmatullahiwabarokatuh
BalasPadamKak Werdah,Somoga sentisa dalam kesejahteraan
" Bagai dekan di bawah pangkal buluh" Maknanya pandai menyembunyikan rahsia.
"Bagai jawi ditarik keluar"maknanya menurut dengan tidak membantah.
Saya jumpa juga secara tidak sengaja.