DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 10 Oktober 2011

Keemasan.


Samada Emak atau Nek Milah,atau beberapa warga emas lagi,samalah,tidak mahu duduk diam. Dari muda-muda dahulu ada sahaja aktivitinya. Kalau masa muda-muda dahulu aktivitinya ialah untuk membantu suami,meringankan beban menyara dan membesarkan anak-anak. Tapi kini anak-anak sudah dewasa,sudah keluar dari tanggungannya.Namun Emak atau Nekk Milah atau beberapa warga emas lagi tidak boleh duduk diam,tarus juga dengan aktivitinya,walaupun dengan sisa-sisa tenaga yang ada tetap juga dia merayau-rayau di sekeliling tanah yang dibangunkanya bersama suami.Mereka kata bila duduk-duduk dalam rumah sahaja badan jadi sakit-sakit dan fikiran jadi tumpul.Mereka kata merayau-rayau dalam kebun itu satu trapi,fikiran jadi lapang,udara laju sahaja keluar masuk paru-paru.

Sekarang kebun Emak atau Nek Milah atau beberapa warga emas lain kebanyakannya telah bertukar menjadi kebun kelapa sawit. Mereka tidak berkemahiran menguruskan kelapa sawit. Kena buang pelepah-pelebah paling bawah,agar mudah mengeluarkan buah,memetik buah juga sukar,perlukan tenaga muda dan sasa. Biasanya ialah pekerja dari Indonesia atau Banggaldesh. Dimana pula tenaga sasa kita,?oh mereka sudah tidak mampu,samada telah punya pekerjaan yang lebih lumayan atau hilang keperkasaannya.Jadi apa yang tenaga warga emas ini lakukan?. Ya bila tandan-tandan kelapa sawit jatuh kebumi setelah di slop oleh tenaga sasa dan mda,beberapa butir buah kelapa sawit akan gugur,biasanya ianya akan diabaikan mereput.Itulah peluang untuk Emak atau Nek Milah atau beberapa warga emas lagi untuk menyumbang tenaga. dikutip biji-biji yang terburai ini dan di isi dalam guni. Mereka akan meminta bantuan untuk mengeluarkan buntil-buntil guni ini keluar dari kebun,atau di sorong sendiri atas kereta sorong.Pernah Emak di tegur oleh sorang penghantar pos laju
"Wah makcik kuat lagi tolak kereta sorong,banyak ni,berapa umur makcik?"
"Dah nak 3 suku abad nak"
"Wah apa rahsia makcik ni"
"Ni exercise lah,kamu exercise dalam gymnasium atau main futsal,makcik tolak kereta soronglah"
Wah buakan main lagi jawapan Emak.
Seorang anak kepada seorang warga emas pernah menyanggah ibunya yang terpitam di dalam parit ketika memetik pucuk kangkung.
"Alah emak kan dah tua,buat apa merayap dalam parit tu,duduk lah diam-diam kat rumah beribadat,kalau dah macamni kan menyusahkan anak-anak"
Hello bro,bukan main cantiknya bahasa,kamu tidak ingatke masa kecil dahulu lebih menyusahkan ibu kamu. habis nak bagi emak duduk diam-diam kamu dapatke penuhi keperluannya.Mampukah kamu petikan kangkung untuknya? Masa tua kamu nanti belum tentu lagi.

Nek Milah kata sekali kutip dia boleh dapat RM200,Emak pula dapat RM400.tak tahulah beberapa warga emas lain.
"Buat apa duit tu Nek Milah?kan Nek Milah dah banyak duit,dah tak ada tanggunganpun."
"Nanti bagi kat cucu-cucu kalau datang,buat bayar zakat,buat derma kat anak yatim"
Emak pula
"Buat derma kalau ada orang kutip derma,kalau ada orang nak buat sekolah tahfiz ke buat asrama anak yatim ke,buat masjid ke,itulah yang dapat tolong kita bila mati nanti"r
Betapa melimpahnya kerahmatan dalam hidup mereka,tidak ada istilah bermalas-malas dalam kamusnya,Lepas subuh mengaji,sampai syuru’,Buat sarapan,turun bawah rumah tengok ayam,pokok bunga,tanaman sayuran. Agak-agak siang solat dhuha,masuk kebun,masak tengahari,lepas zuhor tidur,nanti petang sikit masuk kebun balik.Kalau duduk-duduk saja mulalah ingat anak cucu.Memang itulah sepatutnya aktiviti warga emas,bukan sampai 60tahun pun masih sebok dengan duniawi.
"Heee! tak takutke masuk kebun sorang-sorang,kan dah tua kalau jatuhke atau pengsanke dalam kebun siapa nak tolong."
"Tak adalah sorang-sorang,Malaikat kan kawankan,Allah kan nampak, Kita dah selalu doa minta mati dalam rahmat dalam magfirah,Allah mesti dengar.”  Subhanallah…tingginya tawakkal mereka.


Asar semalam baru sahaja menoleh untuk salam kedua tiba-tiba Ayen yang selalu mengaji di rumah Makbonda datang tergesa-gesa. Nenek jatuh kat kebun badannya penuh darah katanya.Belum sempat berdoa kami pun berkejar mengikorinya. Ayah Ayin sedang berada di subang.Betul kata Ayin,badan Neneknya bermandikan darah. Setelah Makbonda cuci rupanya tedapat 3 lubang di lengan Nenek yang agak besar jugar. Rupa-rupanya Nenek menebang pisang,bile batang pisang seperti mahu merempuhnya dia mengelak lalu jatuh atas pelepah kelepa sawit yang beronak tajam.Masyaallah…… begitu mengerikan.Setelah membalutnya dengan tuala good morning, kami berkejar ke hospital,dan dia menerima beberapa jahitan.


4 ulasan:

  1. salam..
    betul makbonda, sama macam makabah saya, ada sahaja yg nak dibuatnya..abah ke sawah lah, tengok kebun lah..mak pula menjahit la, kemas la..ada sahaja yg nak dibuat oleh mereka..kuat betul semangat diorg nak melakukan sesuatu..

    BalasPadam
  2. Allahu..

    Malu sungguh pada warga-warga yang sgt mahal nilainya bak emas itu..

    sekadar bersenang lenang dibilik berhawa dingin menantikan hujung bulan nk cucuk duit di mesin ATM!... betapa saya warga muda belia bak kaca yg tidak bernilai!.. huhuhuhu..

    ... berazam utk membeli rumah berserta tanah utk berbudi pada tanah, pada haiwan, serangga beburung yg lalu lalang.. dan hasilnya boleh dikongsi bersama tetamu yg bertandang juga utk sanak saudara yang meluangkan masa di kala senggang..

    .. kagum juga dgn usaha mak bonda.. di samping tugasan hakiki, tugasan duniawi, tugasan insani, sempat juga menelek segala kebun dan sayuran.. ayam ternak dan laman yg indah... aduh.. timbul sedetik cemburu dalam terharu.. dan berazam utk mengikut jejak langkah.. semoga Allah permudahkan azam saya yg satu itu! Ameen. hihihi..

    p/s:(terliur dek mangga telur makbonda tu, terus singgah ke pasar pagi.. syukur ada pakcik yg menjual segala tanaman kampung ada menjualnya.. dapat la 5 biji.. sebiji campur dengan kerabu daun selom.. yg lebihnya cicah dgn serbuk asam dan kuah rojak.. hehehe).

    BalasPadam
  3. Ozzy Choc D'Luscious

    Salam kembali,


    agaknya ada tak serba sedikit yang kita warisi dari semangat mereka ya?walaupun lain bentuknya.

    BalasPadam
  4. Tiny,

    Sorry ye lambat response,baru hantar skrip kertas UPSR.


    Memang besar jurangnya nilai mereka berbanding kitakan.Semakin turun kejenerasi seterusnya semakin tebal lemaknya.Semakin kabur cahayanya.Agaknya ada tak harapan untuk bersinar kembali.

    Masa ni,pelam padi tengah meranum,hari-hari kutip dan bawa ke sekolah.Seronok tengok kawan-kawan meratah.Cepatlah datang sementara masih ada.

    BalasPadam

Catatan Popular