DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 7 Oktober 2011

Mantan Tok Ketua

Gambar hiasan tiada kena mengena dengan tajuk. Penempatan Felda Linggiu,Kota Tinggi dari Jalan raya
Tok Mantan Ketua Kampung telah bersara dari jawatannya,tugas hariannya sekarang adalah mengambil cucunya pulang dari sekolah dan menghantarnya ke sekolah agama petang.Pagi ayah kepada cucunya yang menghantar begitu juga menjemput dari sekolah agama pada petangnya.Bukan anaknaya yang meminta tetapi dia sendiri yang menawarkan diri. di rumah dia tidak ada apa-apa yang perlu di buat,sekurang-kurangnya semasa dia menjemput cucunya dia dapat masuk perkarangan sekolah,dapat berjumpa ibu bapa lain. Sekurang-kurangnya dia tahu perkembangan sekolah,sekali-kali dapat berbual dengan gur-guru yang sudi meluangkan masa untuknya. Dahulu dialah yang selalu dipanggil oleh pihak sekolah bila ada sebarang aktiviti,tapi sekarang tidak lagi sebab dia telah bersara.

Hari itu dia dapat berpeluang bersembang dengan Cikgu Makbonda yang sedang menampal senarai murid di papan kenyataan sekolah.

 Allahyarham Ayahnya datang dari Pulau Jawa,sehelai sepinggang,datang ke kampong ini membuka penempatan baru.Setelah dapat membuka tanah diapun berkahwin dan beranak pinak sehingga mencapai 2 digit bilangan anaknya. Membuka tanah baru bermakna bekerja dengan tulang 4 kerat. Duduk di kawasan pekebunan, keluar pagi,membawa bekal balik petang. Tiada masa untuk membaca surat khabar,meinum-minum di warong,menonton tv dan bersantai-santai. Seluruh kehidupan hanya untuk kebun disamping menunaikan tanggungjawab rukun islam yang lima.Bapanya jugalah yang merintis pembukaan sekolah rendah di kampung ini. Bila meninggal,anak anak yang berjumlah dua digit tersebut mendapat harta pesaka beberapa bidang tanah setiap orang mengikut  faraid.Kini Mantan Tok Ketua tadi telah punya cucu,dan cucunya adalah genarsi ke lima.

Katanya dulu,masyarakat meletakan orang-orang Jawa adalah golongan yang rajin,dan orang Melayu,(penduduk asal) orang kaya tetapi malas.Mantan tok ketua sendiri beristerikan orang Melayu. Sekarang isterinya telah menyelar Mantan Tok Ketua;

“Huhh dulu kata orang Jawa ni rajin-rajin orang Melayu malas,tapi sekarang sama saja”

Memerah telinga Mantan Tok ketua mendangar sindiran isterinya.Pada mulanya keegoan lelakinya mahu juga mematahkan sindirin isterinya itu tetapi beliau terfikir memang tidak ada salahnya sindiriannya itu.

Apa tidaknya, anak-anaknya sendiri yang telah beranak pinak,bukan reti nak mengembangkan harta,hanya mengharapkan harta pusaka yang diwariskan,yang bersekolah tinggi adalah pekerjaan tetapnya tapi yang tidak tinggallah mengerjakan tanah pusaka.

“Cikgu tengoklah Si Meon bapak anak murid cikgu tu. Dulu datoknya sama-sama dengan bapak saya membuka tanah,sekarang tinggal kat cucunya habis di jual,tinggal sekeping tu dah di pajaknya kat Cina,akhirnya dia ambik upah mengait kelapa sawit kat kebun sendiri.”

“Yalah,itu rezekei masing-masing tok,rezeki tu untuk tok dia bukan untuk dia,dah itu yang tertulis”

“Betullah rezeki masing-masing cikgu tapi kita tengok sendiri cara hidupnya,tak nampak langsung kegigihan usahanya.Kalau pun tak dapat kembangkan janganlah di habiskan. Tak boleh nak berfifkiran jauh.Tak malu ngan orang Indon,orang Banggla yang baru datang. Janganlah marah kalau dia orang lebih kaya,dah dia orang kerja,sapa rajin berusaha dia yang dapat”

“Betulah Tok orang Indon ke orang Banggla ke,dia orang macam nenek moyang kita juga,datang sini cari kelebihan,sekarang dia orang gigihlah,esok tiba kat anak cucunya macam anak-anak kita juga kan tok.”

“Betullah kata cikgu.Zaman berubah,sekarang orang negeri lain datang tempat kita mencari rezeki jadi kaya,anak-anak kita tinggal bermalas-malas, Paling malang yang jadi mayat bergerak pun ramai,tak ada hati manusia,Semuanya jadi kelangkabut,hidup kita pun tak tenteram.”

“Tapi tak semua kan tok,hanya sebahgian,yang lebihnya ramai juga yang berjaya tapi bukan dibidang yang sama dengan ibubapanya”

“Betullah lah tu,Tapi yang saya nak cakap ni tanahnya cikgu,Kadang saya bercakap juga dengan anak-anak,kerja janganlah habiskan duit bermewah-mewah,beli kereta besar-besar,perabut rumah mahal-mahal tapi tak ada tanah.Tanah di beli orang cina dan orang yang baru datang.Yang belajar tinggi tak apalah,habis yang  tak?,melepak kat rumah,kat warung last-last tunggu bantuan rumah PPRT dan mohon asnaf.” ,Bersemangat sekali wajah Tok Mantan Ketua, sambil bercakap adakalanya mata tok ketua memandang jauh dan kosong,kasihan dia.

"Tak mengapalah tok,itulah hukum alam,bangsa,harta itu semua tidak kekal,kalau iman yang di wariskan insyaallah"

 "Cikgu ajar apa ya?"

"Ajar Sains tok"

"Oh ingat ustazah,cikgu,masa ngajar sains tu bolehlah ingatkanlah anak murid,ingatkan asal usul,rasa-rasa mejoriti murid sekolah ni tok nenek dia orang datang merantau ke sini,Cari tempat untuk anak cucu,janganlah malas-malas,nanti orang lain ambik tempat kita. Bapak saya dapat tinggalkan kampung ni kat anak cucu,tak tahulah cucu-cucu saya dapat tinggalkan apa kat anak cucu dia orang.Tok tengok yang kerja kebun sekarang Orang Indon dengan Bangla je"

"Insyaallah tok,nak buka tanah dah habis tanah tok.Sekurang-kurangnya anak cucu dapat tinggalkan ilmu kat anak cucu mereka."

Perbualan diputuskan dengan ketibaan cucu Mantan Tok ketua berlari-lari sambil menyerahkan botol air kepada Toknya.

"Maaf ya cikgu,saya dah tua cakap kadang melalut je......Assalamualaikum"

"Waalaikumussalamwarohmatullahiwabarokatuh......terimakasih Tok"  "Ya terimakasih Allah yang memberi kesempatan menemukan kami" Cikgu Makbonda bermonolog sambil manarik nafas panjang.

2 ulasan:

  1. Soal malas ni bukan pasal keturunan semata-mata. Tetapi pasal didikan juga.Kalau jawa tetapi tidak terdidik rajin, malas juga jadinya. Kalau keturunan lain tetapi terdidik rajin, maka rajin jadinya. Fakta penentu ialah dorongan kesedaran tentang tujuan hidup. Kalau kesedaran berasaskan iman, maka rajinlah. Kalau bentuk iman itu tersalut kebendaan, maka rajin juga tetapi hasilnya tidak sama. Yang beriman akan banyak menginfakkan kekayaan (apa jua yang ada), yang semata-mata rajin kerana kebendaan, ia kedekut. Kadang-kadang pada keluarga pun kedekut. Tetapi kalau berlandaskan iman, maka ia rajin bersedekah, walau pun didrinya masih memerlukan. Itu pengalaman saya dan pemerhatian hari ini. Salam Makbonda. Saya generasi pertama keturunan Jawa dari Solo. Belum pernah ke Solo pun. Tapi sangat "benci" melihat kemalasan. Falsafah bapak dan emak saya: Jangan makan banyak dan tidur banyak. TELEDOR jadinya. i.e malas. Jadi macam ular sawa . Bila dah lapar baru bergerak lagi. Setuju?

    BalasPadam
  2. Jadi pokoknya ialah kesedaran ya,dan nak menyelusupkan rasa kesedaran tu lah yang payah.Nak mengurangkan sikap kedekut pun sukar,padahal setiap infak yang kita keluarkan akan bercambah,bila kita memudahkan kita juga akan dipermudahkan.Puan telah berpeluang melihat berbagai corak dan warna kehidupan dari beberapa generasi.Jadi keyakinan pada betapa pentingnya landasan iman dalam kehidupan itu sangat kuat.Kenapa pula saya tidak setuju?

    Puan,pergilah Solo,dan saya ikut dari sini.

    BalasPadam

Catatan Popular